Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 25 December 2022

PERANG DUNIA PERTAMA

Arkib : 21 Oktober 2018

Perang Dunia l | Askar British, Perancis dan Jerman Berdamai Selama Satu Hari



Ahli-ahli sejarawan bersetuju bahawa salah satu daripada konflik yang paling membawa maut dalam sejarah manusia adalah Perang Dunia I, yang telah berlangsung di antara 28 Julai 1914 sehingga 11 November 1918, dan telah mengakibatkan kematian lebih 16 juta manusia.

Ianya adalah perang "modern" yang pertama, menggunakan kereta kebal dengan meriam yang kuat, kapalterbang, mesingan dan gas racun.


(Askar-askar berlindung dalam parit semasa Perang Dunia I)

Paling teruk bagi askar-askar adalah peperangan dari parit, di mana pasukan-pasukan tentera akan menembak satu sama lain dari parit yang dalam yang telah digali sepanjang ratusan batu. Kehidupan dalam parit yang berlumpur dan penuh penyakit itu teruk.

Untuk meninggalkan parit, akan membawa risiko ditembak dan dibunuh. Jarak di antara dua parit bertentangan itu dikenali sebagai "No Man's Land" (Kawasan Yang Tidak Dimiliki) dan bertaburan dengan mayat askar.


Pada malam sebelum Krismas 1914, di sepanjang barisan depan Barat peperangan di Flanders, Belgium, suatu keajaiban telah terjadi. Di satu pihak, askar-askar Inggeris dan Perancis sedang berlindung di parit mereka.

Di satu pihak lagi, tentera Jerman melakukan benda yang sama. Perang telah berlangsung selama lima bulan. Malam itu sejuknya sampai menggigit jari.


Tiba-tiba seorang askar Inggeris yang sedang memerhatikan garisan depan musuh Jerman terlihat sebatang pohon fir yang kecil dan dihiasi dengan lilin yang berkerlipan. Dia membetulkan teropongnya dan melihat lebih teliti dengan tidak percaya.

Kemudian datanglah askar Jerman melintasi tanah No Man's Land yang sejuk beku, sambil menyanyi "Stille Nacht, Heilige Nacht..." mula-mulanya secara lembut dan perlahan, kemudian semakin kuat pada setiap rangkap baru. Walaupun mereka menyanyi dalam bahasa yang asing, irama itu dan mesejnya semestinya tidak asing lagi.

Askar-askar British dan Perancis kemudian memberi respon dengan menguatkan suara mereka dan bernyanyi "Silent Night, Holy Night..." Tentera-tentera itu berbalas-balas rangkap dalam bahasa Inggeris dan Jerman berulangkali. Itu terjadi selama beberapa minit.


(Askar-askar kedua pihak bertemu di tengah medan perang, 25 Dis 1914)

Kemudian dari parit sebelah Jerman, seorang askar mengangkat satu papan tanda yang tertulis, "YOU NO SHOOT, WE NO SHOOT" (Kamu tak tembak, kami tak tembak).

Askar-askar British dan Perancis kemudian membalas dengan melambaikan satu panji lusuh yang tertulis "MERRY CHRISTMAS"

Dengan berhati-hati, askar-askar yang bersenjata itu mula muncul dari parit-parit mereka. Secara perlahan-perlahan mereka melintasi No Man's Land yang digeruni itu, sehingga mereka bertemu wajah dalam suasana udara amat sejuk itu.


(Askar German dan British berkongsi rokok)

Untuk seketika, askar-askar yang terlatih itu bagai tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Kemudian dengan rasa serba-salah, mereka menghulurkan tangan dan bersalaman.

Mereka menepuk bahu satu sama lain. Mereka berpelukan. Ada yang mengalihkan pandangan mereka, untuk menyembunyikan tangisan air mata.

Mereka mengizinkan satu sama lain untuk membawa mayat askar mereka masing-masing untuk dikebumikan dengan sewajarnya. Mereka bertukar-tukar tawanan.


(Askar-askar Jerman dan British bermain bola sepak di medan perang, 25 Dis 1914)

Kemudian pada malam itu dan sepanjang Hari Krismas, mereka menyanyi lagu-lagu karol, bertukar-tukar hadiah kek, coklat, biskut, jam, daging lembu dan daging babi dalam tin, surat khabar, poskad dan wain. Mereka juga mengadakan satu perlawanan bola sepak secara spontan di medan perang itu.

"Untuk sedetik, Tuhan yang penuh kemurahan sekali lagi berkuasa di sudut bumi ini," seorang pegawai Perancis mengingati.


Kejadian pada hari Krismas 1914 itu adalah kasih dan damai luar biasa yang telah memecahkan benteng dan menyentuh hati manusia dengan cara yang hebat dan berkuasa walaupun ianya hanya bertahan untuk semalam dan sehari.


JOYEUX NOEL

THE ASTONISHING WAR STORY A NATION TRIED TO FORGET

Kisah mereka kemudian diadaptasi dalam filem Joyeux Noel pada tahun 2005.



Pada 28 Jun 1914, seorang warga Yugoslavia bernama Gavrilo Princip telah membunuh Archduke Franz Ferdinand of Austria dan mencetuskan perang yang dikenali sebagai The Great War. Sememangnya kuasa besar dunia ketika itu sedang mengalami konflik. Tentera Bersekutu dibentuk dan dalam beberapa minggu sahaja dunia berada di ambang perperangan. Disebabkan negara-negera berkuasa besar ini mempunyai koloni, jadi negara lain juga turut terlibat sama.

Tentera bersekutu ketika itu termasuk UK, Perancis, Russia, Belgium, Serbia, Italy, Jepun, Greece, Romania, Portugal, Spain dan Amerika Syarikat. Manakala kuasa-kuasa tengah pula terdiri dari Empayar Jerman, Empayar Austo-Hungary, Empayar Uthmaniyyah dan Bulgaria. Walaupun sejarah tidak pasti bilangan sebenar nyawa yang telah terkorban namun jika dicampur dengan kematian orang awam atas pelbagai sebab ketika peperangan jumlahnya mencecah 16 juta orang dan 21 juta yang lain cedera.


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

PERANG DUNIA KEDUA


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...