Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday 26 September 2022

25 SEPTEMBER 1956 PERLETAKAN BATU ASAS & PEMBINAAN STADIUM MERDEKA

 

HARI INI DALAM SEJARAH - Perletakan Batu Asas Stadium Merdeka

Pada hari ini dalam tahun 1957, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, YTM Tunku Abdul Rahman Putra, telah menyempurnakan peletakan batu asas Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Pembinaan Stadium ini adalah sebagai persiapan menyambut kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Kerja-kerja pembinaannya yang diselenggarakan oleh pihak jabatan Kerja Raya dimulakan sejak September 1956 dan siap pada 21 Ogos 1957. Stadium ini mempunyai kemudahan dan kelengkapan sukan yang setanding dengan stadium-stadium antarabangsa di negara-negara lain pada ketika itu. Stadium Merdeka dibuka kepada orang ramai buat pertama kalinya pada 24 hingga 29 Ogos 1957. Upacara perasmian stadium ini telah disempurnakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman pada 30 Ogos 1957 dan mula digunakan untuk satu upacara yang bersejarah dalam sejarah tanahair, iaitu pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Sesungguhnya pembinaan stadium ini adalah merupakan satu kemajuan ke arah perkembangan dan kegiatan sukan dan kebudayaan di negara ini. 

Sumber : Arkib Negara

https://www.facebook.com/groups/1374407939469815/permalink/1422349278009014/

----------------------------------------------------------------------

KERJA-KERJA PEMBINAAN STADIUM MERDEKA 

25 September 1956 – Kerja-kerja pembinaan Stadium Merdeka telah dimulakan pada tahun 1956. Pembinaan stadium ini dilakukan atas desakan Persatuan Bola Sepak Selangor dan Persatuan Bola Sepak Malaya selepas Perang Dunia Kedua kerana stadium yang terdapat di Jalan Ampang tidak dapat digunakan lagi.

Pada 15 September 1955, Jawatankuasa Perancangan Pembinaan Stadium diwujudkan bagi mengkaji pelan dan kos pembinaannya. Sebanyak 160 pelan cadangan dikemukakan kepada kerajaan dengan kos pembinaan dianggarkan berjumlah $ 2.3 juta. Tetuan K.C Boon Co. Ltd dan Tetuan Lim Quee and Sons telah dilantik sebagai kontraktor utama serta pengendaliannya dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya Tanah Melayu.

Pada 15 Februari 1957, YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu telah meletakkan batu asas stadium ini. Pembinaan stadium ini dipercepatkan bagi membolehkan acara sambutan kemerdekaan Tanah Melayu dapat dilakukan pada 31 Ogos 1957.

Pada 21 Ogos 1957, pembinaan Stadium Merdeka selesai dilakukan dan pengendaliannya diserahkan kepada Lembaga Penguasa (Board of Control). Stadium Merdeka telah dibuka kepada orang ramai buat pertama kalinya pada 24 hingga 29 Ogos 1957.

Upacara perasmian stadium ini telah disempurnakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman pada 30 Ogos 1957. Pembinaan Stadium Merdeka pada hari ini dalam tahun 1957 menjadi lambang kemegahan negara kerana ia bukan sahaja menjadi lokasi bagi acara-acara sukan tetapi juga menjadi lokasi bagi acara-acara penting negara.


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

16 SEPTEMBER 1963 PENGISYTIHARAN PENUBUHAN MALAYSIA


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...