Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 21 October 2026

ORANG ASING

 

𝐌𝐄𝐋: 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐍𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐈𝐄 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐖𝐈𝐍𝐆𝐒… 𝐓𝐀𝐏𝐈 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑𝐍𝐘𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐈𝐋𝐈𝐇 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐆𝐈!

Bayangkan kau dipilih untuk menggantikan seorang vokalis yang sudah menjadi identiti sebuah kumpulan rock legenda.

Tekanannya bukan biasa-biasa. Peminat sudah terbiasa dengan suara asal. Setiap persembahan pasti dibandingkan. Setiap lagu pasti dinilai.

Dan lelaki yang pernah melalui situasi itu ialah 𝐌𝐄𝐋, bekas vokalis kumpulan Wings.

𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐔𝐋𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐂𝐀𝐋𝐎𝐍, 𝐌𝐄𝐋 𝐃𝐈𝐏𝐈𝐋𝐈𝐇!

Selepas Awie tidak lagi bersama Wings pada tahun 1993, kumpulan itu memerlukan suara baharu untuk meneruskan perjuangan mereka.

Pada tahun 1995, Mel atau Ismail Zainuddin dipilih menjadi vokalis Wings selepas melalui proses pemilihan yang dilaporkan melibatkan 40 calon lain.

Bukan calang-calang peluang yang diterimanya. Dia kini berdiri di hadapan sebuah nama besar dalam sejarah rock Malaysia.

Bersama Wings, Mel merakamkan album 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐬𝐢𝐧𝐠. Album itu dilaporkan mencatat jualan sekitar 260,000 unit.

Namun, di sebalik pencapaian tersebut, perjalanan Mel bersama Wings tidak bertahan lama.

𝐉𝐀𝐃𝐈, 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐏𝐀 𝐌𝐄𝐋 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀𝐋𝐊𝐀𝐍 𝐖𝐈𝐍𝐆𝐒?

Jawapannya mungkin tidak sedramatik yang dibayangkan.

Mel dilaporkan merasakan dirinya tidak serasi dengan muzik Wings. Akhirnya, dia membawa haluannya sendiri dan tempatnya kemudian diambil alih oleh Mus, bekas vokalis kumpulan May.

Bagi sesetengah orang, meninggalkan kumpulan sebesar Wings mungkin dianggap satu kerugian besar.

Tetapi mungkin bagi Mel, ada perkara yang lebih penting daripada terus berada dalam sebuah kumpulan terkenal — iaitu mencari tempat yang benar-benar sesuai dengan dirinya.

𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐆𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐒 𝐑𝐎𝐂𝐊 𝐊𝐄 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐊𝐖𝐀𝐇

Kisah Mel tidak berakhir selepas meninggalkan Wings.

Dalam laporan media pada 2023 dan 2024, Mel berkongsi tentang penglibatannya dalam kerja-kerja dakwah dan tanggungjawab sebagai pengerusi surau di Puncak Jalil, Selangor.

Pada Februari 2026, media turut melaporkan bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai pengerusi surau untuk memberi tumpuan kepada keluarga.

Satu perjalanan hidup yang berbeza daripada dunia glamor muzik rock.

𝐌𝐄𝐋 𝐌𝐔𝐍𝐆𝐊𝐈𝐍 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐈𝐄, 𝐓𝐄𝐓𝐀𝐏𝐈 𝐃𝐈𝐀 𝐓𝐄𝐓𝐀𝐏 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐖𝐈𝐍𝐆𝐒.

Dalam dunia muzik, tidak semua orang ditakdirkan untuk kekal lama. Ada yang datang untuk membina legasi, ada yang hadir untuk mengisi kekosongan, dan ada juga yang akhirnya memilih jalan hidup yang berbeza.

Mel pernah berdiri di tempat yang bukan mudah untuk diisi.

Dan walaupun eranya bersama Wings singkat, namanya tetap tercatat dalam sejarah rock Malaysia.

Sekarang aku nak tanya korang…

Kalau sebut Wings, korang masih ingat Mel sebagai vokalis mereka, atau korang hanya kenal Awie dan Mus?

Komen di bawah. Jom kita imbas kembali sejarah muzik rock Malaysia!

#KakeeMovie #MelWings #Wings #Awie #RockKapak #SejarahMuzikMalaysia

Nota: Penulisan ini berdasarkan laporan media yang tersedia kepada umum. Huraian tentang perjalanan hidup Mel ditulis secara naratif dan bukan petikan langsung daripada beliau.

https://www.facebook.com/share/p/1MZCperpmp/

--------------------------------------------------------------

Pengorbanan Seorang 'Ayah' Di Kemuncak Populariti : Mel Wings

Ada tak lagu bertemakan kasih seorang ayah kepada anak yang melekat dalam kepala korang?

Lagu 'Ayah Ibu Anak' dari Baji antara contoh yang agak popular di awal 2000-an. Aku suka lagu tu.

Cuma julat fokus lagu ni agak luas sikit sebab tema penceritaannya merangkumi watak ibu sekali. Serupa juga lagu Sudirman dan Aris Ariwatan.

Dia tak spesifik kepada watak seorang ayah secara mendalam macam lagu "Father and Son" daripada Cat Stevens.

Perjalanan memandu aku pada waktu malam baru-baru ini melahirkan satu momen 'rediscovery' terhadap lagu "Lentera Percintaan" daripada Mel.

Baru aku perasan yang lagu ni sebenarnya ialah sebuah 'lullaby' ataupun dodoian kasih seorang ayah untuk anaknya yang masih kecil. Lagu ini dimuatkan dalam album solo Mel pasca pengunduran nya dari Wings.

Jadi aku ambil keputusan untuk cuba terus hubungi Mel. Kebetulan pula aku agak rapat dengan Zahar Spring dan abang Zahar memang kenal sangat dengan Mel.

Mereka berdua pernah terlibat dalam sebuah 'projek band' bernama Helang dan turut diperkuatkan oleh Mie FTG sebagai pemain bass sekitar 1995-1996.

Namun atas kekangan tertentu, karya 'metal' mereka terkandas dan gagal menerjah pasaran arus perdana.

Bila aku suarakan niat nak ulas lagu "Lentera Percintaan", Abang Mel terus ajak berbual panjang.

Boleh faham kot kenapa beliau teruja, sebabnya ramai orang lebih fokus pada babak perjalanan beliau bersama Wings berbanding kualiti lagu dari album solonya berjudul ‘Sukma’.

Sangkaan aku tepat dan benar. Lagu tersebut sememangnya mempunyai 'vibe' Bad Company dan menampilkan Yan Lefthanded, arwah abang Yazit Search dan Cha'ah sebagai gitaris.

Muzik dalam lagu tersebut bagi aku sangat berlainan kalau dibandingkan dengan lagu-lagu Melayu lain pada waktu itu. Walaupun banyak lagu Melayu dalam arrangement Major waktu itu, vibe lagu 'Lentera Percintaan' tetap 'one of a kind'.

Menurut Abang Mel, lagu ni ditulis masa beliau tengah sibuk membesarkan anak kecilnya, Ewal, yang masa tu masih berlampin.

Pada fasa tersebut, beliau dihimpit oleh gelora krisis kehidupan. Tersepit di antara kemelut rumah tangga serta dilema komitmen bersama entiti Wings.

"Abang Mel masa tu ada kat persimpangan. Anak masa tu kecil lagi, dalam usia 3-4 tahun, dan abang dengan isteri pulak bawa haluan masing-masing. Masa fasa bersama Wings tu jugaklah abang nak kena besarkan Ewal sorang-sorang” ujar Mel.

Mengenai ilham lagu 'Lentera Percintaan', cetusan idea tu datang masa beliau tengah menidurkan anaknya.

Melihat si kecil itu merenung tepat ke wajah beliau, terasa seolah-olah wujud satu empati batin seakan si anak faham beratnya gelora hidup yang tengah ditanggung oleh Mel.

Beliau kemudian berjumpa dengan Allahyarham Rosli Ali, seorang penyair dan penulis sajak yang kebetulan pernah mendukung anak kecilnya itu.

Hasilnya, gubahan seni kata lagu tersebut berjaya disempurnakan dalam tempoh yang singkat. Maka situasi tersebut menjadi lirik pembuka dalam lagu hit itu.

"Pejamkan matamu sayang
Tidur lena kubuaikan
Nyanyian rindu cinta nan syahdu
Menderu dikalbu"

"Masih jauh perjalanan
Untuk kita perhitungkan
Kerana kau masih belum mengerti
Apa itu cinta abadi"

Selebihnya korang boleh dengar sendiri. Menurut aku, lirik nya sangat 'powerful' ditambah pula dengan gubahan muzik yang 'asing' dengan muzik mainstream ketika itu.

Sempat aku lontarkan soalan pasal album 'Orang Asing ' masa era beliau bersama Wings dulu.

"Asalnya abang tak pernah pergi audition pun dengan Wings. Ceritanya masa tu rakaman suara abang kat karaoke track tertinggal kat studio Audio One. Dalam tu abang ada menyanyi lagu 'Di Ambang Wati'. Jo Branko pulak tengah praktis kat situ, dia terdengar kaset tu dan terus cari abang," imbau Mel.

Maka terhasil lah album 'Orang Asing', yang dinamakan sempena entiti beliau yang agak 'asing' dalam arena industri.

Bunyi muziknya juga agak berbeza kalau nak dibandingkan dengan acuan album Wings yang lain. 'Asing'. Jadi kena lah dengan tajuk.

Pada pandangan Abang Mel, Jo Branko ialah sosok gitaris dan penerbit yang sangat kreatif. Kalau bukan disebabkan visi Jo, mungkin jalan cerita kerjaya seni beliau akan jadi berlainan sama sekali.

Terima kasih banyak Abang Mel sebab sudi meluangkan masa untuk borak dan berkongsi cerita. Cuba layan lagu "Lentera Percintaan" ni sambil baca artikel ni.

Khusus buat yang ada anak kecil, bait lirik dan emosi lagu ni memang cukup 'dekat' untuk seorang bapa.

Kredit gambar : Mel Wings

https://www.facebook.com/share/19t8pPM3Fd/

-----------------------------------------------------------


Lentera Percintaan - MEL

https://www.youtube.com/watch?v=LFQLY8HZlb8

Petunjuk kuat lagu ni bertema
~ Kisah Ayah & Anak
"Mel Wings -Lentera Percintaan"
Lirik Rosli Ali, Lagu Mel
Pejamkan matamu sayang
Tidur lena kubuaikan
nyanyian rindu cinta nan syahdu
menderu dikalbu ohhh
Masih jauh perjalanan
untuk kita perhitungkan
kerna kau masih belum mengerti
apa itu cinta abadi...
Korus
Kaulah lantera menyinari kamar
hatiku yg dingin membeku
kembara kita tiada hentinya
selagi usia belum dewasa
biarku timang tangis dan juga tawamu
sebelum ku terlena
Solo
Kaulah lantera menyinari kamar
hatiku yg dingin membeku
kembara kita tiada hentinya
selagi usia belum dewasa
Biarku timang tangis dan juga tawamu
sebelum ku terlena
*2nd korus
Seandainya perpisahan telah ditakdirkan
tabahkan hati
usahlah dirimu sedih..ohhhh ohhh
Tenangkanlah hatimu
semai cintaku dikalbu
pengorbananmu menjadi lambang
kesetiaan
titian perjalanan
percintaan
===========
Lagu "Lentera Percintaan" nyanyian Mel Wings telah dicipta oleh Mel sendiri untuk bahagian lagu, manakala liriknya ditulis oleh Rosli Ali.
Lagu ini merupakan sebahagian daripada album studio keenam kumpulan Wings yang bertajuk Orang Asing, yang dikeluarkan pada tahun 1995.
Album tersebut merupakan satu-satunya album yang menampilkan Mel sebagai vokalis utama kumpulan Wings.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...