Bagi mereka yang tidak peka atau bukan peminat tegar industri hiburan tanah air, pastinya tarikh hari ini tidak membawa erti atau makna yang mendalam.
Bagaimanapun, buat penggemar Datuk Sudirman Haji Arshad, tarikh 22 Februari setiap tahun adalah detik paling memilukan apabila penghibur pujaan rakyat Malaysia ini dijemput pulang ke 'negeri abadi'.
Hari ini, genap 30 tahun pemergian Allahyarham Sudirman meninggalkan kita.
Justeru, Kelab Peminat Sudirman yang diterajui Ramlan Md Isa dengan kerjasama Yasstar Production milik Yassin Senario mengambil inisiatif menganjurkan majlis tahlil pada Sabtu lalu.
Lokasi yang dipilih sudah tentunya Restoran Puteri Pencala, milik Datuk Habsah Hassan, penulis lirik terkenal yang juga sahabat baik Allahyarham.
Biarpun bilangan mereka tidak ramai, ia memadai untuk mereka mendoakan kesejahteraan arwah yang sudah tiga dekad meninggalkan kita.
Selain itu, ia juga menjadi medan mengimbau kembali kenangan mereka bersama Allahyarham Sudirman.
Menariknya, mereka masing-masing turut membawa koleksi 'memorabilia' Sudirman yang masih disimpan dengan baik sehingga kini, antaranya tin minuman Sudi, koleksi majalah, surat-surat dan keratan akhbar berkaitan Sudirman.
Tidak terkecuali, Habsah pula menyampaikan ucapan serta berkongsi kenangan pahit manis selama mengenali arwah, juga detik terakhir menatap jenazahnya 30 tahun lalu.
Anak saudara Sudirman iaitu Razman Azrai Zainudin atau Atai serta Shuib Taib, bekas pekerja Sudirman di Sudirman Productions Sdn Bhd, pelakon Tam Suhaimi dan Riot Kool turut hadir pada majlis itu.
Habsah berkata, biarpun sudah 30 tahun, kewujudan Kelab Peminat Sudirman membuatnya terharu.
"Walaupun dah 30 tahun, mereka masih lagi aktif. Kebanyakan ahli semasa arwah masih hidup adalah kanak-kanak.
"Ada yang ketika itu darjah dua, malah ada yang belum lahir pun ada. Saya puji usaha Ramlan yang boleh dikatakan setiap tahun, ada saja program dianjurkan.
"Begitu juga ahli jawatankuasanya yang sangat komited. Apa yang boleh saya katakan ialah terharu dengan kesungguhan mereka bertahan sehingga kini," katanya.
Menurutnya, dengan kesibukannya, dia tidak dapat hadir ke semua program anjuran mereka.
"Namun saya kagum dengan mereka yang tetap meneruskan program. Saya juga puji Atai yang tetap hadir walaupun agak lewat meskipun anaknya masuk hospital.
"Seperkara lagi, majlis semalam ditaja oleh Yassin Senario. Maklumlah mereka bukan ada duit sangat kerana masing-masing mempunyai komitmen lain. Syukur Yassin bantu.
"Pada saya penganjuran majlis ini bukan untuk memuji atau ada unsur negatif, sebaliknya hanya mengenang," katanya.
Habsah turut berkata, sesiapa yang mengenali Sudirman secara dekat, pasti akan meminatinya.
"Kita sayang dia kerana dia ada karakter yang kita suka sebagai penghibur.
"Tapi bila bekerja mungkin kita tak suka kerana dia seorang yang tegas. Apa yang nak, dia pasti usahakan.
"Dia mempunyai dua peribadi berbeza sebagai penghibur, kawan dan sebagai ketua. Mungkin kerana dia seorang yang 'perfectionist'," katanya.
Atai pula mahukan rakyat Malaysia mengenang Sudirman sebagai penyanyi rakyat era 1970-an dan 1980-an yang mengingatkan kita kepada Malaysia ketika itu secara amnya.
"Bila dia buat lagu 'punch card', kita pasti ingat Malaysia satu ketika dulu baharu mencuba perkara ini.
"Selebihnya dia banyak tiupkan semangat patriotik, unsur-unsur Malaysia dulu yang dah tiada lagi sekarang.
"Kalau nak ingat dia, ingatlah sebagai refleks apa rakyat Malaysia lalui pada waktu itu," katanya.
Atai berkata, keluarganya bercadang menganjurkan majlis sempena 30 tahun pemergian Sudirman secara sempurna, namun akur keadaan tidak mengizinkan.
"Apapun terima kasih kepada peminat yang mengingati Allahyarham.
Saya alu-alukan, cuma harap kalau dibuat dengan kerjasama keluarga baharu bagus.
"Kalau buat sendiri takut nanti apa-apa masalah akan tempias kepada Allahyarham dan keluarga.
"Apapun saya puji apa yang dibuat. Mereka sangat sayang Allahyarham walaupun ada yang belum lahir masa arwah meninggal dunia.
"Kalau boleh masa akan datang kita buat lebih teratur. Majlis ini hanya platform di mana mungkin juga kita boleh menyumbangkan doa kepada artis-artis lain yang sudah meninggal dunia," katanya.
Yassin pula berbangga dapat terbabit dalam majlis itu bersama Kelab Peminat Sudirman dan berharap ia akan diteruskan pada masa akan datang.
Disiarkan pada: Februari 22, 2022 @ 6:00am
-------------------------------------------------------------------------------------
Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena mengenang genap 30 tahun pemergian Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad (22.02.2022) telah dianjurkan oleh Kelab Peminat Sudirman dengan kerjasama Yasstar Production milik Yassin Senario.
Majlis telah diadakan lebih awal iaitu pada 19 Februari 2022 bertempat di Restoran Puteri Pencala milik Datuk Hjh Habsah Hassan iaitu Penulis Lirik Legenda dan juga sahabat baik Allahyarham Sudirman. Turut dihadiri oleh anak saudara Allahyarham Sudirman iaitu Atai, bekas pekerja Sudirman Productions Encik Shuib Taib, pelakon Tam Suhaimi dan ahli kumpulan Kool iaitu Riot selaku pengacara majlis.
Turut hadir adalah wartawan dari akhbar Harian Metro dan Unit Berita TV RTM untuk membuat liputan. Segalanya berjalan lancar, Alhamdulillah.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Al-Fatihah.
#info #link #facebook #majlis #tahlil
Bacaan Yassin sempena memperingati 30 tahun pemergian Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad dilangsungkan pada 22 Februari 2022
23 Mei 1954 - 22 Februari 1992 (38 tahun)
SUDIR: SEBUAH RAKAMAN KENANGAN
Seperti selalu
22 Februari...
Tarikh ini tiba lagi
Mengundang air mata
Pada ingatan yang masih bersisa
Tarikh keramat inilah
Tabir pemisah
Antara dua dunia
Kian berbeza
Namun
Kenangan yang kau tinggalkan
Masih menjadi sebutan
Tetap menjadi kebanggaan
Aduhai arwah Sudir...
Sepastinya sejarah tidak terulang
Dengan penuh bangga
Kau julang nama negara
Dengan semangat waja
Kau kibar bendera Malaysia
Sekalipun sebenarnya
Kau adalah mangsa cinta
Dari segumpal setia yang dipertaruhkan
Dalam duka yang masih bersisa
Kau ukir tawa ria
Dalam sendu hati yang terhiris
Kau masih mampu mencorak
Musim ceria...
Abang Sudir...
Kini
Segalanya adalah sekadar rakaman
Kami telah semakin jauh kau tinggalkan
Dan sesungguhnya
Persada seni menangisi
Kehilangan sebutir bintang...
Al-Fatihah.
Mingguan Malaysia : Sudirman Pergi Buat Selama-lamanya
Paparan berita muka hadapan akhbar Mingguan Malaysia terbitan Ahad, 23 Februari 1992 iaitu sehari selepas pemergian Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad.
Al-Fatihah (dibaca).
22.02.2022, genaplah 30 tahun pemergiannya.
Koleksi gambar-gambar di sekitar makamnya
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Keadaan terkini Pusara Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad pada hari ini, (21.02.2022). Esok 22.02.2022 genap 30 tahun Allahyarham Sudirman pergi buat selama-lamanya.
Al-Fatihah (Dibaca).
SUDIRMAN DALAM KENANGAN | 30 Tahun Pemergian Penghibur Nombor 1 Asia
Sudirman - Salam Terakhir
Dir - Rahim Maarof
Lirik lagu 'Dir'
Kemboja berguguran memutih
Menemanimu ke jalan akhir
Persada seni yang kau terangi kini sepi
Suara jenaka dan gurauan
Di sebaliknya kau kesepian
Mimpi-mimpimu retak seribu
Tak siapa yang tahu
Dir Tuhan lebih menyayangi
Dari kami temanmu yang tak pernah mengerti
Dir hanya setelah kau pergi
Kehilangan amat dirasai woo o
Tak siapa yang tahu
Dir Tuhan lebih menyayangi
Dari kami temanmu yang tak pernah mengerti
Dir hanya setelah kau pergi
Kehilangan amat dirasai wo
Suara jenaka dan gurauan
Di sebaliknya kau kesepian
Mimpi-mimpimu retak seribu
Tak siapa yang tahu
Kehilanganmu kehilangan
Kehilanganmu
Oh uhm
-----------------------------------------------
Sejarah Ringkas & Ucapan Penutup
LAGENDA SENI : “SUDIRMAN” DIKENANG PEMINAT, SEPANJANG ZAMAN
Semalam, tarikh 22 Februari pada 30 tahun yang lalu, penghibur legenda, Datuk Sudirman Haji Arshad meninggal dunia.
Lahir pada 25 Mei 1954 di Temerloh, Pahang, Sudirman merupakan yang bongsu daripada 7 beradik. Namanya diberikan oleh bapanya sempena tokoh pejuang kemerdekaan Indonesia, Jeneral Soedirman.
Karier seninya bermula apabila menjuarai Bintang RTM 1976 ketika beliau menjadi penuntut di Universiti Malaya. Album pertamanya, “Aku Penghiburmu” terbit pada 1978 & beliau tamat pengajian 2 tahun kemudian.
Sudirman menjadi peguam untuk beberapa tahun, namun meninggalkan profesion itu untuk fokus kepada kerja seninya. Namanya meledak sebagai bintang utama era 80-an dengan deretan lagu hits bersama gaya persembahannya yang kreatif.
Beliau melakar sejarah pada malam 15 April 1986 apabila mengadakan konsert terbuka & percuma di Jalan Chow Kit yang disaksikan oleh lebih 100,000 penonton dari segenap lapisan masyarakat Malaysia khususnya di sekitar KL.
Beliau dinobatkan sebagai ‘Penghibur Nombor 1 Asia’ pada Salem Asian Music Awards di Royal Albert Hall, London pada 19 Mac 1989, mengatasi peserta lain antaranya legenda pop Hong Kong, Leslie Cheung & Anita Sarawak dari Singapura.
Di samping menyanyi, Sudirman juga seniman serba boleh apabila membintangi filem ‘Kami’ (1982) sebagai teraju utama. Beliau juga menerbitkan buku kanak-kanak & autobiografinya sendiri serta menjadi kolumnis & wartawan sambilan.
Sudirman turut menghasilkan komik lukisannya sendiri yang diterbitkan dalam majalah & akhbar tempatan. Beliau juga seorang usahawan, menghasilkan minuman ringan 'SUDI' serta membuka kedai menjual rangkaian cenderamata jenamanya sendiri.
Sebuah karya Sudirman Hj. Arshad iaitu Taming Si Budak Pintar
Pada 17 Julai 1991, beliau dimasukkan ke Pusat Perubatan Tawakkal, KL selepas rebah ketika membuat persembahan di Butterworth, P. Pinang. Selepas 7 bulan menderita pneumonia, Sudirman menghembuskan nafas terakhir pada 4 pagi 22 Februari 1992 di usia 37 tahun.
Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Chengal, Temerloh. Walaupun hanya 16 tahun menyinari dunia seni tanah air, kehadirannya tiada galang ganti sehingga hari ini.
Sumber Artikel : Arkib Negara Malaysia, NST, Utusan Malaysia
Sumber Foto : Datuk Sudirman Haji Arshad (facebook)
#LegendaSeniBraderFilem
-----------------------------------------------
Gambaran sebuah potret oleh seorang pelukis iaitu artis Imuda
Pameran Lukisan Terbesar pada 03 Mac hingga 06 Mac 2022
Pameran Lukisan Terbesar EXHIBITION ARTDECOR bertempat di PWTC (Aras 4) bermula 3hb hingga 6hb Mac 2022 yang menghimpunkan karya pelukis-pelukis terkenal tanah air termasuk Imuda. Menariknya potret wajah Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad lukisan Imuda turut dipamerkan di sini.
-----------------------------------------------
Allahyarham Sudirman tekun membalas satu-persatu surat kiriman daripada peminat-peminat setianya.
Di bawah ini adalah antara contoh balasan kiriman daripada Allahyarham kepada para peminatnya :-
Allahyarham Sudirman menjawab surat yang dihantar oleh peminat kepadanya
Kad Hari Raya Aidilfitrai yang diterima oleh peminat Allahyarham Sudirman
Poster besar yang diabadikan khas untuk peminat setia Allahyarham Sudirman
Memori terindah buat peminat setia Allahyarham Sudirman apabila surat² kiriman peminat mendapat balasan daripada Penghibur tersebut dengan tulisan tangannya sendiri.
Ini contoh beberapa keping kad ucapan kiriman Allahyarham Sudirman kepada peminat setianya Puan Salina yang kini menetap di Sungai Petani, Kedah.
Kredit : Encik Amir Zaidi & Puan Salina
-----------------------------------------------
Ucapan penutup : 22 Februari 2022
Assalamualaikum w.b.t.
Sedikit perkongsian sempena 22022022 ❤️🌹.
"Pada tanggal 22 Februari 1992 bersamaan dengan hari ini, 22 Februari 2022, genap 30 tahun Allahyarham Sudirman Haji Arshad meninggalkan kita semua. Allahyarham merupakan seorang insan seni berjiwa besar dan sentiasa menghiburkan para peminatnya. Telatah dan gelagatnya yang periang dan ceria demi menghiburkan para peminatnya sebenarnya menyimpan kisah hidupnya yang begitu peribadi iaitu tentang kegagalan kisah hidupnya dalam berumahtangga dengan bekas isteri. Sekiranya para peminatnya perhatikan, episod kisah-kisah sedih yang disembunyikan itu telah diabadikan dalam bait-bait lirik lagu yang ditulis oleh sahabat baiknya, Habsah Hassan. Pernahkah anda dengar kepada lagu-lagu dendangan beliau seperti Merisik Khabar ataupun Salam Terakhir? Itu adalah sebahagian daripada lagu-lagu popular beliau. Selain itu, adakah anda pernah dibuai emosi dengan lagu yang diputarkan dalam stesen-stesen radio sewaktu Hari Raya seperti Balik Kampung dan Dari Jauh Ku Pohon Maaf? Ini menunjukkan lagu dendangan beliau sentiasa malar segar dan akan menjadi perhatian sewaktu tibanya Hari Raya sejak kematian beliau dari dahulu hingga ke hari ini. Pencapaian terbaik beliau dalam bidang seni dan pengiktitafan tertingginya ialah memenangi pertandingan Salem Music Awards, The Royal Albert Hall, London 1989 sebagai Penghibur Terbaik Asia. Selepas daripada itu, tiada lagi pelapis insan seni di Malaysia mampu mencapai pada tahap kecemerlangan sepertinya. Oleh itu, sempena genap 30 tahun pemergian insan seni ini, maka sama-samalah kita sedekahkan surah Al-Fatihah (baca) semoga rohnya dicucuri rahmat dari Allah s.w.t. serta ditempatkan beliau bersama-sama dengan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Al-fatihah (dibaca). Aamiin Ya Robbal'alamiin."
Sekian
Pautan artikel lain yang berkaitan :-
Sisipan akhbar @wilayahku.com.my hari ini.
Lukisan mural 'Legend of Sudirman' di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur merupakan tarikan terbaru di lokasi bersejarah yang menjadi saksi Konsert Mega Allahyarham Sudirman 'Konsert Chow Kit Road'.
Konsert tersebut mencatat sejarahnya tersendiri apabila berjaya menghimpunkan hampir 100,000 penonton membanjiri Jalan Chow Kit semata-mata untuk menonton persembahan percuma Allahyarham Sudirman pada tanggal 14 April 1986.
Kredit kepada pelukisnya @syamsuladdenno
Mengenang Sudirman: Perlu ada penghargaan lebih besar untuk Allahyarham - Habsah Hassan
Hari ini genap 30 tahun pemergian Allahyarham Sudirman.
Jom kita soroti beberapa fakta menarik mengenai The Singing Lawyer ini
30 Fakta Menarik Mengenai Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad
-------------------------------------------------------------------------------------------
22.02.2022
Cantiknya tarikh hari ini...
Kepada yang memaca post ini,
Semoga kehidupan kita semua
sentiasa bertambah baik,
Dikurniakan rezeki yang tidak
putus dari pelbagai sudut,
Dan kesihatan yang baik
sentiasa..
Semoga dipermudahkan apa jua urusan kita semua..🙂
.
Kredit: Stress kmk
Pautan artikel menarik yang berkaitan :-
No comments:
Post a Comment