انا لله وانا اليه راجعون
اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها
Ya Allah, Ampunilah dia, Kasihanilah dia, Rahmatilah dia, Lapangkan kuburnya, Hapuskan segala azab kuburnya, Masukkanlah dia ke dalam Taman-taman Syurga Mu... Berilah kesabaran kepada seluruh ahli keluarganya..Aamiin Ya Rabbal A’laamiin.
https://www.facebook.com/11726505964/posts/10158831918525965/
Media Statement This Yesterday
18 June 2022
The Melody's Artist Of Malaysian
Country singer and entertainer Adibah Noor passed away around 6:30 this evening, rest in peace believed to have cancer.
Adibah Noor's name is "trending" on twiter today with shares and comments from netizens about allahyarhamah.
Al - Fatihah
One World Together At Home
#staysafe #melody
-----------------------------------------------------------
Kerana Cancer Ovari.
Innalillahi Wa Inna Lillahi Rojiun.
-------------------------------------------------------------
7 kebaikan Allahyarhamah Adibah Noor yang wajar kita semua contohi :
- Bersifat pemurah. Ramai rakan artis yang mengenali beliau, sentiasa sifatkan beliau ini selalu belanja makan, tak lokek dengan memberi dan bersedekah.
- Tiada jurang dengan peminatnya. Beliau ramah dan sering membalas komen atau tweet peminatnya dengan penuh kebaikan dan positiviti.
- Sangat menjaga bahasa dan tutur kata. Beliau mahal dengan kata-kata aras tinggi dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu dan English yang ada sleng memukau.
- Berdiri atas bakat sendiri. Hidup beliau setiap adalah belajar dan memperbaiki bakat. Mengasah lebih baik dan sentiasa berniat untuk berikan yang terbaik pada audience.
- Menggunakan platform media sosial ke arah kebajikan. Beliau selalu retweet dengan cara membantu orang awam dan juga haiwan peliharaan. Beliau buat dengan sukarela dan ikhlas.
- Beliau sentiasa membuat orang lain ketawa dan tersenyum. Semua orang yang meluangkan masa dengannya sentiasa dapat aura positif dan sangat menenangkan bila bersama dengannya.
- Kata-kata beliau sarat dengan inspirasi dan pengajaran. Beliau sentiasa memberi kata-kata semangat dan motivasi buat orang di sekelilingnya.
Hilangnya sebuah butir mutiara seni yang pasti dirindui buat tanahair kita di Malaysia. Semoga kebaikannya terus mengalir dan menginspirasi kita semua ya.
Semua info ini adalah melalui penelitian dan pembacaan di berita dan internet ya.
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Semoga kebaikan mengalir berterusan untuknya.
--------------------------------------------------------------
APABILA CELEBRITY MENINGGAL DUNIA
1 - Abam
Kematian mengejut / suspek serangan jantung / pre COVID
Seluruh Malaysia terkejut. Berduka. Aku pun. Pikior kan Mak Abam yang sangat dikasihi Abam. Pikior kan balu dan anak Abam yang masih kecik. Ditinggalkan. Setelah tiada, keluor satu satu kebaikan arwah Abam.
Tapi kisah balu dan anaknya, dan adik Abam tak habis kat situ. Bersambung-sambung hingga hari ni. Habis mahkamah, kat Instagram pulok.
2 - Siti Sarah Raisuddin
Kematian selepas induce baby / COVID positif.
Seluruh Malaysia terkejut. Hingga ke Nusantara. Semua berduka. Aku pun. Pikior kan baby kecil yang ditinggalkan. Pikior kan suami dan anak-anak nya, aya nya yang ditinggalkan. Setelah tiada, keluor satu satu kebaikan arwah Siti Sarah.
Kisah suami dan anak-anak arwah pun tak habis di situ. Ada je cerita itu ini, hingga hari ini, kat media sosial dan kat medium tv.
3 - Adibah Noor Mohd Omar
Kematian sesak nafas / cancer ovari stage 4.
Seluruh Malaysia terkejut. Seluruh dunia pun, barangkali. Semua berduka. Aku pun.
Tapi bukan bulus dia yang aku pikior kan.
Aku pun tak tau apa yang aku pikior kan. Tapi hari ni aku bersedih dan meratapi pemergian arwah. Lebih berasa kehilangan bila tengok rakan-rakan celebrity yang bercerita tentang arwah yang positive, cheerful and kind hearted. Rentak yang sama cerita dari rakan-rakan bukan celebrity.
Mungkin lepas ni, tiada kisah arwah akan timbul. Langsung. Sebab tiada apa lagi nak dikisahkan tentang arwah dan itu benar-benar sebuah kehilangan.
Nota tumit :
On the bright side, boleh le move on dan abaikan terus cerita Johnny Depp dan Amber Heard kat news feed.
BONGKAR RAHSIA SEBALIK TAWA | ADIBAH NOOR
https://www.youtube.com/watch?v=h_6VgeNV0Nw
----------------------------------------
Pautan artikel lain yang berkaitan :-
22 Februari 1992 SUDIR : SEBUAH RAKAMAN KENANGAN
https://normanhafizi.blogspot.com/2022/02/22-februari-1992.html
09 OGOS 2021 - PEMERGIAN YANG MENGHIDUPKAN | Hidup Seketika Biar Beri Makna
https://normanhafizi.blogspot.com/2021/08/09-ogos-2021-pemergian-yang.html
No comments:
Post a Comment