Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 5 March 2022

02 Mac 2022

Bukan lagi Bukit St. Paul, kembali nama asal Bukit Melaka

Bukit St Paul di sini kini dikenali dengan nama asalnya Bukit Melaka. Gambar fail.

BANDAR HILIR 2 Mac – Bukit St Paul di sini kini dikenali dengan nama asalnya Bukit Melaka.

Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Mohd Nasruddin Rahman berkata, pihaknya sudah pun memasang papan tanda pengenalan atau papan arah yang menamakan ianya sebagai Bukit Melaka (Bukit St Paul).

Menurutnya, ia bagi mengelak kekeliruan yang timbul khususnya dalam kalangan pelancong yang datang bersiar-siar di sekitar kawasan itu.

Memang nama asalnya ialah Bukit Melaka yang dinamakan sewaktu kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Namun apabila zaman penjajah, nama tersebut telah ditukar memandangkan ia terletak berdekatan gereja St Paul,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI).


PELANCONG berkunjung ke Bukit Melaka.

Pelbagai pihak sebelum ini mengemukakan cadangan kepada Perzim agar menukar nama asal Bukit St Paul ke Bukit Melaka yang digunakan sewaktu Kesultanan Melayu Melaka dahulu.

Ujar Mohd Nasruddin, ia kemudiannya dibantah oleh kumpulan lain yang beranggapan penukaran nama itu akan menjejaskan lokasi atau kedudukan gereja St Paul di situ.

Mereka ingat kita ubah nama Bukit St Paul akan tukar sekali nama gereja di situ, ia tiada kene mengena.

Kini tiada apa-apa isu yang timbul dan kita sudah kembalikan nama asal Bukit St Paul kepada Bukit Melaka,” katanya.

Menurutnya, Perzim telah melengkapkan kertas kerja bagi menukar kepada nama asal Bukit Melaka dan tindakan kelulusan kerajaan negeri nanti.

Cadangan menukar nama Bukit Melaka ini sudah dibawa ke pengetahuan kerajaan negeri cuma tinggal untuk mewartakan nama asalnya sahaja,” katanya.

https://www.melakahariini.my/bukan-lagi-bukit-st-paul-kembali-nama-asal-bukit-melaka/

-------------------------------------------------------------------------


Untuk pengetahuan YB Allex, sejarah yang lebih awal daripada St. Paul ialah Sejarah Kesultanan Melayu Melaka, yang menjadi pengasas kepada Melaka, malahan menjadi pengasas kepada pembentukan identiti kaum Melayu hari ini, sekurang-kurangnya di Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera Timur.

Ia ialah sejarah yang perlu dibangkitkan, bukan sejarah dijajah oleh penjajah luar. Jika sejarah penjajahan yang dinaikkan, maka sepanjang masa lah kita kena kenang kejatuhan dan kelemahan kita.

Justeru itu, kerajaan Negeri Melaka perlu lebih kreatif dalam mengenang kembali kegemilangan keagungan ketamadunan Kesultanan Melayu Melaka yang menjadi kerajaan pemula kepada banyak kesultanan yang ada di alam Melayu ini, beridentitikan Melayu beragama Islam.

Kerajaan perlu memperbanyakkan kenangan berkenaan dengan bagaimana Pelabuhan Melaka menjadi pelabuhan entreport di zaman kesultanan Melayu Melaka dengan kebanjiran pedagang seantero dunia di Melaka. 

Pelabuhan yang dicatatkan menerima kunjungan lebih kurang 2,000 Jong dan perahu dagang dan terdapat lebih 84 bahasa dipertuturkan di pasar Melaka. Selain itu, bahasa Melayu juga menjadi bahasa pengantar atau lingua Franca di pelabuhan Melaka dan semua wilayah pelabuhan di alam Melayu ini.

Memang dah patutlah kita tukar nama-nama penjajah ni kepada nama asalnya. Bukit St. John kita tukar ke Bukit Senjuang (sejarahnya Bukit Pipi), Hereen Street tukar kepada Jalan Tun Tan Cheng Lock, Jonker Walk sepatutnya ditukar kepada Jalan Upih.

Dari padang nyiru ke Upih, ada banyak lorong  seperti Jalan Tukang Emas, Jalan Tukang Kunci, Jalan Hang Jebat dan sebagainya. Sudah-sudahlah jadi anglophile dan penjilat kolonial, beraksilah selayaknya kita sebagai bangsa merdeka! 

#NornizamJamal #PendapatTP

https://www.facebook.com/108017138012139/posts/326105239536660/

Pendapat daripada para netizen di media sosial seperti di Facebook.


16,388 tandatangan sokong Bukit Melaka



Alhamdulillah, desakan rakyat, akhirnya. Alhamdulillah, identiti dan bahasa perlu dipelihara

https://www.facebook.com/119783238701436/posts/915666659113086/

Perkongsian daripada Ustaz Nazri menerusi Channel Explorasi Misteri Mistik (EMM) telah pun mengesahkan kembali nama Bukit di Melaka kepada nama asal. Ucapan tersebut dilampirkan di sini :-

🔊 Pengumuman. 

"Alhamdulillah ke hadrat Allah dimana pada harini pihak Muzium Melaka (PERZIM) telah menetapkan kembali nama asal Bukit St Paul kepada Bukit Melaka".

"Tahniah pihak PERZIM". 👍🏻

"Alhamdulillah segala usaha kita bersama untuk mengembalikan nama asalnya telah mendapat perhatian dan diizinkan Allah".

"Ini bukan usaha saya, Pn. Ita atau team EMM sahaja tetapi berkat doa dan usaha kita semua bersama atas dasar sayangkan sejarah bangsa".

"Pertahankan nama Bukit Melaka ini sampai bila-bila jika ada sesetengah pihak tak berpuas hati". Sekian.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...