Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 11 September 2026

26 OGOS 2026

 

Mungkin ramai tak tahu, beberapa minggu sebelum banjir besar melanda Nepal, negara itu sebenarnya baru sahaja melalui ketegangan agama yang menyaksikan sebuah masjid dirosakkan dan dibakar.

Pada penghujung Julai 2026, berlaku pergaduhan dan ketegangan antara komuniti Hindu dan Muslim di beberapa kawasan di Nepal.

Keadaan kemudian menjadi semakin tegang sehingga berlaku rusuhan. Antara kejadian yang paling mendapat perhatian ialah di Golbazar, daerah Siraha, apabila Chauharwa Jame Mosque telah dirosakkan dan dibakar ketika protes sedang berlaku.

Menurut laporan media Nepal, bukan sahaja struktur masjid mengalami kerosakan, malah buku-buku dan naskhah yang berada di dalam masjid turut musnah akibat kebakaran. Pihak berkuasa kemudiannya meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan tersebut.

Kejadian itu berlaku hanya beberapa minggu sebelum Nepal dan kawasan sempadannya dengan Tibet dilanda satu bencana yang jauh lebih dahsyat.

Pada 26 Ogos 2026, sebahagian besar ais, batu dan material daripada kawasan glasier Himalaya runtuh ke lembah sebelum menghasilkan aliran air, lumpur dan batu yang sangat kuat.

Dalam tempoh sekitar 30 minit, paras sungai dilaporkan meningkat sehingga kira-kira 9 meter di sesetengah kawasan.

Kampung, jalan raya, jambatan dan projek tenaga dihanyutkan. Ratusan nyawa telah terkorban dan lebih 1,000 orang dilaporkan masih hilang di Nepal serta Tibet ketika operasi mencari dan menyelamat diteruskan.

Adakah kedua-dua kejadian ini mempunyai kaitan?

Dari sudut fakta dan sains, tiada bukti yang menunjukkan pembakaran masjid itu menjadi punca kepada bencana tersebut.

Pakar setakat ini melihat kejadian banjir itu berkaitan dengan keruntuhan glasier dan ketidakstabilan kawasan pergunungan Himalaya, dengan perubahan iklim turut menjadi antara faktor yang sedang diperhatikan.

Tetapi sebagai manusia, mungkin ada satu perkara yang boleh kita renungkan. Bencana alam tidak memilih agama, bangsa atau siapa yang kita benci.
Hari ini kita mungkin bergaduh kerana perbezaan sesama manusia.

Esok, apabila alam menunjukkan kekuatannya, kita akhirnya sedar betapa kecilnya kita. Apa pun tafsiran masing-masing terhadap dua kejadian ini, jangan sesekali jadikan rumah ibadat sebagai sasaran kebencian.

Sama ada ini sekadar satu kebetulan atau sesuatu yang boleh kita jadikan peringatan, terpulang kepada masing-masing untuk menilai dan mengambil pengajaran.

https://www.facebook.com/share/p/1AoHzxoZXP/

P/S : Info semasa kisah bencana alam semula jadi yang telah berlaku di sebuah Negara iaitu di Republik Nepal.

Sedikit penulisan daripada Nurtizen Malaysia kita berdasarkan kisah yang telah diceritakan dalam Al-Quran apabila sesebuah kaum itu telah diutuskan Nabi yang menyampaikan dakwah.

Namun begitu, mereka telah berlaku sombong dan zalim sehingga telah diturunkan bala bencana kepada mereka.

Kisah-kisah yang telah diceritakan ini adalah sebagai peringatan dari Allah Taala 💕 kepada semua manusia tentang balasan yang mereka bakal terima di dunia dan mereka juga akan mendapat siksaan yang pedih dan keras di akhirat kelak.

Semoga kita semua sentiasa dalam Rahmat dan Lindungan Allah Taala 💕. Aamiin Ya Robbal'alamiin.

"Beberapa kaum terdahulu telah dibinasakan oleh Allah S.W.T. akibat mengingkari ajaran para nabi dan melakukan kemungkaran yang besar.

Senarai Kaum yang Dibinasakan :-
  1. Kaum Nabi Nuh: Mengingkari dakwah selama 950 tahun dan dibinasakan menerusi bah besar (banjir besar).
  2. Kaum 'Ad (Nabi Hud): Kaum yang kuat dan sombong, dibinasakan dengan angin taufan yang sangat sejuk dan kencang selama tujuh malam lapan hari.
  3. Kaum Thamud (Nabi Saleh): Mendustakan Nabi Saleh dan menyembelih unta betina mukjizat Allah, lalu dibinasakan dengan petir dan gempa bumi yang dahsyat.
  4. Kaum Luth: Penduduk Sadum yang melakukan amalan keji (homoseksual), dibinasakan dengan hujan batu dari tanah yang terbakar dan diterbalikkan bumi mereka.
  5. Kaum Madyan (Nabi Syu'aib): Amalan curang dalam sukatan timbangan, dibinasakan dengan azab hari yang gelap (awanan panas) dan gempa.
  6. Kaum Firaun dan Bani Israil yang ingkar: Firaun dan bala tenteranya dibinasakan dengan lemas di Laut Merah".

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...