Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 25 September 2022

24 SEPTEMBER 1941 PENGISYTIHARAN PERLEMBAGAAN NEGERI SARAWAK

 

Pada hari ini dalam tahun 1941, Perlembagaan Negeri Sarawak telah diisytiharkan oleh Raja Vyner Brooke, sempena menyambut perayaan 100 tahun pemerintahan "White Rajah" di negeri itu. Perlembagaan tersebut bukan sahaja memperlihatkan tujuan pemerintahan Brooke untuk membawa pemodenan dalam pentadbirannya, malah menjanjikan rakyat ke arah berkerajaan sendiri. Perlembagaan itu menjelaskan peraturan dan kedudukan dewan perundangan,

Supreme Council, Dewan Pelaksanaan dan Council Negeri. Antara perkara yang terkandung di dalam perlembagaan ini ialah, sekiranya tiada waris daripada keluarga Brooke, hanya rakyat British dan rakyat bumiputera sahaja yang layak dilantik oleh Supreme Council sebagai pengganti "Raja". Perlembagaan Negeri Sarawak ini merupakan dokumen yang amat menarik, namun kepentingannya tidak dapat dibuktikan oleh sejarah kerana Perang Dunia Kedua telah menamatkan pemerintahan "Raja Brooke" di Sarawak.

#hariinidalamsejarah


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

24 SEPTEMBER 1841 TAMATNYA PENTADBIRAN PANGERAN MAHKOTA DI SARAWAK


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...