Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 18 September 2022

16 SEPTEMBER 1951 PENUBUHAN PARTI KEMERDEKAAN MALAYA

Independence Malaya Party (IMP)

 

Pada hari ini dalam tahun 1951, YBhg. Dato’ Onn bin Jaafar telah menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya. Penubuhan parti ini adalah berpunca dari perselisihan yang tinggal di antara Dato’ Onn sebagai pemimpin Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dengan ahli-ahli UMNO mengenai isu membuka pintu keahlian UMNO kepada orang-orang bukan Melayu. Dato’ Onn telah mencadangkan supaya perlembagaan UMNO dipinda untuk membolehkan bangsa-bangsa lain menjadi ahli UMNO. 

Ianya bertujuan menjadikan UMNO sebagai sebuah parti kebangsaan yang diwakili oleh semua bangsa di Tanah Melayu, sebagai persediaan untuk merdeka. Ini adalah cadangan British supaya adanya satu parti yang mengandungi bangsa, bagi mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. Bagaimanapun cadangan YBhg. Dato’ Onn ini telah ditentang dengan hebatnya oleh kebanyakkan ahli-ahli UMNO. Akhirnya pada hari ini 1951 YBhg. Dato’ Onn telah menubuhkan sebuah parti baru, iaitu Parti Kemerdekaan Malaya. Matlamat Penubuhan parti ini kemudiannya telah mendapat sambutan baik dari beberapa kalangan terutamanya dari MCA dan MIC. 

Tetapi Parti Kemerdekaan Malaya ini tidak dapat bergerak dan akhirnya dibubarkan pada tahun 1953, kerana tidak mendapat sokongan orang-orang Melayu.

Sumber : Arkib Negara Malaysia


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

16 SEPTEMBER 1963 PENGISYTIHARAN PENUBUHAN MALAYSIA


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...