BICARA FILEM : ANTARA KARYA TANAH AIR & HOLLYWOOD
Saya nak ulas tentang bantahan ke atas filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.
Dah tu kenapa saya up poster filem Hacksaw Ridge? Saya nak mulakan dengan kos untuk pengeluaran sebuah filem. Untuk Hacksaw Ridge kos pengeluaran ialah USD40 juta. Kos ini lebih kecil berbanding USD70 juta yang dibelanjakan untuk filem Saving Private Ryan yang dihasilkan lebih dari 2 dekad yang lalu (1998). Jangan bandinglah dengan Top Gun: Maverick dengan kos USD170 juta
Baiklah. Berapa kutipan dari filem Hacksaw Ridge. ~ USD60 juta. Filem ini tinggi nilainya kerana ia memaparkan peranan seorang tentera US sebagai medic Desmond Doss yang tidak mahu membunuh dalam the Battle of Okinawa (1945) sebaliknya menyelamatkan lebih 70 nyawa tentera US bahkan sebahagian kecil tentera Jepun. Sesiapa yang rajin membaca tentang pertempuran pertempuran dalam Pacific theater (1941-45) akan insaf betapa 'savage' (ganas) pertempuran di Okinawa, Iwo Jima, Saipan, Tarawa dan.. dan. Yang lebih penting lagi filem ini ketengahkan nilai nilai Kristian yang menjadi pegangan Desmond Doss dan ia dipersembahkan dengan cara yang tidak begitu ketara (subtle).
Mari kita bandingkan dengan Filem Mat Kilau. Saya difahamkan budget filem ini sekitar RM8 juta. Tetapi dari sudut pandang saya, dengan budget yang kecil tapi besar dari sudut kemampuan pengeluar filem Malaysia, penerbit telah menghasilkan filem yang bermutu tinggi dan memenuhi matlamat filem berinspirasi sejarah ini dihasilkan.
Prop? Soal prop tidak benar benar menepati sejarah. Inikan pula filem yang dikekang oleh pelbagai batasan/keadaan yang pihak produksi sahaja yang maklum. Alangkan Filem Saving Private Ryan boleh dikritik dari segi prop yang digunakan. Jentera Half track German yang digunakan tepat, kesemua panzer yang digunakan tepat. Tetapi siapa yang teliti tentang senjata perang Dunia ke II tahu kereta kebal Tiger I yang digunakan adalah reconstruction yang tidak betul? Kenapa? Tidak mudah untuk reconstruct sebuah battle tank seperti Tiger. Cuma ada satu sahaja operational Tiger yang digunakan dalam filem Fury dengan cemerlang. Adapun yang lain hanya merupakan exhibit War Musuem.
Semua pengkritik membidas hebat tentang kelemahan ini. Namun Saving Private Ryan tetap menjadi filem box office yang mempunyai nilai yang amat tinggi dalam sejarah Amerika. Dengan babak pertama yang menggambarkan pendaratan di Omaha Beach yang menyaksikan 2000 tentera Amerika terbunuh dengan machine gun yang paling menakutkan iaitu MG 42. Veteran yang menyaksikan filem ini mengatakan bahawa babak yang dipaparkan oleh Steven Spielberg adalah seperti yang mereka alami. Begitu sekali 'real' paparan D-Day Omaha beach landing pada 6 Jun 1944 sehingga mereka terhidu bau mesiu (belerang) di dalam panggung. Ia menenggelamkan kritik-kritik filem yang menumpukan kepada prop semata mata.
Filem Mat Kilau? Apakah hasrat penerbit dan pengarah? Mereka hendak ketengahkan bahawa Tanah air ini punya sejarah berdarah. Persada ini dipertahan oleh anak watan dengan keringat, darah dan air mata. Bila British mula menyusun langkah setelah perjanjian Sumatera diratifikasi dengan Belanda pada tahun 1870, Kelang, Sri Menanti, Sg Ujong, Larut dan Sg Semantan menjadi medan pertarungan. Sutradara dan penerbit negara jiran berjaya mengangkat Teuku Umar dan Cut Nyak Dien sebagai pahlawan menentang Belanda yang menggempur Aceh pada tahun 1873. Adapun di pihak kita, Tanah Melayu tidak menyerah dengan tandatangan yang perturun di Pangkor (1874) tetapi diperhitungkan di Pasir Salak (1875), di Bukit Putus dan Ampangan (1874), di Hulu Terengganu dan di Sungai Semantan (1888).
Berilah ruang kepada penerbit filem tempatan untuk berkarya dan mengangkat tema tema sejarah tanah air yang boleh menyatukan umat ini dan rakyat Malaysia. Jika hendak kritik bentuklah satu platform seperti 'Rotten tomatoes' yang dibangunkan oleh tiga graduan di US pada tahun 1998 (Rotten Tomatoes is an American review-aggregation website for film and television.
The company was launched in August 1998 by three undergraduate students at the University of California, Berkeley: Senh Duong, Patrick Y. Lee, and Stephen Wang). Sehingga hari ini Rotten Tomatoes adalah platform kritik yang paling berwibawa, mengeluarkan ratings dan menjadi rujukan para penerbit filem untuk mengangkat mutu filem Holywood.
Dengan sokongan dari rakyat Malaysia, para penerbit tempatan akan lebih bersemangat untuk menghasilkan filem genre sejarah yang lebih bermutu.
Para dermawan atau yayasan suntiklah dana yang sepadan untuk filem-filem kita.
Jika kita terus kondem dan bidas maka drama/filem untuk kita mungkin seputar Megah Holdings dan 'Suami ku sotong'
Ada dana dibiaya pula filem 'Wolf of Wallstreet, diberi barang perhiasan pada Mirranda Kerr dan dibeli pula Equaminity. (Tapi yang ini jangan ikut-jangan terjebak rasuah)
Sumber artikel : Dr Hafidzi Mohd Noor
#BicaraFilemBraderFilem
Pautan artikel lain yang berkaitan :-
Pahlawan Sufi Dari Pahang
https://normanhafizi.blogspot.com/2020/10/pahlawan-sufi.html
No comments:
Post a Comment