Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 13 December 2022

12 DISEMBER 1987 PELANCARAN GERAKAN CINTAILAH BAHASA KITA

Pada hari ini dalam tahun 1987, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah melancarkan Gerakan Cintailah Bahasa Kita. Kira-kira 3,000 orang daripada pelbagai sektor perkhidmatan dan pertubuhan sosial sukarela menghadiri majlis gilang-gemilang yang diadakan di Kuala Lumpur. Gerakan Cintailah Bahasa Kita ini bertujuan untuk membangkitkan kesedaran pengguna bahasa dalam lapangan-lapangan yang tertentu seperti urusan pentadbiran negara, urusan perniagaan tentang keperluan meningkatkan mutu penggunaan Bahasa Kebangsaan.

Pelbagai program dirancang untuk menjayakan gerakan ini yang mencakupi dari segi pembinaan dan pengembangan bahasa iaitu program penyebaran maklumat bahasa dan program pemulihan serta pembaikan. Ia bertujuan untuk menambah minat masyarakat ke arah mempertingkatkan lagi penggunaan dan mutu Bahasa Kebangsaan disamping memperluaskan penggunaanya ke semua sektor di seluruh negara. Dalam ucapannya, Perdana Menteri menyarankan pihak perancang dan pengembang bahasa memberi perhatian utama dalam membina semula atau memupuk kecintaan rakyat terhadap bahasa kebangsaan.

Sesungguhnya, pelancaran Gerakan Cintailah Bahasa Kita ini merupakan kegiatan dan usaha-usaha yang berterusan di peringkat kerajaan dan bukan kerajaan untuk menyelaras dan memesatkan perlaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan.

#hariinidalamsejarah #arkibnegara


Pautan artikel yang berkaitan :-

16 NOVEMBER 1981 PM 4 DIBERIKAN SAMBUTAN MERIAH DI NEGERI SABAH


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...