Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 18 September 2022

17 SEPTEMBER 1894 PERISTIWA PELANGGARAN KERETAPI DENGAN GAJAH


Hari ini 128 tahun yang lalu, berlaku nahas kereta api dengan gajah di Teluk Anson (Teluk Intan), Perak.

Laluan kereta api pertama di Tanah Melayu mula beroperasi pada Jun 1885 menghubungkan Taiping-Port Weld (Kuala Sepetang) sebelum dipanjangkan ke Kuala Lumpur untuk kepentingan perlombongan bijih timah. Relnya merentas hutan belantara.

Pada 17 September 1894, kereta api dengan 3 gerabak penumpang yang dipandu seorang warga Inggeris sedang dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur membawa saudagar & tauke lombong pulang dari meninjau lokasi perlombongan di Ipoh.

Ketika ia melalui Teluk Anson pada kelajuan 40-50 batu sejam sekitar pukul 5-7 petang, seekor gajah jantan yang saiznya lebih besar daripada gerabak kereta api tersebut berdiri di tengah landasan ketika kawanannya sedang melintas landasan.

Melihat cahaya lampu & mendengar bunyi bising, gajah itu bertindak untuk mempertahankan kawanannya dengan berlari ke arah tren tersebut lalu merempuhnya dari depan. Impak kuat pertembungan itu menyebabkan kepala tren tergelincir keluar dari landasan.

Ia turut menyebabkan batang besi rel tercabut & patah. 2 orang kru tren berbangsa India terkorban, bagaimanapun penumpang di gerabak belakang hanya beberapa orang mengalami cedera ringan. Gajah tersebut mati di tempat kejadian.

Menurut cerita orang tempatan, gajah jantan itu mungkin membalas dendam atas kematian anak betinanya yang dirempuh pada 1888, juga kerana melindungi kawanannya yang sedang melintas landasan ketika kereta api sedang bergerak laju ke arah mereka.

Tengkorak gajah jantan itu diawet & disimpan di Muzium Negeri Perak di Taiping, tulang pahanya yang sepanjang kira-kira 1 meter ditempatkan di Muzium KTMB sementara gadingnya difahamkan dibawa terbang ke England oleh pemerintah British ketika itu.

Jasad gajah jantan itu selebihnya dikebumikan di tempat kejadian & didirikan papan tanda bagi memperingati tragedi tersebut. Model kepala tren wap yang dirempuh gajah itu adalah sepertimana yang dipamer di Muzium Negara hari ini.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, Utusan TV


#PeristiwaHariIni
--------------------------------------------------------------

 

There is buried here a wild elephant who in defence of his herd charged and derailed a train on the 17th Day of Sept 1894


NATURAL OBSTACLES have constantly impeded the progress of the railway engineer in Malaya. Swamps, dense jungles and wild beasts have had to be overcome. Here is a local train which has been derailed by collision with an elephant

17 September 1894 – Pada tahun 1894, satu pelanggaran kereta dengan gajah telah berlaku berhampiran Bandar Teluk Anson, Perak. Inilah satu-satunya pelanggaran dengan gajah yang pernah dialami oleh pihak Keretapi Tanah Melayu (KTM). Kejadian yang tidak di sangka-sangka ini berlaku pada sebelah petang semasa kereta api penumpang ini sedang dalam perjalanan dari Tapah Road menuju ke Teluk Anson. Walau bagaimanapun pelanggaran ini tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Hanya gerabaknya tergelincir dari landasan di tempat kejadian itu selama 2 minggu. Untuk memperingati kejadian yang bersejarah ini, satu papan tanda yang mencatatkan bagaimana peristiwa tersebut berlaku telah didirikan di tempat kemalangan itu. Tengkorak dan gading gajah yang dilanggar mati itu telah disimpan di Muzium Taiping. Bagi memudahkan orang ramai melihat tengkorak gajah itu, ia telah dipindah dan dipamerkan di Muzium Negara Kuala Lumpur.

Peristiwa pelanggaran yang berlaku pada hari ini dalam tahun 1894 tidak melibatkan kemalangan nyawa tetapi ia telah menjejaskan pendapatan dan mengganggu perkhidmatan kereta api penumpang Tapah Road Teluk Anson. Malah ia juga boleh disifatkan sebagai faktor yang telah menjejaskan kemajuan perkembangan ekonomi KTM secara keseluruhannya


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

Malaysian revisits Teluk Intan, the town where he started his career


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...