Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 25 September 2022

24 SEPTEMBER 1953 PERASMIAN & PEMBUKAAN SEKOLAH AKHLAK SUNGAI BESI

Pada hari ini dalam tahun 1953, Sekolah Lelaki (AKHLAK) Sungai Besi, Kuala Lumpur telah dibuka dengan rasminya, oleh Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu, General Sir Gerald Templer. Turut hadir di upacara tersebut ialah Alam Shah, Menteri Besar, Encik Othman bin Muhamad; Penasihat British dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Selangor serta Ahli-ahli Majlis Bandaraya Kuala Lumpur dan pegawai-pegawai kerajaan. Sir Gerald Templer telah memeriksa barisan kehormat yang terdiri daripada murid-murid sekolah tersebut.

Mereka kemudiannya telah membaca ikrar akan sentiasa berusaha dengan sedaya upaya untuk mencapai kemajuan di dalam pelajaran dan untuk menjadi rakyat yang berguna. Di dalam ucapannya, General Sir Gerald Templer telah menyatakan bahawa perbelanjaan yang digunakan untuk memberi pelajaran kepada penuntut-penuntut sekolah itu adalah sebahagian daripada hasil cukai yang dikumpulkan oleh kerajaan. Beliau berharap masyarakat dapat memahami dan tidak berprasangka terhadap golongan ini. Mereka masih memerlukan pertolongan bukan sahaja semata-mata berbentuk kebendaan atau kewangan tetapi juga semangat dan motivasi.

Mereka memerlukan sahabat yang mengambil berat akan keadaan mereka. Pendidikan formal yang diadakan dalam sekolah ini adalah dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah. Selain daripada pendidikan formal, berbagai jenis latihan vokasional juga diadakan termasuk latihan perhatian, pertukangan kayu, mekanik, jahitan dan kraftangan. Kewujudan sekolah sebegini pada hari ini merupakan satu langkah bijak kerajaan dalam usaha melahirkan generasi yang berakhlak mulia dan berguna kepada bangsa dan negara.

#arkibnegara #hariinidalamsejarah


22 SEPTEMBER 1953 PERASMIAN SEKOLAH PEREMPUAN SG. LEREH OLEH LADY TEMPLER


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...