Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 27 December 2022

22 DISEMBER 1960 PERJANJIAN DI ANTARA TANAH MELAYU DAN JERMAN BARAT

Pada hari ini dalam tahun 1960, Persekutuan Tanah Melayu dan Jerman Barat, menandatangani satu perjanjian Penanaman Modal di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Malaysia diwakili oleh Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Mohd Khir Johari manakala Ketua Perwakilan Jerman Barat, Dr. R. Von Keller bagi pihak Jerman. Di dalam perjanjian itu, kedua-dua pihak telah bersetuju antaranya menjaga rakyat dan Syarikat kedua negara berkaitan dengan urusan penanaman modal dan mengizinkan pemindahan modal dan kira-kira antara kerajaan ini.

Perjanjian itu berkuatkuasa dalam tempoh lima tahun sehinggalah salah sebuah kerajaan ini memberi notis secara bertulis untuk memberhentikan perjanjian. Setelah tamat tempoh perjanjian itu, modal yang tersimpan akan terus diawasi dalam jangka masa 10 tahun. Dengan temeterinya perjanjian ini, memberi peluang kepada penanam-penanam modal Jerman Barat mendirikan kilang-kilang untuk menjalankan kegiatan perusahaan dan perdagangan selain dapat menjamin perkembangan ekonomi ke arah mencapai kemajuan di negara ini.

Sumber : Arkib Negara Malaysia


Pautan artikel lain :-

21 DISEMBER 1948 PENUBUHAN TENTERA LAUT MALAYA


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...