Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Wednesday 4 January 2023

MAT KILAU KEBANGKITAN PAHLAWAN

Arkib : 11 Julai 2022


Setiap zaman...di tanah berdaulat ini ada pahlawannya.

Terbitan Studio Kembara, 23 Jun ini Filem MAT KILAU bakal menggegarkan pawagam dengan Dato' Adi Putra sebagai Mat Kilau!

#23jun2022 #adiputra #matkilau #poster #filemmatkilau #filemaksimatkilau #studiokembara #kebangkitanpahlawan #jagabangsajagaagama #akandatang #comingsoon

Saksikan Trailer Rasmi Filem MAT KILAU di 

Youtube Channel Studio Kembara : https://youtu.be/OfU2fIEpPPU

Untuk berita terkini, sila layari :




Posting sebelum ini :-



----------------------------------------------------------------

Arkib : 24 Jun 2022


Hari pertama, kutip RM 1 juta...!!!!



Posting sebelum ini :-




Poster Filem : MAT KILAU KEBANGKITAN PAHLAWAN

----------------------------------------------------------------

25 Jun 2022


Dalam masa tiga hari, dapat kutip RM 7 juta!!!
Padu penangan Mat Kilau kali ni...!!!


----------------------------------------------------------------

26 Jun 2022


----------------------------------------------------------------

27 Jun 2022


MALAYSIA 🇲🇾, korang sangat luar biasa! RM12,200,000 dalam masa cuma 4 hari!

#TopGunMaverick berjaya meraih RM25.7 juta selepas 5 minggu tayangan di Malaysia. Bolehkah #MatKilau mengatasi Mat #Maverick?

Jom kita #SapotLokal dan begi #FilemMatKilau pecah segala sejarah dan kutipan yang ada! 💥 Jualan tiket untuk minggu kedua dah dibuka. Beli tiket dan #TontondiTGV HARI INI! 🎟 bit.ly/TGV-MatKilau



Bila kau belum tengok filem Mat Kilau..

#ohbulan


Jiwa pahlawan takkan hilang di dada, ahhh.. berbudaya sungguh tuan hamba 😆🤌

Skrip dia memang A+. Tajam dan penuh makna. Penuh aksi, tak jemu ditonton. 

Bab tanjak tu aku respek giler 100% begini haa 👉 https://bit.ly/3nglPfO

Padat dengan permainan emosi agar penonton filem ini tidak tidur di panggung.

Tanjak itu itu andanya hormat, maka tunjuk respek la dengan orang belakang kau sama. 

Bukan syok sendiri layan jiwa trending sementara kau. Bab sapkok tu yaaa rabiiii.. 

Mat Kilau pun tak de gitu ahhh.. 😁



----------------------------------------------------------------
28 Jun 2022


‼️Kutipan dalam masa 5 hari berjumlah RM16 Juta. Rekod perfileman negara terus tercipta dan melakar sejarah!

MANTAPPPPP 👍

📸: syamsulyusoffilm 

#ohbulan


----------------------------------------------------------------
30 Jun 2022

Alhamdulillah, tidak terkata kami…TERIMA KASIH SEMUA!

Izin Allah, Mat Kilau menjadi filem epik melayu terpantas mencapai kutipan 23 Juta. TERIMA KASIH MALAYSIA DAN SELURUH NUSANTARA! Jom saksikan filem yang bakal mencipta sejarah ini! 

Ayuh, Filem MAT KILAU berada di panggung terdekat anda!

#filemmatkilau #rekodkutipan #dipawagam #studiokembara #syamsulyusof #adiputra #fattahamin #yayanruhian #betokusyairy #johanasari #khirrahman #jalaludinhassan #rahimrazali #elliesuriaty #namron #farahahmad #shaharuddinthamby #geoffandrefeyaerts #agalak #zarinazainoordin #alikarimi #matkilau #filemaksimatkilau #kebangkitanpahlawan #jagabangsajagaagama #finasmalaysia #hiburanbermanfaat



Filem Mat Kilau menjadi fenomena hari ini. Lebih RM20 juta dalam tempoh seminggu.

Saya mengundang pasukan Studio Kembara, penerbit Mat Kilau ke pejabat saya. Filem Mat Kilau adalah hasil kerja dan usaha gigih mereka bersama.

Bangga dan kagum dengan sambutan filem Mat Kilau. Saya merasakan filem Mat Kilau ini boleh menjadi contoh dalam industri. 

Ia juga menjadi amal jariah kepada penerbit, pengarah filem, pelakon serta krew produksi dan seluruh yang terlibat.  

Filem Mat Kilau telah membangkit semangat jatidiri Islam. Disajikan unsur-unsur nasihat, ikatan ukhuwah yang kuat, semuanya terangkum di dalam cerita ini. Ia membawa mesej dakwah kepada masyarakat.

Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Tuan Haji Abdul Rahman Mat Dali, Pengarah Urusan Studio Kembara dan seluruh teman-teman selaku penerbit filem Mat Kilau. 

Tahniah juga buat Saudara Syamsul Yusof selaku pengarah, seluruh barisan pelakon dan warga produksi filem Mat Kilau. 

Saya juga ingin memaklumkan Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama akan menganjurkan Majlis Anugerah Media Islam pada Januari 2023. JAKIM telah diberikan amanah untuk menjadi sekretariat Anugerah ini.

Anugerah yang akan mengiktiraf karya-karya kreatif berunsurkan Islam.

Teruskan berkarya. Saya sentiasa doakan perjuangan kalian semua. Siiru 'ala barakatillah

YB SENATOR DATUK HAJI IDRIS BIN HAJI AHMAD 

#matkilau #menteriagama


----------------------------------------------------------------

01 Julai 2022

Penjelasan panjang pihak penerbit Filem Mat Kilau




Masyaa Allah! Baru nak break even / pulang modal ni… syukur alhamdulilah. Mintak kerajaan review kembali entertainment tax dan review balik peratusan yang panggung ambil dari penerbit tempatan. Pasal tak fair yang risiko di tanggung sepenuhnya oleh penerbit dan duit pulangan di kekahkan sebegitu. Sebab tu industri hiburan sentiasa tertekan dan tak boleh menghasilkan lebih ramai pembikin filem atau orang kreatif yang berjaya. Sebab tu orang kreatif masih ramai yang susah.


Fenomena filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan telah menyebabkan penangguhan filem, 
Thor : Love & Thunder


Thor Love and Thunder ditunda

SEMASA FILEM : “LOVE AND THUNDER” TANGGUH TAYANGAN

Nampaknya, pihak Disney telah menangguhkan tarikh tayangannya, sehingga 21 Julai 2022. Mereka sanggup refund balik duit kepada mereka yang dah beli tiket secara online.

Adakah kerana penangan filem Mat Kilau yang telah mewujudkan fenomena baru di Malaysia...???

Kalau betul... Padu betul, penangan Syamsul Yusof...!!!

#SemasaFilemBraderFilem


Posting sebelum ini :-




Thor Love & Thunder

Breaking News: Walt Disney Studios Malaysia has confirmed that the release of #ThorLoveandThunder in Malaysia is now postponed to 21 July 2022. 

For customers who have purchased advance sales tickets, you will be fully refunded. Kindly take note of the below :
  • All online purchases will be refunded within 2-14 working days.
  • For purchases at the kiosk, please proceed to your selected TGV location and ask our friendly staff for assistance on your refund.
  • For purchases using vouchers, you will be provided with new voucher codes via email.
  • And for ticket redemption via MovieMoney, your MovieMoney will be refunded within 3 working days. 
We appreciate your kind understanding and patience.


Previous posting :-



----------------------------------------------------------------
02 Julai 2022



Kutipan hari ke 9, berjaya mencecah RM 32 juta!!!
Tiada yang mustahil, jika Allah berkehendak. Alhamdulillah. Tahniah kepada Syamsul Yusof, penerbit dan semua yang terlibat dalam pembikinan filem Mat Kilau.



Tahniah RM32 juta dalam masa 9 hari

See... Pengkritik ni tak de efek pun dekat collection tiket, so jangan mengelupur kalau filem anda fail. Mungkin ada something wrong kat tempat lain. Hi hi. 

P/s: Hopefully, lepas ni takde dengar isu pengarah/penerbit ugut nak saman, hantar gangster bagai dekat pengkritik. 😆. 

Kredit: Group Movie Addict MY


----------------------------------------------------------------
03 Julai 2022



#Rap Feyaerts yang membawa watak jahat, Kapten Syers dalam filem epik fenomena arahan Syamsul Yusof itu bersyukur apabila hasrat awalnya dalam penghijrahan itu dimakbulkan Allah apabila dipertemukan jodoh dengan wanita Melayu.



----------------------------------------------------------------

04 Julai 2022


HEBAT! EPIK! TERBAIK BRUNEI!!

Alhamdulillah, kepada semua penonton di Brunei, TERIMA KASIH!! Sungguh padu sokongan anda, MasyaAllah…

Jom saksikan filem yang bakal mencipta sejarah ini! Ayuh, Filem MAT KILAU ditayangkan di The Mall Cineplex di Brunei sekarang!

#filemmatkilau #matkilau #brunei #themallcineplex

Reposted from The Mall Cineplex



SubhanAllah... 

Filem Mat Kilau berjaya mengutip sebanyak RM 47 juta dalam masa 11 hari...!!!

Rekod filem Munafik 2 bakal dipintas. Mungkinkah filem ini mampu mengutip kutipan box office mencecah RM 100 juta...???

Sama - sama kita nantikan...!!!



‼️Tahniah Mat Kilau, filem pecah panggung paling cepat dapat kutipan sebanyak RM47 Juta dalam masa 11 hari. 

Memang betul-betul fenomena filem Mat Kilau ni ya 😯

#ohbulan


----------------------------------------------------------------

05 Julai 2022


Pengarah filem epik itu, Mohd Syamsul Mohd Yusof atau lebih dikenali sebagai Syamsul Yusof menerusi hantarannya di Instagram berkata jumlah kutipan itu bakal mengatasi rekod pecah panggung filem Munafik 2  yang juga karya arahannya pada tahun 2018.



----------------------------------------------------------------

05 Julai 2022

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Prof Dr Md Nasir Ibrahim berkata filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan terbitan Studio Kembara Sdn Bhd yang meraih RM43.9 juta jualan tiket panggung dalam masa 12 hari, merupakan antara penerima sokongan dan galakan daripada kerajaan. Filem arahan Pengarah Filem Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-28, Syamsul Yusof itu menerima Dana Kandungan Digital (DKD) dengan jumlah geran Dana Produksi sebanyak RM1.5 juta dan Dana Pemasaran RM300,000.



----------------------------------------------------------------

05 Julai 2022

#Rap Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sesungguhnya negeri dan tanah air ini dibina dengan darah, keringat serta semangat perjuangan tinggi yang perlu dihayati serta dihargai.



----------------------------------------------------------------

05 Julai 2022

Pergh siap tempah satu pawagam. Bangga tau masing2 ada darah pahlawan! 🙌

----------------------------------------------------------------

05 Julai 2022 : Rungutan salah seorang penonton filem ini


Selesai menonton Mat Kilau. Saya bukan nak review filem ini, tapi nak review adab segelintir (skala kecil) perangai orang kita (rakyat Malaysia). Saya beli tiket ini sehari sebelum waktu tayangan iaitu 30 Jun 2021 dan saya telah memilih seat saya G08 dan G09 yang berada di row tengah. Memandangkan waktu tayangan pukul 7:40, jadi saya dan pasangan tunaikan kewajipan Maghrib terlebih dahulu dan kami masuk hall agak lewat sedikit (dalam 7:50 dan beranggapan 10 minit pertama selalunya iklan sebelum tayangan bermula).

Bila sampai, kami lihat hall dah penuh dan tayangan telah bermula (sebelum scene orang melayu ditemb*k). Jadi kami pergi ke row kami untuk mengambil tempat duduk, malangnya row tersebut PENUH dan dipenuhi dengan "satu keluarga". Kami jadi pelik, salah masuk hall ke? Bila nak ketempat duduk tu, tiba-tiba ada suara berkata, "dah penuh la, pergi duduk kat atas". Saya baru nak cakap ni tempat saya ni, tetapi pasangan tarik saya ke tempat duduk atas (yang bukan seat kami). Agak tak selesa, sebab kami risau ambil hak orang lain, disebabkan ada penonton yang masuk selepas kami. Kami memang dah nekad, kalau ada orang claim tempat duduk dia, memang kami decide nak keluar je.

Nak buat kecoh dalam wayang pun tak best juga, sebab benda dah start nanti menggangu penonton lain pulak. Cumanya nak pesan kepada kawan² dalam group, sekiranya kalian membeli tiket wayang TOLONGLAH DUDUK DITEMPAT YANG KALIAN PILIH. Ya, mungkin silap kami sebab masuk lewat tetapi saya rasa untuk 10-15 minit lewat tu perkara biasa sebab tak semua masuk panggung on time, ada yang skip iklan.

Jadi kami pun menonton dengan pengalaman yang tak seronok dan gelisah sebab takut ada penonton yang datang lebih lewat. Maaf posting agak panjang, sebab saya nak mengingatkan kalian supaya tidak mengambil hak orang lain, seperti mana British mengambil hak orang Melayu dalam Mat Kilau.

Mungkin ada yang akan kata, kenapa tak duduk je seat yang kosong atau marah je  la keluarga tersebut. Macam saya cakap, saya cuba untuk tidak mengeruhkan keadaan sebab ceritanya tayangan sudah bermula.

Edit: Bukan taknak panggil staff atau halau keluarga tersebut. Saya kena rational, sebab kalau panggil staff, satu row kena bangun. Dah mengganggu pandangan penonton lain. Atau lebih teruk, mungkin akan buat mereka tak puas hati. Dah jadi isu bergaduh pulak kat situ. Dan pandangan penonton lain pulak, "laa isu seat je kot, duduk je la mana²".


Jawapan salah seorang netizen berkenaan dengan isu yang dibangkitkan di sini :-

Salam encik. Encik boleh maklumkan pada staff cinema. Ini hak encik sebagai pelanggan. Bukan nak create scene, tapi itu hak kita sebagai org yg membeli tiket. Kita maklum baik2 je dan in shaa Allah respond pun akan baik2.
Nak harapkan org ada kesedaran ni, susah sikit. Umpama mengharap supaya ada common sense. Bukan semua org ada.

Haih walaupun kosong sampai ke habis cerita tu pun, tempat duduk tu tetap hak orang lain. Tabah ya bro.. semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan.

Congratulation bro & wife. Your parents taught you well.. Solat u protect u bro. JazakAllahu khair

----------------------------------------------------------------

06 Julai 2022

Alhamdulillah... 

Akhirnya, tercatatnya secara rasmi, kutipan tertinggi sepanjang zaman filem tempatan, jatuh kepada Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan...!!!

RM 53 juta dalam masa 13 hari....
Tahniah kepada Syamsul Yusof, penerbit dan semua yang terlibat dalam pembikinan filem Mat Kilau.

----------------------------------------------------------------

06 Julai 2022


‼️ Mat Kilau bakal ditayangkan di Netflix. GET READY GENG NETFLIX!

Syamsul Yusof berkata filem Mat Kilau bakal ditayangkan di Netflix selepas tamat tayangan di pawagam nanti namun masih dalam perbincangan lagi.

“Pihak penerbit sudah mengadakan perbincangan awal dengan Netflix. Namun, tarikh tayangannya mungkin lambat lagi,” katanya.

Sumber: Harian Metro

#ohbulan



Pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Dali, 62, mengakui kegagalan syarikat itu memberi kredit kepada FINAS dalam filem dan bahan bercetak berpunca daripada kecuaian dan terlepas pandang yang tidak disengajakan.

Rahman berkata, sebagai pendatang baharu dalam bidang perfileman, syarikatnya masih belum cukup berpengalaman dalam mengendalikan perkara berkaitan hebahan penghargaan atau senarai kredit.

Menurut Penerbit filem Mat Kilau itu lagi, perkara ini berlaku disebabkan pihaknya terlepas pandang selain urusan pemberian kredit adalah tanggungjawab pihak ketiga yang diamanahkan.

Sebagai info, FINAS sebelum ini sudah memberikan dana geran sebanyak RM1.8 juta bagi pembikinan filem Mat Kilau tu.

Bacaan artikel penuh di sini :-


----------------------------------------------------------------

07 Julai 2022


Fenomena Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan - Tayangan filem ini di pawagam dengan slot menonton yang penuh !

Penerbit Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan sasar kutip RM70 juta untuk filem pertama terbitannya.

#mstar #mstar220707



Lepas habis tonton filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan, ramai sekarang dok cari dia 😂


Posting sebelum ini :-



Arkib : 26 Jun 2022


SEMASA SELEBRITI : SEKALI LAGI SYAMSUL WUJUDKAN “FENOMENA FILEM

Syamsul Yusof sememangnya popular sebagai pengarah yang menghasilkan filem box office. Kebanyakan filemnya akan mencatat box office yang luar biasa. Malah, Munafik 2 (2018) telah mencatat kutipan tertinggi sepanjang zaman, sebanyak RM 48 juta.

Kini... Walaupun melalui filem bergenre epik kepahlawanan, Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan. Syamsul Yusof sekali lagi berjaya mengutip kutipan box office, walaupun baru dua tiga hari tayangannya.

#SemasaSelebritiBraderFilem


P/S : Tak ramai pengarah filem Malaysia berakal seperti Syamsul Yusof ini. Bila filem dia keluar di pawagam terus berhenti cerita gossip dia dalam medsos. Alhamdulillah Aamiin


SHAKY CAMERA BURUK?!

Tinjaun saya melihat ramai yang tidak suka dengan Shaky cam atau bahasa buku teks nya Jerky cam. Di sini saya nak berkongsi serba sedikit, bila je Shot jerky ni digunakan?

Shaky shot biasanya digunakan sewaktu babak yang Chaotic/action/fighting/bombing impact. Ia diurus secara handheld atau boleh ditambah sewaktu post production. Sam Raimi pengarah spiderman juga merupakan antara pengarah yang suka menggunakan shot ini, termasuk Michael Bay. Shaky cam diguna 
  • Untuk menggambarkan suasana cemas
  • Memberi rasa tidak senang pada penonton
  • Diguna untuk cover stunt double
Kenapa filem Ipman tak guna shaky? sebab Kurang atau tiada stunt double digunakan, aksi aksi dilakukan sendiri oleh Donnie yen. 

Sekiranya anda tidak suka dengan teknik ini, Mungkin ada yang suka, Ia ada dalam silibus perfileman. Feel Agree to disagree.


Arkib : 04 Julai 2022


SELINGAN SELEBRITI : “SYAMSUL YUSOF” SEORANG PENGARAH YANG LUAR BIASA

Sejak filem pertamanya, Evolusi KL Drift (2008) telah mendapat sambutan yang hebat dari kalangan peminat filem tempatan. Dari genre aksi thriller, kisah anak muda yang rosak akhlak (melalui filem Bohsia), kemdian berlih pula kepada kisah dunia gangster (filem KL Gangster) turut mendapat sambutan yang hebat.

Selepas filem KL Gangter 2 (2013) telah dikhianat, yang menyebabkan dicetak rompak sebelum tayangannya. Syamsul menghilangkan diri seketika. Selepas itu, beliau muncul dengan filem seram yang menyampaikan mesej dakwah, Muanfik (2016).  Filem ini telah mendapat kutipan box office melebihi RM 19 juta. Malah, melalui filem Munafik ini, beliau berjaya merangkul anguerah Pengarah Filem Terbaik Asia Pasifik.

Munafik 2 (2018) terus mencatat fenomena luar biasa, apabila berjaya mengutip kutipan box office sepanjang zaman, sebanyak RM 48 juta. Tahun ini... Sekali lagi beliau berjaya mewujudkan kebangkitan filem Melayu, selepas musim pandemik melalui filem Mat Kilau.

Fenomena luar biasa filem Mat Kilau, bukan saja telah menghidupkan kembali busana Melayu, malah turut “menghidupkan” semula semangat silat di kalangan anak muda. Di samping turut mencatat kutipan box office sepanjang zaman, apabila bakal memecahkan rekod rasmi filem Munafik 2.

Dengan pencapaian yang cemerlang ini, rasanya tidak keterlalauan jika mengatakan bahawa, Syamsul Yusof adalah salah seorang pengarah filem yang luar biasa, yang pernah wujud di Malaysia.

#SelinganSelebritiBraderFilem


The Making Of Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan https://fb.watch/d-g8pQL135/

----------------------------------------------------------------

08 Julai 2022


Pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mt. Dali mengesahkan akan menghasilkan sekuel kepada filem pecah panggung, Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan.

• Berita penuh klik di IG Story 

#mediamulia #mmtv #utusanmalaysia #utusanonline #dalamnegeri



Studio Kembara telah membentuk jaringan strategik dengan beberapa produser Turki. Ini bertujuan untuk saling memajukan industri perfileman di kalangan negara Islam dan lain-lain.

Nantikan pengumuman !

Abdul Rahman Mt. Dali
Penerbit Mat Kilau

----------------------------------------------------------------

09 Julai 2022


Reposted from @syamsulyusoffilm Alhamdulillah filem Mat Kilau berjaya mencipta rekod Rm 61 juta dlm masa 17 hari.

Mengatasi filem hollywood Star Wars/ The Avengers/ Jurassic World/ Black Panther/ Furious 7/ Spiderman & Transformers dalam carta "All Time International Malaysia Box Office". Terima kasih pd semua penonton & nantikan next filem dari saya InsyaAllah!

@gscinemas @tgvcinemas @lfscinemas @mbocinemas @themallcineplex


----------------------------------------------------------------

Arkib : 26 Jun 2022
Orang lain tk buat, kita buat…


----------------------------------------------------------------

Arkib : 28 Jun 2022


MAT KILAU KEBANGKITAN PAHLAWAN (VERSI ORIGINAL)

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...