Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 27 December 2022

22 DISEMBER 2003 PELANTIKAN YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KOTA STAR

Pada hari ini dalam tahun 2003, Upacara Pelantikan YBhg. Datuk Yusuf bin Nayan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Star (MPKS) sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Star (MBSA) disempurnakan oleh KDYMM Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman di Balai Besar, Alor Star, Kedah. Sejurus selepas pengumuman pelantikan dibacakan, KDYMM Tuanku Abdul Halim berkenan memakaikan jubah Datuk Bandar dan disusuli dengan upacara mengangkat sumpah dan menandatangani watikah penerimaan pelantikan. 

Pelantikan beliau dibuat selaras dengan penaiktarafan Alor Star kepada status banda raya pada 28 November 2003. YBhg. Datuk Yusuf berumur 53 tahun dan sebelum ini menyandang jawatan Yang Dipertua MPKS selama enam tahun.

Sumber : Arkib Negara Malaysia


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

21 DISEMBER 2003 PENGISYTIHARAN ALOR SETAR SEBAGAI SEBUAH BANDAR RAYA


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...