Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label Teluk Intan. Show all posts
Showing posts with label Teluk Intan. Show all posts

Wednesday, 21 October 2026

ORANG ASING

 

𝐌𝐄𝐋: 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐍𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐈𝐄 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐖𝐈𝐍𝐆𝐒… 𝐓𝐀𝐏𝐈 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑𝐍𝐘𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐈𝐋𝐈𝐇 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐆𝐈!

Bayangkan kau dipilih untuk menggantikan seorang vokalis yang sudah menjadi identiti sebuah kumpulan rock legenda.

Tekanannya bukan biasa-biasa. Peminat sudah terbiasa dengan suara asal. Setiap persembahan pasti dibandingkan. Setiap lagu pasti dinilai.

Dan lelaki yang pernah melalui situasi itu ialah 𝐌𝐄𝐋, bekas vokalis kumpulan Wings.

𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐔𝐋𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐂𝐀𝐋𝐎𝐍, 𝐌𝐄𝐋 𝐃𝐈𝐏𝐈𝐋𝐈𝐇!

Selepas Awie tidak lagi bersama Wings pada tahun 1993, kumpulan itu memerlukan suara baharu untuk meneruskan perjuangan mereka.

Pada tahun 1995, Mel atau Ismail Zainuddin dipilih menjadi vokalis Wings selepas melalui proses pemilihan yang dilaporkan melibatkan 40 calon lain.

Bukan calang-calang peluang yang diterimanya. Dia kini berdiri di hadapan sebuah nama besar dalam sejarah rock Malaysia.

Bersama Wings, Mel merakamkan album 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐬𝐢𝐧𝐠. Album itu dilaporkan mencatat jualan sekitar 260,000 unit.

Namun, di sebalik pencapaian tersebut, perjalanan Mel bersama Wings tidak bertahan lama.

𝐉𝐀𝐃𝐈, 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐏𝐀 𝐌𝐄𝐋 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀𝐋𝐊𝐀𝐍 𝐖𝐈𝐍𝐆𝐒?

Jawapannya mungkin tidak sedramatik yang dibayangkan.

Mel dilaporkan merasakan dirinya tidak serasi dengan muzik Wings. Akhirnya, dia membawa haluannya sendiri dan tempatnya kemudian diambil alih oleh Mus, bekas vokalis kumpulan May.

Bagi sesetengah orang, meninggalkan kumpulan sebesar Wings mungkin dianggap satu kerugian besar.

Tetapi mungkin bagi Mel, ada perkara yang lebih penting daripada terus berada dalam sebuah kumpulan terkenal — iaitu mencari tempat yang benar-benar sesuai dengan dirinya.

𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐆𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐒 𝐑𝐎𝐂𝐊 𝐊𝐄 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐊𝐖𝐀𝐇

Kisah Mel tidak berakhir selepas meninggalkan Wings.

Dalam laporan media pada 2023 dan 2024, Mel berkongsi tentang penglibatannya dalam kerja-kerja dakwah dan tanggungjawab sebagai pengerusi surau di Puncak Jalil, Selangor.

Pada Februari 2026, media turut melaporkan bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai pengerusi surau untuk memberi tumpuan kepada keluarga.

Satu perjalanan hidup yang berbeza daripada dunia glamor muzik rock.

𝐌𝐄𝐋 𝐌𝐔𝐍𝐆𝐊𝐈𝐍 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐈𝐄, 𝐓𝐄𝐓𝐀𝐏𝐈 𝐃𝐈𝐀 𝐓𝐄𝐓𝐀𝐏 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐖𝐈𝐍𝐆𝐒.

Dalam dunia muzik, tidak semua orang ditakdirkan untuk kekal lama. Ada yang datang untuk membina legasi, ada yang hadir untuk mengisi kekosongan, dan ada juga yang akhirnya memilih jalan hidup yang berbeza.

Mel pernah berdiri di tempat yang bukan mudah untuk diisi.

Dan walaupun eranya bersama Wings singkat, namanya tetap tercatat dalam sejarah rock Malaysia.

Sekarang aku nak tanya korang…

Kalau sebut Wings, korang masih ingat Mel sebagai vokalis mereka, atau korang hanya kenal Awie dan Mus?

Komen di bawah. Jom kita imbas kembali sejarah muzik rock Malaysia!

#KakeeMovie #MelWings #Wings #Awie #RockKapak #SejarahMuzikMalaysia

Nota: Penulisan ini berdasarkan laporan media yang tersedia kepada umum. Huraian tentang perjalanan hidup Mel ditulis secara naratif dan bukan petikan langsung daripada beliau.

https://www.facebook.com/share/p/1MZCperpmp/

--------------------------------------------------------------

Pengorbanan Seorang 'Ayah' Di Kemuncak Populariti : Mel Wings

Ada tak lagu bertemakan kasih seorang ayah kepada anak yang melekat dalam kepala korang?

Lagu 'Ayah Ibu Anak' dari Baji antara contoh yang agak popular di awal 2000-an. Aku suka lagu tu.

Cuma julat fokus lagu ni agak luas sikit sebab tema penceritaannya merangkumi watak ibu sekali. Serupa juga lagu Sudirman dan Aris Ariwatan.

Dia tak spesifik kepada watak seorang ayah secara mendalam macam lagu "Father and Son" daripada Cat Stevens.

Perjalanan memandu aku pada waktu malam baru-baru ini melahirkan satu momen 'rediscovery' terhadap lagu "Lentera Percintaan" daripada Mel.

Baru aku perasan yang lagu ni sebenarnya ialah sebuah 'lullaby' ataupun dodoian kasih seorang ayah untuk anaknya yang masih kecil. Lagu ini dimuatkan dalam album solo Mel pasca pengunduran nya dari Wings.

Jadi aku ambil keputusan untuk cuba terus hubungi Mel. Kebetulan pula aku agak rapat dengan Zahar Spring dan abang Zahar memang kenal sangat dengan Mel.

Mereka berdua pernah terlibat dalam sebuah 'projek band' bernama Helang dan turut diperkuatkan oleh Mie FTG sebagai pemain bass sekitar 1995-1996.

Namun atas kekangan tertentu, karya 'metal' mereka terkandas dan gagal menerjah pasaran arus perdana.

Bila aku suarakan niat nak ulas lagu "Lentera Percintaan", Abang Mel terus ajak berbual panjang.

Boleh faham kot kenapa beliau teruja, sebabnya ramai orang lebih fokus pada babak perjalanan beliau bersama Wings berbanding kualiti lagu dari album solonya berjudul ‘Sukma’.

Sangkaan aku tepat dan benar. Lagu tersebut sememangnya mempunyai 'vibe' Bad Company dan menampilkan Yan Lefthanded, arwah abang Yazit Search dan Cha'ah sebagai gitaris.

Muzik dalam lagu tersebut bagi aku sangat berlainan kalau dibandingkan dengan lagu-lagu Melayu lain pada waktu itu. Walaupun banyak lagu Melayu dalam arrangement Major waktu itu, vibe lagu 'Lentera Percintaan' tetap 'one of a kind'.

Menurut Abang Mel, lagu ni ditulis masa beliau tengah sibuk membesarkan anak kecilnya, Ewal, yang masa tu masih berlampin.

Pada fasa tersebut, beliau dihimpit oleh gelora krisis kehidupan. Tersepit di antara kemelut rumah tangga serta dilema komitmen bersama entiti Wings.

"Abang Mel masa tu ada kat persimpangan. Anak masa tu kecil lagi, dalam usia 3-4 tahun, dan abang dengan isteri pulak bawa haluan masing-masing. Masa fasa bersama Wings tu jugaklah abang nak kena besarkan Ewal sorang-sorang” ujar Mel.

Mengenai ilham lagu 'Lentera Percintaan', cetusan idea tu datang masa beliau tengah menidurkan anaknya.

Melihat si kecil itu merenung tepat ke wajah beliau, terasa seolah-olah wujud satu empati batin seakan si anak faham beratnya gelora hidup yang tengah ditanggung oleh Mel.

Beliau kemudian berjumpa dengan Allahyarham Rosli Ali, seorang penyair dan penulis sajak yang kebetulan pernah mendukung anak kecilnya itu.

Hasilnya, gubahan seni kata lagu tersebut berjaya disempurnakan dalam tempoh yang singkat. Maka situasi tersebut menjadi lirik pembuka dalam lagu hit itu.

"Pejamkan matamu sayang
Tidur lena kubuaikan
Nyanyian rindu cinta nan syahdu
Menderu dikalbu"

"Masih jauh perjalanan
Untuk kita perhitungkan
Kerana kau masih belum mengerti
Apa itu cinta abadi"

Selebihnya korang boleh dengar sendiri. Menurut aku, lirik nya sangat 'powerful' ditambah pula dengan gubahan muzik yang 'asing' dengan muzik mainstream ketika itu.

Sempat aku lontarkan soalan pasal album 'Orang Asing ' masa era beliau bersama Wings dulu.

"Asalnya abang tak pernah pergi audition pun dengan Wings. Ceritanya masa tu rakaman suara abang kat karaoke track tertinggal kat studio Audio One. Dalam tu abang ada menyanyi lagu 'Di Ambang Wati'. Jo Branko pulak tengah praktis kat situ, dia terdengar kaset tu dan terus cari abang," imbau Mel.

Maka terhasil lah album 'Orang Asing', yang dinamakan sempena entiti beliau yang agak 'asing' dalam arena industri.

Bunyi muziknya juga agak berbeza kalau nak dibandingkan dengan acuan album Wings yang lain. 'Asing'. Jadi kena lah dengan tajuk.

Pada pandangan Abang Mel, Jo Branko ialah sosok gitaris dan penerbit yang sangat kreatif. Kalau bukan disebabkan visi Jo, mungkin jalan cerita kerjaya seni beliau akan jadi berlainan sama sekali.

Terima kasih banyak Abang Mel sebab sudi meluangkan masa untuk borak dan berkongsi cerita. Cuba layan lagu "Lentera Percintaan" ni sambil baca artikel ni.

Khusus buat yang ada anak kecil, bait lirik dan emosi lagu ni memang cukup 'dekat' untuk seorang bapa.

Kredit gambar : Mel Wings

https://www.facebook.com/share/19t8pPM3Fd/

-----------------------------------------------------------


Lentera Percintaan - MEL

https://www.youtube.com/watch?v=LFQLY8HZlb8

Petunjuk kuat lagu ni bertema
~ Kisah Ayah & Anak
"Mel Wings -Lentera Percintaan"
Lirik Rosli Ali, Lagu Mel
Pejamkan matamu sayang
Tidur lena kubuaikan
nyanyian rindu cinta nan syahdu
menderu dikalbu ohhh
Masih jauh perjalanan
untuk kita perhitungkan
kerna kau masih belum mengerti
apa itu cinta abadi...
Korus
Kaulah lantera menyinari kamar
hatiku yg dingin membeku
kembara kita tiada hentinya
selagi usia belum dewasa
biarku timang tangis dan juga tawamu
sebelum ku terlena
Solo
Kaulah lantera menyinari kamar
hatiku yg dingin membeku
kembara kita tiada hentinya
selagi usia belum dewasa
Biarku timang tangis dan juga tawamu
sebelum ku terlena
*2nd korus
Seandainya perpisahan telah ditakdirkan
tabahkan hati
usahlah dirimu sedih..ohhhh ohhh
Tenangkanlah hatimu
semai cintaku dikalbu
pengorbananmu menjadi lambang
kesetiaan
titian perjalanan
percintaan
===========
Lagu "Lentera Percintaan" nyanyian Mel Wings telah dicipta oleh Mel sendiri untuk bahagian lagu, manakala liriknya ditulis oleh Rosli Ali.
Lagu ini merupakan sebahagian daripada album studio keenam kumpulan Wings yang bertajuk Orang Asing, yang dikeluarkan pada tahun 1995.
Album tersebut merupakan satu-satunya album yang menampilkan Mel sebagai vokalis utama kumpulan Wings.

Friday, 30 December 2022

27 DISEMBER 1981 PENUKARAN NAMA TELUK ANSON KEPADA TELUK INTAN

27 Disember 1981 – Pada hari ini, Yang Dipertua Majlis Daerah Hilir Perak (MDHP) Encik Abdul Samat Haji Sabri telah mengedarkan surat arahan penukaran nama Teluk Anson Kepada Teluk Intan. Semua jabatan-jabatan kerajaan, pihak swasta termasuk kilang-kilang, syarikat-syarikat persendirian serta kedai-kedai perniagaan perlu menggunakan nama Teluk Intan.

Mengikut surat arahan yang diedarkan tersebut penggunaan nama Teluk Intan akan mula berkuatkuasa 1 Januari 1982. Dengan pengedaran surat arahan itu diharapkan semua penduduk di daerah Hilir Perak amnya dan bandar Teluk Intan khususnya agar dapat mengubah tulisan nama bandar ini pada semua papan tanda yang bertulis perkataan Teluk Anson kepada Teluk Intan.

Arahan Perubahan

Arahan perubahan nama ini adalah sesuai dengan keadaan masyarakat negara ini lagipun nama Teluk Intan sememangnya telah digunakan sehinggalah pihak pentadbiran Inggeris menukarnya kepada nama Teluk Anson mengambil sempena nama seorang pegawai Inggeris yang bertugas di Perak.

Sesungguhnya arahan penukaran nama Teluk Anson kepada Teluk Intan pada hari ini dalam tahun 1981 itu adalah suatu yang baik ke arah mengurang atau menghapuskan nama-nama tempat yang berunsur penjajah di negara ini.


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

15th OCTOBER 1898 A NAVAL TRAGEDY IN SUNGAI PERAK 120 YEARS AGO



02 Mac 2022 Bukan lagi Bukit St. Paul, kembali nama asal Bukit Melaka


Friday, 14 October 2022

15th OCTOBER 1898 A NAVAL TRAGEDY IN SUNGAI PERAK 120 YEARS AGO

A Naval tragedy in Sg. Perak 120 years ago

Teluk Anson was a busy port of call in the 1890s as steamships come and go ferrying goods, people and services to and fro the hinterland.

On the fateful day 15th Oct 1898, a Police launch was on a routine cruise down Sungai Perak at dusk after a day's work. As they rounded a bend a large steamship loomed astern and slammed  into it killjng 3 people instantly. The impact severely damaged  the ship and she sank.

Only one body was recovered from the wreck. The victim bore marks hit by propellors of SS Canton.
The damaged launch was then  towed back to town for repairs.
It was a slow perilous and arduous task towing the broken vessel.
A heavy storm ensued during the journey and broke the launch further. Finally it reached Teluk Anson and anchored to a buoy.

Efforts were made to repair the damaged boat.
In the end it was aborted due to high cost. It was then abandoned and left to rot in the sun.
And let the fury of nature take its course.
It was also cannibalised by humans throughout the years for scrap iron. Hardly surprising as many foundries and iron works were in operation then near the river. 

120 years have come to pass. Today only the boiler is left lying there. All forlorn. Sunken in the sand.
Why wasn't it hoisted up to dry ground?
They couldn't. Because it was securely fastened to the Hull of the boat that's beneath it.
A mute testimony to all that happened.

I suspect the boiler is still stuck to its  hull lying below the water and sand.
 If it was by itself wobbling in the sandbank, the flood waters would have swept and  carried it down to the river bed long long ago.


Testimony one of the netizen upon the highlight story.


I heard the same.story from ex-marine long time ago...in the 80s. Marine @ Jabatan Laut Perak officer told the story...at that time, there's still no Bangau Island ...you can only see the yellow sand during low tide...

Other related article :-

Malaysian revisits Teluk Intan, the town where he started his career


Thursday, 22 September 2022

SEJARAH LALUAN KERETA API TAPAH ROAD TELUK INTAN

Landasan Kereta Api Tapah Road Selatan

  • Panjang laluan ialah 29.1 km meliputi Tapah Road - Changkat Petai - Degong - Chikus - Sungai Tukang Sidin - Permatang - Sungai Kerawai - Bandar Teluk Anson - Wharf Teluk Anson
  • Dirasmikan pada 18 Mei 1893 oleh Gabenor Negeri-negeri Selat , iaitu Sir Cecil Clementi Smith dan Residen Perak, iaitu Sir Frank Swettenham
  • Laluan ini tidak lagi digunakan bermula pada tahun 1989.

Perasmian Laluan Kereta Api Tapah Road - Teluk Anson 
  • Pembinaan laluan ini bermula pada Mei 1891
  • Inisiatif pembinaan laluan ini dicetuskan oleh Spence Moss, Jurutera Penasihat Kereta Api dan T. Scott Gardner, Jurutera Tempatan Kereta Api
  • Merupakan antara laluan kereta api tertua di Malaysia
𝗦𝗘𝗝𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗟𝗔𝗟𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗘𝗧𝗔 𝗔𝗣𝗜 𝗧𝗔𝗣𝗔𝗛 𝗥𝗢𝗔𝗗 – 𝗧𝗘𝗟𝗨𝗞 𝗔𝗡𝗦𝗢𝗡

Sejarah laluan kereta api dari Tapah Road ke Teluk Anson bermula apabila Sir Archibald Edward Harbord Anson yang merupakan Leftenan Gabenor Pulau Pinang membuat pelan bandar terancang, iaitu Pekan Teluk Anson pada tahun 1882.

#MuziumKTMB

 

Jambatan Keretapi Sungai Bidor, Teluk Intan

Inilah jambatan besi atau sinonim dengan panggilan 'Gerotak Bosi' oleh penduduk tempatan. Banyaklah kisah-kisah samada mitos atau benar tentang pembinaan jambatan ini. Ada yang mengatakan jambatan ini perlukan banyak kepala manusia sehinggakan cerita itu menghantui penduduk- penduduk sekitar itu dulu ni.

Jambatan kereta api Sungai Bidor ini dibina pada tahun 1893. Jambatan sepanjang 550 kaki ini tidak lagi digunakan untuk laluan keretapi setelah perkhidmatan Keretapi Teluk Intan-Tapah Road dihentikan pada tahun 80an. Sekarang jambatan ini hanya digunakan oleh pejalan kaki dan pengguna motosikal.

Perkongsian dan gambar dari En Adi Rez


-------------------------------------------------------

Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

17 SEPTEMBER 1894 PERISTIWA PELANGGARAN KERETAPI DENGAN GAJAH


Sunday, 18 September 2022

17 SEPTEMBER 1894 PERISTIWA PELANGGARAN KERETAPI DENGAN GAJAH


Hari ini 128 tahun yang lalu, berlaku nahas kereta api dengan gajah di Teluk Anson (Teluk Intan), Perak.

Laluan kereta api pertama di Tanah Melayu mula beroperasi pada Jun 1885 menghubungkan Taiping-Port Weld (Kuala Sepetang) sebelum dipanjangkan ke Kuala Lumpur untuk kepentingan perlombongan bijih timah. Relnya merentas hutan belantara.

Pada 17 September 1894, kereta api dengan 3 gerabak penumpang yang dipandu seorang warga Inggeris sedang dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur membawa saudagar & tauke lombong pulang dari meninjau lokasi perlombongan di Ipoh.

Ketika ia melalui Teluk Anson pada kelajuan 40-50 batu sejam sekitar pukul 5-7 petang, seekor gajah jantan yang saiznya lebih besar daripada gerabak kereta api tersebut berdiri di tengah landasan ketika kawanannya sedang melintas landasan.

Melihat cahaya lampu & mendengar bunyi bising, gajah itu bertindak untuk mempertahankan kawanannya dengan berlari ke arah tren tersebut lalu merempuhnya dari depan. Impak kuat pertembungan itu menyebabkan kepala tren tergelincir keluar dari landasan.

Ia turut menyebabkan batang besi rel tercabut & patah. 2 orang kru tren berbangsa India terkorban, bagaimanapun penumpang di gerabak belakang hanya beberapa orang mengalami cedera ringan. Gajah tersebut mati di tempat kejadian.

Menurut cerita orang tempatan, gajah jantan itu mungkin membalas dendam atas kematian anak betinanya yang dirempuh pada 1888, juga kerana melindungi kawanannya yang sedang melintas landasan ketika kereta api sedang bergerak laju ke arah mereka.

Tengkorak gajah jantan itu diawet & disimpan di Muzium Negeri Perak di Taiping, tulang pahanya yang sepanjang kira-kira 1 meter ditempatkan di Muzium KTMB sementara gadingnya difahamkan dibawa terbang ke England oleh pemerintah British ketika itu.

Jasad gajah jantan itu selebihnya dikebumikan di tempat kejadian & didirikan papan tanda bagi memperingati tragedi tersebut. Model kepala tren wap yang dirempuh gajah itu adalah sepertimana yang dipamer di Muzium Negara hari ini.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, Utusan TV


#PeristiwaHariIni
--------------------------------------------------------------

 

There is buried here a wild elephant who in defence of his herd charged and derailed a train on the 17th Day of Sept 1894


NATURAL OBSTACLES have constantly impeded the progress of the railway engineer in Malaya. Swamps, dense jungles and wild beasts have had to be overcome. Here is a local train which has been derailed by collision with an elephant

17 September 1894 – Pada tahun 1894, satu pelanggaran kereta dengan gajah telah berlaku berhampiran Bandar Teluk Anson, Perak. Inilah satu-satunya pelanggaran dengan gajah yang pernah dialami oleh pihak Keretapi Tanah Melayu (KTM). Kejadian yang tidak di sangka-sangka ini berlaku pada sebelah petang semasa kereta api penumpang ini sedang dalam perjalanan dari Tapah Road menuju ke Teluk Anson. Walau bagaimanapun pelanggaran ini tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Hanya gerabaknya tergelincir dari landasan di tempat kejadian itu selama 2 minggu. Untuk memperingati kejadian yang bersejarah ini, satu papan tanda yang mencatatkan bagaimana peristiwa tersebut berlaku telah didirikan di tempat kemalangan itu. Tengkorak dan gading gajah yang dilanggar mati itu telah disimpan di Muzium Taiping. Bagi memudahkan orang ramai melihat tengkorak gajah itu, ia telah dipindah dan dipamerkan di Muzium Negara Kuala Lumpur.

Peristiwa pelanggaran yang berlaku pada hari ini dalam tahun 1894 tidak melibatkan kemalangan nyawa tetapi ia telah menjejaskan pendapatan dan mengganggu perkhidmatan kereta api penumpang Tapah Road Teluk Anson. Malah ia juga boleh disifatkan sebagai faktor yang telah menjejaskan kemajuan perkembangan ekonomi KTM secara keseluruhannya


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

Malaysian revisits Teluk Intan, the town where he started his career


Wednesday, 14 April 2021

16 September 1876 - Kes Pembunuhan J.W.W. Birch

 

*Gambar Sultan Abdullah Mohammad Shah bersama anakanda baginda Raja Mansur ibni Sultan Abdullah Muhammad Shah II, kemungkinan diambil sekitar tahun 1890an, dicetak oleh G R Lambert & Co. (Sumber National Museum of Singapore, National Heritage Board)

Surat pertuduhan dari Colonial Office kepada Sultan Abdullah berkenaan kes pembunuhan Residen British bagi negeri Perak, J.W.W. Birch.

Pejabat Setiausaha Jajahan, Singapura
16 September 1876

Tuanku,

Saya diarahkan oleh Tuan Yang Terutama Gabenor untuk memaklumkan Tuanku bahawa butir maklumat yang diterima oleh Suruhanjaya yang ditugaskan untuk menyiasat kes pembunuhan Tuan Birch, Residen British Negeri Perak, menunjukkan yang Tuanku telah bersubahat dengan beberapa Orang-orang Besar Perak dan beberapa lagi orang yang lain dalam pembunuhan Tuan Birch dilakukan atas arahan dan bantuan dari Tuanku, dan Tuanku juga telah membantu dan melindungi orang-orang yang bertanggungjawab atas pembununan beliau.

Berikut adalah tuduhan yang dibuat oleh Suruhanjaya ke atas Tuanku.

1. Tuanku didapati berada di Durian Sebatang pada tanggal 22hb Julai 1875 di mana Tuanku telah mengadakan mesyuarat dengan beberapa Orang-orang Besar Perak. Di mesyuarat ini cadangan untuk membunuh Tuan Birch dibuat dan cadangan ini dipersetujui oleh Tuanku. Mesyuarat ini juga mengandungi perbincangan tentang cara-cara yang boleh dilakukan untuk membunuh Tuan Birch. Di waktu yang sama, Tuanku telah mengutus surat yang meluluskan cadangan untuk membunuh Tuan Birch kepada Orang-orang Besar Perak.

2. Sejurus selepas mesyuarat tersebut, Tuanku telah menghantar Nakhoda Kekak ke Pulau Pinang untuk membeli sepuluh pucuk senapang, 20 pikul belerang untuk diagihkan kepada Orang-orang Besar Perak yang telah bersetuju untuk membunuh Tuan Birch dan menghalau pegawai-pegawai Residen keluar dari Perak.

3. Tuanku juga didapati mengadakan mesyuarat bersama Orang-orang Besar Perak selama tiga malam berturut-turut di kediaman Tuanku di Batak Rabit di bulan Ogos 1875, sewaktu upacara 'Main Hantu'. Tuanku dikatakan telah merancang pembunuhan Tuan Birch dengan Orang-orang Besar tersebut.

4. Tuanku telah mengutus sepucuk surat yang mempunyai cop mohor Tuanku, mengarahkan Datuk Maharajalela untuk membunuh Tuan Birch, sewaktu Tuanku berada di Pasir Panjang pada 5hb Oktober 1875.

5. Tuanku di dapati hadir di sebuah mesyuarat bersama Orang-orang Besar dan rakyat negeri di Durian Sebatang pada 27hb Oktober 1875. Susulan dari mesyuarat tersebut, persetujuan untuk membunuh Tuan Birch di Pasir Salak diberi, peralatan senjata serta peluru telah dibekalkan kepada Datuk Maharajalela, Datuk Sagor dan Daeng Merewah, untuk tujuan membunuh Tuan Birch.

6. Tuan Birch dibunuh di Pasir Salak pada 2hb November 1875, dan pembunuhan ini dijalankan di bawah arahan Tuanku dan dengan pengetahuan Tuanku.

7. Setelah Tuan Birch dibunuh, Tuanku telah berutus dengan Datuk Maharajalela, dan pada 5hb November 1875, Tuanku menghantar Along Nor dan Nan Hussain untuk memberitahu Datuk Maharajalela bahawa Tuanku akan memberi bantuan, termasuk dari segi kewangan dan bantuan ini akan diberi tanpa pengetajuan orang ramai.

8. Tuanku telah menghantar tiga perahu membawa 500 gantang beras kepada Datuk Maharajalela pada 6hb November 1875, walaupun beliau diketahui oleh Tuanku sebagai salah seorang daripada mereka yang mengambil bahagian dalam kes pembunuhan Tuan Birch dan dalam kes serangan ke atas rumah Residen British di Bandar Bahru.

9. Tuanku telah membawa peralatan senjata dan peluru dari Batak Rabit ke Durian Sebatang pada 10hb November 1875 dengan tujuan membantu Datuk Maharajalela melawan pegawai-pegawai British dan menyerang rumah Residen British di Bandar Bahru.

10. Tuanku di dapati melindungi Datuk Sagor pada 10 Mac 1876 dan menasihati beliau untuk bersembunyi di hutan, walaupun beliau diketahui oleh Tuanku sebagai salah seorang daripada mereka yang mengambil bahagian dalam kes pembunuhan Tuan Birch.

Butir-butir diatas telah disenaraikan supaya Tuanku diberi peluang untuk memberi keterangan mengenai kes pembunuhan Tuan Birch.

Saya telah diarahkan untuk memberitahu Tuanku bahawa Tuan Yang Terutama Gabenor sedang menunggu jawapan lengkap dari Tuanku dalam bentuk bertulis sebelum 7hb Oktober.

Yang Benar

(Tandatangan) John Douglas

Kepada DYMM Sultan Abdullah Muhammad Shah
Sultan Perak


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

Pakatan Membunuh J.W.W. Birch & Upacara Bermain Hantu Di Batak Rabit


Monday, 12 April 2021

Pakatan Membunuh J.W.W. Birch...

Pakatan Membunuh J.W.W. Birch Dan Upacara Bermain Hantu Di Batak Rabit

Gambar : J.W.W. Birch (kiri) dan Sultan Perak, Sultan Abdullah (kanan)

Dalam usaha meracuni J.W.W. Birch, Sultan Abdullah, Laksamana dan Syahbandar telah membayar $40 kepada seorang wanita yang akan berpura-pura lari sebagai hamba ke kediaman J.W.W. Birch dan seterusnya memasukkan racun ke dalam makanan J.W.W. Birch. Rancangan ini diketahui oleh J.W.W. Birch melalui seseorang dari Durian Sebatang. Dengan itu beliau mengarahkan supaya menghalang sebarang wanita yang tidak dikenai menghampiri dapurnya dan dua pengawal mengawasi kediamannya. 

Sultan Abdullah dan pembesar juga merancang menghantar Saimah memasukkan kaca dan kabung ke dalam bekas mandi J.W.W. Birch. Apabila mandi, kulitnya akan tersiat. Sekiranya usaha ini juga gagal, mereka akan memenggal kepala J.W.W. Birch.

Setelah gagal meracuni J.W.W. Birch, Sultan Abdullah meminta nasihat daripada Laksamana dan Raja Idris. Kemudian Sultan Abdullah mengambil keputusan untuk bermain hantu. Dengan itu baginda menjemput Bomoh Diraja, Raja Kechil Muda dan anaknya Raja Ahmad di Pasir Panjang datang ke Batak Rabit. Di Batak Rabit, Sultan Abdullah berunding dengan Syahbandar, Raja Mahkota, Raja Idris dan Orang Kaya Mat Arshad.

Seterusnya upacara bermain hantu atau berhantu diadakan di Batak Rabit pada 24 hingga 26 Ogos 1875. Upacara ini dilakukan oleh Bomoh Diraja, Raja Kechil Muda dan anaknya Raja Ahmad. Pada malam 24 dan 25 Ogos 1875 upacara ini khas untuk mengubat Sultan Abdullah yang gering, tetapi pada malam 26 Ogos 1875 upacara ini khas untuk membunuh J.W.W. Birch.

Pada malam pertama persiapan dibuat di balai. Kain kuning diletakkan di atas bantal dan tiga buah guri berisi air di sebelah kanan.Di ketiga-tiga guri itu dipasang lilin. Kira-kira pukul 8.00 malam ramai yang hadir, duduk bersama Sultan Abdullah di balai. Di antara mereka yang hadir ialah Syahabandar, Raja Idris, Raja Lop Ahmad, Tuk Bandar, Che Amin, Indut, Syed Masahor dan Kulup Mat Ros.

Setelah menghisap candu, Sultan Abdullah menyatakan sekiranya ada hantu dalam negeri Perak, bolehlah mereka melihat masa depan J.W.W. Birch dan kematiannya serta perahunya terkandas di Kuala Perak. Kemudian Raja Ahmad menyatakan kesanggupan beliau untuk memanggil semangat J.W.W. Birch jika baginda bersetuju membayar "pengeras" sebanyak $100.

Kira-kira pukul 9.00 malam Raja Ahmad duduk di atas tikar yang disediakan untuk memulakan upacara. Raja Kechil Muda duduk di sebelah kanan memegang gendang besar. Beberapa orang wanita duduk berhampiran Raja Kechil Muda. Sementara Raja Ahmad membakar kemenyan, Raja Kechil Muda memukul gendang sambil membaca jampi dan diikuti oleh wanita yang ada di sebelahnya. Seterusnya Raja Ahmad sambil memegang kipas di tangan kirinya melempar beras kunyit ke atas kain. Kemudian beliau mengambil patung yang disediakan, sambil mengetuknya dengan kipas. Patung ini dibuat oleh Raja Ahmad.

Setelah masa berlalu 15 minit, semangat memasuki Raja Ahmad. Raja Ahmad pun bertanya khabar dan meminta penjelasan memanggilnya. Raja Kechil Muda menyatakan yang dia dititahkan oleh Sultan Abdullah supaya bergabung semangat selama dua malam. Pada malam terakhirnya nanti, Sultan Abdullah akan menyatakan hajat baginda. Setelah semangat pertama pergi, datang pula semangat kedua. Semangat kedua ini mengemukakan pertanyaan yang sama. Dengan itu Raja Kechil Muda menyatakan jawapan yang sama. Setelah upacara itu berlansung selama satu setengah jam, Sultan Abdullah berpindah dan duduk berhampiran Raja Ahmad yang sedang menurun. Dengan itu Raja Kechil Muda dan wanita berhampirannya berpindah ke sebelah kiri Sultan Abdullah. 

Kemudiannya semangat jahat memasuki Raja Ahmad. Sekali lagi bertanya khabar dan meminta penjelasan memanggilnya. Pada kali ini Raja Kechil Muda menyatakan supaya bergabung semua semangat jahat di Perak untuk menentang J.W.W. Birch dan orang putih. Setelah beberapa semangat datang maka upacara bermain hantu pun diberhentikan. Seterusnya Sultan Abdullah memaklumkan supaya jangan menghadap baginda sebelum tengah hari esok.

Pada keesokan harinya, 25 Ogos 1875, Laksamana dan Dato Sagor datang ke Batak Rabit. Sultan Abdullah menyatakan upacara bermain hantu sudah dijalankan. Upacara bermain hantu diteruskan lagi pada malam kedua. Dato Sagor hadir, Laksamana tidak hadir tetapi tinggal dalam perahunya. Dalam upacara ini semangat jahat yang datang itu menuntut ganjaran. Raja Kechil Muda berjanji akan membuat perahu persembahan dan akan ditunaikan sebaik sahaja J.W.W. Birch mati.

Kemudian upacara ini diteruskan pada malam ketiga. Pada malam itu Raja Ahmad dimasuki tiga semangat jahat. Apabila sahaja tujuh semangat jahat memasuki Raja Ahmad, Sultan Abdullah menghunus keris dan jatuh bangun menari. Raja Ahmad datang menghampiri Sultan Abdullah dan membentuk lembaga manusia daripada tepung di atas daun pisang yang ada di dalam pinggan. Selepas itu Sultan Abdullah meminta mereka yang hadir senyap. Seterusnya Sultan Abdullah dan Raja Ahmad menutup muka masing-masing dengan kain selendang dan mengarahkan muka pinggan ke muka mereka. Mereka duduk berhadapan di antara satu sama lain kira-kira 15 minit. 

Dalam suasana hening itu, Raja Ahmad dan Sultan Abdullah menikam lembaga tersebut beberapa kali. Selepas itu Sultan Abdullah membalut pinggan itu dan diletakkan di sebelah. Kemudiannya mereka duduk berhadapan di antara satu sama lain sehinggalah semangat keluar daripada tubuh mereka. Sultan Abdullah melaporkan kepada hadirin, dalam tempoh sebulan J.W.W. Birch akan mati. Upacara ini berakhir pada pukul 2.30 pagi.

Pada 26 Ogos 1875, Dato Sagor pulang. Sementara itu beberapa orang pembesar masih tinggal di Batak Rabit. Kira-kira empat hari selepas bermain hantu, Sultan Abdullah bersama empat buah perahu mudik Sungai Perak. Sultan Abdullah lazimnya berangka dengan empat buah perahu. Perahu pertama kenaikan baginda, perahu kedua isteri baginda Saedah, perahu ketiga tukang masak dan perahu keempat hamba wanita. Tiap-tiap perahu tersebut dibekalkan lembing, keris dan dua pucuk meriam lela. Dalam perahu Sultan Abdullah sendiri terdapat 70 batang lembing dan 17 laras senapang.

Pada 27 Ogos 1875, Indut datang memaklumkan kepada Sarjan Mahmud yang bertugas di Durian Sebatang, bahawa Sultan Abdullah akan membunuh J.W.W. Birch. Kemudian sekali lagi pada 29 Ogos 1875, dia menyatakan pembesar dan Sultan Abdullah akan membunuh J.W.W. Birch. Selain itu Indut juga memaklumkan kepada J.W.W. Birch berkenaan rancangan pembunuhan ini. J.W.W. Birch tidak gentar dengan berita ini, malah menyatakan dia kenal kesemuanya. Selain itu, J.W.W. Birch menyatakan tidak perlu risau kerana dirinya sudah tua. Jika dia mati, Perak akan menjadi kepunyaan Ratu Inggeris.

Petikan dari buku Pasir Salak: Pusat Gerakan Menentang British di Perak karya Prof Abdullah Zakaria.

https://www.facebook.com/272987353403364/posts/553342105367886/

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

Perjanjian Pangkor

https://normanhafizi.blogspot.com/2021/04/perjanjian-pangkor.html

Saturday, 10 April 2021

PERJANJIAN PANGKOR

 


Gambar 1 - Sultan Abdullah Muhammad Shah II, Sultan Perak Ke-26. Bersemayam di Istana Batak Rabit, Teluk Intan

Perjanjian Pangkor, 20 Januari 1874

“Bahawasanya keadaan huru-hara sedang berlaku dalam Kerajaan Perak disebabkan oleh ketiadaan pemerintah yang tetap di Negeri itu dan tidak wujud kuasa yang berkesan untuk melindungi rakyat dan untuk menjamin hasil usaha mereka, dan,

Bahawasanya sebilangan besar orang China yang diupah dan sejumlah besar wang yang dilaburkan dalam perusahaan bijih timah di Perak oleh rakyat British dan lain-lain yang bermastautin dalam Tanah Jajahan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, dan lombong serta harta tersebut tidak dilindungi secukupnya, dan kegiatan lanun, pembunuhan, pembakaran sengaja berlaku dengan berleluasa di negeri tersebut, dan ini menyebabkan perdagangan dan kepentingan British terjejas teruk dan keamanan serta ketenteraman Petempatan British yang berjiranan dengannya kadang-kadang turut terancam, dan,

Bahawasanya sesetengah Pembesar semasa Kerajaan Perak telah menyatakan ketakmampuan mereka mengawal kacau bilau yang melanda sekarang ini, dan bersama-sama dengan mereka yang berkepentingan dalam perusahaan negeri  ini telah memohon bantuan, dan,

Bahawasanya Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen terikat oleh Syarat Persetiaan bagi melindungi Kerajaan tersebut dan membantu pemerintahnya, maka dengan ini,

Tuan Yang Terutama Sir Andrew Clarke, K.C.M.G. C.B., Gabenor Tanah Jajahan Negeri-Negeri Selat, sebagai mematuhi permintaan tersebut, dan dengan tujuan membantu pemerintah tersebut dan bagi mewujudkan penyelesaian yang berkekalan terhadap masalah di Perak, telah mencadangkan Perkara perkiraan yang berikut sebagai yang boleh mendatangkan manfaat bersama kepada Pemerintah Bebas Negeri Perak, rakyatnya, rakyat Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dan orang lain yang bermastautin atau yang berdagang di Negeri Perak, iaitu :-

Pertama –  Bahawa Raja Muda Abdulah diiktiraf sebagai Sultan Perak.
Kedua – Bahawa Raja Bendahara Ismail, yang sekarang ini menjadi Pemangku Sultan, dibenar mengekalkan gelaran Sultan Muda dengan diberi pencen dan sebuah Wilayah kecil diserahkan hak kepadanya.
Ketiga   –  Bahawa segala perlantikan Pegawai-pegawai besar lain yang dibuat masa Raja Bendahara Ismail menerima alat kebesaran diraja hendaklah disahkan.
Keempat –  Bahawa kuasa yang diberikan kepada Orang Kaya Menteri ke atas Larut oleh Al-Marhum Sultan hendaklah disahkan.
Kelima –  Bahawa semua hasil negeri hendaklah dikutip dan semua perlantikan hendaklah dibuat atas nama Sultan.
Keenam –  Bahawa Sultan menerima dan menyediakan sebuah kediaman yang sesuai untuk seorang Pegawai British yang dinamakan Residen, yang akan ditauliahkan ke istana Baginda, dan nasihatnya mestilah diminta dan diambil tindakan atas semua persoalan selain yang menyentuh agama Islam dan adat istiadat orang Melayu.
Ketujuh – Seorang Penolong Residen, iaitu seorang Pegawai British yang bertindak di bawah Residen Perak, dengan kuasa yang serupa dan tertakluk hanya kepada Residen tersebut hendaklah ditempatkan di istana Gabenor Larut.
Kelapan – Bahawa pembiayaan untuk Residen-Residen ini dan Perjawatan mereka hendaklah ditentukan oleh Kerajaan Negeri-Negeri Selat dan menjadi tanggungjawab pertama daripada hasil Negeri Perak.
Kesembilan – Bahawa peruntukan diraja yang mengawal selia pendapatan yang akan diterima oleh Sultan, Bendahara, Menteri, dan Pegawai lain hendaklah menjadi tanggungan seterusnya daripada hasil tersebut.
Kesepuluh – Bahawa pemungutan dan pengawalan segala hasil dan pentadbiran am negeri dikawal selia di bawah nasihat Residen-residen ini.
Kesebelas – Bahawa Persetiaan di mana Pulau Dinding dan pulau-pulau Pangkor telah diserahkan kepada Great Britain telah tersalah faham, dan dengan yang demikian, maka perlulah diselaraskan semula supaya dapat dikuatkuasakan tujuan sebenar para penggubal Persetiaan itu, dan dengan ini maka diisytiharkan bahawa sempadan wilayah yang diserahkan itu hendaklah diperbetulkan seperti berikut:   Dari Bukit Segari, seperti yang tertera dalam Lembaran Carta No. 1 Selat Melaka, yang salinannya dilampirkan, dengan bertanda A, merentas lurus hingga kelaut, kemudiannya di sepanjang pantai laut ke selatan, ke Pulau Katta di sebelah Barat, dan dari Pulau Katta merentang ketimur laut kira-kira sepanjang lima batu, dan kemudiannya ke utara, iaitu ke Bukit Segari.
Kedua belas – Bahawa legih selatan Sungai Krian, iaitu bahagian kawasan yang salirannya masuk ke sungai itu dari selatan diisytiharkan sebagai Wilayah British, sebagai membetulkan Sempadan Province Wellesley (Seberang Perai). Sempadan itu hendaklah ditandakan oleh Pesuruhjaya, seorang yang dinamakan oleh Kerajaan Negeri-Negeri Selat, dan seorang lagi dinamakan oleh Sultan Perak.
Ketiga belas – Bahawa apabila keadaan kacau-bilau sekarang ini sudah terhenti di Negeri Perak dan keamanan dan ketenteraman telah kembali pulih dalam kalangan puak-puak yang berbalah di Negeri itu, maka langkah-langkah segara di bawah kawalan dan seliaan seorang atau lebih daripada seorang Pegawai British hendaklah dilaksanakan bagi memulihkan sejauh mana yang boleh dilakukan kerja-kerja perlombongan dan pemilikan alat jentera, dan lain-lain, seperti keadaan sebelum berlaku kacau-bilau, serta bagi menguruskan pembayaran pampasan kerana kerosakan, dan keputusan pegawai atau pegawai-pegawai itu dalam hal sedemikian adalah muktamad
Keempat belas – Menteri Larut berjanji mengaku sebagai hutangnya kepada Kerajaan Negeri-Negeri Selat untuk segala caj dan perbelanjaan yang ditanggung atas penyiasatan ini, dan juga atas caj dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Tanah Jajahan Negeri-Negeri Selat dan Great Britain dalam usaha mereka bagi mewujudkan ketenteraan di Negeri Perak dan keselamatan perdagangan.

Perkara diatas telah dibaca dan telah dijelaskan kepada mereka yang berkenaan yang telah memahami perkara-perkara itu dan masing-masing bersetuju dan menerimanya sebagai mengikat diri mereka dan Waris serta Pengganti mereka.

Perjanjian ini dibuat dan diikat di Pulau Pangkor dalam Tanah Jajahan British pada dua puluh hari bulan Januari tahun Masihi satu ribu lapan ratus tujuh puluh empat.


Gambar 2 - Leftenan Jeneral Sir Andrew Clarke, Gabenor ke-9 Negeri-Negeri Selat

Disempurnakan dihadapan saya

ANDREW CLARKE,
Gabenor, Panglima Besar dan Laksamana Negeri-Negeri Selat


Gambar 3 - Salinan asal Perjanjian Pangkor dalam simpanan Arkib Negara Malaysia


Gambar 4 - HMS Pluto, lokasi Perjanjian Pangkor ditandatangani


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

20 Januari 1874 : Memperingati 145 Tahun Perjanjian Pangkor


Monday, 15 February 2021

Malaysian revisits Teluk Intan

Malaysian revisits Teluk Intan, the town where he started his career

 

The writer with his friends checking out the Elephant Memorial. — Photos: PATHMANABAN

Teluk Intan in Perak has a special place in my heart. It was here that I started my career in the civil service as a Labour Officer in early 1981. It was a small and relatively quiet town back then.

It was formerly known as Teluk Anson, named after General Archibald Anson who was once the District Officer of Hilir Perak. In 1982, the name changed to Teluk Intan because in the past, the place was called “Teluk Mak Intan” after a female Mandailing trader.

Local folks have a fable that revolves around a woman bathing in a stream who lost her diamond (or intan) hairpin.

Teluk Intan was also where Perak rulers held court from 1528, until Kuala Kangsar became the royal town in 1877.

I have many fond reflections each time I think about my five-and-a-half years in Teluk Intan. In the good old days, I used to walk all around the town each day for more than an hour as part of my exercise regime.

Menara Condong or Leaning Tower of Teluk Intan. — Rosley9111/Wikimedia Commons

I also used to frequently meet friends in town and would have either my evening tea or an early dinner with them before returning home.

Not too long ago, I went back to Teluk Intan with some friends, after being away for many years. Much has changed in my old stomping grounds. The Teluk Intan I knew then, is beyond recognition today. Only a few retail outlets and eateries are still familiar to me. Most of my friends no longer reside here, while some have passed on.

By the 1980s, Teluk Intan was the third largest town in Perak. It was a point of convergence as an administrative and business centre for nearby townships like Tapah, Bidor, Bagan Datuk and Hutan Melintang. Teluk Intan’s economy was adversely affected after the Perak river contracted due to upstream erosion and silt deposits.

This misfortune inevitably took a toll on the port and the town’s economy spiralled downwards, affecting the exports of tin, rubber and petroleum. Teluk Intan also lost its status as a petroleum distribution centre for Shell Malaysia when oil tankers and cargo ships were unable to sail down and berth at its port.

Compounding to the town’s woes was the closure of the 30km branch line from Tapah Road to Teluk Intan in 1989 due to the sharp decline in traffic.

Nevertheless, the outskirts of the town continued to be important for its numerous oil palm and coconut estates owned by renowned companies like United Plantations.

Faced with dwindling employment opportunities, many locals searched for employment prospects in larger cities like Ipoh, Kuala Lumpur, and Klang and Shah Alam in Selangor.

Now, it is hoped that the West Coast Expressway will revive the town’s past glory.

Teluk Intan still has the opportunity to regain its economic clout and tourism is one sector which can be developed. Teluk Intan has its own unique charm, though back in the 1980s, there were hardly any tourists there.

Teluk Intan’s current tourist attractions include the Leaning Tower or Menara Condong, Pulau Bangau, Elephant Memorial and Sungai Bidor Railway Bridge.

Now known as Menara Condong, this is an iconic landmark in town. Measuring 25.5m tall, it looks like an eight-storey building from the outside, though it is actually only three storeys.

Built in1885 by a Chinese contractor named Leong Choon Chong, the tower was in the past used as a storage place for portable water supply for residents.

Locals funded the entire cost of building the brick-and-wood tower, including the clock at the top, which was made by an named Englishman, J.W. Benson.

A road in the city centre of Teluk Intan is named Jalan Ah Chong, dedicated to Leong.

Not far from town is Pulau Bangau, though you would need to take a boat to get there. It is estimated that there are at least 20,000 migratory birds from 10 species on this islet, including herons and egrets. It is just mystifying to watch them fly at a low altitude over the river, and then resting in the trees.

You can’t leave Teluk Intan without trying its mouth-watering mee rebus.

The Elephant Memorial tells of the first train derailment ever recorded in the country. In an official report, it is said that on Sept 17,1894, a bull elephant went charging against a train to protect its herd.

But local folks think that the elephant was seeking revenge over the death of its calf, killed much earlier by the same train carriage.

The skull of the elephant is on display in Taiping Museum, while its skeleton is dislayed at the KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad) museum in Johor Baru.

Meanwhile, the Sungai Bidor Railway Bridge crosses the Bidor river, a tributary which converges on the larger Perak river. In the past, Teluk Intan was the main port for exporting tin, mined mainly from the Kinta Valley near Ipoh. This bridge was part of a connecting rail network from Teluk Intan to Tapah Road.

Another historical attraction is Batu Tenggek, which is located in the middle of the town. Legend has it that the rock was placed there by a British soldier and was originally the size of a pebble. Over the years it started to grow, adding to its mysterious charm. This rock is now known as a memorial commemorating fallen soldiers in World War I and II.

When in Teluk Intan, try the locals’ favourite dishes like chee cheong fun and mee rebus. The chee cheong fan is famous in the peninsular and contains vegetables and dried shrimp, and is eaten with only preserved green chillies; no sauces needed here.

Mee rebus is also popular here, and I can say that the Teluk Intan version is truly unique and worth trying.

For Malaysians looking for an ideal retreat sojourn, Teluk Intan is the place to go. It is a hidden gem and makes for the perfect place to holiday during a time when social distancing is the norm, as there are hardly any large crowds here.

The views expressed are entirely the reader’s own.

https://www.thestar.com.my/lifestyle/travel/2021/02/11/malaysian-revisits-teluk-intan-the-town-where-he-started-his-career

Other related articles :-

17 SEPTEMBER 1894 PERISTIWA PELANGGARAN KERETAPI DENGAN GAJAH


https://normanhafizi.blogspot.com/2022/09/17-september-1894-peristiwa-pelanggaran.html

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...