Some write for money. Some write to share.
I write to share for your knowledge. Religions, Politics and Conspiracy Theories, these are my fields of interests.
I am not a perfect person. Please correct me if you saw my mistakes so that I will learn from it…
Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018
Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)
Friday, 23 September 2022
PADA 23 SEPTEMBER 2022 MOHD HAKIM BIN LOKMAN TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH
إنا لله وإنا إليه راجعون
Semoga rohnya dicucuri Rahmat dari Allah s.w.t. serta ditempatkan bersama-sama dengan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah dibaca untuknya. Aamiin Ya Robbal'alamiin.
Penulis Lirik Lagu Isabella Bob Lokman Meninggal Dunia....
إنا لله وإنا إليه راجعون
Telah kembali ke Rahmatullah Almarhum Mohd Hakim bin Lokman @ Bob Lokman di Hari Jumaat yang mulia ini.
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarga beliau, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
Moga Allah rahmati dan kurniakan keampunan buat beliau dan golongkan beliau di kalangan solihin.
Sumber dari Ustaz Syed Abdul Kadir AlJofree
إنا لله وإنا إليه راجعون
Perginya pejuang seni, Almarhum Mohd Hakim bin Lokman @ Bob Lokman di Hari Jumaat yang mulia ini.
Moga Allah rahmati dan kurniakan keampunan buat beliau dan golongkan beliau di kalangan solihin.
Kubang Kerian Kelantan, Malaysia - Mendapat berita bahawa telah kembali ke-Rahmatullah pejuang seni tanah air Bob Lokman @ Mohd Hakim Lokman (Cicit Tok Kenali) pada hari Jumaat yang penuh barokah 23/9/2022 bersamaan 26 Safar 1444H dalam usia 58 tahun di rumahnya Kubang Kerian lebih kurang jam 11.00 pagi tadi akibat penyakit jantung yang dideritainya sekian lama. Nama beliau sebenar adalah Mohd Hakim bin Hj Lokman bin Tg Hj Ahmad bin Tg Hj Muhammad Yusuf (Tok Kenali). Selain terkenal dengan lakonan lawak, beliau juga mempunyai silsilah cicit kepada Waliyullah Tok Kenali Kubang Kerian Kelantan. Sama-sama kita doakan beliau ditempatkan bersama para Solihin Husnul Khotimah dan diangkat masuk ke Syurga paling tinggi tanpa hisab. Al-fatIhah diucapkan buat almarhum dan takziah kepada seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan semoga diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menempuh ujian ini..InshaAllah kesudahan yang baik Aamiin Yaa Robbal Aalamiin
KOLEKSI KISAH-KISAH SEPERTI YANG DICERITAKAN OLEH SAHABAT-SAHABATNYA
1. Perkongsian sebuah kisah daripada Seniman Sabri Yunus dengan Allahyarham Bob Lokman
Ambo di Kuala Terengganu.. berita terbaca dalam fb.. Bob Lokman telah pergi ..kurang lebih jam 1 pagi tadi.. ya .. Bob telah kembali ke rahmat Allah dalam lena tidurnya..
Ramai juga kawan kawan yang call dan bertanya macam macam tentang Bob pada ambo.. sebenarnya ambo tak tahu nak jawab dengan kemas.. sebab terlalu banyak masa manis kami bersama..
Saya kenal Bob ketika namanya sedang kemuncak. Isabella dan Taman Rashidah Utama sedang dihadami oleh peminat seni muzik di negara kita..daoam tahun 90an..
Sebuah telemovie arahan S Amin Sahab.. lakonan M Nasir.. watak seorang pelukis.. ambo juga watak pelukis.. Bob tak berlakon.. tapi isteri Bob ketika itu turut berlakon.. Bob dah biasa sangat dengan M Nasir dan S Amin Sahab.. di situ saya kenal Bob..
Selepas itu Bob buat event.. Sehari Bersama Suzuki.. seluruh Malaysia kami tour.. ambo di bayar sebagai juru acara..Bob belum lagi buat kerja juru acara ni.. belum lagi buat kelakar atas pentas.. tapi ambo tahu dia kelakar..
Pengarah Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Zul Said nak arahkan satu filem.. Yes Tuan.. ambo kenalkan Bob pada Zul.. lakonan pertama Bob..
Dari situ Bob try lakon komedi dalam Pi Mai Pi Mai Tang Tu.. tajuk Kaki Pau sangat viral dan menjadi.. dia bersama Osman Kering.
Sewaktu ambo dan Ahmad Busu di jemput buat skesta komedi di majlis makan malam kelab umno jepun dan persatuan pelajar malaysia di jepun , ambo ajak Bob pergi sama.. Bob biayai tiket duit sendiri..
Ambo ajak Bob buat lawak sama.. dia tak nak.. ambo kata orang bukan kenal pun .. lantaklah.. maka Bob beranikan diri buat lawak.. hahahhaha .. kami gelak sendiri.. penonton tak gelak pun.. itu Bob bermula di pentas lawak..
Kali terakhir kami berlakon telemovie bersama, arahan Piere Andre .. masa tu Bob dah berubah.. dia dah pakai sarban dan berjubah.. kami ada borak borak pasal itu.. pasal sakit lama dia..
Dan masa memisahkan kita…
Lepas raya puasa lepas, ada peluang ziarah Bob di Kubang Kerian.. rumah sewaan Bob…itulah pertemuan terakhir kami…
Dato Hattan sebak mengenangkan Allahyarham Bob Lokman ketika menyanyikan lagu ‘Rendang Tak Berbuah’ di mana lirik lagu tersebut ditulis sendiri oleh Allahyarham.
Detik-detik ini dirakam beberapa jam selepas pemergian Allahyarham Bob Lokman dan Dato Hattan berada di Karnival Jom Beli Rumah yang sedang berlangsung di Dewan Millenium Kepala Batas Pulau Pinang.
Tanggungjawab sebagai penghibur tetap diteruskan oleh Dato Hattan walaupun di dalam kesedihan.
Dikesempatan ini marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Bob Lokman..
“Tahun 2001, waktu Anugerah Industri Musik, Bob Lokman ada cakap sesuatu yang saya tak akan lupa sampai bila-bila. Allahyarham Bob jadi pengacara atau penyampai acara tersebut. Tak ingat dah. Waktu dia buat pengumuman persembahan Butterfingers, dia sebut dalam nada sinis ( seingat saya aaa ) ‘band yang menyanyi dalam Bahasa Inggeris dengan gaya Inggeris’ !
20 tahun dulu, darah muda. Jadi terasa juga lah dengan sindiran dia, tapi takde makna sangat.
Tapi, bila dah menongkah usia ni, bila renung balik, terus fahamlah kenapa beliau berkata begitu. Bob Lokman ni kiranya seangkatan Nusantara dengan arwah Loloq dan sifu M.Nasir dalam gerakan musik Nusantara. Jadi, kehadiran Butterfingers dan ledakan "underground music" yang memang berkiblatkan / beratkan barat mungkin ‘berlaga angin’ sikit dengan jiwa angkatan mereka. Tapi itu dulu ... dulu lain, sekarang pun lain.
Selamat jalan ke dunia abadi, Bang Bob Lokman, selalu jumpa Abang waktu di Mata Hati ( King Studio D ) sekitar pengakhiran penerbitan album Selamat Tinggal Dunia 2004/2005 yang lalu namun tak sempat berborak panjang. Al Fatihah Buat Seniman Bob Lokman. 3m
4. "Takut banyak sangat ketawa nanti kang cepat pulak 'pergi' nanti..."
11 tahun lalu, kata-kata Bob Lokman ini dianggap lelucon yang disambut dengan hilai tawa para hadirin.
Ini sebahagian kata-kata Bob ketika menyatakan hasrat berundur dari tugasan juri rancangan Raja Lawak.
Bob membuat kejutan itu di hadapan para hadirin dan ditonton oleh ribuan penonton di seluruh dunia yang menyaksikannya secara langsung.
Rakaman aksi mengejutkan dunia hiburan itu masih boleh disaksikan menerusi YouTube hingga kini.
Bob nekad meninggalkan Raja Lawak sekaligus bersara dari dunia hiburan penuh glamour.
Tanpa menyalahkan orang lain, Bob merasakan dirinya terlalu lalai dengan dunianya dan lupa kepada tanggungjawabnya kepada agama.
Lantas dia membuat keputusan untuk mendalam ilmu agama di samping berjinak-jinak dengan aktiviti agama di masjid dan surau.
Kali ini Bob nekad biarpun pendapatannya merudum berbanding sebelum mencebur diri dalam dakwah.
Sewaktu minum petang di hadapan Masjid Ketari, Bentong saya tanya, "Macam mana pendapatan Abang Bob sekarang berbanding dulu?"
"Ana nekad Syeikh. Memang jauh berbeza. Dulu duit banyak. Sekarang sengkek la sikit. Tapi doakan ana moga istiqamah atas jalan ini."
"Abang Bob tak rasa rugi ke tinggal Raja Lawak. Tentu banyak dia orang bayar kan?" Saya menduga.
Bob jawab, "Ye memang banyak. Satu musim dia orang bagi ana RM35,000.00. Tapi bila Allah dah bagi hidayah, ana tak boleh tangguh."
Penghijrahan artis memang menarik perhatian netizen. Mereka nak tahu apa yang mendorong penghijrahan itu. Mereka juga nak tumpang semangat hijrah para artis ini.
Bob tidak ketinggalan menerima undangan berceramah di masjid, motivasi di sekolah, pejabat-pejabat kerajaan dan sebagainya.
Saya turut merasa teruja untuk menumpang semangat hijrah Bob lantas menjemputnya untuk berforum bersama Dr Zulkifli Al Bakri (ketika itu belum mufti dan belum menteri).
Lokasi program dan siapa penganjur tak perlulah saya nyatakan di sini.
Bob setuju. Tarikh ditetapkan. Kertas kerja dan mesyuarat bertalu-talu. Masing-masing bersemangat hendak menyaksikan gandingan Dr Zul dan Bob di pentas dakwah.
Banner dan banting sudah dicetak. Pentas sudah didirikan. Backdrop telah dipasang. PA Sistem ready. Jamuan on.
Tiba-tiba, pada hari kejadian.... Malam tu nak forum, paginya saya terima arahan supaya dibatalkan. Saya terkejut menerima arahan berkenaan.
"Saya baru tahu rupanya Bob ni orangPAS." Dia memberi alasan.
Jiwa saya keras. Watak saya humor. Tapi saya tak tahu kenapa pagi itu saya menangis teresak-esak. Amat sedih bila masih ada lagi manusia yang berfikiran naif seumpama itu.
Kasihan Dr Zul 'berforum' seorang diri. Kasihan juga moderator, Timbalan Qadhi Bentong (Ust Roslan) memerah otak mencipta pelbagai soalan kepada ahli panel tunggal itu.
Saya berdoa moga orang yang menghalang program dakwah itu diberi bimbingan hidayah oleh Allah.
Ada pun Bob... Saya bawa dia ke masjid lain yang sudi menerimanya untuk berkuliah Maghrib malam itu.
Saya beritahu Bob, "Abang Bob, saya minta maaf banyak-banyak. Tempat ceramah kita terpaksa ditukar...."
Belum habis bercerita dan beralasan, Bob lantas ketawa, "Hahaha anta ni Ustaz. Ana agak dah..."
"Ana dah dapat rasakan sebelum ni. Hati ana dah berkata-kata, Ustaz Aris ni lepas ke dak nak bawak aku ceramah di sana ni. Terasa macam ada yang akan menghalang!"
Petang itu Bob bercerita panjang. Laluan hiburan memang mewah dan lancar. Tapi laluan dakwah amat sukar dan dipenuhi ranjau.
"Ustaz Aris, sabar. Ini baru permulaan. Insya-Allah Tuhan bersama kita."
Rasa macam terbalik je.... Patut saya yang suruh dia bersabar. Sekali, dia pula yang motivate saya.
Bob membenarkan kata-katanya. Dia istiqamah hingga ke garisan penamat. Walaupun ada artis yang buat 'konar u-turn' setelah berhijrah, Bob tidak bersama mereka.
Hari ini, Jumaat 23 September 2022, saya menerima khabar, Bob dijemput pulang oleh Ilahi.
Allahyarham Bob Lokman adalah komposer setaraf dengan Dato M Nasir. Mereka juga telah bersahabat dari muda. Antara lagu² ciptaan Bob Lokman yang terkenal :
No comments:
Post a Comment