Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label Arkib. Show all posts
Showing posts with label Arkib. Show all posts

Monday, 21 July 2025

17 JULY 2014

 

PRESS RELEASE Ministry of Foreign Affairs, Malaysia FOR IMMEDIATE RELEASE STATEMENT BY H.E. AMBASSADOR HUSSEIN HANIFF 

PERMANENT REPRESENTATIVE OF MALAYSIA TO THE UNITED NATIONS AT THE EMERGENCY MEETING OF THE SECURITY COUNCIL ON UKRAINE 18 JULY 2014

==============================

  1. Mr. President, At the outset, allow me to congratulate you and the Republic of Rwanda, on assuming the Presidency of the Security Council for this month and I thank you for convening this emergency meeting of the Council on Ukraine. I wish to also thank Mr. Jeffrey Feltman, Undersecretary General for Political Affairs for his briefing earlier. For my delegation, the convening of this meeting is indeed timely given the tragic incident involving Malaysia Airlines Flight MH17.
  2. Malaysia is deeply touched by the expressions of condolences, sympathy and support from across the world. At this difficult time, we wish to also express our profound sorrow and convey our deepest sympathy and condolences to the families and friends of those on board MH17. Mr. President,
  3. Malaysia is shocked and distraught by the downing of Malaysia Airlines Flight MH17. The scheduled flight, which departed Amsterdam yesterday afternoon at Amsterdam local time was expected to arrive at Kuala Lumpur International Airport this morning. Unfortunately, it crashed near the town of Torez in the Donetsk region of eastern Ukraine.
  4. 298 people perished in the incident. Those who perished were from the Netherlands (189), Malaysia (44), Australia (27), Indonesia (12), United Kingdom (9), Germany (4), Belgium (4), Philippines (3), Canada (1), New Zealand (1) and 4 passengers whose nationalities have yet to be verified.
  5. The Amsterdam-Kuala Lumpur route which regularly crossed Ukrainian airspace was one of the most popular routes for the airline. According to the International Air Transport Association (IATA), at the time when contact with MH17 was lost, the aircraft was flying over non-restricted airspace. Furthermore, the International Civil Aviation Organization (ICAO) had declared the flight path to be safe. Malaysia Airlines also confirmed that the aircraft did not make any distress calls.
  6. The Government of Malaysia has taken immediate action to despatch a Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team (SMART) to Kiev comprising personnel from SMART team, the Royal Malaysian Air Force, Malaysia Airlines, Department of Civil Aviation as well as medical staff. In addition, 40 Malaysia Airlines staff have been despatched to Amsterdam to support the family and next of kin of the victims. In this connection, Malaysia welcomes the pledges of support and assistance made by other countries to aid the search, rescue, recovery and investigation efforts. Mr. President,
  7. Yesterday, Prime Minister Najib had spoken to President Poroshenko of Ukraine, Prime Minister Rutte of the Netherlands, President Obama of the United States and President Putin of Russia. In those conversations, Prime Minister Najib had stressed that if indeed MH17 had been shot down, the perpetrators must be swiftly brought to justice. Malaysia strongly condemns any such action in the strongest possible term as it would be a flagrant violation of international law and an outrage against human decency.
  8. Malaysia demands a full, independent and transparent international investigation into the incident involving the relevant international authorities, including the International Civil Aviation Organization (ICAO). I wish to inform the meeting that Malaysia has been formally invited by the Ukraine authorities to take part in the investigation and will be sending two representatives to Kiev as soon as possible.
  9. We urge the parties in conflict in the area of the crash site to provide their fullest cooperation. Such cooperation also entails facilitating the safe and unhindered access for the investigation and humanitarian personnel to carry out their mission including collecting the relevant data, evidence, remains and personal effects of the victims.
  10. We wish to underscore that there must be no interference at the crash site or movement of debris from the area, including the flight data recorder or black box. The integrity of the crash site must be preserved. Malaysia also urges the Security Council to undertake the necessary measures to ensure the safety and security of humanitarian and investigative personnel in the crash site in order for them to discharge their duties and responsibilities. Mr. President,
  11. Further facts remain unknown at this point. But the fact that the plane might have been shot down has made the matter even more painful for us. Again, this is a grave reminder of how escalation of dispute and threat to international peace and security could claim innocent lives in a most tragic and senseless manner.
  12. In this regard, we urge the Security Council to step up its role in facilitating a peaceful resolution to the conflict between Russia and Ukraine with a view to preventing the recurrence of such a tragic incident.
  13. In concluding, Mr. President, on behalf of the Government and people of Malaysia, I wish to reiterate our deep appreciation for all the expressions of support, sympathy and solidarity in this difficult and trying time. I thank you Mr. President.


Related posting : MENGAMBIL PENGAJARAN

Friday, 6 January 2023

26 DISEMBER 1969 SAAT-SAAT TERAKHIR DI PENGHUJUNG USIA MAT KILAU

Arkib : 05 April 2020


Saat-saat terakhir di penghujung usia Mat Kilau

"Pertemuan Antara Mat Kilau dengan Dato' Bahaman"

Pada hari Jumaat, 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau membaca Quran seketika (tidak dapat dipastikan surah apa) dan kemudiannya arwah mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.

Setelah pengumuman, Mat Kilau dibawa pulang ke rumahnya semula di Batu 5 Jalan Gambang, Kuantan. Ketika itu, kedengaran pula di Peramu, Kuantan ada seorang tua yang bergelar Tok Guru Peramu. Ketika itu menantu yang juga adalah Murid Mat Kilau (Haji Abu Bakar) bertanya siapakah sebenarnya gerangan Tok Guru Peramu itu. 

Mat Kilau menjawab itu "Orang Hanyut". Maksud sebenar Mat Kilau Orang Hanyut adalah "Orang dari Hulu Semantan yang ke Hilir Ke Kuantan". Bermakna Tok Guru Peramu adalah Dato' Bahaman. Mat Kilau meminta Haji Abu Bakar menemaninya ke Rumah Tok Guru Peramu @ Dato' Bahaman. 

Haji Abu Bakar pun pergi bersama Mat Kilau berjumpa Tok Guru Peramu. Apabila sampai sahaja di hadapan rumah Tok Guru Peramu, tiba-tiba Tok Guru Peramu Peramu menuding jarinya ke arah Mat Kilau dengan mengatakan Mat Kilau 'orang jahat mulut' yang bermaksud Mat Kilau telah membuka rahsia dirinya.

Selepas itu mereka berdua berpelukan dengan begitu erat untuk beberapa seketika. Pelukan itu jelas adalah pelukan yang siapa memandangnya juga akan merasa sebak. Kerana Tok Guru Peramu tahu Mat Kilau akan menemui ajal tidak lama lagi. 

Mereka berdua tahu akan petanda ajal, kerana mereka bersama bersumpah bersama sahabat perjuangan yang lain dan pantang Sumpah Para Pahlawan itu adalah dilarang mendedahkan identiti sebenar mereka, sepertimana yang dilakukan Mat Kilau kerana telah mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau Anak Tok Gajah. 

Jika seorang pahlawan yang engkar dan melanggar sumpah itu, maka pahlawan itu akan menemui ajalnya dalam masa yang terdekat iaitu dalam beberapa hari. Ini mungkin kedengaran mengarut bagi yang tidak percaya, akan tetapi terpulang kepada diri anda masing-masing. Tidak ada paksaan kepada anda untuk percayakannya. 

Sebelum Mat Kilau datang berjumpa Tok Guru Peramu, Tok Guru Peramu pernah berkata, 

"Kalau Mat Kilau hidup dia tak selamat  dan kalau selamat dia tak hidup"

Ada juga beberapa orang yang bertandang ke rumah Tok Guru Peramu yang bertanyakan soal Mat Kilau. Jawapan Tok Guru Peramu lain-lain tetapi maksudnya tetap berkaitan ajal, seperti "Agaknya Mat Kilau itu nak pendek umur." 

Semasa Mat Kilau muncul dan belum isytiharkan dirinya, Mat Kilau masih sihat dan boleh berjalan seperti biasa. Tetapi selepas saja pengakuan itu dibuat, Mat Kilau jatuh sakit. Kakinya bengkak dan mulutnya menjadi herot dan senget. (Mungkin Mat Kilau telah dapat petanda besar mengenai ajalnya). Ilmu Allah itu luas. 

Ada satu lagi kisah pada akhir hayat Mat Kilau berjumpa dengan beberapa orang. Orang itu adalah Mat Kelubi. Walaupun mengikut cerita sebenarnya, Mat Kelubi telah mati ditembak dan dipenggal kepalanya di sungai. Akan tetapi Mat Kelubi tetap hadir menziarahi Mat Kilau. Orangnya kecil sahaja tidak sampai 5 kaki. 

Selain itu, menurut menantu Mat Kilau iaitu Haji Abu Bakar, pada suatu malam seorang yang tidak dikenali diiringi oleh dua orang yang lengkap berpakaian seperti hulubalang zaman dahulu telah datang menziarahi Mat Kilau. 

Pada waktu itu, Haji Abu Bakar agak letih. Orang itu mengucapkan terima kasih kepada Haji Abu Bakar kerana telah menjaga Mat Kilau. Mereka meminta izin untuk pulang dan terus ghaib dari pandangan mata kasar.

Sekian.

Sumber : Perkongsian daripada WhatsApp Sejarah Dunia 🇲🇾 https://chat.whatsapp.com/FcsCeBrJhB951tIj2ihHsz

----------------------------------

Arkib : 06 Julai 2022


Wajah lelaki yang dikatakan Mat Kilau setelah muncul kembali pada tahun 1969

TRIVIA TOKOH : KEMUNCULAN SEMULA “MAT KILAU” DI TANAH MELAYU

Foto Mat Kilau selepas kemunculan semula pada Disember 1969. Foto dirakamkan oleh jurufoto, Allahyarham Haji Wan Musa Wan Omar di Kuantan, Pahang. Sejurus kemunculan seorang lelaki yang mendakwa dirinya Mat Kilau, Kerajaan Pahang menubuhkan  Jawatankuasa Menyiasat Munculnya Mat Kilau pada 8 Januari 1970.  
 
Jawatankuasa itu kemudian mengisytiharkan lelaki itu ialah Mat Kilau.  Selepas kemunculannya, lelaki berkenaan kemudian menghembuskan nafasnya yang terakhir. Menurut anak jurufoto berkenaan, Wan Rafiqah Wan Musa foto itu diambil ayah mereka ketika mengusahakan BP Foto di Kuantan. 
 
Di belakang foto berkenaan tercatat nota bertulis tangan kemunculan semula Mat Kilau dan tarikh beliau meninggalkan dunia buat selama-lamanya, iaitu pada 16 Ogos 1970 bersamaan 14 Jamadilawal 1390 H. 

Al- Fatihah

Sumber : Pertiwi & Prof. Dr. Zainur Rashid Zainuddin

#TriviaTokohBraderFilem


----------------------------------

Arkib : 08 Ogos 2022 

Lokasi persembunyian, anak isteri dan sebab Mat Kilau tukar nama

DALAM wawancara pertama selepas kemunculan semula Mat Kilau, beliau mendedahkan pelbagai kisah sepanjang persembunyiannya.

Tempoh lebih tujuh dekad bukan sekejap. Dalam tempoh tersebut, Tanah Melayu sendiri melalui pelbagai peristiwa bersejarah. Dari pemerintahan British, kemasukan tentera Jepun, 14 hari pemerintahan komunis, darurat, penubuhan Malayan Union, kemerdekaan sehingga nama Tanah Melayu ditukar kepada Malaysia.

Menurut Mat Kilau, selepas diusir Hugh Clifford, beliau merantau sehingga ke Kampung Penar dan Kampung Jambu di Pattani, Thailand, menjadi guru silat di sana. Beliau kemudiannya berpindah ke Kelantan selama tiga tahun dan ke Kampung Pasir Nering, Kuala Berang, Terengganu selama tujuh tahun. Di Terengganu, beliau tinggal bersama ayahnya, Imam Rasu atau lebih dikenali sebagai Tok Gajah.

“Ayah meninggal dunia di hadapan mata Aki di Pasir Nering. Aki kemudiannya membuat keputusan untuk ke Pahang,” kata Mat Kilau kepada dua wartawan Utusan Malaysia yang mewawancaranya, Nordin Mohammad dan Haji Alang Ahmad.

Janji dengan Sultan

Mat Kilau tinggal di Kampung Tanjung Medang, Pekan Pahang sehingga berlakunya banjir besar di negeri itu pada 1926. Kemudian, atas titah Almarhum Sultan Abdullah, beliau berpindah ke Kampung Batu Lima, Jalan Maran, Kuantan pada 1927. 

Dalam pertemuannya bersama Menteri Besar Pahang ketika itu, Tan Sri Yahya Mohd. Seh dan beberapa ahli sejarah, tiga hari selepas mendedahkan identiti di Kampung Pulau Tawar, Mat Kilau mendedahkan punca beliau menyembunyikan diri.

Kata beliau, persembunyian itu merupakan janji antara dirinya dengan Sultan Abdullah yang turut menitahkan supaya beliau menukar nama kepada Mat Siam. Ini kerana Mat Kilau telah menjadi buruan British selepas melakukan pemberontakan bersama beberapa rakan yang lain. 


Pahlawan Mat Kilau (tengah) ditemu bual ketika muncul di Kampung Kedondong, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang pada 26 Disember 1969. Usia beliau ketika itu kira-kira 122 tahun

KERATAN laporan Utusan Malaysia tentang kemunculan semua Mat Kilau pada 29 Disember 1969. Hubungi Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn. Bhd. untuk maklumat berkenaan laporan terdahulu Utusan Malaysia. Hubungi 03-74556428 atau emel infocenter@mediamulia.com.my.

Bilangan isteri dan anak-anak

Di Kampung Batu Lima, Mat Kilau telah berkahwin dengan Che Ajrah Abu Bakar dan mempunyai enam orang anak. Sebelum persembunyiannya, Mat Kilau berkahwin dengan Yang Shik Daud dan dikurniakan empat orang anak. Dua anak daripada perkahwinan pertamanya, Omar dan Khadijah masih hidup pada 1969.

Pada tahun itu juga, semua adik-beradiknya seramai empat orang telah meninggal dunia. 

Dua wartawan Utusan Malaysia itu juga berjaya menemui dan menemu bual Che Ajrah. Menurut Che Ajrah, dia bertemu dengan Mat Kilau yang ketika itu menggunakan nama Mat Siam di rumah saudaranya di Kampung Batu Lima. Mat Kilau menumpang di sana. 

“Dengan perantaraan saudara-mara sebelah saya, kami telah mendirikan rumah tangga dan mendapat enam orang anak,” kata Che Ajrah.

Anak sendiri tidak tahu Mat Siam itu Mat Kilau

Dalam satu laporan pada 30 Disember 1969, dua orang anak Mat Kilau dalam perkahwinan dengan Che Ajrah berkata mereka terkejut apabila mendapat tahu ayahnya yang dikenali sebagai Mat Siam itu sebenarnya pahlawan terbilang.

Anak sulungnya, Minah dan anak bongsunya, Abu Bakar berkata, ayahnya tidak pernah bercerita bahawa dia sebenarnya Mat Kilau, pahlawan Pahang yang masyhur kerana keberaniannya menentang British.

“Kami tidak pernah percaya cerita-cerita ayah mengenai perjuangan pahlawan-pahlawan zaman dahulu kerana kami menganggap ayah sudah nyanyuk,” kata Abu Bakar.

Dalam laporan berasingan pada 31 Disember 1969, cucu Mat Kilau yang tidak dinamakan berkata, dia mendapat ilham untuk mencari Mat Kilau selepas didatangi moyangnya, Tok Gajah dalam mimpi. Dalam mimpi itu, Tok Gajah yang menyuruhnya mencari Mat Kilau.

Anak Mat Kilau, Omar pula bercerita, sebuah busut timbul di bawah tangga rumahnya sejak 30 tahun sebelum itu. Katanya, dia cuba membuang busut itu sebanyak 20 kali tetapi ia tetap tumbuh kembali.

“Setelah rumah lama diruntuhkan dan dibuat rumah baharu yang bersimen, busut itu tumbuh lagi, bersetentang di bawah tangga naik ke loteng,” katanya. Dia kemudiannya didatangi seorang tua berjubah hijau dalam mimpinya, yang meminta supaya tidak mengusik busut tersebut kerana ia tidak meminta makan dan ia akan membawa rahmat.

Omar juga berkata, dia tidak pernah mengesyaki bahawa Mat Siam yang dia kenali selama ini ialah ayahnya sendiri, iaitu Mat Kilau. – RELEVAN

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02cB39uiUEtCFVxFmeC7u5YoYeacmWa9sN8jhAYnv1VFHxRRyjNWJJKGgFzkgUHk1dl&id=100063886173763

"Orang Melayu tak akan mulia hanya dengan adat, budaya dan kesultanan, tetapi kita mulia dengan agama dan Allah. Untuk kekal mulia carilah Allah." #MatKilau

https://t.me/zainurrashid

https://www.facebook.com/155707591143880/posts/pfbid02P6LURSBUZVgTUXSPZQvExQDESUANATu2p8aQt4ZNnxvR1mqcZbtPuTHv7hK3hMRcl/

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

MAT KILAU KEBANGKITAN PAHLAWAN

https://normanhafizi.blogspot.com/2023/01/mat-kilau-kebangkitan-pahlawan.html

Thursday, 29 December 2022

Peristiwa Tragedi Tsunami Di Aceh Telah Mengubah Hidup Saya

Arkib : 16 Mac 2020. 


Saya telah melihat malaikat. Tsunami telah mengubah hidup saya.

(Cerita asal oleh Claudia Aziza dalam bahasa Inggeris)

Ini adalah kisah Muhammad Cheng. Dia menganut Islam pada tahun 2005 selepas peristiwa dahsyat Tsunami yang melanda di bandar kelahirannya Aceh, Indonesia.

Saya adalah seorang berbangsa Cina tulin. Keluarga saya telah tinggal di Aceh selama tiga generasi. Kami ada pedagang. Datuk nenek saya datang ke negara yang mengamalkan Islam ini untuk berniaga. Mereka tinggal di sini kerana mereka dapati persekitarannya sesuai. Pentadbirnya adil, rakyatnya mudah berkawan dan tidak menggangu kehidupan keluarga kami.

Keluarga saya masih mengamalkan budaya asal Cina yang menyembah nenek moyang. Saya juga membuat perkara yang sama. Sebelum saya membuka kedai, saya biasanya membuat penyembahan di kotak ibadat untuk nenek moyang. Dalam sehari saya berulang kali membakar colok untuk mereka.

Kedai saya sangat hampir dengan Masjid Agung, Aceh. Saya boleh mendengar laungan memanggil sembahyang setiap hari tapi tidak pernah timbul dalam ingatan saya untuk memeluk Islam. Tidak pernah, sehinggalah pada pagi hari yang teruk itu.

Saya baru sahaja mula membuka kedai saya pada tanggal 26 Disember 2004. Ia ada sebagaimana pagi yang biasa pada saya. Cuaca yang baik dan tiada yang luar biasa. Sekurang-kurangnya ia kelihatan begitu.

Tapi ada sesuatu yang ganjil. Burung-burung tidak berkicau dan tidak ada kucing yang biasanya menanti di hadapan pintu kedai saya untuk mendapat sisa makanan semalam. Namun saya tidak memberi perhatian sangat kepada keganjilan ini.

Bagaimana pun tiba-tiba terasa gegaran yang kuat dan bunyi yang nyaring. Saya berlari keluar kedai. "Ini sudah pasti gempa bumi".. saya bercakap sendirian. Orang lain juga keluar dari kedai mereka tapi selepas beberapa minit kami semua masuk semula ke dalam kedai masing-masing.

Namun begitu tidak lama kemudian ramai orang berlari-lari sambil menjerit-jerit, "Air, air laut telah datanggg.. air!" Saya kebingungan. Walau pun saya faham perkataan mereka, saya tidak dapat menangkap maksudnya. Saya meluru keluar kedai. Keadaan orang ramai seperti kena histeria berlari menuju ke Masjid Agung. Mereka menjerit dan melolong.

Kemudian saya melihat air mula mengalir ke kawasan itu. Saya berlari untuk membakar colok untuk mendapat pertolongan dari nenek moyang saya. Banyak air telah melimpahi jalan raya dan menerjah ke arah masjid.

Saya menjadi cemas dan takut. Saya berlari ke tingkat atas kedai. Saya melihat limpahan tsunami dari anjung kecil kedai saya. Air telah melimpah dengan banyak. Ianya sangat sukar untuk dipercayai.

Kemudian saya melihat sesuatu yang sangat anih. Kelihatan beberapa orang yang perawakan tinggi berpakaian serba putih. Mereka membuat pergerakan seperti seorang polis mengawal lalu lintas. Mereka berdiri di beberapa tempat di hadapan Masjid Agung. Air mengalir laju tetapi mengikut arah tunjuk mereka. Aliran air menjadi berpecah beberapa meter di hadapan Masjid Agung ke arah kiri dan kanan masjid.

Bagaimana pun air telah melimpah dengan banyak. Tekanan yang hebat dari arah laut menolak air memasuki bandar dan menuju ke arah masjid. Orang-orang yang berpakaian serba putih itu tidak berganjak sebagaimana orang ramai yang lari untuk menyelamatkan diri. Beratus-ratus orang meluru ke arah masjid untuk menyelamatkan diri masing-masing.

Beberapa orang telah jatuh dan air yang deras itu menghanyutkan mereka. Saya melihat ini dari anjung atas kedai saya. Air menderas dengan banyak tetapi tidak nemasuki dalam masjid. Orang yang telah berada dalam masjid telah terselamat.

Kemudian tiba-tiba sahaja lebih ramai orang berpakian putih wujud dan mereka telah mengangkat masjid. Ya! Mereka mengangkat masjid, keseluruhan masjid terangkat beberapa kaki dari tanah. Air mengalir laju di bawahnya. Saya sangat terperanjat dan kaku. Apakah itu?

Jika seseorang telah memberitahu saya seperti apa yang saya telah lihat, saya tidak akan mempercayainya. Tidak mungkin! Tapi, saya melihatnya dengan mata saya sendiri. Saya melihat dalam keadaan sangat sedar. "Tuhan telah melindungi masjid", saya berkali-kali berkata kepada diri saya sendiri.

Beberapa minggu selepas bencana dahsyat Tsunami, saya menguatkan diri saya untuk bercerita kepada jiran kedai saya yang beragama Islam. Dia menasihati saya untuk berjumpa dengan imam Masjid Agung. Saya dengan perasan ragu-ragu berjalan ke arah masjid.

Itu adalah kali pertama dalam hidup saya memasukki laman masjid walau pun saya telah tinggal berhampirannya sepanjang hayat saya. Dari jauh Imam masjid telah mengenali saya dan telah keluar menyambut saya. "Selamat pagi, apa yang boleh saya tolong, pakcik", dia menegur saya dengan santun

“Saya perlu berbicara dengan awak", saya balas.

Kami duduk dan saya memberi tahu dia keseluruhan cerita. Dia duduk diam seketika, air mata mengalir perlahan dari matanya. Selepas saya selesai, kami berpelukan. Pelukan yang biasa ketika seseorang mengalami peristiwa sedih bersama-sama.

Imam itu berkata,

“Pakcik, apa yang pakcik lihat adalah malaikat-malaikat Tuhan yang melaksanakan arahanNya. Tuhan mahukan masjid Dia tidak musnah akibat kejadian Tsunami. Pakcik, mungkin Tuhan mahu tunjukkan sesuatu kepada pakcik untuk membawa pakcik hampir kepada Dia. Sebab Dia menyayangi pakcik. Sebab Dia melihat pakcik seorang yang baik hati. Dia ingin memberi kebahagian di dunia ini dan syurga di akhirat kelak. Tidakkah pakcik ingin memeluk agama Islam?”

Saya terperanjat dengan pertanyaan imam itu. Ia mengelirukan saya. Bagaimana saya seorang Cina memeluk Islam. Sebagai orang Cina kami mempunyai tradisi sendiri, ritual dan kepercayaan. Saya mengucapkan terima kasih kepada imam dan beredar meninggalkan masjid.

Kemudian saya pulang semula ke kedai saya. Saya tidak membuka pintu kedai pada hari itu dan duduk diam-diam di suatu sudut. Saya berkali-kali terbayang di depan mata peristiwa pada hari tersebut semasa tsunami melanda. Orang-orang yang berpakaian putih. Mengarah tuju air yang deras. Mengangkat masjid. Malaikat Tuhan nenjalankan kerjanya. Dan saya telah diberi izin untuk menyaksikannya. Saya tidak membuka kedai selama dua hari. Saya hanya duduk di situ dan memikirkan kejadian tersebut.

Pada hari ketiga seseorang telah mengetuk pintu kedai. Dia ialah imam masjid yang mahu menziarahi saya. Dia bimbang sebab dia lihat kedai saya tutup sudah tiga hari dan tidak pernah terjadi sebelum ini. "Saya telah memikirkannya imam," saya bagi tahu imam. "Saya fikir kata-kata awak benar. Tuhan telah bagi saya alamat. Alamat yang cukup besar. Sekarang saya tidak seharusnya menjadi seorang yang bodoh dan melupakan saja alamat itu. Boleh tak imam bagi tahu saya bagaimana saya boleh menjadi seorang Islam."

“Pakcik, mudah saja”, kata Imam. “Pakcik hanya perlu mengungkapkan perkataan-perkataan ini”. Dan dia tunjukkan saya sehelai kertas. Saya menyebut perkataan-perkataan tersebut dan seolah-olah cahaya yang terang memenuhi ruang kedai saya.

Sejak hari itu, imam selalu datang setiap hari mengajar saya tentang Islam. Dia tunjukkan saya bagaimana sembahyang dan bagaimana membaca al Quran. Sejak saya sudah pandai sembahyang saya selalu berjemaah di Masjid Agung. Ini adalah salah satu yang sungguh cantik dalam hidup saya. Alhamdulilah.

Source:

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

"Saya menyaksikan tsunami dari balkoni kecil saya. Tiba-tiba saya melihat sesuatu yang sangat aneh........"

Saksikan penceritaan video ini tentang kekuasaan Allah Taala. Jika Allah izinkan hijab makhluknya dibuka, tiada siapa dapat menghalang ...

Allahuakbar ! Allahumma Solli'ala Muhammad

Tonton video penuhnya di sini. Bahasa Indonesia :-

24 DISEMBER 1941 TENTERA JEPUN MENDARAT DAN MENAKLUKI BANDAR KUCHING

Arkib : 09 September 2022

Pada hari ini (09 September 2022) dalam tahun 1945, tentera Jepun di Sarawak menyerah kalah kepada pihak Berikat setelah menduduki negeri tersebut selama empat tahun. Penduduk Jepun di Sarawak bermula serentak dengan pendaratan tenteranya di Tanah Melayu. Tentera Jepun mula menawan bandar Miri pada 16 Disember 1941 dan seterusnya mengebom bandar Kuching yang mengakibatkan kemusnahan yang besar. Pada 24 Disember 1941, tentera Jepun mendarat dan menakluki bandar Kuching.

Sarawak mengalami masalah kekurangan makanan serta lain-lain kesempitan hidup akibat dari pendudukan tentera Jepun ini. Sarawak bukan sahaja dibelenggu dengan penderitaan, kemiskinan dan keganasan tentera Japun malah pada pandangan penduduk tempatan, mereka melihat kejatuhan pengaruh British di negeri itu. Namun, dengan pengeboman bandar Hiroshima dan Nagasaki oleh Pihak Berikat, Jepun terpaksa menyerah kalah di semua negeri yang didudukinya termasuk Sarawak.


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

07 DISEMBER 1941 PERISTIWA SERANGAN PEARL HARBOR


Sunday, 25 December 2022

PERANG DUNIA PERTAMA

Arkib : 21 Oktober 2018

Perang Dunia l | Askar British, Perancis dan Jerman Berdamai Selama Satu Hari



Ahli-ahli sejarawan bersetuju bahawa salah satu daripada konflik yang paling membawa maut dalam sejarah manusia adalah Perang Dunia I, yang telah berlangsung di antara 28 Julai 1914 sehingga 11 November 1918, dan telah mengakibatkan kematian lebih 16 juta manusia.

Ianya adalah perang "modern" yang pertama, menggunakan kereta kebal dengan meriam yang kuat, kapalterbang, mesingan dan gas racun.


(Askar-askar berlindung dalam parit semasa Perang Dunia I)

Paling teruk bagi askar-askar adalah peperangan dari parit, di mana pasukan-pasukan tentera akan menembak satu sama lain dari parit yang dalam yang telah digali sepanjang ratusan batu. Kehidupan dalam parit yang berlumpur dan penuh penyakit itu teruk.

Untuk meninggalkan parit, akan membawa risiko ditembak dan dibunuh. Jarak di antara dua parit bertentangan itu dikenali sebagai "No Man's Land" (Kawasan Yang Tidak Dimiliki) dan bertaburan dengan mayat askar.


Pada malam sebelum Krismas 1914, di sepanjang barisan depan Barat peperangan di Flanders, Belgium, suatu keajaiban telah terjadi. Di satu pihak, askar-askar Inggeris dan Perancis sedang berlindung di parit mereka.

Di satu pihak lagi, tentera Jerman melakukan benda yang sama. Perang telah berlangsung selama lima bulan. Malam itu sejuknya sampai menggigit jari.


Tiba-tiba seorang askar Inggeris yang sedang memerhatikan garisan depan musuh Jerman terlihat sebatang pohon fir yang kecil dan dihiasi dengan lilin yang berkerlipan. Dia membetulkan teropongnya dan melihat lebih teliti dengan tidak percaya.

Kemudian datanglah askar Jerman melintasi tanah No Man's Land yang sejuk beku, sambil menyanyi "Stille Nacht, Heilige Nacht..." mula-mulanya secara lembut dan perlahan, kemudian semakin kuat pada setiap rangkap baru. Walaupun mereka menyanyi dalam bahasa yang asing, irama itu dan mesejnya semestinya tidak asing lagi.

Askar-askar British dan Perancis kemudian memberi respon dengan menguatkan suara mereka dan bernyanyi "Silent Night, Holy Night..." Tentera-tentera itu berbalas-balas rangkap dalam bahasa Inggeris dan Jerman berulangkali. Itu terjadi selama beberapa minit.


(Askar-askar kedua pihak bertemu di tengah medan perang, 25 Dis 1914)

Kemudian dari parit sebelah Jerman, seorang askar mengangkat satu papan tanda yang tertulis, "YOU NO SHOOT, WE NO SHOOT" (Kamu tak tembak, kami tak tembak).

Askar-askar British dan Perancis kemudian membalas dengan melambaikan satu panji lusuh yang tertulis "MERRY CHRISTMAS"

Dengan berhati-hati, askar-askar yang bersenjata itu mula muncul dari parit-parit mereka. Secara perlahan-perlahan mereka melintasi No Man's Land yang digeruni itu, sehingga mereka bertemu wajah dalam suasana udara amat sejuk itu.


(Askar German dan British berkongsi rokok)

Untuk seketika, askar-askar yang terlatih itu bagai tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Kemudian dengan rasa serba-salah, mereka menghulurkan tangan dan bersalaman.

Mereka menepuk bahu satu sama lain. Mereka berpelukan. Ada yang mengalihkan pandangan mereka, untuk menyembunyikan tangisan air mata.

Mereka mengizinkan satu sama lain untuk membawa mayat askar mereka masing-masing untuk dikebumikan dengan sewajarnya. Mereka bertukar-tukar tawanan.


(Askar-askar Jerman dan British bermain bola sepak di medan perang, 25 Dis 1914)

Kemudian pada malam itu dan sepanjang Hari Krismas, mereka menyanyi lagu-lagu karol, bertukar-tukar hadiah kek, coklat, biskut, jam, daging lembu dan daging babi dalam tin, surat khabar, poskad dan wain. Mereka juga mengadakan satu perlawanan bola sepak secara spontan di medan perang itu.

"Untuk sedetik, Tuhan yang penuh kemurahan sekali lagi berkuasa di sudut bumi ini," seorang pegawai Perancis mengingati.


Kejadian pada hari Krismas 1914 itu adalah kasih dan damai luar biasa yang telah memecahkan benteng dan menyentuh hati manusia dengan cara yang hebat dan berkuasa walaupun ianya hanya bertahan untuk semalam dan sehari.


JOYEUX NOEL

THE ASTONISHING WAR STORY A NATION TRIED TO FORGET

Kisah mereka kemudian diadaptasi dalam filem Joyeux Noel pada tahun 2005.



Pada 28 Jun 1914, seorang warga Yugoslavia bernama Gavrilo Princip telah membunuh Archduke Franz Ferdinand of Austria dan mencetuskan perang yang dikenali sebagai The Great War. Sememangnya kuasa besar dunia ketika itu sedang mengalami konflik. Tentera Bersekutu dibentuk dan dalam beberapa minggu sahaja dunia berada di ambang perperangan. Disebabkan negara-negera berkuasa besar ini mempunyai koloni, jadi negara lain juga turut terlibat sama.

Tentera bersekutu ketika itu termasuk UK, Perancis, Russia, Belgium, Serbia, Italy, Jepun, Greece, Romania, Portugal, Spain dan Amerika Syarikat. Manakala kuasa-kuasa tengah pula terdiri dari Empayar Jerman, Empayar Austo-Hungary, Empayar Uthmaniyyah dan Bulgaria. Walaupun sejarah tidak pasti bilangan sebenar nyawa yang telah terkorban namun jika dicampur dengan kematian orang awam atas pelbagai sebab ketika peperangan jumlahnya mencecah 16 juta orang dan 21 juta yang lain cedera.


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

PERANG DUNIA KEDUA


Monday, 19 December 2022

15 DISEMBER 1653 PERJANJIAN PERDAGANGAN BELANDA DENGAN SULTAN PERAK

15 Disember 1653 – Pada tahun 1653, satu Perjanjian Perdagangan di antara Belanda yang diwakili oleh Joan Truijtman dengan Sultan Perak, Sultan Mahmud Iskandar Shah telah ditandatangani. Perjanjian Perdagangan di antara Belanda dengan Sultan Perak pernah dibuat sebelum ini oleh Almarhum Sultan Muzaffar Shah II dalam tahun 1650. Perjanjian ini dibuat ketika negeri Perak masih lagi diawasi oleh pihak Belanda.

Pihak Belanda telah menuntut gantirugi daripada Sultan Mahmud Iskandar Shah kerana dalam tahun 1651, semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah II, orang-orang Perak telah membinasakan loji-loji Belanda di Kuala Perak. Perjanjian ini juga menyatakan bahawa hanya pihak Belanda sahaja dibenarkan membeli bijih timah di Perak.

Walaubagaimanapun orang-orang Perak tidak pernah menepati perjanjian tersebut. Mereka masih menjual bijih timah kepada saudagar-saudagar bangsa lain dengan mendapat harga yang lebih tinggi. Keadaan ini menyebabkan perniagaan Belanda terganggu dan merosot. Pihak Belanda terpaksa meninggalkan loji-loji perniagaan mereka di Kuala Perak dan seterusnya telah menyekat dan mengepung Kuala-kuala sungai dan perairan laut di sepanjang pantai Perak dengan tujuan untuk menyekat saudagar-saudagar bangsa lain datang membeli bijih timah di Perak.

Semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga orang-orang Belanda telah menduduki Pulau Pangkor dan membina sebuah kota di Teluk Gedung bertentangan dengan pantai Teluk Muruk. Pihak Belanda berharap dengan adanya kota yang kuat mereka akan dapat mengawal urusan perniagaan di perairan Perak. Tetapi dalam tahun 1690 orang-orang Perak dengan diketuai oleh Panglima Kulub telah menyerang kota Belanda di Teluk Gedung dan berjaya mengusir orang-orang Belanda dari kota tersebut.

Perjanjian demi perjanjian diadakan di antara Belanda dengan negeri Perak, tetapi orang-orang Perak masih enggan mematuhi syarat-syarat yang terkandung di dalam perjanjian-perjanjian tersebut. Begitu juga dengan perjanjian perdagangan di antara Belanda dengan Sultan Mahmud Shah yang ditandatangani pada hari ini dalam tahun 1653 juga tidak mendatangkan apa-apa faedah.


------------------------------------------------------------------------------

Arkib : 05 Oktober 2021

Kisah-kisah mengake oleh orang Perak lagi...

Pada tahun 1639, Belanda telah membina sebuah loji bijih di Tanjung Putus (suka hati mak bapak dia) tetapi ini segera dimusnahkan oleh orang Melayu Perak. Belanda amatlah marah tetapi ada sebab dia tak boleh terus berperang dengan Perak. Maka dia cari akal menggunakan 'ilmu ghaib penjajah' yang dia ada.

Maka dia jumpalah si Acheh, yang masih anggap dirinya masih relevan sebagai 'abang besar' negeri-negeri Melayu.

Maka, pada 15 Disember 1653, Belanda dan Acheh bersama-sama membuat perjanjian dengan Perak dan syaratnya adalah :
  1. Perak tidak boleh menjual bijih timah kepada orang asing, baik Eropah atau India, tetapi hanya kepada Acheh dan Belanda.
  2. Perak akan menyediakan tapak untuk pembinaan loji (baharu) tersebut.
  3. Perak akan membayar pampasan kepada Belanda bagi loji yang dimusnahkan orang Perak. 
Belanda menyangka, dengan menggunakan pengaruh Acheh ke atas negeri-negeri Melayu maka Perak akan tunduk. Tapi Belanda salah, orang Perak kuat mengake.

Perjanjian ini tidak pernah dipatuhi oleh Perak. Orang Perak masih menjual bijih timah kepada saudagar-saudagar bangsa lain dengan mendapat harga yang lebih tinggi. Bijih timah diseludup keluar tanpa pengetahuan Belanda. Keadaan ini menyebabkan perniagaan Belanda terganggu dan merosot. Pihak Belanda terpaksa meninggalkan loji-loji perniagaan mereka di Kuala Perak sebab tak tahan menanggung kerugian. 

Belanda pelik, kenapa Acheh tak bertindak? Sebenarnya Belanda dah ketinggalan isu-isu semasa di Selat Melaka. Acheh ketika itu sudah tidak kuat lagi seperti dulu menjelangnya era 'pemerintahan ratu-ratu'. Maka ini diambil kesempatan oleh orang-orang Perak untuk mempermainkan Belanda.

Belanda merasa terciduk dengan situasi ini dan apa yang mampu dilakukan hanyalah menyekat dan mengepung kuala-kuala sungai dan perairan laut di sepanjang pantai Perak dengan tujuan untuk menyekat saudagar-saudagar bangsa lain datang membeli bijih timah di Perak. 

Masih gagal menekan Perak, akhirnya pada tahun 1663 Belanda mengambil keputusan membina 'pengkalan tentera' di Pulau Pangkor bagi menghukum Perak yang berani mempermain-mainkannya.

Tetapi dalam tahun 1690 orang-orang Perak dengan diketuai oleh Panglima Kulub telah menyerang kota Belanda tersebut dan berjaya mengusir orang-orang Belanda dari kota tersebut.

Kira-kira dua abad selepas itu, Belanda telah menjajah Acheh dan menghapuskan Kesultanan Acheh setelah kalah perang. Ini berbeza dengan Kesultanan Perak yang masih wujud walau kalah perang dengan Inggeris. Saya pernah cerita tentang Sultan Idris I 'mengake' Inggeris dulu.

Pada tahun 2020, dilaporkan terdapatnya orang Acheh yang menyeludup rokok ke Selangor, berbeza dengan orang Perak yang menyeludup bijih timah ke Acheh dahulu.

~SK
maharani kinta


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

20 NOVEMBER 1745 PEMBINAAN SEMULA KOTA BELANDA DI PULAU PANGKOR


Sunday, 18 December 2022

PERTEMPURAN DI MACHANG KELANTAN PADA DISEMBER 1941

Arkib : 14 Oktober 2022


Nota : Peta Medan Pertempuran Machang ini dipetik dari Catatan Dairi Perang pasukan 2/10 Baluch Regiment dan dibanding dengan peta google map

Pertempuran di Machang Disember 1941 - oleh AWW2.

Peristiwa 08 Disember 1941

Pada 8 Disember 1941, tentera Jepun dari pasukan Detasmen Takumi mendarat di pantai Kuala Pak Amat untuk menawan lapangan terbang Kota Bharu. Ini memaksa Brigedir B.W Key Panglima Briged India British ke-8 yang mempertahankan lapangan terbang Kota Bharu berundur ke arah selatan.

Pada jam 10.45 pagi pada 11 Disember pasukan 2/10th Baluch Regiment bergerak ke posisi pertahanan baru di Batu 28 ½ di barat Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, dengan Kompeni B di sebelah kanan, Kompeni C di sebelah kiri, Kompeni D di bahagian simpanan manakala Kompeni A berada dalam posisi kawalan di Batu 15 ½ Jalan Pasir Puteh-Machang. Pasukan 2/12th Frontier Force Regiment pula berada di posisi pertahanan di sebelah timur Jalan Kota Bharu -Kuala Krai.

Pada jam 3.40 petang tentera musuh melakukan tembakan curi dari kawasan sawah padi di depan posisi pertahanan mereka dan dari timbunan kayu di tengah sawah padi sehingga senja. Pada jam 3.45 petang semasa briged berundur ke posisi pertahanan ini, pegawai dari unit jurutera 19th Field Company Bombay Sappers & Miners telah meletupkan jambatan jalan utama di Batu 27 terlalu awal kerana terdapat rondaan oleh askar musuh berhampiran. Oleh itu, unit pengawal belakang briged, iaitu psukan 4/19th Hyderabad Regiment, 3/17th Dogra Regiment dan Bateri Meriam Medan ke-73 telah terhalang di sebelah utara jambatan yang rosak itu. Unit pengawal belakang briged bersama dengan Kompeni A dari pasukan 2/10th Baluch Regiment mengawal di sebelah utara jambatan sehingga ia dapat diperbaiki dan pada sebelah malam pasukan ini serta senjata berat mereka dapat dibawa ke seberang dengan selamat.

Peristiwa Pada 12 Disember 1941

Pada 12 Disember, kubu parit untuk senjata telah digali di sepanjang tebing terusan dan kedudukannya telah diperkuatkan dan mereka telah bersedia untuk bertindak. Pada malam 12-13 haribulan, unit peronda tentera Jepun dari Rejimen Infanteri ke-56 yang diketuai oleh Kolonel Yoshio Nasu mara ke bandar Machang. Pada jam 6.30 pagi 13 Disember, satu platun dari Kompeni C pasukan 2/10th Baluch Regiment yang diketuai oleh Subedar Karam Chand telah dihantar ke hadapan di jalan utama untuk menghalang pasukan peronda musuh. Kira-kira 360 meter dari barisan hadapan mereka, anggota platun ini terpaksa merebahkan diri untuk mengelak tembakan musuh. Pada jam 7.30 pagi mereka melaporkan bahawa terdapat 1 kompeni tentera musuh berada dalam hutan di sebelah barat bandar Machang.

Dalam kawasan padi itu terdapat banyak lumpur, air, serta lintah. Oleh itu, sukar bagi mereka untuk mengambil posisi untuk menembak ke arah musuh. Platun itu berbalas tembak dengan askar Jepun dan terdapat anggota yang terkorban di kedua-dua belah pihak. Akhirnya pada jam 8.15 pagi platun ini telah dikepung, ditawan dan dilucutkan senjata oleh tentera musuh. Sudah jelas bahawa tentera musuh hadir dengan kekuatan yang lebih besar daripada yang mereka duga. Pada jam 8.15 pagi, Panglima Briged India ke-8 Brigedir B.W Key tiba dan membincangkan situasi ini dengan Leftenan-Kolonel J.G. Frith, komander pasukan 2/10th Baluch Regiment. Serangan akan dilakukan dengan 2 kompeni hadapan pasukan mereka .

Peristiwa Pada 13 Disember 1941

Setelah melakukan peninjauan secara ringkas, pada jam 9.00 pagi Kompeni A (sebelah kiri) dan Kompeni D (sebelah kanan) pasukan 2/10th Baluch Regiment melancarkan serangan ke dalam hutan di sebelah barat bandar Machang. Mereka tidak menerima sokongan tembakan dari pasukan artileri medan kerana lokasi Pos Pemerhati yang sesuai untuk unit artileri tidak dapat ditemui di sekitar itu. Namun, pada jam 9.20 pagi Kompeni B memberikan tembakan sokongan yang dibantu oleh satu Seksyen kereta perisai Bren Gun Carrier, diikuti lima minit kemudian oleh satu Seksyen lagi, yang mara di sepanjang jalan sambil menembak mesingan mereka.

Bentuk muka bumi adalah sangat buruk dan tidak sesuai bagi anggota pasukan Baluch yang lengkap bersenjata yang terpaska bergerak sejauh 730 meter melalui kawasan padi yang basah serta melalui terusan yang agak dalam.

Kompeni A pasukan 2/10th Baluch yang diketuai oleh Kapten Thiselton-Dyer tiba di objektif mereka sekitar jam 10.00 pagi setelah menghadapi tentangan tentera musuh semasa dalam perjalanan.

Kompeni D pula menghadapi tentangan yang lebih sengit dan kemaraan mereka dihalang kira kira 270 meter dari objektif mereka. Kereta perisai Bren Gun Carrier tidak dapat bergerak di luar jalan, kerana tentera Jepun telah meletupkan jambatan di selatan bandar Machang dan mereka tidak dapat sampai ke bandar Machang.

Semasa kemaraan ini anggota platun Kompeni C yang telah ditawan sebelum itu berjaya melepaskan diri kerana askar musuh tidak sempat menghantar mereka ke bahagian belakang. Subedar Karam Chand telah cedera dan empat askar India yang lain turut cedera dan mereka dipindahkan ke bahagian belakang.

Pada kira-kira jam 10.00 pagi semasa kedua-dua kompeni pasukan Baluch ini hampir sampai ke objektif mereka, pasukan Markas Hadapan Batalion Baluch yang terletak di tepi jambatan Sungai Sat bergerak ke arah timbunan kayu di sebelah timur jalan. Tiba-tiba tembakan curi dilepaskan oleh musuh dari bawah timbunan kayu lebih kurang 10 meter di sebelah utara jambatan, mujurlah tidak ada yang terkena tembakan. Setelah beberapa das tembakan dilepaskan dengan senapang sub-mesingan oleh pasukan Markas Hadapan Batalion Baluch ke arah timbunan kayu itu dan juga Lt-Kol Arthur Edward Cummings komander pasukan 2/12th Frontier Force Regiment yang telah melemparkan bom tangan, tiga askar Jepun yang mati dikeluarkan dari timbunan kayu ini.

Pada jam 12.00 tengahari setelah pergerakan kedua dua kompeni itu terhalang mereka telah diarahkan untuk berudur ke kawasan pertahahan baru di utara jambatan gantung Sultan Ismail. Anggota pasukan 2/10th Baluch Regiment yang terkorban terpaksa ditinggalkan kerana mereka tidak dapat menghantar usungan melalui kawasan sawah padi. Dalam pertempuran di Machang ini 18 orang anggota pasukan 2/10th Baluch Regiment telah terbunuh manakala 22 yang lain cedera serta 11 anggota mereka hilang. Kapten Thiselton-Dyer cedera tetapi dia tetap bertugas. Korban pihak Jepun dianggarkan sekitar 100 terbunuh. Setelah pertempuran ini tentera Jepun telah membina batu bersurat di tepi jambatan Sg. Sat Machang yang kemudiannya dipindahkan ke kawasan SMK Hamzah.

#PPSK


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

08 DISEMBER 1941 PERMULAAN PENJAJAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU



10 DISEMBER 1941 KEHANCURAN SISTEM PERTAHANAN BRITISH DI TANAH MELAYU


Saturday, 17 December 2022

PATUNG GANGSA RAJA EDWARD VII & SIR FRANK SWETTENHAM

Arkib : 28 Jun 2022


STATUE OF SIR FRANK SWETTENHAM AT KUALA LUMPUR FEDERATED MALAY STATES

Hari ini saya ingin bercerita mengenai dua patung gangsa yang terdapat di perkarangan Muzium Negara. Patung Gangsa Sir Frank Swettenham yang pada asalnya terletak di tepi Bangunan Sultan Abdul Samad. 

Patung Frank Swettenham ini di rasmikan pada 19 Januari 1921 oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaya pada waktu itu Sir Laurence Nunns Guillemard. 

Patung Frank Swettenham ini telah dialihkan oleh tentera Jepun pada tahun 1942 dan digantikan dengan Batu Peringatan Tentera Jepun. Selepas perang tamat, patung Frank Swettenham ini diletak kembali pada tapak asal pada 16 November 1946 oleh Sir Edward Gent. 

Pada tahun 1885 Frank Swettenham telah diutuskan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat untuk mengadakan perjanjian dengan Sultan Ahmad, tetapi gagal. Pada tahun 1887 Hugh Clifford pula telah diutuskan tetapi telah juga ditolak oleh Sultan Ahmad.

Pada tahun 1888 barulah Sultan Ahmad bersetuju dalam keadaan serba salah walaupun ditentang oleh pembesar-pembesar Pahang pada waktu itu seperti Dato' Bahaman. Sultan Ahmad menghantar sepucuk surat menerima perlindungan daripada Inggeris dalam urusan pentadbiran.

Pada bulan Oktober 1888, J.P Rodger telah dilantik menjadi Residen Inggeris yang pertama di negeri Pahang dan bermulalah campur tangan Inggeris di Pahang secara langsung dan seterusnya permulaan perjuangan Dato' Bahaman menentang penjajah British di Pahang pada tahun 1891.

Patung gangsa kedua pula adalah Raja Edward VII yang memerintah England, koloni British dan Maharaja India pada 1901-1910. Lokasi asal patung tersebut adalah di Bangunan Sultan Abdul Samad sebelum dialihkan pada 13 Disember 1964 ke Muzium Negara. 

#menterisejarah #malayahistoricalgroupsociety #malayanhistory

Sumber : Shaharom Ahmad  MHG

Gambar penuh di sini :-


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

12 DISEMBER 1901 PENAMATAN TUGAS SEBAGAI RESIDEN JENERAL DI TANAH MELAYU



08 OKTOBER 1887 PERJANJIAN INGGERIS DENGAN PAHANG


Saturday, 10 December 2022

07 DISEMBER 1947 KEMATIAN YANG MENGERIKAN

 

KEMATIAN YANG MENGERIKAN 

Maarof Zakaria, pengasas bank pertama untuk orang Melayu iaitu Malay National Bank. Namanya diabadikan pada sebatang jalan di Bangsar, Kuala Lumpur iaitu Jalan Maarof. Beliau adalah bapa kepada pelakon veteran terkenal, Allahyarham Datuk Mustapha Maarof.


Sekitar tahun 1947, Maarof Zakaria pernah cuba dibunuh oleh sekumpulan lelaki bersenjata api ketika mereka berpindah ke kediaman baharu di Taman Seputeh, Jalan Klang Lama. Kejadian itu berlaku kira-kira 10 bulan sebelum Maarof ditemui mati digantung pada sebatang pokok di hutan berhampiran Batu 13, Jalan Kuala Lumpur-Bentong, Pahang pada 7 Disember 1947. Sebelum kejadian beliau baharu membeli sebidang tanah dusun dianggarkan seluas 0.8 hektar di kawasan bukit yang mempunyai dua unit rumah setingkat, terletak berhampiran Sekolah Melayu Seputeh (kini SK Taman Bukit Desa).  Ketika pembunuhan itu berlaku, anaknya Mustafa Maarof masih bersekolah di Maktab Melayu Kuala Kangsar.


Maarof telah diculik pada 4 Disember 1947 ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur menuju ke rumah ibunya di Seremban, Negeri Sembilan. Misteri kehilangan Maarof mendapat liputan meluas akhbar The Straits Times dan The Sunday Times yang menyiarkan laporan di muka depan selama dua hari berturut-turut. Laporan The Sunday Times pada 7 Disember bertajuk 'Car only clue to lost banker' (Kereta jadi petunjuk kehilangan pemilik bank).


Berdasarkan laporan itu, kereta Maarof ditemui sehari selepas beliau dikatakan keluar dari rumahnya di Kampung Baru menuju ke Seremban, Negeri Sembilan untuk menziarahi ibunya. Maarof dipercayai diculik ketika dalam perjalanan ke Seremban dan persoalan bagaimana keretanya berada di Pahang menimbulkan tanda tanya pasukan penyiasat. Isterinya, Kamsiah Mohd Ali, berkata suaminya memaklumkan akan pulang pada sebelah petang Khamis dan jika lewat, beliau akan bermalam di Seremban dan akan pulang keesokannya.


Selepas tiga hari diculik, mayatnya ditemui dalam keadaan cukup menyayat hati, digantung pada sebatang pokok dalam hutan, berhampiran Batu 13, Jalan Kuala Lumpur-Bentong, Pahang pada Sabtu, 7 Disember 1947. Maarof Zakaria telah didapati terbunuh di Lake Garden. Jam rolex di tangannya dan wang dalam sakunya telah tidak diambil oleh pembunuh itu. Ini bererti pembunuh berniat ingin membunuh  Maarof sahaja.

Polis percaya, Maarof ditahan oleh beberapa individu yang menaiki kereta lain sebelum membawa mangsa menuju ke Bentong. Keretanya ditinggalkan di penghujung jalan mati, tidak jauh dari kilometer 13, Jalan Kuala Lumpur-Bentong.

Sumber : BHarian

#sejarah #tanahmelayu #malaysia


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

Maarof Dibunuh Untuk Gagalkan Penubuhan Bank Melayu

Maarof Zakaria "Kisah Pejuang Melayu Yang Menyayat Hati"


Kisah sebenar di sebalik nama Jalan Maarof


Jalan Maarof Bangsar bukan dedikasi untuk Almarhum Maarof Zakaria..Akan tetapi, Maarof yang dimaksudkan adalah merupakan kakitangan LLN waktu itu yang juga ketua komuniti kampung-kampung sekitar Bangsar, pantai..

Bacaan sepenuhnya di sini :-

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...