Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday 26 September 2022

25 SEPTEMBER 1963 PERSIDANGAN DUN SABAH SELEPAS PEMBENTUKAN MALAYSIA

Pada hari ini dalam tahun 1963, Dewan Undangan Negeri Sabah bersidang buat pertama kalinya selepas pembentukan Malaysia. Sehubungan itu, Sir George Oehlers telah dilantik menjadi Speaker Dewan Undangan sementara. Pada masa yang sama beliau juga merupakan Speaker Dewan Undangan Singapura. Yang di-Pertuan Negeri Sabah, Datu Mustapha bin Datu Harun sewaktu berucap di dalam sidang yang pertama itu menegaskan kerajaan dan rakyat negeri Sabah telah bekerja keras dalam usaha mewujudkan negara Malaysia dan berikrar akan memberi sokongan penuh kepada kerajaan bagi memelihara keamanan dan melindungi keutuhan Persekutuan Malaysia.

Di samping itu, beliau juga menerangkan bahawa perlaksanaan rancangan-rancangan pembangunan akan menelan belanja sebanyak $200 juta. Antara lain projek-projek tersebut ialah :-
  1. Menggalakkan penanaman modal di Sabah dari para pemodal dalam dan luar Malaysia
  2. Membuka tanah dan menggalakkan rakyat bekerja di ladang.
  3. Menyediakan pelajaran rendah percuma dan pekerjaan kepada lepasan sekolah
  4. Menggalakkan perusahaan baru dan perusahaan menggunakan bahan mentah.
  5. Mengadakan projek-projek kemajuan sosial dan pertahanan.
Sesungguhnya persidangan pertama Dewan Undangan itu merupakan peristiwa yang bersejarah bagi negeri Sabah, dan apa yang paling penting ia dapat memberi semangat baru bagi menyemai semangat muhibbah serta memupuk nasionalisme di kalangan rakyat Sabah.

#Sabah #hariinidalamsejarah #arkibnegara


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

17 SEPTEMBER 1963 PENUBUHAN NEGARA BARU MALAYSIA



05 Mac 2013

Op Daulat : Peristiwa Pada 5 Mac 2013 Pencerobohan Militan di Lahad Datu, Sabah

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...