Arkib : 07 Oktober 2014
Sayyidina Uthman bin Affan R.A.
Bermulanya Era Fitnah Besar Oleh Golongan-golongan Syiah
Setelah Khalifah Umar bin Khattab r.a. meninggal dunia, Sayidina Uthman r.a telah dipilih menggalas tugas sebagai Khalifah Islam yang ketiga. Di era kepimpinan Khalifah Uthman r.a., perluasan kekuasaan Islam telah diteruskan dan Agama Islam telah tersebar dengan pesatnya ke wilayah-wilayah Eropah Timur, Empayar Parsi, sebahagian dari wilayah Soviet Rusia dahulunya, hingga ke sempadan China dan India.
Semasa memegang tampuk kepimpinan khalifah, Sayidina Uthman telah pun berusia 70 tahun. Beliau meneruskan pemerintah Islam selama 12 tahun. Pelbagai cabaran dan pembaharuan yang telah beliau lakukan di dalam pemerintahan. Cabaran pertama yang perlu beliau selesaikan adalah menghukum orang yang telah melakukan pembunuhan ke atas Sayidina Umar Al-Khattab. Selain meneruskan dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh khalifah sebelumnya, beliau juga telah melakukan beberapa pembaharuan dan penambahbaikan. Malah beberapa penambahbaikan itu boleh kita lihat dan saksikan sehingga sekarang.
Di antaranya adalah pembesaran Masjid Nabawi di Madinah dalam tahun ke-29 Hijrah (ada yang mengatakan tahun ke-30 Hijrah) yang boleh kita saksi sehingga sekarang. Selain itu juga beliau telah membuka pelabuhan Jeddah pada tahun ke-26 Hijrah. Di mana kita dalam lihat kepesatan pelabuhan ini hingga sekarang yang menjadi pelabuhan utama menghubungkan dunia luar dengan Mekah melalui laut.
Selain itu penambahbaikan yang besar yang telah beliau laksanakan adalah pengumpulan dan penulisan Al-Qur’an yang dikenali sebagai Mushaf Uthmani. Proses pengumpulan Al-Qur’an yang telah ditulis oleh penulis-penulis wahyu Allah ini bermula dari zaman Khalifah yang pertama iaitu Sayidina Abu Bakar As-Siddiq lagi.
Kemudiannya diteruskan oleh Sayidina Umar Al-Khattab dan era Khalifah Sayidina Uthman, beliau telah menyempurnakannya. Penyusunan dan pengumpulan Al-Qur’an ini adalah menggunakan bahasa asalnya berdasarkan persetujuan para sahabat. Mereka telah memilih empat huffaz sebagai penyusun Al-Qur’an, yang terdiri daripada :-
- Sayidina Zaid bin (Thabit) Tsabit r.a.,
- Abdullah bin Zubayr,
- Said bin al-‘Asy dan
- Abdurrahman bin Al-Harith ibnu Hisyam.
Namun pada hujung era pemerintahan khalifah ketiga ini pelbagai fitnah tersebar. Ini juga telah menjadi faktor kepada pembunuhan Sayidina Uthman bin Affan.
Puak Munafik yang di maksudkan itu adalah Syiah yang memfitnah Sayidina Uthman r.a
BIBLIOGRAFI DAN LATAR BELAKANG SAIYIDINA UTHMAN IBN AFFAN R.A.
SAIYIDINA UTHMAN BIN AFFAN ra.
Di zaman kebangkitan Islam dahulu terdapat beberapa sahabat yang terkenal kerana banyak mengorbankan harta-benda dan kekayaannya untuk membela Agama Allah. Salah seorang di antara mereka yang paling terkemuka sekali ialah Saiyidina Uthman Bin Affan R.A. Selain daripada beliau ialah Saiyidina Abu Bakar Al Siddiq, Abdul Rahman Bin Auf dan lain-lain lagi. Apatah lagi memang Saiyidina Uthman R.A. baik sebelum memeluk Islam mahupun setelah Islam, merupakan satu-satunya tokoh saudagar dan peniaga yang paling berjaya sekali. Dialah sahabat Rasul yang banyak mengorbankan harta-bendanya bagi menegakkan perjuangan Islam.
Saiyidina Uthman Bin Affan R.A. adalah Khalifah Islam yang ketiga sesudah Saiyidina Umar Al Khattab R.A. Beliau telah memerintah Kerajaan Islam hampir sebelas tahun lamanya dan tahun Masihi 644 hingga 655 Masihi. Beliau memperoleh gelaran "Zun Nurain" yang ertinya yang memiliki dua cahaya. Sebabnya ialah kerana Rasulullah s.a.w. telah mengahwinkannya dengan dua orang puterinya iaitu yang pertama kali dengan Rugayyah dan sesudah wafatnya semasa Perang Badar, maka Rasulullah s.a.w. telah mengahwinkannya pula dengan Kalthum. Demikian besarnya kecintaan dan penghormatan Rasulullah s.a.w. terhadap Saiyidina Uthman R.A. Tatkala isterinya yang kedua itu pula meninggal, Rasulullah s.a.w. telah berkata kepadanya, "Jika ada anak perempuanku lagi hai Uthman, tentu engkau ku ambil sebagai menantu".
Sahabat besar ini termasuk orang-orang pertama yang masuk Islam. Beliau datangnya dan suku atau puak Quraisy yang paling keras sekali tentangannya terhadap agama Islam dan Rasulullah s.a.w., iaitu puak Umaiyah. Menurut catatan sejarah, Saiyidina Uthman Bin Affan termasuk orang kelima diajak oleh Saiyidina Abu Bakar Al Siddiq untuk memeluk Islam. Setelah memeluk Islam, Uthman R.A. termasuk orang yang sangat dicintai oleh Rasulullah s.a.w. kerana kemuliaan dan kehalusan budi pekertinya. Memang sesungguhnya Saiyidma Uthman Bin Affan R.A. terkenal sebagai seorang sahabat yang sangat tinggi budi perkertinya, sangat penyantun, lemah lembut lagi pemalu. Sebagai memperlihatkan kecintaan dan penghargaan Rasulullah s.a.w. kepadanya itulah maka beliau telah menjadi pilihan baginda untuk dikahwinkan dengan puteri-puterinya seorang demi seorang selepas meninggal seorang lepas satunya. Sebagai memuji keluhuran budi akhlaknya itulah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadanya, "Malaikat sangat malu kepadamu hai Uthman". Memang Rasulullah s.a.w. biasanya tidak keberatan menerima kedatangan para sahabatnya dalam berpakaian yang biasa sahaja, tetapi apakala diketahui bahawa Saiyidina Uthman R.A. akan datang mengunjunginya, maka baginda pun mengenakan pakaiannya yang sewajarnya sebagai menghormati sahabatnya yang disegani sendiri oleh para malaikat.
Dalam suatu riwayat lain adalah dikisahkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Saya bermohon kepada Tuhanku supaya tidak ada seorang pun yang pernah menjadi menantuku atau menjadi mertuaku dimasukkan ke dalam neraka". Hal yang demikian itu tercapai oleh Saiyidina Uthman R.A. kerana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Tiap-tiap Nabi mempunyai teman, dan Uthman adalah temanku di dalam syurga".
Ketika suasana pergolakan di Mekah menjadi tegang dan meruncing disebabkan kaum musyrikin Quraisy melakukan tekanan yang hebat terhadap kaum Muslimin, Saiyidina Uthman termasuk orang-orang yang turut melakukan hijrah ke Abyssinia. Saiyidina Uthman R.A. berserta isterinya adalah termasuk rombongan yang menjalankan hijrah yang bersejarah itu. Beliau tidak pernah memikirkan kerugian perniagaannya yang ditinggalkannya itu kerana beliau sedar bahawa hijrah tersebut adalah termasuk dalam usaha untuk menegakkan agama Allah. Sekembalinya beliau dan Abyssinia, beliau pun tinggallah di kota Mekah buat sementara waktu. Kemudian beliau telah melakukan hijrah pula ke Madinah untuk menyusul Rasulullah s.a.w. yang telah pun lebih dahulu berhijrah di kota tersebut.
Setelah berada di Madinah, Saiyidina Uthman R.A. pun mulalah menjalankan usaha perniagaannya hingga beliau berjaya menjadi saudagar yang kaya. Namun demikian beliau tidak teragak-agak sedikit pun bagi mempergunakan seluruh kekayaan dan harta bendanya bagi menyahut seruan jihad bagi menegakkan kesucian Islam. Sebagai seorang sahabat besar, banyak sekali pengorbanan Saiyidina Uthman Bin Affan terhadap Islam. Di zaman permulaan perjuangan Islam di Madinah, pernah kaum Muslimin menghadapi kekurangan air, lalu Saiyidina Uthman Bin Affan telah membeli sebuah kolam yang bernama Bir Ruma dan seorang Yahudi. Pada saat itulah Rasulullah s.a.w. bersabda, "Barangsiapa yang antara kamu yang membeli sumur Ruma lalu dijadikannya wakaf bagi keperluan kaum Muslimin serta ia menimba air sumur tersebut maka orang yang berbuat demikian itu Allah akan menyediakan tempat minuman baginya dalam syurga". Begitu juga tatkala Masjid Madinah rnenjadi terasa sempit sebab semakin banyaknya orang yang bersyalat di dalamnya, maka dengan spontan Saiyidina Uthman membeli lima rumah yang sederet di samping masjid untuk dibongkar, kemudian dibangunkan tambahan masjid agar menjadi lebih luas dan besar lagi
Selain daripada pengorbanan harta benda, Saiyidina Uthman Bin Affan R.A. juga adalah sahabat yang paling banyak membantu Rasulullah s.a.w. dalam berbagai masalah. Beliau adalah salah seorang penulis wahyu dan juga pernah menjadi utusan Rasul untuk menemui kaum Quraisy pada tahun keenam hijrah. Disebabkan besarnya pengorbanannya terhadap Islam maka tidaklah menghairankan kiranya beliau tergolong salah seorang yang paling diredhai oleh Rasulullah s.a.w. pada waktu wafat baginda.
Selain memiliki sifat pemalu, Saiyidina Uthman R.A. ialah seorang sahabat akrab Rasulullah s.a.w. yang masyhur dengan sifat waraknya, kuat beribadat dan amat taqwa kepada Allah, dia mengerjakan segala perintah Allah dan sekali-kali tidak melanggar larangan Allah. Pada tiap-tiap tahun beliau menunaikan ibadah Haji dan dalam sepanjang tahun pula beliau berpuasa setiap hari kecuali pada hari-hari yang ditegah berpuasa. Beliau sangat mengambil berat terhadap kaum keluarganya dan sangat bertimbangrasa dan kasih mesra kepada mereka. Beliaulah juga seorang sahabat yang sangat pemurah dan sangat takut akan kemurkaan Allah, bila beliau mendengar bacaan Qur'an darihal azab api neraka maka air matanya bercucuran keluar oleh rasa takutnya.
Zaman Pemerintahan Khalifah Uthman Bin Affan R.A. sebagai Khalifah Islam Yang Ketiga
Keluasan Empayar Islam Pada Ketika Pemerintahan Khalifah Uthman Bin Affan R.A.
Khalifah Uthman Bin Affan R.A. telah dipilih sebagai Khalifah apabila wafatnya Saiyidina Umar Ibnul Khattab apakala beliau menyatakan kesanggupannya secara tegas kepada Abdul Rahman Bin Auf yang bertindak sebagai formatir. Beliau ialah seorang sahabat yang tua tatkala dilantik menjadli Khalifah iaitu ketika berumur 70 tahun. Beliau seorang yang bersifat lemah lembut, tidak gemar menggunakan kekerasan dalam menjalankan pemerintahannya, hal ini berbeza sekali dengan Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Umar R.A. yang menjadi Khalifah sebelum daripadanya, mereka kedua-duanya mempunyai sifat tegas dalam menghadapi sesuatu masalah dalam zaman pemerintahannya. Pada masa zaman pemerintahannya, keadaan pemerintahan Islam dan semasa ke semasa mula menjadi bertambah luas dan mula menempuh satu zaman peralihan dan kehidupan asal orang-orang Arab menuju suatu kehidupan baharu dan pada zamannyalah bermulanya zaman kemewahan hidup yang timbul daripada hasil penaklukan negeri-negeri yang baharu.
Dalam zaman pemerintahannyalah orang-orang Islam mula merasa hidup mewah dan menerima kemakmuran. Mereka yang menghadiri majlis-majlis jamuan Khalifah Uthman pada zaman itu melihat perbezaan besar jika dibandingkan dengan jamuan yang diadakan pada zaman Khalifah Umar. Sebagai seorang Khalifah, beliau merasa bahawa rakyatnya berhak menikmati hidup yang makmur itu, tetapi beliau tidak membenarkan kepada orang-orang Islam bersenang-senang dengan nikmat kemakmuran itu hingga melanggar hukum Allah. Pada zaman beliau ramai daripada para sahabat Rasul keluar meninggalkan bandar Madinah dan bermastautin di wilayah-wilayah yang baharu diperintah oleh pemerintah Islam. Pemergian mereka itu tidak dilarang oleh Saiyidina Uthman. Jikalau pada zaman pemerintahan Khalifah Umar para sahabat tidak dihenarkan keluar dan bermastautin di negeri-negeri yang baharu diperintah oleh orang-orang Islam, tetapi pada zaman Khalifah Uthman R.A. tegahan itu dihapuskan. Saiyidina Uthman tidak begitu mengambil berat terhadap gabenor-gabenor Islam yang memerintah di wilayah-wilayah Islam khususnya mengenai perjalanan mereka, untuk menjaga nama baik mereka dan untuk mengelakkan daripada perkara-perkara yang mungkin menimbulkan fitnah. Berlainan dengan Saiyidina Umar R.A. yang sangat mengambil berat tentang kedudukan wakil-wakilnya yang memerintah.
Pada zaman peinerintahan Saiyidina Uthman Bin Affan inilah mulai timbulnya beberapa masalah yang belum pernah berlaku sebelumnya. Timbulnya peristiwa-peristiwa yang baharu itu bukanlah disebabkan oleh kecuaian Saiyidina Uthman ataupun kerana beliau sengaja meringan-ringankan hukum, bahkan hukuman-hukuman yang sewajarnya tetap dikenakan ke atas siapa juga yang bersalah yang melanggar larangan Agama Islam. Tetapi bagaimanapun percubaan-percubaannya itu tidak menghasilkan hasil yang baik berlainan dengan apa yang dijalankan oleh Saiyidina Umar Ibnu Khattab dalam masa pemerintahannya dan ini menyebabkan fitnah-fitnah makin banyak berlaku antara pihak pemerintah dengan orang ramai.
Satu perkara yang mungkin menjadi punca kelemahan pemerintahan Saiyidina Uthman ialah sifatnya yang mudah dipengaruhi oleh cakap-cakap orang lain terutama oleh kaum keluarganya sendiri. Mereka itu pernah mencampuri urusan pemerintahan terutama salah seorang keluarganya yang bernama Marwan Bin Hakkam. Perbuatannya yang membiarkan keluarganya campur tangan dalam pemerintahan serta perlantikannya ke atas ramai anggota keluarganya dalam pemerintahan itulah yang selalunya menimbulkan rasa tak puas hati di kalangan penduduk Madinah khasnya dan rakyat Islam umumnya.
Selain daripada itu ada lagi beberapa perkara yang dilakukan oleh Saiyidina Uthman yang telah menimbulkan rasa tak puas hati orang-orang Islam pada masa itu. Salah satu danpada perkara-perkara itu ialah keputusan membenarkan bapa saudaranya Al Hakam Bin Abi Al As dan beberapa orang keluarganya kembali semula ke Madinah, padahal Al Hakam telah dipenintah keluar dari Madinah kerana sikap penmusuhannya terhadap Rasulullah s.a.w. dan Saiyidina Uthman telah merayu kepada Rasulullah pada masa hayatnya lagi meminta baginda membenarkan bapa saudaranya itu kembali tetapi Rasulullah s.a.w. tidak membenarkan permintaannya itu hingga pada zaman Saiyidina Abu Bakar R.A. dan Saiyidina Umar R.A. dia tidak dibenarkan juga kembali. Apabila Saiyidma Uthman dilantik menjadi Khalifah bapa saudaranya itu dibenarkan kembali ke Madinah., bukan setakat itu sahaja namun apabila ia mati kuburnya dibina dengan indahnya dan anaknya yang bernama Al Hanith dilantik pula menjadi pegawai menjaga tempat-tempat perniagaan di Madinah. Sementara perlantikan Saiyidina Uthman ke atas anaknya Al Hakam yang bernama Marwan menjadi sebagai menteri kepadanya itu dikecam hebat juga oleh orang-orang Islam. Beberapa orang sahabat yang terkemuka telah membantah perlantikan itu tetapi tidak dipedulikan oleh Saiyidina Uthman. Mengenai kembalinya bapa saudaranya ke Madinah, Saiyidina Uthman memberitahu sahabat-sahabatnya bahawa beliau telah memohon persetujuan Rasulullah s.a.w. dan itulah sebabnya beliau berani melakukan demikian.
Bermulanya Era Fitnah Besar Oleh Golongan-golongan Syiah
Selain daripada itu orang-orang Islam merasa tak puas hati juga tenhadap pemecatan yang dilakukan oleh Saiyidina Uthman ke atas pegawai-pegawai yang dilantik pada zaman Saiyidina Umar Ibnu Khattab dan digantikan dengan orang-orang baru dari kaum keluarganya. Perkara-perkara seperti yang tersebut itu berlakunya di Madinah pusat pemerintahan Islam pada masa itu. Sementara di lain-lain wilayah Islam tak sunyi juga daripada adanya golongan-golongan yang menaruh rasa curiga dan tak puas hati terhadap Saiyidina Uthman R.A. Pemenintahan Saiyidina Uthman itu mula menempuh satu percubaan yang besar iaitu dengan tumbuhnya punca fitnah di Madinah yang akhirnya menjalar ke seluruh wilayah-wilayah Islam yang lain. Tatkala itulah seorang musuh Islam bernama Abdullah Bin Saba, seorang Yahudi yang mengaku dirinya memeluk Islam telah membangkitkan kemarahan rakyat terhadap Khalifah Uthman R.A. dengan tujuan untuk memecah belahkan kaum Muslimin sesama sendini.
Seonang sahabat yang terkenal bennama Abu Zar juga telah menentang hebat pemerintahan Saiyidina Uthman R.A. dengan membuat cabaran ke atas Khalifah itu dan juga ke atas Muawiyah yang pada masa itu sebagai wakil Khalifah memerintah kota Damsyik. Di negeri Syam Abu Zar telah termakan hasutan dan Abdullah Bin Saba lalu menentang Muawiyah kerana menurut pendapatnya pernah Mauwiyah mendakwa bahawa harta Baitulmal semuanya adalah kepunyaan Allah bukan kepunyaan onang-orang Islam seolah-olah dia bercadang tidak akan membahagikan harta baitulmal kepada orang ramai. Inilah hasutan yang dibuat oleh Abdullah Bin Saba kepada sahabat terkenal iaitu Abu Zar yang memang berjiwa militan dan keras itu. Memandangkan bahaya dan pengaruh Abu Zar itulah maka akhirnya Saiyidina Uthman Bin Affan mengambil tindakan untuk mengasingkan Abu Zar Al Ghifari dari orang ramai lalu dibuangnya ke satu tempat bernama Raudah. Di tempat pembuangannya itu beliau terus-menerus juga membuat kecaman ke atas Saiyidina Uthman R.A. hingga akhir hayatnya beliau meninggal dunia pada tahun 31 Hijrah.
Sementara itu kegiatan-kegiatan yang dilakukan secara gigih oleh Abdullah Bin Saba untuk memecah-belahkan ummat Islam telah mendapat kejayaannya di Mesir, Kufah dan Basrah. Beliau telah benjaya mempengaruhi jiwa orang ramai dengan menyebarkan satu fahaman yang belum pernah dibawa oleh sesiapa sebelum itu bahawa kononnya Nabi Muhammad s.a.w. ada menetapkan seorang penggantinya iaitu Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A. Di Mesir Muhammad Bin Abu Bakar, iaitu anak Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq telah menyokong gerakan Abdullah Bin Saba itu kerana didorong oleh pertalian kerabat antaranya dengan Saiyidina Ali R.A. iaitu sebagai anak tiri kepada Saiyidina Ali Bin Abu Talib yang beristerikan balu Saiyidina Abu Bakar R.A. iaitu Asma Binti Umais ibu Muhammad Bin Abu Bakar. Muhammad Bin Abu Bakar menentang keras pemerintahan Saiyidina Uthman kerana sepucuk surat yang dihantar oleh Marwan Bin Hakkam dari Madinah kepada Abdullah Bin Saba, Gabenor Mesir menyuruhnya membunuh Muhammad Bin Abu Bakar dan juga membunuh sekelian orang yang menyokong Muhammad sama ada dan golongan Muhajirin ataupun dan Ansar.
Kesudahannya golongan-golongan yang menentang Khalifah Uthman Bin Affan yang datangnya dan wilayah Mesir, Kufah dan Basrah itu membuat satu pakatan menuju Madinah untuk mengemukakan tuntutan-tuntutan meneka kepada Khalifah. Oleh kerana mereka telah mendapati tuntuntan-tuntutan mereka itu tidak dapat ditunaikan sepenuhnya oleh Khalifah, maka mereka pun melakukan kepungan terhadap istana Khalifah Uthman Bin Affan. Setelah beberapa hari melakukan kepungan, mereka akhirnya merempuh masuk lalu membunuh Khalifah Uthman Bin Affan yang tenkenal kenana sifat sabar dan santunnya itu. Ketua pemberontakan itu bernama Al Ghiffari telah memukul Saiyidina Uthman dan kemudiannya diiringi pula oleh tetakan dengan pedang dari seorang pemberontak lain, dengan pukulan itu telah disanggah oleh isteri Saiyidina Uthman yang bernama Naelah. Tetakan pedang itu telah kena pada jari tangannya lalu putus. Akhirnya, Saiyidina Uthman telah meninggal dan mati terbunuh pada 35 Zulhijjah tahun 35 Hijrah. Akibatnya, selepas kewafatannya itu, maka telah bermulalah babak-babak yang mendukacitakan dalam lembaran sejarah Islam.
FITNAH TERHADAP KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN - BACA DAN FAHAMKAN
"Khalifah Uthman bin Affan adalah seorang khalifah yang lemah dan tidak berwibawa". Berdasarkan pernyataan tersebut, bincangkan tuduhan dan alasan untuk menyangkal tuduhan tersebut.
Pendahuluan.
Uthman bin Affan bin Abi al- As berasal dari keturunan Bani Umayyah iaitu salah satu cabang keturunan Quraisy. Uthman dilahirkan pada tahun ke-6 dalam Tahun Gajah iaitu selepas lima tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad S.A.W . Beliau ialah salah seorang terawal memeluk Islam dan di gelar ‘Dhu al- Nurain' (orang yang mempunyai dua cahaya) kerana berkahwin dengan dua puteri Rasulullah iaitu Rugayah dan Ummi Khalthum.
Terpilih sebagai khalifah yang ketiga dan dibai’ah, pada bulan Zulhijjah pada tahun 2311 dan ditabal menjadi khalifah pada bulan Muharam 24H. Khalifah Uthman memerintah selama 12 tahun. Dalam tempoh enam tahun pertama disifatkan zaman keamanan dan kestabilan tetapi enam tahun berikutnya dikenali sebagai zaman kekacauan.
Sewaktu dilantik menjadi khalifah, beliau bersetuju meneruskan dasar pemerintahan Abu Bakar dan Umar, akan tetapi perubahan masyarakat yang begitu cepat menyebabkan beliau menjadi sasaran tuduhan liar oleh musuh-musuh Islam terhadap Khalifah Uthman yang akhirnya membawa kepada pembunuhan Khalifah Uthman.
Isi
1. Tuduhan
Mengamalkan dasar nepotisme. Khalifah Uthman dituduh bersikap nepotisme atau memihak kepada kaum keluarganya dalam pelantikan jawatan – jawatan seperti Gabenor Mesir yang di pegang oleh Amru bin al – As telah digantikan dengan Abdullah bin Sa’d bin Abi Sarah, saudara angkat khalifah Uthman bin Affan.
Alasan
Perlantikan pegawai dan gabenor yang dibuat oleh Khalifah Uthman di kalangan keluarganya berdasarkan kebolehan dan kepimpinan mereka. Selain Abdullah, Al – Walid bin Uqbah bin Sa’id bin al – As, Gabenor Kufah, Abdullah Bin Amir, Gabenor Basrah dan Marwan Bin Al – Hakam, Setiausaha Negara ; mereka ini adalah sepupu Uthman. Khalifah Uthman melantik keluarganya menjadi pegawai kerajaan dan ada juga kewajaran kerana mereka boleh dipercayai. Pada zaman pemerintahan Khulafa al- Rasyidin, kerajaan pusat tidak mengamalkan dasar pemusatan kuasa seperti zaman Bani Umayyah. Banyak perkara pentadbiran di peringkat wilayah diselesaikan oleh gabenor di wilayah tersebut tanpa merujuk kepada khalifah. Tambahan pula usia khalifah Uthman telah lanjut tentulah memerlukan gabenor yang boleh dipercayai untuk mengelakkan banyak masalah yang timbul. Sekiranya mereka gagal menunjukkan contoh yang baik atau ciri – ciri kepimpinan yang berkualiti mereka akan dipecat seperti yang berlaku ke atas al – Walid. Seandainya Uthman bersifat taksub kepada kaum keluarganya tentulah beliau menghalang pemecatan al – Walid kerana beliau mempunyai kuasa untuk tujuan tersebut.
2. Tuduhan
Abdullah bin Sa’d bin Abi Sarah, saudara angkat Khalifah Uthman bin Affan dituduh sebagai gabenor yang tidak adil kerana memberi keistimewaan kepada pihak tentera, khususnya tentera yang baru berkhidmat di Mesir. Beliau juga dituduh bersikap zalim kerana memaksa penduduk Mesir untuk membayar cukai yang lebih dan tidak membahagikan harta rampasan perang seperti yang dilakukan oleh khalifah- khalifah yang terdahulu, ada juga yang mengungkit sejarah lampau beliau sebagai salah seorang bekas murtad.
Alasan
Tuduhan terhadap Gabenor Mesir iaitu Abdullah bin Sa’d bin Abi Sarah tidak sepatutnya diterima begitu sahaja tanpa mengkaji secara mendalam situasi yang dihadapi oleh beliau ketika itu. Semasa beliau dilantik menjadi gabenor, Mesir menghadapi ancaman tentera laut Byzantine. Untuk menyekat serangan tersebut beliau terpaksa memperkuatkan angkatan tentera laut. Angkatan tentera laut baru dibina pada zaman pemerintahan Uthman. Pembinaan angkatan tentera laut memerlukan perbelanjaan yang besar. Tindakan beliau tidak mengagihkan harta rampasan perang juga mempunyai tujuan yang sama. Tambahan pula kedudukan ekonomi lembab berbanding masa pemerintahan Umar al – Khattab. Khalifah Uthman juga terpaksa mengenakan kadar cukai yang tinggi di kalangan rakyatnya untuk menambah pendapatan negara sekaligus dapat membangun angkatan tentera laut yang memerlukan perbelanjaan yang besar untuk membeli kelengkapan peralatan perang.
3. Tuduhan
Memihak kepada Quraisy dan bekas murtad.
Alasan
Kedudukan Abdullah bin Sa’d bin Abi Sarah sebagai bekas murtad tidak perlu diungkitkan lagi kerana beliau sudah lama bertaubat. Nabi sendiri telah memaafkannya. Pada zaman Abu Bakar kejujuran dan keikhlasan mereka masih diragui tetapi ianya telah hilang pada zaman Umar. Khalifah Uthman melantik ramai di kalangan pegawainya terdiri daripada bekas murtad kerana kebolehan mereka. Misalnya, Asy’ath bin Qais al – Kindi salah seorang ketua kaum murtad yang terdiri daripada suku kaum Kindah, telah dilantik menjadi tentera dan Gabenor Azerbaijan.
4. Tuduhan
Hidup boros dan menggunakan harta Baitul Mal. Khalifah Uthman juga dituduh sebagai khalifah yang boros kerana telah membelanjakan wang yang banyak yang dikatakan diambil dari Baitul Mal. Beliau juga dituduh membelanjakan wang itu untuk diberikan kepada kaum keluarganya. Sebagai contoh beliau memberi kuasa kepada Gabenor Mesir, Abdullah bin Sa’d bin Abi Sarah, menggunakan 1/5 daripada harta rampasan perang di Tripoli. Kesanya, penduduk Mesir marah dan memberontak.
Alasan
Tuduhan Uthman seorang yang boros dan menggunakan harta Baitul Mal adalah palsu kerana beliau terkenal sebagai hartawan dan dermawan. Semenjak zaman Jahilliyah lagi. Pada zaman Rasulullah beliau telah menderma sebanyak 100 unta dan 1000 dinar. Oleh itu, tidak hairan beliau banyak memberi hartanya kepada keluarganya. Beliau juga tidak perlu mengambil wang daripada Baitul Mal kerana beliau seorang yang kaya. Perlantikan beliau sebagai khalifah menyebabkan aktiviti perniagaannya terhenti supaya beliau dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap tugasnya sebagai seorang khalifah. Oleh kerana beliau tidak mempunyai masa untuk mengurus hartanya beliau telah memberikan harta tersebut kepada kaum keluarganya. Mengenai 1/5 harta rampasan perang yang diberi kepada Abdullah iaitu Gabenor Mesir bukan untuk tujuan peribadi tetapi untuk menampung perbelanjaan tentera laut dan membayar gaji pegawai kerajaan. Tambahan pula, Khalifah mempunyai hak untuk mendapatkan 1/5 daripada harta rampasan perang seperti yang terdapat dalam al – Quran surah al- Anfal bagi kegunaan awam.
5. Tuduhan
Membenarkan sahabat memiliki harta di Iraq. Uthman dituduh memberi tanah dan ladang kepada para sahabat dan ketua – ketua kabilah. Tanah tersebut dikenali sebagai tanah Sawafi iaitu tanah yang tiada bertuan yang dahulunya diuruskan oleh golongan Ahl al- Ayyam. Beliau juga dituduh membenarkan para sahabat nabi berhijrah keluar daripada Hijjaz.
Alasan
Pada zaman Khalifah Umar bin Al- Khatab tanah – tanah Sawafi di tadbir oleh golongan Ahl al – Ayyam iaitu masyarakat Islam yang menyertai ekspedisi ketenteraan di Iraq. Mereka terdiri daripada kaum Muhajirin, Ansar dan bekas murtad. Pada zaman Uthman sahabat – sahabat Rasulullah diberi peluang mendapatkan saham mereka melalui penyertaan mereka dalam ekspedisi tersebut iaitu melalui skim pertukaran tanah yang disediakan oleh khalifah. Melalui skim ini sahabat yang memiliki tanah dibenarkan menukar tanah mereka dengan tanah yang terdapat di Iraq. Misalnya, Talhah Bin Ubaidilah merupakan bekas tentera Iraq telah menukarkan tanahnya di Khaibar dengan tanah Sawafi di Nashstaj di Iraq. Mereka yang terlibat dalam skim ini bukan sahaja terdiri daripada kaum Muhajirin dan Ansar tetapi juga bekas murtad seperti Asy‘ath bin Qais. Tambahan pula para sahabat mendapat tanah bukan secara percuma tetapi melalui skim pertukaran tanah. Tindakan Said mengisytiharkan tanah Iraq menjadi kepunyaan kaum Quraisy kerana mengenang jasa dan kedudukan kaum Quraisy yang sentiasa di pandang tinggi oleh oleh masyarakat pada masa itu. Dengan mengendalikan tanah-tanah di Iraq mereka dipandang dan dihormati. Sebelum ini hampir semua pemimpin yang dilantik sama ada dalam tentera atau pegawai kerajaan terdiri daripada kaum Quraisy.
6. Tuduhan
Membakar naskah al – Quran . Khalifah Uthman juga dituduh mencemar kesucian al – Quran kerana bertindak membakar naskah al – Quran.
Alasan
Untuk mewujudkan sebuah al-Quran yang standard dan seragam, Uthman telah melantik sebuah jawatankuasa bagi mengkaji naskah al-Quran yang ditulis dan disebarkan. Hasil kajian didapati al-Quran ditulis dalam pelbagai loghat tempatan dan tersebar di wilayah-wilayah Islam. Keadaan ini menyulitkan masyarakat Islam. Uthman memutuskan hanya perlu wujud satu bentuk al-Quran sahaja iaitu mengikut loghat Quraisy yang dikenali sebagai Masyaf Uthmani. Lain-lain al-Quran dibakar untuk menjaga kesucian Islam.
Kesimpulan
- Jika dilihat keseluruhan tuduhan-tuduhan yang dibuat ke atas Khalifah Uthman kebanyakannya bertumpu kepada sikap dan tindakannya secara kebetulan berketurunan Bani Umayyah. Setiap tindakan dianggap salah oleh musuh-musuh Bani Umayyah.
- Tuduhan yang serupa juga berlaku terhadap Muawiyah dan pemimpin-pemimpin Bani Umayyah. Keadaan ini berbeza pada zaman Rasulullah dan Abu Bakar kerana mereka memandang tinggi dengan menghormati kedudukan dan kebolehan kaum keluarga Bani Umayyah terutama dalam bidang pertabiran. Terbukti ramai di kalangan mereka dilantik memegang jawatan penting negara pada kedua-dua zaman tersebut.
Uthman ibn Affan
Uthman ibn Affan (Arabic: عثمان بن عفان) was the third ruler of the Muslim Empire and one of the four righteous caliphs of Sunni Islam. Uthman belonged to a noble family of Ummayyah, branch of the Quraish in Makkah. Uthman was one of the very few who was literate. When he became older, he started a business in cloth, which made him very rich.[1]
Biography
He was born in about the year 583 and was ruler for 12 years. During his time as ruler he conquered Khurasan and the regions of the west of the Arabian Peninsula.[1] He also united the Muslim upon one uniform version of the Quran.[1] He was well known for marrying two of Muhammad's daughters, Ruqayyah and Umm Kulthum, both at different times. For this, he became known as Dhu al-Nurayn, the "Possessor of Two Lights".[1] He participated in both immigrations, first to Ethiopia and then to Medina.[1]
Death
He was attacked while in his house, although he did not defend himself out of fear of further trouble. He was killed while reading the Qur'an by Sudaan ibn Hamran on Friday, June 17, 656. He died aged 72-73 years.[1]
References
Tadhkirah al-Huffath, al-Dhahabi, Muhammad ibn Ahmad. 1: 8-10. Hyderabad, Da'irah al-Ma`arif al-Uthmaniyyah.
No comments:
Post a Comment