Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label Felda. Show all posts
Showing posts with label Felda. Show all posts

Monday, 24 October 2022

24 OKTOBER 1960 PENGUMUMAN RANGKA RANCANGAN PEMBUKAAN TANAH NEGARA

 

Pada hari ini dalam tahun 1960, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Tun Abdul Razak bin Hussein telah mengumumkan rancangan pembukaan tanah secara besar-besaran di seluruh negara. Rancangan tersebut diwujudkan dengan tujuan menempatkan rakyat yang tidak mempunyai tanah dan memajukan tanah tersebut. Langkah segera yang diatur ialah membuka tanah-tanah tambahan di kawasan kampung-kampung, rancangan perkampungan beramai-ramai dan rancangan-rancangan yang dilancarkan oleh pihak berkuasa FELDA.

Bagi melaksanakan rancangan ini, Pejabat-pejabat Tanah disusun kembali dengan mengadakan bahagian khusus untuk memilih tanah-tanah baru yang hendak dibuka. Pejabat-pejabat Tanah juga dipertanggungjawabkan untuk mengelolakan rancangan perkampungan beramai-ramai yang baru dan pembukaan tanah-tanah di kawasan kampung. Bagi menjayakan rancangan perkampungan beramai-ramai ini, kerajaan telah memberi peruntukan sebanyak $49 ribu. Buat permulaannya, sebanyak 40 rancangan dilancarkan dan disertai oleh 400 keluarga. Pemilihan peserta-peserta rancangan dibuat berdasarkan kiraan sistem markah.

Sesungguhnya, Rangka Rancangan Pembukaan Tanah yang diumumkan pada hari ini dalam tahun 1960, menjadi asas kepada kemakmuran rakyat terutamanya masyarakat di luar bandar.


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

14 OKTOBER 1969 PERASMIAN PUSAT LATIHAN BELIA PELUPUR PEMBINA NEGARA


Wednesday, 21 September 2022

20 SEPTEMBER 2005 PERASMIAN MUZIUM FELDA LURAH BILUT PAHANG

 

Pada hari ini dalam tahun 2005, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah merasmikan Muzium Felda Lurah Bilut, Bentong, Pahang.  Bangunan Muzium merupakan sebuah pejabat lama Felda yang telah  dibina pada 1958 dan telah diubahsuai. Muzium yang berkonsepkan rumah Melayu tradisional ini, mempamerkan rakaman kejayaan konsep penubuhan Felda di samping mengenang jasa kumpulan peneroka pertama Felda Lurah Bilut, yang merupakan Felda pertama dibuka di negara ini. 

Dalam ucapan, Datuk Seri Najib menyatakan kemasukan peneroka ke Felda Lurah Bilut pada tahun 1959, membuktikan usaha-usaha mereka tidak sia-sia malah berjaya membawa perubahan besar kepada masyarakat Felda seluruh negara. Muzium ini banyak memperlihatkan kepayahan generasi terdahulu, berusaha mengubah kehidupan menjadi lebih baik, yang boleh dicontohi oleh generasi masa kini dalam usaha membangunkan kehidupan yang lebih dinamis.

Sumber : Arkib Negara Malaysia


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

Malayan Sugar Manufacturing (MSM) milik FELDA


Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...