Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 14 October 2022

14 OKTOBER 1969 PERASMIAN PUSAT LATIHAN BELIA PELUPUR PEMBINA NEGARA

Pada hari ini dalam tahun 1969, Pusat Latihan Belia Pelupur Pembina Negara di Dusun Tua telah dibuka dengan rasminya oleh Pengarah Majlis Gerakan Negara, Tun Abdul Razak bin Dato Hussain. Kumpulan pertama pelatih yang menerima latihan di Pusat Belia Pembina Negara ini berjumlah seramai 3 ribu orang. Pelatih ini  terdiri daripada pelbagai bangsa dan merupakan belia yang telah tamat persekolahan dan berkelulusan Sijil Rendah Pelajaran hinggalah Sijil Tinggi Pelajaran. Selama 3 bulan di pusat ini, mereka menjalani latihan intensif yang bertujuan untuk membentuk belia yang berdisiplin dan terlatih. Selain daripada latihan kemahiran, latihan disiplin dan ketenteraan juga turut diterapkan.

Bermula daripada 13 November 1990, pusat latihan ini telah dikenali dengan nama Institut Kemahiran Bina Negara (IKBN) Dusun Tua. Objektif IKBN adalah menyediakan dan memberikan kemudahan yang sesuai untuk melatih para belia memperolehi tahap pencapaian yang tinggi dalam bidang latihan kemahiran, disiplin diri, keagamaan dan kerohanian. Sesungguhnya Penubuhan Pusat Belia, itu telah membuktikan keazaman kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang dinamis, proaktif, serta mempunyai semangat cintakan agama, bangsa dan negara.


#hariinidalamsejarah #akribnegara


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

24 SEPTEMBER 1953 PERASMIAN & PEMBUKAAN SEKOLAH AKHLAK SUNGAI BESI


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...