Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 13 December 2022

12 DISEMBER 1901 PENAMATAN TUGAS SEBAGAI RESIDEN JENERAL DI TANAH MELAYU

 

12 Disember 1901 – Frank Swettenham telah menamatkan tugasnya sebagai Residen Jeneral Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang meliputi Negeri-negeri Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang pada tahun 1901. Beliau telah memulakan perkhidmatan pada 1 Januari 1901 sebagai Residen Jeneral pertama Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang ditubuhkan dalam tahun 1896.

Sejarah Ringkas Frank Swettenham

Sir Frank Athelstane Swettenham dilahirkan di Belper, Derbyshire, England sebagai anak keempat James Oldham Swettenham, Swettenham menjadi kadet Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Selat pada tahun 1870. Tiba di Singapura pada Januari 1871, beliau lulus dalam peperiksaan akhir pengajian Melayu pada Julai 1872 dan menjadi Penolong Pemungut Hasil Tanah. Beliau merupakan salah satu daripada hampir empat puluh orang pegawai Empayar British yang menentang Malayan Union.

Sebelum beliau dilantik sebagai Residen Jeneral Negeri-negeri Melayu Bersekutu, beliau juga pernah memangku dan memegang jawatan Residen Selangor dari 2 Oktober 1882 sehingga 31 Mei 1889. Beliau turut memangku jawatan Residan Perak pada masa yang sama juga iaitu dari 22 Mac 1884 sehingga Januari 1886. Manakala dari 1 Jun 1889 hingga 30 Jun, Frank Swettenham telah dilantik sebagai Residen Perak. Beliau kemudiannya telah digantikan oleh W.H. Treacher yang mula bertugas pada 13 Disember 1901.

#harinidalamsejarah

https://www.facebook.com/701547676576843/posts/pfbid0V4WpF6JYBdv9FGe9dHygvKapdeztdkfXih7Uup2QnvmM7cgSAz7Li7mVy2aYrZXDl/?mibextid=Nif5oz

Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

18 NOVEMBER 1874 NEGERI SELANGOR DI BAWAH NAUNGAN INGGERIS

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/11/18-november-1874-negeri-selangor-di.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...