Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 18 September 2022

17 SEPTEMBER 1963 PENUBUHAN NEGARA BARU MALAYSIA

 

17 September 1963 – Pada tahun 1963, Bangsa-bangsa Bersatu dengan rasminya diberitahu tentang penubuhan negara baru Malaysia. Perwakilan Malaysia ke Bangsa-bangsa Bersatu yang dulunya Perwakilan Malaya telah menghantar surat kepada Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu, U Thant tentang perubahan tersebut.

Malaysia juga telah menghantar bendera baru negara kepada Bangsa-bangsa Bersatu untuk dikibarkan di Ibu Pejabat Bangsa-bangsa Bersatu bersama-sama dengan bendera 110 negara anggota yang lain. Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu En. U Thant mengumumkan beliau telah menghantar salinan-salinan Laporan Malaysia kepada semua negara anggota Bangsa-bangsa Bersatu.

Laporan tersebut tentang tinjauan pendapat rombongan Bangsa-bangsa Bersatu yang telah menyiasat hasrat rakyat di Sabah dan Sarawak serta mendapati seluruh rakyat di kedua negeri itu bersetuju dan menyokong penubuhan Malaysia tersebut. Berdasarkan laporan tersebut Bangsa-bangsa Bersatu mengakui dan mengesahkan penubuhan Malaysia bagi menggantikan Malaya, walaupun ditentang oleh Indonesia dan Filipina.

#hariinidalamsejarah


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

16 SEPTEMBER 1963 PENGISYTIHARAN PENUBUHAN MALAYSIA


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...