ADA APA DENGAN CINTA (2002)
Antara filem yang pada aku sangat ikonik kepada generasi millennials dari Indonesia, yang juga diminati oleh generasi millennials di Malaysia, Singapura dan Brunei adalah filem coming of age, yang sebenarnya lebih kurang jalan cerita 10 Things I Hate About You, tetapi diubah sikit-sikit, ialah Ada Apa Dengan Cinta.
Aku menonton filem ini pada hari Valentine's Day tahun 2002, ketika itu aku masih single dan kalau pernah ada makwe masa tu pun, semuanya cinta monyet, kera, lotong, orang utan dan siamang.
Takat kenal kat mIRC, atau ICQ, tapi kenal dari jauh je. Atau mungkin itu menyamar jadi lelaki, who knows.
Pada awalnya tujuan aku ke Mid Valley yang masa tu masih 'bau kedai', dan shopping mall paling hip selain OU, sebab aku ada gathering group mIRC kat situ.
Aku sampai awal dan aku menghala ke panggung wayang, dan masa tu aku ingat cerita yang ada cuma filem ini dan filem Crossroad yang dilakonkan oleh Britney Spears. So aku pilihlah filem AADC sebab aku belum pernah tonton filem Indonesia kat wayang sebelum ni.
Kau bayangkan, masuk-masuk je, semua berpasang-pasangan, semua bercouple-couplean. Aku sorang je single selamba tengok filem Indonesia ni kat dalam wayang.
Aku pandang kiri, aku pandang kanan, aku pandang belakang.
"Pundek," aku dah rasa macam tak sedap hati.
Tapi overall ceritanya best, cuma aku merasakan Rangga itu mewakili orang macam aku, cuma ia dilakonkan oleh Nicolas Saputra yang lebih handsome daripada aku.
Karektor aku masa kat sekolah dulu macam Rangga dalam cerita tu lah, suka lepak library, atau jalan sorang-sorang. Kalau Nami Cob Nobbler la yang berlakon watak Rangga tu dan bukannya Nicolas Saputra tu, bangkrut produser filem tu takde orang nak tengok.
Aku tak nak la cerita balik cerita tu sebab cerita tu pun dah 22 tahun, dan aku rasa kau boleh tengok filem tu full movie kat Youtube. Tapi aku nak bandingkan apa pendapat aku tentang cinta, jodoh, crush dari perspektif seorang bujang lapok tua kertu yang semakin menghampiri umur 40 tahun sekarang.
Telah banyak pengalaman bercinta yang aku dah lalui. Ada yang kena tipu duit, ada yang kena sidai, ada yang dihalang ibu bapa dan saudara-mara, ada clash sebab fitnah, ada yang tinggalkan aku untuk orang lain, ada yang tinggalkan aku untuk mengejar cita-cita, dan ada yang tinggalkan aku kerana menghadap Ilahi.
Kalau aku seorang perajurit cinta, macam-macam luka dan pedih aku dah tempuh, dan memang dah boleh dapat pangkat Veteran yang dapat Purple Heart. Cewah!
Jadi, minggu lepas, ketika aku sedang sibuk menyiapkan artikel-artikel kerja tentang Pemilu 2024, dalam masa sama menguruskan hal berkhatan anak buah aku (tulisan minggu lepas, rujuk pada link), hari 14 Februari minggu lepas adalah hari yang paling sibuk pada aku sampai aku lupa yang hari tu Valentine's Day.
Takde pulak sambut, tapi teringatlah 22 tahun sudah aku menonton filem ni seorang diri pada hari Valentine's.
Sejujurnya, sejak last breakup, aku rasa aku ragu-ragu nak mempercayai apakah wujudnya cinta. Aku rasa aku dah macam dalam lagu Liyana Jasmay - Aku Tak Percaya Cinta.
Tetapi dalam masa sama, aku tak menolak jodoh. Cinta tak semestinya sama dengan jodoh. Kita mungkin bercinta dengan orang yang kita tak berjodoh, atau kita mungkin berjodoh dengan orang yang kita tak cinta.
Dalam novel bersiri sidang dewan (group baru), watak Azlan berjodoh dengan orang yang dia tidak cintai iaitu Tengku Aminah. Ye lah walaupun serba-serbi perempuan yang dijodohkan tu perfect, tapi kalau cintanya tak ada, jadi perkahwinan itu seolah-olah terpaksa dan pada akhirnya ia hanya melukakan kedua-dua pihak.
Dalam novel Kelab Pencurang Cinta, Afdlin yang mencintai crushnya Emma, pada akhirnya cintanya terbalas selepas Emma kahwin sebab Emma tak bahagia dengan suaminya.
Jadi pandangan aku terhadap jodoh ni, sama ada ia ditemukan kerana cinta atau bukan, ia sebenarnya adalah ujian Allah kepada kedua-dua belah.
Dan sama ada jodoh yang diaturkan oleh Allah itu berjaya atau tidak, bergantung kepada usaha yang dilakukan oleh kedua-dua belah pihak.

Sudah tentulah kita semua ada ciri-ciri idaman untuk dijadikan pasangan kekasih sebelum menjadi suami isteri. Ciri-ciri idaman itu kita panggil crush. Perasaan crush ini sama ada ia bersikap delulu, ataupun kerana perasaan itu terbit sejak sekian lama.
Kalau kau tanya aku, celebrity crush aku ialah Rachael Leigh Cook dan Michelle Branch, atau mungkin Liyana Fizi, kalau sekarang ni Beby Tsabina. Tapi sudah pastilah aku delulu kalau aku cakap aku nak kahwin dengan mereka. Design muka aku yang pecah rumah ini tak memungkinkan untuk aku dapat makwe artis macam tu.
Tapi biasalah sesiapa pun ada crush artis. Normal la tu.
Tetapi secara general, sudah pasti aku meletakkan beberapa type untuk at least masuk dalam senarai KIV. Aku tak pernah kisah pasal rupa, walaupun ada orang kata aku macam tu. Tapi aku nak ciri-ciri wanita yang selalu berbual isu dunia, hal yang pada aku tak membosankan aku, serta mempunyai taste muzik yang lebih kurang macam aku.
Setiap orang ada pet-peeve masing-masing, kita terima je lah perkara tu.
Tetapi aku sedar, topik yang aku suka cakap adalah topik yang membosankan majoriti makwe dalam dunia ni. Dan aku sedar yang aku ini seorang lelaki yang membosankan, macam lagu Blur berjudul The Charmless Man.
Dengan design muka aku serupa jambatan tak siap, ditambah pula dengan pet-peeve yang bukan-bukan, ditambah pula lahir dalam masyarakat Melayu yang mengukur kejayaan melalui kereta apa yang kau pandu, aku ini umpama bunga sakura di gurun Sahara, totally outplaced and takkan ada yang sesuai. Kalau jumpa tu memang rare la.
Jadi taste serta sikap aku sendiri yang cepat bosan dengan makwe yang tak pandai cari topik perbualan yang aku suka, iaitu topik perbualan yang makwe rasa bosan, menyebabkan aku memang sukar ada makwe, dan bila berusia 40 tahun ni, aku terima sahaja perkara ini.
Aku sudah secara psikologinya dah bersedia untuk menerima sahaja yang kemungkinan untuk aku mati seorang diri tak berkahwin tak ada zuriat sesiapa dan terbiar mereput macam kat Jepun tu adalah tinggi.
Mungkin ada sebabnya kenapa Allah wujudkan aku dengan segala sifat-sifat ini yang aku tak tahu. Mungkin jodoh aku pada generasi akan datang, atau berada di negara lain, atau mungkin aku akan berjumpa jodoh aku yang aku tak berkenan pun, aku tak tahu, sebab jodoh ini rahsia Allah.
Tapi andai kata aku bertemu dengan jodoh aku, dan jodoh aku bukanlah orang yang aku berkenan, aku redha je lah. Tapi aku akan rasa kecewa lah dan kemudian carry on dengan hidup yang tersisa.
Cuma kalau dia mengharapkan cinta daripada aku, dia kena berusaha ke arah itu. Dia kenalah start tengok video Peter Zeihan ke, Ian Bremmer ke, Kishore Mahbubani ke, baca buku George Friedman ke, atau at least memiliki taste muzik yang lebih kurang aku.
Sebab aku percaya kalau cinta tu wujud, cinta tu perlukan kesefahaman dan mungkin ada perjanjian untuk menjadikan cinta itu berjaya. Perlu ada satu perlembagaan antara dua orang itu supaya kedua-duanya rasa gembira.
Kalau tak, dua-dua pun akan rasa terpaksa dan hubungan itu akan jadi tak lebih dari hanya sebuah tugas. Dan disebabkan itu hubungan jadi hambar dan orang pun mencurang. Aku tak nak la sampai ke tahap tu, sebab aku ni ada perangai mudah jadi bosan.
Dan semua itu perlu dilakukan dengan tanggungjawab. Sebab pada akhirnya, tanggungjawab itulah yang akan mengikat hubungan jodoh itu sehingga akhir hayat dan terbitlah cinta. Mungkin rutin dan tugasan itu pada akhirnya membentuk tanggungjawab dan seterusnya cinta.
Tapi itulah, aku sendiri pun dah umur lanjut macam ni, dah tak percaya tentang fairy tales perasaan tentang cinta lagi. I'm too old for that. Tapi kalau kau yang baca ni masih percaya pada cinta ni, teruskanlah percaya. Mungkin kau dah temui apa yang kau mahukan, dan mungkin aku dah terlalu lama on this shit sampai aku dah give up untuk percaya tentang ini.
Siapalah aku nak nasihatkan orang tentang cinta? Aku ni kan bujang lapok, bujang terlajak, bujang trang tang tang.
Mengakhiri tulisan ini dengan lirik dari Anda, Tentang Seseorang.

Berjalan pada satu
Tanya selalu menggangguku
Seseorang itukah dirimu kasih
Kepada yang tercinta inginku mengeluh
Semua resah di diri mencari jawab pasti
Akankah seseorang yang diinginkan kan hadir
Raut halus menyelimuti jantungku
Cinta hanyalah cinta, hidup dan mati untukmu
Mungkinkah semua tanya kau yang jawab
Dan tentang seseorang itu pula dirimu
Ku bersumpah akan mencinta
Tapi itulah, nak mencintai siapa, kalau cinta asyik terus mengkhianati perasaan? Cuma kalau ketemu jodoh tu, aku cuma berharap it working out je lah, kan? 🤞

Pengalaman Berkhatan: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10218999290213689&id=1847462272

No comments:
Post a Comment