Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label sahabat Rasulullah s.a.w.. Show all posts
Showing posts with label sahabat Rasulullah s.a.w.. Show all posts

Thursday, 13 August 2026

ANJING LIAR


Bila tular kes anjing liar kat Malaysia ni.. teringat sepanjang lebih 10 tahun tinggal di Jepun, saya tak pernah jumpa anjing liar.

Kenapa?
Sebab di Jepun memang hampir tiada anjing liar.

How is it possible?

Sebenarnya masa tahun 1970-an, memang banyak sangat kes kena gigit anjing di Jepun. Statistik menunjukkan :-
  • 1972: 18,925 mangsa, 5 kematian
  • 1973: 17,559 mangsa, 5 kematian
  • 1974: 16,857 mangsa, 5 kematian
Walaupun mangsa gigitan ni tak dapat dipastikan sebab anjing liar atau anjing peliharaan, but something needs to be done.

So ahli parlimen Terada Kumao masa tu bawa isu ni ke Parlimen Jepun pasal “kerosakan terhadap nyawa dan tubuh badan rakyat akibat anjing liar (野犬)”

Statistik ni bila dibentangkan dalam bentuk nombor, memang nampak bukan sikit-sikit. It is a serious matter.

Jadi pada tahun 1973, Jepun meluluskan Akta Perlindungan dan Pengurusan Haiwan (動物の保護及び管理に関する法律).

Undang-undang ini bukan sahaja melindungi kebajikan haiwan, tetapi juga memberi penekanan bahawa haiwan mesti diurus supaya tidak membahayakan nyawa, tubuh badan dan harta benda orang ramai.

Based on law ni, sesiapa yang nak bela haiwan/anjing peliharaan wajib:

i) Semua anjing mesti didaftarkan dengan pihak berkuasa tempatan.
ii) Vaksin rabies diwajibkan setiap tahun.
iii) Mikrocip diwajibkan dipasang pada haiwan

Tiga benda ni penting supaya anjing yang terlepas dapat ditangkap cepat dan tahu siapa pemiliknya. Biasanya anjing yang dijumpakan ni boleh return pada owner dalam masa beberapa jam atau beberapa hari je.

Lagi satu, anjing kat Jepun ni kebanyakannya bela dalam rumah. Jarang sangat anjing dilepaskan dekat jalan tanpa tuan dia dan kalau keluar pun, kena pakai tali (leash). So memang rasa selamat lah walaupun kadang selisih, garang nau anjing nya pun.

Tapi tak bermakna di Jepun tak ada lansung anjing liar. Ada je tapi saaaangat sedikit. So kalau jumpa anjing liar ni, NGO akan cari keluarga angkat atau, sebagai pilihan terakhir anjing ni akan jalani euthanasia (dihapuskan) especially anjing yang sakit tenat yang susah nak diubati.

Mungkin dah tiba masa untuk kita fikirkan satu langkah jangka panjang untuk isu macamni. What say you?
.
#CatatanZunitaDiJepun

https://www.facebook.com/share/19L6ftxAno/

----------------------------------


Dalam Sahih al-Bukhari, Rasulullah S.A.W. menceritakan seorang lelaki yang sangat dahaga lalu turun ke dalam perigi untuk minum. Setelah keluar, dia melihat seekor anjing menjelirkan lidah dan menjilat tanah kerana terlalu dahaga. Lelaki itu berkata:

“Anjing ini mengalami dahaga seperti yang aku alami.”

Lelaki itu turun semula ke dalam perigi, mengisi kasut kulitnya dengan air, menggigit kasut itu ketika memanjat lalu memberi anjing tersebut minum. Allah menerima kebaikannya dan mengampuninya. Para sahabat bertanya:

“Wahai Rasulullah, adakah kami mendapat pahala kerana berbuat baik kepada haiwan?”

Baginda menjawab:

“Pada setiap makhluk hidup terdapat pahala.”

Hadis ini menjadi asas bahawa memberi makanan, air, perlindungan dan rawatan kepada anjing liar ialah perbuatan berpahala selagi tidak menimbulkan bahaya. Anjing tetap makhluk Allah walaupun dianggap najis menurut hukum fiqah.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Kalaulah anjing bukan suatu umat daripada umat-umat yang lain, tentu aku memerintahkan supaya semuanya dibunuh.”

Hadis ini menunjukkan bahawa anjing ialah kelompok makhluk yang mempunyai tempat dalam keseimbangan ciptaan Allah. Syariat tidak membenarkan seluruh jenis anjing dimusnahkan kerana rasa jijik, takut atau benci. Riwayat tersebut turut menyebut anjing hitam legam, tetapi hukumnya mesti dibaca bersama seluruh hadis berkaitan.

Imam al-Haramayn, sebagaimana dinukilkan oleh Imam al-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim, menjelaskan bahawa perintah awal membunuh semua anjing, termasuk anjing hitam legam, telah dimansuhkan. Hukum yang kekal membezakan antara anjing berbahaya dengan anjing yang tidak berbahaya.

Istilah “anjing liar” mempunyai dua maksud. Pertama, anjing jalanan yang tidak mempunyai pemilik tetapi tenang dan tidak menyerang. Kedua, anjing ganas yang menyerang atau membahayakan manusia, disebut dalam kitab fiqah sebagai al-kalb al-‘aqur.

Kedua-duanya tidak boleh dihukum sama. Anjing yang berkeliaran, lapar atau mencari tempat berlindung tidak terus menjadi anjing ganas. Imam al-Syafi‘i menjelaskan dalam al-Umm:

الْكَلْبُ الْعَقُورُ مَا عَدَا عَلَى النَّاسِ فَأَخَافَهُمْ.

“Anjing ganas ialah anjing yang menyerang manusia lalu menakutkan mereka.”

Ukuran hukumnya ialah serangan dan bahaya sebenar, bukan rupa, warna, baka atau ketiadaan pemilik. Anjing yang menyalak kerana takut, menjaga anak atau mempertahankan kawasan juga tidak semestinya tergolong sebagai al-kalb al-‘aqur.

Rasulullah S.A.W. bersabda dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim:

خَمْسٌ مِنَ الدَّوَابِّ كُلُّهُنَّ فَاسِقٌ يُقْتَلْنَ فِي الْحِلِّ وَالْحَرَمِ: الْكَلْبُ الْعَقُورُ، وَالْغُرَابُ، وَالْحِدَأَةُ، وَالْعَقْرَبُ، وَالْفَأْرَةُ.

“Lima jenis haiwan semuanya membawa gangguan dan boleh dibunuh di Tanah Halal dan Tanah Haram: anjing ganas, burung gagak, burung helang jenis tertentu, kala jengking dan tikus.”

Hadis ini menyebut al-kalb al-‘aqur, iaitu anjing yang menyerang, menggigit atau menerkam. Ia memberikan kebenaran untuk menghapuskan bahaya, bukan membunuh semua anjing jalanan.

Riwayat pembunuhan anjing perlu dibaca mengikut urutannya. Pada peringkat awal, Rasulullah S.A.W. pernah memerintahkan pembunuhan anjing secara umum. Abdullah bin Umar R.A. berkata:

“Rasulullah S.A.W. memerintahkan pembunuhan anjing.”

Para sahabat melaksanakan arahan tersebut sehingga anjing milik wanita Badwi turut dibunuh. Selepas itu, Rasulullah S.A.W. menghentikan perintah umum berkenaan. Jabir bin Abdullah R.A. meriwayatkan:

“Rasulullah S.A.W. memerintahkan kami membunuh anjing sehingga seorang wanita datang dari kawasan pedalaman bersama anjingnya lalu kami membunuhnya. Kemudian Nabi S.A.W. melarang pembunuhan anjing.”

Riwayat awal tidak boleh digunakan untuk menghalalkan pembunuhan semua anjing kerana terdapat larangan yang datang selepasnya. Rasulullah S.A.W. turut memberikan kelonggaran memelihara anjing bagi keperluan berburu, menjaga tanaman dan menjaga ternakan.

Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa para ulama sepakat tentang keharusan membunuh anjing yang terkena penyakit gila dan anjing ganas yang membahayakan. Mereka berselisih tentang anjing yang tidak berbahaya.

Menurut mazhab Syafi‘i dalam al-Majmu‘ Syarh al-Muhadhdhab, anjing ganas boleh dibunuh, manakala anjing yang tidak ganas tidak boleh dibunuh, sama ada mempunyai kegunaan tertentu ataupun tidak. Anjing jalanan yang tenang tidak boleh dibunuh kerana kotor, tidak bertuan, menyalak atau berada berhampiran kawasan manusia.

Dalam mazhab Maliki terdapat riwayat bahawa Imam Malik tidak melihat kesalahan jika pemerintah memerintahkan pembunuhan anjing apabila keadaan memerlukannya. Ibn ‘Abd al-Barr membincangkan pandangan ini dalam al-Tamhid. Kuasa tersebut berada pada pemerintah yang menilai kepentingan awam, bukan pada orang perseorangan untuk bertindak sesuka hati.

Ibn ‘Abd al-Barr turut menerangkan bahawa hadis pembunuhan semua anjing tidak bersifat umum kerana riwayat lain mengecualikan anjing buruan, ternakan dan tanaman. Penilaiannya bergantung pada manfaat, mudarat dan keadaan masyarakat.

Kitab al-Ighrab fi Ahkam al-Kilab karya Ibn al-Mibrad menghimpunkan sekitar seratus masalah berkaitan anjing, termasuk hukum pemeliharaan, manfaat, najis, buruan, jual beli, pembunuhan, kecederaan dan tanggungjawab pemilik.

Anjing jalanan yang tenang hendaklah dibiarkan, dibantu atau diserahkan kepada pihak yang mampu menguruskannya. Anjing yang mengganggu tong sampah, mengejar kenderaan atau berkeliaran dalam kumpulan perlu dikawal melalui penangkapan, pemindahan, pengurusan makanan, pemandulan dan pemantauan.

Anjing agresif perlu diasingkan segera. Anjing yang disyaki rabies hendaklah ditangani oleh jabatan veterinar atau pihak berkuasa kerana penilaiannya memerlukan kepakaran. Menyalak, mengejar atau mengeluarkan air liur tidak semestinya membuktikan rabies.

Kaedah menangkap secara selamat, mengasingkan anjing agresif, memberi vaksin rabies, memandulkan, merawat dan menempatkannya di pusat perlindungan lebih sesuai apabila mampu menghilangkan bahaya. Pembunuhan tidak dipilih selagi bahaya boleh dicegah dengan cara yang lebih ringan.

Jika anjing sedang menyerang manusia dan tidak dapat dihentikan kecuali dengan membunuhnya, tindakan itu dibenarkan untuk mempertahankan nyawa. Jika penghadang, semburan air, bunyi, alat perlindungan atau pengunduran selamat sudah mencukupi, cara yang membawa kematian tidak boleh digunakan.

Jika pembunuhan benar-benar diperlukan, ia mesti dilakukan dengan ihsan. Rasulullah S.A.W. bersabda dalam Sahih Muslim:

“Sesungguhnya Allah menetapkan ihsan pada setiap perkara. Apabila kamu membunuh, lakukanlah dengan cara yang baik. Apabila kamu menyembelih, lakukanlah dengan cara yang baik. Hendaklah seseorang menajamkan pisaunya dan merehatkan sembelihannya.”

Hadis ini melarang pembakaran, penyeksaan, racun yang menyebabkan kematian perlahan, pukulan berulang, membiarkan haiwan mati kelaparan atau menjadikannya sasaran permainan.

Kaedah fiqah turut menetapkan:

لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ.

“Tidak boleh melakukan kemudaratan dan tidak boleh membalas kemudaratan dengan kemudaratan.”

Membiarkan anjing ganas menyerang orang ialah kecuaian. Membunuh anjing yang tidak berbahaya pula merupakan pelampauan. Tindakan hendaklah berdasarkan tahap ancaman sebenar dan dilakukan oleh pihak yang mempunyai kuasa serta kepakaran.

Pemilik anjing memikul tanggungjawab terhadap haiwan peliharaannya.

Ibn Qudamah membincangkan dalam al-Mughni bahawa seseorang yang memelihara anjing ganas, mengetahui sifatnya lalu melepaskannya sehingga mencederakan manusia atau haiwan boleh dipertanggungjawabkan atas kerosakan tersebut. Pemilik wajib menyediakan pagar, tali, kawalan, latihan dan rawatan. Jika kecuaiannya menyebabkan kecederaan, dia boleh menanggung ganti rugi berdasarkan kadar kecuaian dan kerosakan.

Menurut mazhab Syafi‘i, anjing termasuk najis mughallazah. Jika air liurnya mengenai badan, pakaian atau bekas, bahagian tersebut hendaklah dibasuh tujuh kali dan salah satu basuhan menggunakan air bercampur tanah yang suci. Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Sucinya bekas seseorang daripada kamu apabila dijilat anjing ialah dengan membasuhnya tujuh kali, salah satunya dengan tanah.”

Sentuhan anjing tidak sentiasa memindahkan najis. Jika badan anjing dan benda yang disentuh sama-sama kering, najis tidak berpindah. Jika salah satu basah dan sentuhan benar-benar berlaku, bahagian yang terkena perlu disertu.

Jika seseorang ragu-ragu sama ada tersentuh atau terkena air liur, hukum asalnya kekal suci kerana keyakinan tidak hilang dengan keraguan. Sertu dilakukan pada bahagian yang diyakini terkena najis, bukan pada seluruh tubuh atau pakaian.

https://www.facebook.com/share/p/1CUFJWnyoc/

----------------------------------


Anjing liar ialah anjing yang berkeliaran tanpa kawalan pemilik. Kitab-kitab Arab membezakan al-kalb al-da’all, iaitu anjing yang berkeliaran; al-kalb al-‘aqur, iaitu anjing yang menyerang atau menggigit; dan al-kalb al-kalib, iaitu anjing yang dijangkiti rabies.

Bahaya anjing liar dapat dilihat melalui kejadian yang menimpa Nur Acha Dawina Muhd. Nur, 11 tahun, di Flat Taman Suria Pendamar, Klang, pada 10 Mac 2024. Ketika membuang sampah bersama ibu saudaranya, dua ekor anjing datang menyalak lalu menyerangnya. Ibunya menceritakan, “Kakak saya lari ke arah bawah blok flat, manakala anak lari ke arah surau sebelum digigit dua ekor anjing tersebut.”

Kanak-kanak itu diheret beberapa meter dan mengalami kecederaan pada kepala, muka, telinga, tangan serta belakang badan. Dia menerima 15 jahitan selepas menjalani pembedahan selama enam jam. Menurut laporan polis, seorang lelaki yang disangka pemilik anjing tersebut tampil menafikan bahawa haiwan itu miliknya.

Kejadian ini menunjukkan bahawa anjing yang dibiarkan berkeliaran boleh mendatangkan kecederaan berat, terutama kepada kanak-kanak yang sukar mempertahankan diri.

Masalah yang sama turut diadukan oleh penduduk Taman Teluk Gedung Indah dan Jalan Sama Gagah 20. Dalam operasi Majlis Bandaraya Diraja Klang pada 30 Julai 2026, sebanyak 12 ekor anjing liar yang ganas dan berbahaya berjaya ditangkap.

Dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim, Rasulullah S.A.W. menyenaraikan anjing ganas antara lima jenis haiwan berbahaya yang boleh dibunuh, termasuk di Tanah Haram:

خَمْسٌ مِنَ الدَّوَابِّ كُلُّهُنَّ فَاسِقٌ يُقْتَلْنَ فِي الْحَرَمِ: الْغُرَابُ، وَالْحِدَأَةُ، وَالْعَقْرَبُ، وَالْفَأْرَةُ، وَالْكَلْبُ الْعَقُورُ.

“Lima jenis haiwan semuanya berbahaya dan boleh dibunuh di Tanah Haram, iaitu burung gagak, burung lang, kala jengking, tikus dan anjing yang ganas.”

Perkataan al-kalb al-‘aqur merujuk kepada anjing yang menerkam, menggigit atau membahayakan manusia. Al-Khattabi menjelaskan bahawa sifat ‘aqur berkaitan dengan perbuatan mencederakan. Oleh itu, hadis ini tidak memerintahkan supaya semua anjing dibunuh, sebaliknya kebenaran tersebut khusus bagi anjing yang nyata mengancam keselamatan.

Pada suatu ketika, Rasulullah S.A.W. pernah memerintahkan supaya anjing dibunuh. Abdullah ibn Umar meriwayatkan dalam Sahih Muslim:

“Rasulullah S.A.W. memerintahkan agar anjing dibunuh, lalu Baginda mengutus orang ke seluruh kawasan Madinah supaya anjing-anjing itu dibunuh.”

Abdullah ibn Umar menceritakan bahawa perintah tersebut dilaksanakan dengan sangat tegas:

“Anjing-anjing ketika itu dibunuh. Aku tidak membiarkan seekor anjing pun yang ditemui melainkan aku membunuhnya, sehingga aku turut membunuh anjing milik seorang wanita daripada penduduk pedalaman.”

Perintah umum itu kemudiannya dihentikan. Jabir ibn Abdullah meriwayatkan:

“Rasulullah S.A.W. memerintahkan kami membunuh anjing, sehingga seorang wanita datang dari pedalaman bersama anjingnya lalu kami membunuhnya. Kemudian Nabi S.A.W. melarang kami membunuh anjing.”

Imam al-Nawawi menjelaskan dalam Sharh Sahih Muslim bahawa hadis-hadis tersebut menunjukkan perubahan hukum secara berperingkat. Pada mulanya, arahan umum dikeluarkan kerana banyaknya bahaya atau sebab tertentu yang berlaku ketika itu. Setelah keadaan terkawal, pembunuhan anjing secara umum dilarang, manakala kebenaran membunuh kekal terhadap anjing yang ganas, berpenyakit atau benar-benar membahayakan.

Dalam mazhab Syafii, anjing yang ganas atau mendatangkan kemudaratan boleh dibunuh. Adapun anjing yang tidak berbahaya, pendapat yang kuat tidak membenarkan pembunuhannya tanpa keperluan. Imam al-Nawawi dalam al-Majmu‘ membezakan anjing yang mendatangkan bahaya daripada anjing yang tidak mengganggu. Tarh al-Tathrib turut menjelaskan bahawa nas yang membenarkan pembunuhan berkaitan dengan bahaya yang dibawa, bukan semata-mata nama atau jenis haiwan. Al-Mughni menyebut prinsip yang hampir sama, iaitu haiwan yang menyakiti manusia boleh dicegah dan dibunuh apabila bahayanya tidak dapat dihentikan dengan cara yang lebih ringan.

Hal ini bertepatan dengan kaedah fiqh :

الضَّرَرُ يُزَالُ.

“Kemudaratan hendaklah dihilangkan.”

Kemudaratan hendaklah dihilangkan mengikut kadarnya. Jika anjing boleh dihalau, dikurung, ditangkap atau dipindahkan dengan selamat, cara tersebut hendaklah didahulukan. Namun, jika anjing sedang menyerang, dijangkiti rabies atau tidak dapat dikawal sehingga mengancam nyawa, tindakan yang lebih tegas dibenarkan.

Islam tetap mewajibkan ihsan apabila haiwan terpaksa dibunuh. Rasulullah S.A.W. bersabda dalam Sahih Muslim:

“Sesungguhnya Allah menetapkan ihsan pada setiap perkara. Apabila kamu membunuh, lakukanlah dengan cara yang baik. Apabila kamu menyembelih, lakukanlah penyembelihan dengan cara yang baik.”

Mafatih al-‘Ulum karya al-Khwarizmi memasukkan istilah penyakit haiwan dalam pembahagian ilmu perubatan. Lisan al-‘Arab pula menerangkan bahawa kaliba al-kalb bererti anjing menjadi gila atau terkena penyakit yang menyebabkan gigitannya berbahaya. Daripada kata yang sama lahir istilah al-kalab bagi penyakit rabies. Al-Hawi karya al-Razi dan al-Qanun fi al-Tibb karya Ibn Sina turut membincangkan gigitan anjing gila, perubahan tingkah laku haiwan, kesan gigitan serta ketakutan terhadap air yang boleh dialami pesakit.

Anjing yang dijangkiti rabies mungkin berubah perangai, menjadi agresif tanpa sebab, terlalu gelisah, mengeluarkan banyak air liur, sukar menelan, lemah atau lumpuh. Jika seseorang digigit atau dicakar, dia hendaklah segera menjauhkan diri ke tempat selamat. Luka perlu dibasuh dengan sabun dan air mengalir sekurang-kurangnya selama 15 minit, kemudian mendapatkan rawatan di klinik atau hospital dengan segera.

https://www.facebook.com/share/p/18yxh9o8ef/

Thursday, 8 January 2026

PENGHUNI LANGIT YANG BERJALAN DI BUMI

 

"Sanggup Gendong Mak Jauh-Jauh Dari Yaman, Tapi Tak Sempat Jumpa Nabi. Kisah 'Anak Emak' Yang Paling Mulia Di Langit."

Zaman sekarang, kalau orang panggil kita "Anak Emak", mesti kita rasa panas telinga.

Iyalah, gelaran tu kan selalunya untuk lelaki lembik yang tak reti berdikari, sikit-sikit nak merengek bawah ketiak mak.

Tetapi dalam sejarah Islam, ada seorang lelaki yang memegang gelaran "Anak Emak" ni dengan darjat yang paling tinggi sampaikan Nabi SAW sendiri suruh para sahabat pergi cari dia.

Nama dia Uwais Al-Qarni.

Dia bukan sahabat Nabi.

Dia tak pernah duduk satu majlis dengan Nabi, tak pernah perang bersama Nabi, malah wajah Nabi pun dia tak pernah tengok seumur hidup.

Dia cuma seorang pemuda miskin dari Yaman yang hidup sezaman dengan Rasulullah.

Apa yang buat dia special sangat?

Ceritanya macam ni.

Uwais ni ada satu keinginan yang membuak-buak nak jumpa Rasulullah di Madinah.

Rindu dia pada Nabi tu macam orang gila bayang.

Setiap hari dia dengar cerita pasal Nabi dari orang yang lalu-lalang, hati dia meronta-ronta nak pergi berhijrah.

Tapi ada satu penghalang besar.

Dia ada seorang ibu yang tua dan uzur (ada riwayat kata lumpuh dan buta).

Ibu dia tak ada orang lain nak harap melainkan Uwais.

Makan pakai, berak kencing, semuanya Uwais yang uruskan.

Setiap kali dia minta izin nak pergi Madinah kejap je untuk jumpa Kekasih Allah, mak dia berat hati nak lepaskan.

Di sinilah ujian paling berat bagi seorang lelaki.

Antara nak kejar impian agung jumpa Rasulullah atau nak berbakti pada syurga di dalam rumah.

Uwais buat pilihan yang sangat "mahal".

Dia batalkan niat nak jumpa Nabi.

Dia korbankan keinginan hati dia semata-mata tak sanggup tengok mak dia sedih atau terabai walau sesaat.

Tuan puan bayangkan, dia "terlepas" peluang jadi Sahabat Nabi (gelaran paling prestigious dalam Islam) sebab nak jaga mak.

Kalau kita, mahu meraung tak berlagu.

Tapi Allah Maha Adil.

Pengorbanan "Anak Emak" ni rupanya sampai ke pengetahuan langit.

Satu hari, Nabi SAW panggil Saidina Umar Al-Khattab dan Saidina Ali r.a.

Nabi pesan satu benda yang pelik.

Nabi kata: "Nanti akan datang seorang lelaki dari Yaman, dari kabilah Murad dan Qarn. Dia ada penyakit sopak tapi dah sembuh kecuali ada satu tompok putih sebesar duit dirham. Dia ada seorang ibu dan dia sangat taat pada ibunya."

Nabi sambung lagi: "Kalau kamu jumpa dia, mintalah dia doakan keampunan untuk kamu."

Fuh, meremang bulu roma!

Nabi suruh Umar, calon penghuni syurga dan bakal Khalifah tu minta doa kat budak kampung yang tak dikenali?

Dahsyat betul level Uwais ni.

Bertahun-tahun lepas Nabi wafat, setiap kali musim Haji, Saidina Umar akan jadi macam polis.

Dia akan pergi serbu khemah jemaah haji dari Yaman.

Dia akan jerit: "Ada tak siapa-siapa dari Qarn kat sini?"

Orang Yaman pun pelik, Khalifah ni cari siapa?

Akhirnya satu hari, Umar jumpa juga dengan Uwais.

Umar tengok Uwais ni selekeh je, baju pun lusuh.

Umar tanya: "Kamu Uwais bin Amir?"

Uwais jawab: "Ya."

Umar tanya lagi: "Ada kesan sopak tinggal satu dirham?"

Uwais angguk.

"Ada ibu yang kamu taat?"

Uwais angguk lagi.

Terus Umar peluk dia dan minta doakan keampunan.

Uwais terkejut.

Dia kata: "Tuan ni Sahabat Nabi yang mulia, saya ni orang biasa je. Sepatutnya Tuan la doa untuk saya."

Tapi Umar berkeras sebab nak tunaikan wasiat Nabi.

Lepas kejadian tu, nama Uwais mula meletup.

Orang ramai mula hurung dia nak minta berkat. Kalau zaman sekarang siap pakej nak ajak selfie lah.

Tapi Uwais ni bukan jenis gila glamour.

Bila orang dah mula kenal, dia rasa rimas.

Dia lari menyembunyikan diri, hidup sebagai rakyat marhaen yang tak dikenali sampai ke akhir hayatnya.

Kisah Uwais ni "tamparan" padu untuk kita yang masih ada mak ayah.

Kita kadang-kadang sibuk nak kejar pahala sunat, sibuk nak pergi program sana sini, tapi mak kat kampung telefon pun kita malas angkat.

Kita rasa jaga orang tua tu beban.

Padahal Uwais Al-Qarni dapat VIP Pass di sisi Allah bukan sebab dia berperang angkat pedang, tapi sebab dia angkat mak dia.

Nabi pernah sebut, dia ni "Penghuni Langit yang berjalan di bumi".

Dekat bumi dia nobody, orang tak pandang, baju koyak rabak.

Tapi dekat langit, nama dia trending disebut-sebut para malaikat.

Jadi kalau hari ni kita rasa hidup sempit, cuba semak balik hubungan kita dengan "keramat hidup" kat rumah tu.

Entah-entah doa mak kita itulah yang selama ni jadi perisai kita dari segala bala bencana.

MasyaAllah.


---------------------------------------------------- 

Wednesday, 27 April 2022

25 RAMADAN 8H


Peristiwa 25 Ramadan 8 H

*Gambar patung kurun ke-2 Masihi dari Hatra, Iraq memaparkan tiga dewi utama sembahan Arab Jahiliyah - Al-Lat yang diapit Manat dan Al-Uzza.

Hari ini 1,435 tahun Hijrah yang lalu, dipercayai tarikh Jeneral Khulafa ar-Rashidin, Khalid al-Walid R.A. menghancurkan berhala Al-Uzza.

Al-Uzza adalah satu daripada tiga dewi utama bersama Al-Lat dan Manat yang disembah oleh masyarakat Arab pra-Islam terutamanya puak Quraisy & Kinanah. Berhalanya dibina pada tiga batang pokok akasia di sebuah lembah di Nakhlah dekat Mekah.

Selepas kuasa Islam berjaya menakluk kembali Mekah pada 20 Ramadan tahun ke-8 Hijrah, Nabi Muhammad S.A.W. telah segera mengarahkan supaya segala bentuk objek sembahan dan berhala yang wujud di kota itu dan sekitarnya dihapuskan.

Khalid al-Walid R.A. telah diutuskan Baginda ke Nakhlah untuk menghapuskan berhala dan rumah sembahan Al-Uzza di situ. Jeneral al-Walid R.A. membawa 30 orang bersamanya, menjalankan misi itu dengan mudah dan kembali ke Mekah.

Bagaimanapun, Rasulullah S.A.W. memberitahu Khalid RA bahawa yang dimusnahkan itu adalah palsu, kerana beliau tidak berdepan sebarang cabaran atau apa-apa perkara yang luar biasa. Maka diperintah Baginda supaya Khalid R.A. kembali ke sana.

Sekembalinya Khalid R.A. di Nakhlah, penjaga rumah sembahan itu pantas melarikan diri. Kemudian beliau menyeru nama Al-Uzza, lantas muncul seorang wanita Habsyi berkulit hitam yang berbogel dengan rambut panjang kusut menggerbang sambil meratap.

Tanpa ragu, Khalid R.A. mengeluarkan pedangnya lalu membelah wanita itu kepada dua, yang kemudian berderai menjadi abu. Beliau pulang dan melaporkan kejadian itu pada Rasulullah S.A.W., lalu dibalas Baginda, “itulah Al-Uzza.”

Sumber: Al- Arabiya, Britannica

#PeristiwaHariIni


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

PERISTIWA PADA 21 RAMADAN 40H 


https://normanhafizi.blogspot.com/2022/04/21-ramadan-40h.html

Tuesday, 26 April 2022

21 RAMADAN 40H


*Gambar pintu depan masjid makam Saidina Ali RA di Najaf, Iraq.

Peristiwa 21 Ramadan 40 H (23 April 2022)

Hari ini (23 April 2022) 1,403 tahun Hijrah yang lalu, Saidina Ali bin Abi Talib R.A. telah meninggal dunia.

Saidina Ali RA menjadi Khalifah Rashidin pada 36H menggantikan Saidina Uthman ibn Affan R.A. dalam episod panjang konflik perebutan kuasa selepas wafatnya Nabi Muhammad S.A.W. Namun beliau berdepan tentangan khususnya daripada Gabenor Syria, Mu’awiyah.

Lantas tercetuslah dua perang saudara, yakni Perang Unta & Perang Siffin, dalam tempoh yang dipanggil Fitnah Pertama, yang membawa kepada termansuhnya Khalifah Rashidin & terbentuknya Dinasti Umaiyyah oleh Mu’awiyah.

Apabila Saidina Ali R.A. bersetuju untuk berunding dengan Muawiyah berhubung kuasa kepimpinan Islam selepas Perang Siffin, ada kelompok tentera beliau yang tidak setuju lalu memberontak. Mereka ini digelar Khawarij (bererti ‘mereka yang keluar’).

Mereka merumuskan bahawa kemelut berpunca daripada Saidina Ali R.A., Mu’awiyah & Gabenor Mesir, Amr ibn As & mereka bertiga mesti dibunuh untuk menamatkan segalanya. Lelaki bernama Ibn Muljam al-Murādī menawarkan diri untuk melaksanakannya.

Maka pada 19 Ramadan 40H, Ibn Muljam menetak Saidina Ali R.A. di kepala dengan sebilah pedang beracun ketika berada di Masjid Besar Kufa, Iraq untuk menunaikan solat Subuh. Dua hari kemudian, beliau menghembuskan nafas terakhirnya di usia 62/63 tahun.

Ibn Muljam berjaya ditangkap tidak lama selepas insiden serangan itu & dihukum bunuh secara Qisas oleh anak Saidina Ali R.A., Hasan R.A., sehari selepas beliau dikebumikan.

Sepertimana yang diwasiatkan, Saidina Ali R.A. mahu tempat persemadiannya dirahsiakan. Maka jenazah beliau dikebumikan di tengah malam gelap di satu lokasi yang tidak diketahui.

Pengikut fahaman Syiah umumnya percaya bahawa Saidina Ali R.A. dikebumikan di Najaf, Iraq yang lokasinya ditemukan semasa zaman pemerintahan Abbasiyah di bawah Harun al-Rashid. Namun ada juga didirikan makam peringatan di Balkh, Afghanistan.

Sumber: World History, Republika Id, Islamic Finder

#PeristiwaHariIni #AWANInews

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

03 Ramadhan 11 Hijrah : Wafatnya Fatimah Az-Zahra

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/04/03-ramadhan-11-hijrah.html

Sayyidina Uthman bin Affan R.A.

https://normanhafizi.blogspot.com/2014/10/sayyidina-uthman-bin-affan-ra.html

Friday, 22 April 2022

Setelah Perang Uhud

Arkib : 20 Ogos 2013. 43 Tahun Setelah Perang Uhud
 

Waktu terjadi banjir di Madinah, kubur 70 orang keluarga Perang Uhud itu dilanda banjir, mayat para sahabat timbul keluar, masih utuh kerana mereka dikuburkan di kawasan padang pasir. Selepas banjir surut, darahnya masih mengalir harum dan dikuburkan semula tetapi sudah tidak ditandai nama-nama mayat tersebut dan yang ditandakan kerana dikenali cuma 2, iaitu Saidina Hamzah R.A. kerana diketahui dadanya berlubang dan jantungnya tidak ada kerana telah dimakan oleh Hindun, badannya tinggi besar. Jasadnya masih berdarah dan harum, bahkan tangannya masih menutup lukanya terkena tombak, yang masih keluar darah, walaupun sudah beberapa ribu tahun. Dan yang satu lagi adalah Abdullah bin Jaz R.A. kerana diketahui telinga dan hidungnya terpotong akibat diikat benang. Kedua orang inilah yang sekarang nisannya ada di Uhud. Jadi kalau sekarang kita berziarah ke Gunung Uhud, hanya ada 2 nisan saja. 

Sebuah “Kesaksian”

Dr Thariq As-Suwaidan dalam kasetnya yang berharga, “Qisshatun Nihayah”, yang dinukil secara langsung dari Syaikh Mahmud Ash-Shawaf menyebutkan peristiwa besar yang dialami oleh sebahagian ulama dalam penguburan semula sebahagian sahabat yang gugur syahid di perang Uhud.

Bagaimana mereka menyaksikan para sahabat setelah 1400 tahun berlalu, bagaimana jasad mereka seperti sedia kala tanpa perubahan, tanpa pembusukan. Sebagai bukti nyata atas kebenaran berita gembira dari Nabi Muhammad SAW kepada para syuhada, bahawa bumi tidak memakan jasad mereka.

Berikut adalah sebahagian dari kaset pembicaraan Dr Thariq As-Suwaidan tentang peristiwa tersebut.

“Syaikh Mahmud Ash-Shawaf telah menyampaikan kepada kami bahwa dia adalah salah seorang yang diundang daripada kalangan ulama besar untuk pemakaman semula para sahabat yang gugur syahid di perang Uhud di kompleks kuburan syuhada Uhud, perkuburan yang terkenal. Kerana dilanda banjir, maka sebahagian jasadnya timbul ke permukaan. Para ulama di undang untuk menguburkan semula para sahabat tersebut.”

Beliau berkata, 

”Di antara orang yang aku kuburkan adalah Hamzah R.A., badannya besar, kedua telinga dan hidungnya terpotong, perutnya terbelah, dia meletakkan tangannya di atas perutnya. Ketika kami menggerakkannya dan mengangkat tangannya, darahnya mengalir. Aku menguburkannya bersama sahabat-sahabat lainnya yang gugur syahid di Uhud.”

Dr Thariq As-suwaidan berkata,

”Ini adalah perkara yang terbukti secara mutawatir dan dengan mata kepala. Semoga Allah S.W.T. menyampaikan kita semua ke darjat para syuhada. Syaikh Mahmud telah menyampaikan kepada kami tentang aroma harum misk yang berasal darinya ketika darah mengalir dari jasad Hamzah R.A.”

SubhanAllah, setelah 1400 tahun lebih, betapa agungnya Engkau ya Allah. Alangkah besarnya kekuasaan-Mu, Maha suci Engkau. Betapa utamanya, betapa mulianya, Allah memberikannya kepada para syuhada. Jika seperti itu kemuliaan jasadnya yang terpendam di perut bumi yang tak seorang pun melihatnya, lalu bagaimanakah dengan kemuliannya di surga yang luasnya seluas langit dan bumi.

Selamat bagi yang telah melihat sahabat mulia ini, Hamzah bin Abdul Mutthalib R.A. pakcik Rasulullah S.A.W.

Jasad Syuhada Yang Tidak Mengalami Pembusukkan

Jabir bin Abdillah bercerita, 

”Menjelang perang Uhud, ayahku memanggilku pada malam hari. Ia berkata: ’Aku merasa akan menjadi orang yang paling pertama gugur di antara para sahabat Nabi S.A.W. Sungguh aku tidak meninggalkan sesuatupun yang lebih kusayangi selain engkau, di samping Nabi Muhammad S.A.W. Sesungguhnya aku memiliki hutang, maka lunasilah. Dan bersikap baiklah kepada saudara-saudara perempuanmu.’ Keesokan harinya, ia pun menjadi orang yang pertama gugur. Ia dimakamkan bersama orang yang lain dalam satu lubang kubur. Tetapi hatiku merasa kurang selesa membiarkan ayahku berkongsi lubang kubur bersama orang lain. Enam bulan kemudian, aku membongkar makamnya dan mengeluarkannya. Ajaib, jasadnya masih tetap utuh sama seperti pertama kali aku menguburkannya.” 

(Hadis Riwayat Bukhari, Fathul Bari, 3/214 )

Petikan hadis di atas membuktikan di mana ayah Jabir R.A. terbunuh dalam perang Uhud dan ketika enam bulan kemudian makamnya dibongkar, maka jasadnya tetap utuh. Enam bulan adalah waktu yang lama di mana tubuh mayat seharusnya sudah hancur. Penelitian membuktikan bahwa 24-36 jam pertama mayat dikuburkan, maka bola mata mulai menonjol dan kornea menghitam. Cabang-cabang urat nadi mulai terlihat di perut dan dada. 2-5 hari berikutnya, wajah dan seluruh tubuh menggelembung, dari tubuh mayat keluar bau busuk. Setelah melewati 5-10 hari, kulit mulai rapuh dan tubuh dilitupi larva. Organ-organ tubuh meleleh ke tanah dan mulai menyisakan tulang saja. (dinukil dari buku Ushuluth Thibbisy Syar’i, Dr. Muhammad Ahmad Sulaiman)

CATATAN - Dalam buku sejarah bencana banjir pertama kali terjadi pada tahun 46 Hijrah atau 667 Masehi atau 43 tahun setelah Perang Uhud yang ceritanya mirip, iaitu jasad jasad mereka mengapung.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=495769270507497&set=a.118721914878903&type=3

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

PERANG BADAR

Perang Badar terjadi pada hari Jumaat, 17 Ramadhan 2 H (13 Mac 624 M) 

Kisah Kemenangan Islam Dalam Perang Badar, Hanya 313 Tentera Islam Tewaskan 1,000 Tentera Quraisy Di Bulan Ramadan.

Bacaan selanjutnya di sini :-

https://normanhafizi.blogspot.com/2020/05/nama-nama-ahlul-badar.html?m=1

Saturday, 3 July 2021

BENDERA

28 Jun 2021 : Bendera Kehidupan Sewaktu Krisis Melanda


𝗕𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗔 𝗣𝗨𝗧𝗜𝗛 (𝗪𝗛𝗜𝗧𝗘 𝗙𝗟𝗔𝗚)

Pada asasnya bendera putih memberi simbol ‘Serah Diri’ dalam sesebuah peperangan. Lazimnya kita dapat lihat dalam cerita cowboy and Red Indian pada zaman 70an dulu. 
Kini, di Malaysia, Bendera Putih digunakan untuk memberitahu kepada orang ramai yang mereka memerlukan pertolongan kerana kekurangan keperluan makan dan minum di atas keadaan pandemic yang dilalui sekarang ini. 
Saya tidak pasti siapa yang memulakan kaedah ini tetapi saya dapat rasakan ianya datang dari kasih dan cinta di dalam dirinya yang terdalam. Beliau boleh sahaja menggunakan kaedah menggunakan social media tetapi penggunaan Bandera Putih yang termanifestasi darinya dan in adalah sangat menarik bagi saya.
Putih melambangkan kebersihan, kesucian, kesegaran dan kesederhanaan. Putih juga lah bermaksud ‘Penyerahan’. Dan apabila kita serahkan kedua alas kaki kita iaitu Mind and Body, di situlah juga Kasih dan Sayang terserlah. Dan pada masa yang sama di situlah luapan Cinta mengarah.
Semoga kaedah ‘Bendera Putih’ ini dapat membantu sahabat-sahabat kita yang dalam kesusahan tidak kira Cina, India, Melayu, Banggali, Orang Asli dan malah sahabat Bangla dan Myanmar kita.

𝑳𝒐𝒗𝒆 𝒊𝒔 𝒀𝒐𝒖. 𝑹𝒂𝒅𝒊𝒂𝒕𝒆 𝒊𝒕 𝒐𝒖𝒕.
𝑷𝒂𝒏𝒄𝒂𝒓𝒌𝒂𝒏 𝑨𝒓-𝑹𝒂𝒉𝒎𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝑨𝒓-𝑹𝒂𝒉𝒊𝒎 𝒂𝒏𝒅𝒂.

Salam Cinta.

#benderaputih #whiteflag

copy/paste

--------------------------------------------------------------------------------------

Kempen kibar bendera putih pada saya sangat bercirikan kemelayuan.

Orang Melayu gemar menggunakan bahasa simbol & kiasan. 

Orang dagang yang datang ke suatu kampung, cara ikatan sampingnya memberikan isyarat kepada orang tempatan bahawa dirinya orang dagang tanpa memberitahu secara terbuka. Justeru, orang tempatan boleh menghulurkan bantuan tanpa diminta. 

Cara orang Melayu menolak pinangan juga sangat bersopan. Tepak sirih yang dibawa semasa majlis merisik itu bukanlah hiasan semata-mata. Ada tujuannya. Sekiranya wali kepada gadis yang hendak disunting itu menerima pemberian tepak sirih, bererti dia menerima lamaran pihak lelaki. Sekiranya menolak, bererti yang sebaliknya tanpa mengaibkan keluarga yang melamar.

Itu belum cerita lipatan destar/tengkolok yang tersirat makna yang mendalam. 

Kempen bendera putih menghidupkan kembali cara hidup Melayu yang bermaruah tinggi dan halus budi pekerti.

Ahmad Saifuddin Amran


---------------------------------------------------------------------------------------

Saya nasihatkan kepada semua yang susah, tiada makanan, naikkan bendera putih di rumah anda...biar orang sekeliling pakat pergi bantu, beri sedikit sebanyak yang termampu. Jangan ambil tindakan yang merugikan diri-sendiri dan keluarga. Elakkan stress, berkongsilah masalah dengan orang ramai. 
  • Tidak perlu merayu
  • Tidak perlu rasa malu
  • Hanya kibarkan kain putih
Semoga ada yang datang membantu.



Bagaimana Kempen Bendera Putih Membantu Rakyat

Deskripsi daripada APHD Channel :

Bagaimana Kempen Bendera Putih Membantu Rakyat
Sejak beberapa hari yang lalu, telah tular kempen mengibarkan bendera putih bagi membantu rakyat yang terjejas akibat wabak Covid-19. Ini berikutan situasi rakyat yang semakin tertekan dari sudut ekonomi, bagi menampung kehidupan harian. Ramai pekerja terutama pemillik perniagaan sederhana dan kecil, yang sudah tidak dapat menampung kos operasi akibat perintah kawalan pergerakan (PKP), yang berterusan sejak berbulan lamanya.
Kempen bendera putih ini seharusnya dianggap peluang bagi masyarakat, untuk saling tolong - menolong dan tidak dikaitkan dengan agenda politik. Jadi dalam video kali ini, kita akan melihat mengenai situasi, di sebalik kempen kibar bendera putih yang sedang berlaku di negara kita. Teruskan menonton -----------------------------------------------------------------------

Bantu Kami Dengan Menjadi Ahli "Membership" APHD Channel


HIDUP PUN SUSAH MATI LAGI SUSAH. 
JANGAN BUNUH DIRI !

Adalah dicadangkan Media arus perdana seperti TV & Radio dan Pejabat Penerangan, Masjid atau rumah- ibadat, serta semua NGO supaya memainkan peranan ini dan menyiarkan seluas mungkin maklumat yang sangat penting ini.

Ayuh segera sebarkan MESEJ ini. 

BENDERA PUTIH adalah tanda solidariti kita semua Rakyat Malaysia dalam waktu susah ini dan hulurkan bantuan apa kita yang termampu..


MOHON dan kongsi talian ini bagi yang ada masalah kewangan, tekanan, kemurungan dan lain lain, sila hubungi :👇🏼

MyCareCOV19 @MyJAKIM 
Telefon: 017-6609760 ☎️ Whatsapp: 011-19598214 📲 Emel: mycarecov19@islam.gov.my 🖥️

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻

Kongsikan sebab mungkin ada yang lebih memerlukan..❤️💚

Pandangan Seorang Pendakwah Bebas :


BENDERA PUTIH : Rakyat Sudah Penat? | Ustaz Elyas Ismail

https://www.youtube.com/watch?v=bdXgCqh9DQU


"Bersedekahlah suapa engkau diselamatkan dari api Neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma" Hadis Riwayat Bukhari


Renungan PKP (Pulang Kepada Pencipta) 

PKP = PULANG KEPADA PENCIPTA

#muftiperak #timbalanmuftiperak #mediamuftiperak #falakperak #pulangkepadapencipta


Pandangan Ulama Yang Bertaraf Jawatan Mufti Sebuah Negeri : 



Kibar bendera kerana darurat diharuskan dalam Islam

Mengibarkan bendera atau tanda-tanda tertentu yang memberi isyarat bahawa diri dalam keadaan terdesak dan memerlukan bantuan sehingga mengancam jiwa adalah diharuskan dalam Islam.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, perkara itu seperti kempen kibar bendera putih yang digerakkan di media sosial, bukan satu kesalahan kerana dianggap sebagai satu cara menambah keprihatinan dan saling membantu sesama rakyat.



Pandangan Seorang Ustaz Yang Bergelar Dermawan :

03 Julai 2021 : Mesej daripada Ustaz Ebit Lew dari Facebook

Pohon doakan ye. Bantuan barang dapur buat seluruh Malaysia. Sedih sayu berat ujian kita semua di Malaysia. Menangis baca berita-berita di Malaysia orang bunuh diri. Sesiapa yang benar-benar perlukan bantuan barang dapur di seluruh Malaysia boleh hubungi nombor ini. Bantuan diberikan tanpa mengira bangsa atau agama. Kita semua sebuah keluarga. Team Kasih Umat di Seluruh Malaysia akan membantu. Esok mereka hantar setakat yang mampu. 

Lokasi & No Telefon :-

  1. Kota Kinabalu, Sabah 01121820646
  2. Seberang Perai Utara, Penang 0184636181
  3. Semporna, Sabah 01159023120
  4. Bintulu, Sarawak 0164035460
  5. Senawang, Negeri Sembilan 0173164974
  6. Bandar Kuantan, Pahang 01161096263
  7. Kudat, Sabah 0169771243
  8. Pasir Mas, Kelantan 0179478716
  9. Sungai Petani, Kedah 01127226330
  10. Ipoh, Perak 01151523766
  11. Kunak, Sabah 0166033149
  12. Pasir Gudang, Johor Bahru 0107068364
  13. Kuala Terengganu, Terengganu 01120507611
  14. Melaka Tengah 01139900575
  15. Kuala Lumpur, Selangor 0176296906

Sumber : https://www.facebook.com/465806410116276/posts/4389367534426791/


MUHASABAH UNTUK PEMIMPIN yang bermaksud,

"Akulah seburuk-buruk pemerintah apabila diriku kenyang sedangkan rakyat pula menderita kelaparan."

- Saidina Umar al-Khattab r.a.

Pandangan Seorang Pemimpin Parti Politik

ANTARA BENDERA PUTIH DAN MEMELIHARA IFFAH.

Berikutan isu bendera putih didalam status saya semalam, saya mendapat pelbagai komen pro dan kontra, terima kasih semua dan saya kutip semuanya tanpa sedikit pun rasa marah kepada yang kontra kerana saya memahami ketulusan hati mereka yang mencadangkan sedemikian, walaupun ada yang mengambil kesempatan politik dengan cadangan tersebut.

Hari ini saya lanjutkan sedikit kenapa saya tidak bersetuju untuk ini dijadikan sebagai cara sebelum dari kita praktikkan dulu atau perbaiki cara sedia ada untuk membantu supaya menjadi lebih baik dan kemas dan dapat memelihara IFFAH orang yang memerlukan bantuan.

1. Islam ajar sifat iffah iaitu jaga air muka sendiri dan sememangnya ia fitrah. Orang malu untuk tunjukkan dia susah.

2. Kita nak war-warkan sedekah atau program sumbangan kita tiada salahnya kerana ia dapat menggalakkan orang lain turut membantu, firman Allah s.w.t.:

إن تبدو الصدقات فنعما هي، وإن تخفوها وتؤتوها الفقراء فهو خير لكم

"Jika kamu zahirkan sedekah-sedekah kamu ia adalah sesuatu yang baik, Dan jika kamu sembunyikannya Dan menyerahkannya kepada orang fakir adalah lebih baik bagi kamu".

Tapi nak suruh orang sebar kesusahan sendiri dengan angkat bendera, ia berat dan memalukan diri bagi orang susah. Maka ia bukan cara yang terbaik bagi orang susah untuk lakukannya. 

3. Memelihara Iffah sangat penting dan dituntut, kerana itu bila terdesak sangat baik dia mengadu kepada orang yang dekat dan dikenali autoritinya seperti ibubapa, adik beradik, saudara terdekat, tok penghulu, imam, waris, jiran, kawan dan akan sebut diam-diam agar kesusahannya sekadar diketahui dengan kadar yang sangat terhad. 

4. Sifat Iffah ni amat mulia dan diseru agama, kerana itu setiap muslim ketika susah bersegeralah datang kepada Allah dengan doa dan solat mohon pertolongan dahulu sebagai rujukan utama, ketika ia terpaksa memohon pertolongan kepada manusia, maka biarlah dengan cara baik iaitu dengan cara memelihara Iffah.

Meminta ini adalah sebahagian dari perbuatan yang dilarang agama kerana memelihara Iffah, kecuali dikala teramat sukar dan tiada caranya kecuali meminta dan jangan meminta tanpa sebab:

AlBukhari meriwayatkan dari Ibnu Umar R.A., bahawa Nabi bersabda :

"Sentiasalah seseorang itu meminta-minta sedekah sehingga dia datang pada hari Kiamat dalam keadaan tiada secebis daging di mukanya"

Namun jika terpaksa dibolehkan meminta tetapi dengan kadar yang paling memelihara Iffah. Kempen angkat bendera putih adalah seolah-olah tidak meraikan perasaan mereka. Apatah lagi kalau orang yang terputus bekalan itu adalah orang zahirnya kelihatan senang, punya rumah dan kenderaan yang baik tetapi terputus bekalan, kibaran bendera putih yang dilihat semua orang di rumahnya pasti akan mendatangkan fitnah walaupun dia sangat memerlukan.

5. Sejak zaman berzaman, apatah zaman Nabi s.a.w., orang susah datang kepada orang senang mengadu dan orang senang bertanya-tanya dan mencari orang susah. Cara ini lebih menyembunyikan mereka dari rasa malu dan kekal menjaga air muka dengan baik. Perasaan ketika meminta pastinya tidak sama dengan jika dia ditawarkan, kerana itu kitalah yang mesti berusaha untuk menyediakan bantuan di sana sini agar mudah bagi mereka untuk meminta bantuan dengan kadar diketahui oleh golongan terhad,  jika masih juga ingin dan ketagih menaikkan bendera, saya mencadangkan agar orang-orang yang berkemampuan itulah yang menaikan bendera sebagai maklum bahawa dia ada rezeki untuk disedekahkan, bila habis stok, turunkan semula, bila ada rezeki baru, naikkan, begitulah seterusnya.

6. Itulah sebab rangkaian jalinan dalam masyarakat dibentuk oleh agama dan kerajaan, ada penghulu, ada Jawatan Kuasa kampung, ada imam dan masjid, ada rukun tetangga dan lain lain, begitu juga NGO yang sangat banyak, semua itu bertanggung jawab memastikan orang susah di kenal pasti dalam setiap masa, melalui mereka, kerajaan dan agensinya boleh bertindak cepat atau lambat, tahap perkhidmatan itu diperelokkan setiap masa.

Bendera terbaik bagi saya ialah talian hotline dan juga iklan yang menawarkan bantuan samada dari agensi kerajaan, swasta, NGO, syarikat perniagaan yang berkemampuan membantu dan lain-lain, biar orang susah hubungi atau datang mengambilnya kerana memang dah disediakan untuk mereka, hantar bagi yang tidak mampu datang..kita berusaha menyediakan kemudahan untuk mereka itu lebih baik dari mereka terpaksa menaikan bendera putih untuk maklumkan kepada orang ramai bahawa "aku sedang susah, mari hantar bantuan ke rumah aku".

Namun kalau ada juga yang kibarkan bendera putih dan kebetulan bertemu dengan saya, pastinya ketika itu saya akan bersetuju untuk membantu dengan apa kemampuan yang saya ada, sekian terima kasih.

Saya di bilik operasi hari ini, bagi masyarakat DUN Tg Lumpur yang perlukan boleh hubungi hotline kami: 011-59897556

AMEERAH DUN TG LUMPUR.

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=3185585434900004&id=100003457375722

Laporan daripada media massa : Kerajaan Kedah tak iktiraf bendera putih

Oleh AZAHAR HASHIM

1 Julai 2021

KULIM: Kerajaan Negeri Kedah tidak mengiktiraf penggunaan bendera putih oleh individu di negeri ini sebagai tanda memerlukan bantuan makanan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Sebaliknya Menteri besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, pihaknya hanya menyalurkan bantuan makanan kepada individu yang membuat aduan secara rasmi melalui panggilan telefon di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) seluruh daerah di negeri ini.

“Kita telah edarkan nombor telefon PKOB setiap daerah dan nombor telefon pusat khidmat wakil rakyat untuk orang ramai hubungi bagi mendapatkan bantuan makanan.

“Sekarang ini kita ada kemudahan aplikasi media sosial seperti Facebook dan WhatsApp serta pesanan mesej, individu yang perlu bantuan boleh menghubungi PkOB untuk bantuan makanan tanpa mengibar bendera putih,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) di sini hari ini.

PTSB telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bemula 26 Jun sehingga 9 Julai.

Muhammad Sanusi berkata, penggunaan bendera putih itu merupakan salah satu propaganda politik untuk membina persepsi kerajaan gagal dalam kalangan masyarakat.

“Saya sudah kata banyak kali ia (bendera putih) ini adalah propaganda politik yang mencerminkan persepsi kerajaaan gagal, sebenarnya kerajaan sedang menangani pandemik Covid-19 ini dengan baik,” jelasnya.

Beliau memberitahu, kerajaan telah menyediakan saluran rasmi yang boleh digunakan oleh rakyat dan mereka akan dibantu tidak mengira fahaman politik.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri memberi bantuan wang tunai sebanyak RM20,000 kepada PKOB Daerah Kulim termasuk PTSB sebanyak RM10,000.

Tambahnya, setiap PKOB juga akan menerima sebanyak 2,000 bakul makanan kecuali PKOB daerah Kuala Muda mendapat 3,000 bakul makanan

#IUCNorthernNews https://t.co/GUeJhiDfbj


"Yang angkat bendera putih itu adalah mereka yang memeinta bantuan secara jelas. Bersegeralah santuni mereka." Ustaz Nik Omar


"Angkat tangan berdoa kepada-Nya. Itulah bendera kekuatan dan optimis dalam uijian kehidupan. Jangan angkat kekalahan menghadapi ujian dengna mengajar rakyat mengangkat bendera putih". Nik Mohamad Abduh

Dua orang adik-beradik yang mempunyai ayah yang sama tapi mereka punya pendapat yang berbeza. Pilihan pada tangan rakyat untuk memilih yang mana satu boleh mendatangkan kebaikan buat semua. In shaa Allah aamiin.

https://www.facebook.com/groups/847649648673752/permalink/3888382391267114/ angkat bendera

Pandangan daripada rakyat biasa : Isu Bendera menjadi bualan semua pihak

https://www.facebook.com/groups/549145075974603/permalink/810801976475577/




Gambar : #BenderaPutih : Polis Selangor kenal pasti rakyat terjejas, tidak cukup bekalan makanan

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata beliau telah mengarahkan anggotanya untuk mengenal pasti penduduk yang terjejas, malah usaha sedemikian akan dipertingkatkan.

Dalam keadaan LUAR BIASA ini diharapkan semua bertindak diluar kebiasaan kerja hakiki.

Kita berurusan dengan manusia bukan berurusan dengan komputer.

Syabas PDRM Selangor👏 perintis kepada tindakan diluar kebiasaan. Kelebihan akses PDRM kepada semua kawasan dan kepada semua NGO terlibat boleh menjadi penghubung terpantas bantuan disalurkan sebaiknya.

Hikmahnya ialah silaturahim antara PDRM Selangor khasnya dengan masyarakat serta NGO kembali terjalin.

https://www.facebook.com/groups/549145075974603/permalink/810268889862219/

Rakyat Terus KEKAL ber-PKP sampai BILA?


Deskripsi daripada Marjans TV :

Sesi luahan hati rakyat, agar sampai ke telinga mereka yang di atas, luah kan ape yang di pendam, jangan di simpan yang kelak akan memakan diri...... Bersama Permain Industry

TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA di atas keprihatinan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan

Syukur Alhamdulillah. Ternyata Kempen Bendera Putih ini memberi kesan yang sangat positif kerana dapat membantu mereka yang betul-betul sedang berada dalam kesempitan hidup tanpa kita sedar.

Diucapkan terima kasih kepada semua penyumbang atau sesiapa saja yang terlibat dalam menghulurkan bantuan tanpa mengira kaum dan agama.

Semoga usaha murni ini akan dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda di kemudian hari.

#GaleriSentuhanArifSan #BenderaPutih

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=345901203832526&id=100052379471549

Sertai Group Bendera Putih di sini https://www.facebook.com/groups/benderaputih/?ref=share

Wednesday, 19 May 2021

KISAH JENAZAH YANG DISHOLAWATI 70 RIBU MALAIKAT

Arkib : 21 Januari 2021. Tulisan ini sediakan dalam Bahasa Indonesia

KISAH JENAZAH YANG DISHOLAWATI 70 RIBU MALAIKAT

Kisah ini diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. : Pada suatu pagi Rasulullah S.A.W. bersama dengan sahabatnya Anas bin Malik r.a. melihat suatu keanehan. Bagaimana tidak, matahari terlihat begitu redup dan kurang bercahaya seperti biasanya.

Tak lama kemudian Rasulullah S.A.W. dihampiri oleh Malaikat Jibril.

Lalu Rasulullah S.A.W. bertanya kepada Malaikat Jibril : "Wahai Jibril, kenapa Matahari pagi ini terbit dalam keadaan redup? Padahal tidak mendung?"

"Ya Rasulullah, Matahari ini nampak redup karena terlalu banyak sayap para malaikat yang menghalanginya." jawab Malaikat Jibril.

Rasulullah S.A.W. bertanya lagi : "Wahai Jibril, berapa jumlah Malaikat yang menghalangi matahari saat ini?"

"Ya Rasulullah, 70 ribu Malaikat." jawab Malaikat Jibril.

Rasulullah S.A.W. bertanya lagi : "Apa gerangan yang menjadikan Malaikat menutupi Matahari?"

Kemudian Malaikat Jibril menjawab : "Ketahuilah wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah S.W.T. telah mengutus 70 ribu Malaikat agar membacakan shalawat kepada salah satu umatmu."

"Siapakah dia, wahai Jibril?" tanya Rasulullah S.A.W.

"Dialah Muawiyah...!!!" jawab Malaikat Jibril.

Rasulullah S.A.W. bertanya lagi : "Apa yang telah dilakukan oleh Muawiyah sehingga saat ia meninggal mendapatkan kemuliaan yang sangat luar biasa ini?"

Malaikat Jibril menjawab : "Ketahuilah wahai Rasulullah, sesungguhnya Muawiyah itu semasa hidupnya banyak membaca Surat Al-Ikhlas di waktu malam, siang, pagi, waktu duduk, waktu berjalan, waktu berdiri, bahkan dalam setiap keadaan selalu membaca Surat Al-Ikhlas."


Surah Al-Ikhlas 100 Times


Malaikat Jibril melanjutkan penuturannya : "Dari itulah Allah S.W.T. mengutus sebanyak 70 ribu malaikat untuk membacakan shalawat kepada umatmu yang bernama Muawiyah tersebut."

SubhanAllah ..

Walhamdulillah ..

Wala ilaha illallah ..

Wallahu akbar.

Rasulullah SAW bersabda : ''Apakah seorang di antara kalian tidak mampu untuk membaca sepertiga Al-Qur'an dalam semalam?" Mereka menjawab, "Bagaimana mungkin kami bisa membaca sepertigai Al-Qur'an?" Lalu Nabi SAW bersabda, "Qul huwallahu ahad itu sebanding dengan sepertiga Al-Qur'an.'' (H.R. Muslim no. 1922)

Subhanallah

Semoga kita dapat mengambil pengetahuan bermanfaat yang bernilai ibadah lewat tulisan ini dan mengamalkan dalam kehidupan sehari - hari. Boleh di share biar lebih bermanfaat buat orang banyak, kalo pelit di simpen sendiri juga gak apa apa.

Rasulullah S.A.W bersabda :

"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." (HR. Al-Bukhari)

Kirim ini ke 5 grup dan semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 orang..

Saya doakan semua yang membaca dan mengaminkan doa ini, di beri rezeki melimpah 7 turunan seperti air mengalir ini.. dan diundang segera oleh Allah menunaikah Haji dan Umroh dengan cara-caran Nya. Aamiin.... 🤲

Semoga bermanfa'at. Aamiin yarobbal aalamiin

Saturday, 24 April 2021

Peristiwa 12 Ramadan 13H

 

Gambar : Sekadar Hiasan

HARI INI PADA TAHUN 13 HIJRAH, PERTEMPURAN BUWAIB TELAH TERCETUS ANTARA TENTERA ISLAM DENGAN TENTERA PARSI🌹

Ia tidak lama susulan daripada kekalahan tentera Khulafa al-Rashidin pada Pertempuran Jambatan di tebing Sungai Euphrates dekat Kufa ketika tentera Islam dalam kemaraan untuk mengusir Empayar Sassanid dan menakluk Iraq.

Apabila mendapat berita kekalahan itu, Khalifah Umar al-Khattab menyeru kekuatan dari seluruh Tanah Arab untuk menyertai angkatan pimpinan Muthanna ibn Haritha bangkit untuk meneruskan misi besarnya.

Mengetahui tentera Islam mengumpul kekuatan untuk serangan balas, kerajaan Sassanid mempersiap angkatan yang kuat dikepalai oleh Mihran ibn Badhan, seorang panglima perang Parsi yang dianggap pakar cara peperangan Arab.

Muthanna memimpin angkatan Islam berarak hingga ke Nakheila di tebing barat Sungai Euphrates, sementara Mihran memimpin angkatan Parsi dan berhenti di tebing timur sungai itu bertentangan kem tentera Islam.

Mihran menghantar mesej kepada Muthanna, bertanya tentang siapa yang perlu menyeberangi sungai. Tidak mahu derita Pertempuran Jambatan berulang, Muthanna meminta tentera Parsi yang menyeberang ke tempat mereka.

Selepas tiga kali takbir, tentera Islam melancarkan serangan terhadap barisan tentera Parsi ke segenap penjuru, sehingga menyebabkan sayap kanan lawan bocor, mendedahkan bahagian tengahnya lalu memporak perandakan barisan Parsi.

Namun selepas beberapa ketika, angkatan Islam mula hilang semangat apabila semakin ramai gugur berdepan angkatan Parsi yang jauh lebih besar. Muthanna menyeru supaya terus berjuang dan kali ini menjadikan Mihran sebagai sasaran utama.

Akhirnya Mihran tumbang dibunuh seorang tentera muda dari Bani Taghlab, menyebabkan angkatan Parsi hilang arah dan bertempiaran melarikan diri. Namun, tiada seorang pun yang dibiarkan lepas dan menyeberangi sungai hidup-hidup.

Kemenangan Pertempuran Buwaib menjadi titik tolak peluasan kuasa Islam ke seluruh Iraq sehinggalah Empayar Sassanid berjaya ditumbangkan sepenuhnya.

Sumber: Al Arabiya, Alim

Dari : Astro AWANI

https://www.facebook.com/100001961725237/posts/5258627300879275/

Friday, 12 February 2021

ABU DUJANAH

Arkib : 01 Disember 2020 - ABU DUJANAH

Kisah Abu Dujanah yang Membuat Rasulullah Berderai Air Mata.

============================

(Dalam kitab I'anatuth-Thalibin Bab Luqatah karya Abu Bakar bin Muhammad Syatha Ad-Dimyati)

"Inilah kisah sahabat yang membuat Rasulullah SAW meneteskan air mata".

Abu Dujanah radhiallahu 'anhu (RA), sahabat Nabi dari kabilah Khazraj (wafat 632). Beliau syahid dalam perang Yamamah ketika memerangi nabi palsu Musailamah al-Kadzab.

Selain dikenal pemberani di medan perang, Abu Dujanah juga seorang yang sangat menjaga diri dan keluarganya dari perkara haram. Suatu hari, usai salat shubuh berjamaah bersama Rasulullah SAW,

"Abu Dujanah selalu terburu-buru pulang tanpa mengikuti doa ba'da salat yang dipanjatkan Rasulullah".

Melihat gelagat ini, Rasulullah mencoba meminta klarifikasi pada Abu Dujanah. "Mengapa setiap kali kamu terburu-buru pulang dari jamaah shubuh. Apakah engkau tidak memiliki permintaan kepada Allah sehingga tidak pernah menungguku selesai berdoa. Ada apa?" tanya Nabi.

Abu Dujanah menjawab, "Begini Rasulullah," kata Abu Dujanah memulai ceritanya.

"Rumah kami berdampingan persis dengan rumah seorang laki-laki. Di atas pekarangan rumah milik tetangga kami ini, terdapat satu pohon kurma menjulang, dahannya menjuntai ke rumah kami. Setiap kali ada angin bertiup di malam hari, kurma-kurma tetanggaku itu saling berjatuhan, mendarat di rumah kami.”

"Ya Rasul, kami keluarga orang yang tak berpunya. Anakku sering kelaparan, kurang makan. Saat anak-anak kami bangun, apa pun yang didapat, mereka makan. Oleh karena itu, setelah selesai salat, kami bergegas segera pulang sebelum anak-anak kami terbangun dari tidurnya. Kami kumpulkan kurma-kurma milik tetangga kami yang berceceran di rumah, lalu kami kembalikan kepada pemiliknya."

"Satu saat, kami agak terlambat pulang. Ada anakku yang sudah terlanjur makan kurma hasil temuan. Mata kepala saya sendiri menyaksikan, tampak ia sedang mengunyah kurma basah di dalam mulutnya. Ia habis memungut kurma yang telah jatuh di rumah kami semalam."

Mengetahui itu, lalu jari-jari tangan kami masukkan ke mulut anakku itu. Kami keluarkan apa pun yang ada di sana. Kami katakan, 'Nak, janganlah kau permalukan ayahmu ini di akhirat kelak.' Anakku menangis, kedua pasang kelopak matanya mengalirkan air karena sangat kelaparan.

Wahai Rasululah, kami katakan kembali kepada anakku itu, ‘Hingga nyawamu lepas pun, aku tidak akan rela meninggalkan harta haram dalam perutmu. Seluruh isi perut yang haram itu, akan aku keluarkan dan akan aku kembalikan bersama kurma-kurma yang lain kepada pemiliknya yang berhak."

Mendenar itu, mata Rasulullah SAW berkaca-kaca, butiran air mata mulianya berderai begitu deras. Baginda Rasulullah mencoba mencari tahu siapa sebenarnya pemilik pohon kurma yang dimaksud Abu Dujanah itu. Abu Dujanah pun mengatakan bahwa pohon kurma itu milik seorang laki-laki munafik.

Tanpa basa-basi, Baginda Nabi mengundang pemilik pohon kurma. Rasul lalu mengatakan, "Bisakah tidak jika aku minta kamu menjual pohon kurma yang kamu miliki itu? Aku akan membelinya dengan sepuluh kali lipat dari pohon kurma itu sendiri. Pohonnya terbuat dari batu zamrud berwarna biru. Disirami dengan emas merah, tangkainya dari mutiara putih. Di situ tersedia bidadari yang cantik jelita sesuai dengan hitungan buah kurma yang ada." kata Rasulullah menawarkan.

Laki-laki munafik ini lantas menjawab dengan tegas, "Saya tak pernah berdagang dengan memakai sistem jatuh tempo. Saya tidak mau menjual apa pun kecuali dengan uang kontan dan tidak pakai janji kapan-kapan."

Tiba-tiba sahabat setia Abu Bakar as-Shiddiq RA datang. Lantas berkata, "Ya sudah, aku beli dengan sepuluh kali lipat dari tumbuhan kurma milik Pak Fulan yang varietasnya tidak ada di kota ini (lebih bagus jenisnya)."

Si munafik pun kegirangan sembari berujar: "Ya sudah, aku jual."

Abu Bakar menyahut, "Bagus, aku beli." Setelah sepakat, Abu Bakar langsung menyerahkan pohon kurma itu kepada Abu Dujanah.

Rasulullah SAW kemudian bersabda, "Hai Abu Bakar, aku yang menanggung gantinya untukmu."

Mendengar sabda Nabi itu, Abu Bakar bergembira bukan main. Begitu pula Abu Dujanah. Sedangkan si munafik berjalan mendatangi istrinya. Lalu mengisahkan kisah yang baru saja ia alami.

"Aku telah mendapat untung banyak hari ini. Aku dapat sepuluh pohon kurma yang lebih bagus. Padahal kurma yang aku jual itu masih tetap berada di pekarangan rumahku. Aku tetap yang akan memakannya lebih dahulu dan buah-buahnya pun tidak akan pernah aku berikan kepada tetangga kita itu sedikit pun."

Malamnya, saat si munafik tidur, dan bangun di pagi harinya, tiba-tiba pohon kurma yang ia miliki berpindah posisi, menjadi berdiri di atas tanah milik Abu Dujanah. Dan seolah-olah tak pernah sekalipun tampak pohon itu tumbuh di atas tanah si munafik. Tempat asal pohon itu tumbuh, rata dengan tanah. Ia keheranan tiada tara.

-----------------------------------------------------------

Demikian kisah sahabat dan pohon kurma yang membuat Rasulullah SAW menangis.

Hikmah yang kita petik dari kisah ini adalah kehati-hatian para sahabat menjaga diri dan keluarganya dari makanan yang haram. Kemudian pohon kurma yang berpindah posisi itu adalah salah satu mukjizat Nabi SAW yang langsung dirasakan oleh sahabat Abu Dujanah.

--------------------------

Wallahu a’lam bish-shawab.

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...