Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 22 June 2022

BELI BITCOIN

 

Fenomena Bitcoin crash pada tahun ini (2022)

MASA TERBAIK UNTUK BELI BITCOIN 2022
  1. Buka chart BTC/USD 2-day timeframe, setup MA200 line, setup RSI indicator dan Stochastic RSI indicator. Sejarah kejatuhan harga Bitcoin tercatat dalam chart. Men lie, women lie, chart doesn't lie 😄. Focus on chart, emosi letak tepi.
  2. Anda akan lihat sejarah masa terbaik untuk membeli Bitcoin selepas fenomena Bitcoin crash. Lihat sejarahnya pada 2011, 2015, 2018, 2020 (Covid) dan 2022 (on the way).
  3. Signal yang tercatat pada chart 2-days ini sangat menarik kerana semua masa yang disebutkan itu adalah masa yang terbaik untuk membeli Bitcoin. Strateginya memerlukan tiga syarat. Petama: Candle mesti di bawah garisan MA200. Kedua: RSI mesti di bawah 40. Ketiga: Stochastic RSI juga mesti di bawah 40. Ketiga-tiga syarat ini mesti berlaku serentak pada tepat waktu yang sama. Jika berlaku tiga syarat ini, itulah waktu terbaik untuk membeli Bitcoin.
  4. Lihat pada setiap gambar yang dipaparkan. Semua signal masa terbaik untuk membeli Bitcoin adalah ketika ketiga-tiga syarat itu dipenuhi. Pada 8 Mei 2022, signal tersebut hampir-hampir terjadi apabila Candles sudah berada di bawah garisan MA200 dan RSI juga telah jatuh di bawah 40. Tetapi Stochastic RSI tidak memenuhi syarat. Jadi ketika itu ia belum betul-betul bottom, belum lagi ada buying signal.
  5. Sejak semalam dan hari ini, syarat pertama dan syarat kedua telah tersedia. Syarat ketiga, Stochastic RSI sedang menjunam ke bawah garisan oversold. Garisan biru sudah cecah oversold, menanti garisan merah pula terjun untuk melengkapkan 3 syarat masa terbaik untuk membeli Bitcoin 2022. Ia akan terjadi esok, lusa atau tulat. Stay tune.
  6. Hari ini mungkin adalah hari terbaik, dan peluang ini mungkin akan ada dalam minggu ini sahaja, samada harga Bitcoin akan jatuh lagi atau tidak, signal beli yang memenuhi syarat ini tidak akan berulang lagi untuk masa terdekat. Masa terbaik membeli Bitcoin ini bukanlah bermaksud hari ini kita beli, esok dia meroket. Jangan jadi noob. Fahami dan hadam chart.
  7. Ini adalah apa yang tertera di chart. Nak percaya, percaya. Tak nak percaya, sudah. Bukan rukun iman pun. Men lie, women lie. Chart doesn't lie. Fokus kepada chart, jangan dengar kepada suara-suara orang atau berita FUD atau pump. Stick to the chart

Fenomena Bitcoin crash pada tahun 2011


Fenomena Bitcoin crash pada tahun 2015


Fenomena Bitcoin crash pada tahun 2018 dan 2020
Sekian

DISCLAIMER: Saya bukan penasihat kewangan anda. Saya tidak bertanggungjawab jika berlaku kehilangan harta benda dan nyawa akibat daripada membaca ulasan saya ini. Sila buat kajian sendiri untuk lebih yakin dan keputusan adalah di tangan anda. Do your own research, manage your own risk. Thank you :)

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

Analisis Harga Bitcoin 2020



LUNA Oh ! LUNA


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...