Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label alam semulajadi. Show all posts
Showing posts with label alam semulajadi. Show all posts

Friday, 11 September 2026

26 OGOS 2026

 

Mungkin ramai tak tahu, beberapa minggu sebelum banjir besar melanda Nepal, negara itu sebenarnya baru sahaja melalui ketegangan agama yang menyaksikan sebuah masjid dirosakkan dan dibakar.

Pada penghujung Julai 2026, berlaku pergaduhan dan ketegangan antara komuniti Hindu dan Muslim di beberapa kawasan di Nepal.

Keadaan kemudian menjadi semakin tegang sehingga berlaku rusuhan. Antara kejadian yang paling mendapat perhatian ialah di Golbazar, daerah Siraha, apabila Chauharwa Jame Mosque telah dirosakkan dan dibakar ketika protes sedang berlaku.

Menurut laporan media Nepal, bukan sahaja struktur masjid mengalami kerosakan, malah buku-buku dan naskhah yang berada di dalam masjid turut musnah akibat kebakaran. Pihak berkuasa kemudiannya meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan tersebut.

Kejadian itu berlaku hanya beberapa minggu sebelum Nepal dan kawasan sempadannya dengan Tibet dilanda satu bencana yang jauh lebih dahsyat.

Pada 26 Ogos 2026, sebahagian besar ais, batu dan material daripada kawasan glasier Himalaya runtuh ke lembah sebelum menghasilkan aliran air, lumpur dan batu yang sangat kuat.

Dalam tempoh sekitar 30 minit, paras sungai dilaporkan meningkat sehingga kira-kira 9 meter di sesetengah kawasan.

Kampung, jalan raya, jambatan dan projek tenaga dihanyutkan. Ratusan nyawa telah terkorban dan lebih 1,000 orang dilaporkan masih hilang di Nepal serta Tibet ketika operasi mencari dan menyelamat diteruskan.

Adakah kedua-dua kejadian ini mempunyai kaitan?

Dari sudut fakta dan sains, tiada bukti yang menunjukkan pembakaran masjid itu menjadi punca kepada bencana tersebut.

Pakar setakat ini melihat kejadian banjir itu berkaitan dengan keruntuhan glasier dan ketidakstabilan kawasan pergunungan Himalaya, dengan perubahan iklim turut menjadi antara faktor yang sedang diperhatikan.

Tetapi sebagai manusia, mungkin ada satu perkara yang boleh kita renungkan. Bencana alam tidak memilih agama, bangsa atau siapa yang kita benci.
Hari ini kita mungkin bergaduh kerana perbezaan sesama manusia.

Esok, apabila alam menunjukkan kekuatannya, kita akhirnya sedar betapa kecilnya kita. Apa pun tafsiran masing-masing terhadap dua kejadian ini, jangan sesekali jadikan rumah ibadat sebagai sasaran kebencian.

Sama ada ini sekadar satu kebetulan atau sesuatu yang boleh kita jadikan peringatan, terpulang kepada masing-masing untuk menilai dan mengambil pengajaran.

https://www.facebook.com/share/p/1AoHzxoZXP/

P/S : Info semasa kisah bencana alam semula jadi yang telah berlaku di sebuah Negara iaitu di Republik Nepal.

Sedikit penulisan daripada Nurtizen Malaysia kita berdasarkan kisah yang telah diceritakan dalam Al-Quran apabila sesebuah kaum itu telah diutuskan Nabi yang menyampaikan dakwah.

Namun begitu, mereka telah berlaku sombong dan zalim sehingga telah diturunkan bala bencana kepada mereka.

Kisah-kisah yang telah diceritakan ini adalah sebagai peringatan dari Allah Taala 💕 kepada semua manusia tentang balasan yang mereka bakal terima di dunia dan mereka juga akan mendapat siksaan yang pedih dan keras di akhirat kelak.

Semoga kita semua sentiasa dalam Rahmat dan Lindungan Allah Taala 💕. Aamiin Ya Robbal'alamiin.

"Beberapa kaum terdahulu telah dibinasakan oleh Allah S.W.T. akibat mengingkari ajaran para nabi dan melakukan kemungkaran yang besar.

Senarai Kaum yang Dibinasakan :-
  1. Kaum Nabi Nuh: Mengingkari dakwah selama 950 tahun dan dibinasakan menerusi bah besar (banjir besar).
  2. Kaum 'Ad (Nabi Hud): Kaum yang kuat dan sombong, dibinasakan dengan angin taufan yang sangat sejuk dan kencang selama tujuh malam lapan hari.
  3. Kaum Thamud (Nabi Saleh): Mendustakan Nabi Saleh dan menyembelih unta betina mukjizat Allah, lalu dibinasakan dengan petir dan gempa bumi yang dahsyat.
  4. Kaum Luth: Penduduk Sadum yang melakukan amalan keji (homoseksual), dibinasakan dengan hujan batu dari tanah yang terbakar dan diterbalikkan bumi mereka.
  5. Kaum Madyan (Nabi Syu'aib): Amalan curang dalam sukatan timbangan, dibinasakan dengan azab hari yang gelap (awanan panas) dan gempa.
  6. Kaum Firaun dan Bani Israil yang ingkar: Firaun dan bala tenteranya dibinasakan dengan lemas di Laut Merah".

Tuesday, 24 July 2018

Amazing : Sungai Berwarna Biru Di Costa Rica (gambar)

Sebuah sungai yang dikenali sebagai 'The Celeste' yang terletak di Taman Negara Tenorio di Guatuso, Alajuela mempunyai air sungai yang berwarna biru.

Hal ini disebabkan oleh tindak balas kimia semulajadi antara sulful dan kalsium karbonat yang bertindak memberi warna air sungai yang unik ini..Fenomena ini juga mempunyai kaitan dengan aktiviti gunung berapi di negara itu.  Jom kita tengok gambar kat bawah..











p/s : Subhanallah


http://akustressgiler.blogspot.com/2012/05/amazing-sungai-berwarna-biru-di-costa.html?spref=bl

Monday, 28 May 2012

Cool : Penyamaran Haiwan Tahap #Naruto

AMAZING : PENYAMARAN HAIWAN TAHAP NINJA (10 GAMBAR)

Memang menakjubkan !

Haiwan memang sudah dibekalkan dengan kelebihan dan bakat untuk melakukan penyamaran tahap ninja mengikut kesesuaian persekitaran mereka.

Untuk pengetahuan anda, cypsis adalah salah satu kebolehan semulajadi haiwan untuk menghindari diri daripada dikesan dan menjadi perhatian.  Penyamaran adalah salah satu bentuk crypsis.











p/s : Yang gambar last ini paling best.. hehe..

http://tiba2jam6petang.blogspot.com/2012/05/amazing-penyamaran-haiwan-tahap-ninja.html

http://akustressgiler.blogspot.com/2012/05/cool-penyamaran-haiwan-tahap-naruto-10.html?spref=bl

Monday, 14 May 2012

Cool : Acraga Coa, Beluncas Yang Kelihatan Seperti Permata Di Cancun

Acraga Coa juga dipanggil sebagai beluncas permata telah diambil gambar oleh Gerardo Aizpuru di Cancun dan kemudian dihantar ke Project Noah.  Beluncas ini seperti baru ditemui dan panjangnya hanya 3 cm.  Mari lihat keindahan alam fauna ini.













Wednesday, 9 May 2012

[Menarik] Blue Lake : Tasik Dengan Air Paling Jernih Di Dunia


Planet kita mempunyai banyak tempat-tempat yang indah, khazanah, dan bersejarah. Tetapi, salah satu keajaiban yang sebenar ialah tempat yang mempunyai air yang paling jernih. Ia membawa rasa yang luar biasa apabila bersantai dan berasa seperti berasa di tempat yang suci serta memberi rasa keghairahan kepada mana-mana pengunjung. Sudah tentu, terdapat banyak tempat di dunia dengan tasik dan sungai yang mempunyai air yang jernih di sekeliling mereka. 

Tetapi, tempat yang mempunyai keadaan air paling jernih dan jelas hingga ke dasar adalah Blue Lake di New Zealand. Ia mempunyai penglihatan yang jelas sehingga pada kedalaman 80 meter iaitu sebanyak sedalam 262 kaki. Bagi anda yang nak menikmati imej mengesankan permata semula jadi tersebut, meh usha kat bawah ni..






p/s: Subhanallah ! Cantik kan? Ada sapa-sapa yang teringin nak pergi sini ke? =D

Cool : Keindahan Bulan 'Supermoon' Di Seluruh Dunia Pada 5 Mei 2012

Keindahan Bulan 'Supermoon' Di Seluruh Dunia Pada 5 Mei 2012.

Ada tak anda perasan keindahan bulan semalam?  Bulan yang terang lagi menawan yang jarang kita nampak.  Mari lihat gambar yang diambil dari seluruh dunia.  Memang indah ciptaanNya.

















Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...