Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 23 September 2022

22 SEPTEMBER 1953 PERASMIAN SEKOLAH PEREMPUAN SG. LEREH OLEH LADY TEMPLER


General Sir Gerald Templer's wife and children : Lady Templer with Jane, aged eighteen, holding the family dog and Miles aged six

Pada hari ini dalam tahun 1953, Lady Templer, isteri Pesuruhanjaya Tinggi Sir Gerald Templer, merasmikan Sekolah Perempuan Sg. Lereh, Melaka. Sekolah yang dibina dengan daya usaha Lady Templer ini, menempatkan wanita-wanita yang telah dibicarakan di Mahkamah. Sekolah ini merupakan sekolah pertama didirikan di negara ini dan sekolah pertama yang dibina dengan wang sumbangan daripada Kerajan Britain. Bagi pesalah lelaki, sekolah seumpama ini telah pun didirikan di Telok Mas, Melaka dan di Serendah, Selangor.

Lady Templer dalam ucapannya menyatakan tidak semua wanita yang dihukum itu adalah atas kesalahan mereka sendiri. Tambahnya, adalah merbahaya jika wanita malang itu dibiarkan terpisah daripada masyarakat selama-lamanya. Pembinaan sekolah ini menjadi lambang usaha murni kerajaan dalam usaha membela nasib wanita. Selain menjadi tempat bernaung kepada mereka yang tidak bersalah, pelatih-pelatih disini dibekalkan dengan didikan agama dan pelbagai kemahiran sebagai persediaan untuk kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat.

#hariinidalamsejarah #arkibnegara


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

08 SEPTEMBER 1955 PERISYTIHARAN PENGAMPUNAN BERAMAI-RAMAI


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...