Pada hari ini dalam tahun 2011, lima rang undang-undang berkaitan dengan hal kebajikan pekerja diluluskan oleh Dewan Rakyat. Rang undang-undang yang diluluskan itu ialah Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 yang diluluskan secara undi belah bahagian. Undian yang diminta oleh Senator Saiful Izham Ramli menyaksikan 36 anggota Dewan Negara menyokong manakala hanya lapan yang tidak bersetuju rang undang-undang itu dibaca untuk kali kedua. Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 yang dibentangkan oleh YB Datuk Maznah Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia, membolehkan pemantauan dan pengawalan agensi pembekal tenaga buruh yang lebih sistematik, terutama di kawasan terpencil.
Turut diluluskan adalah :-
- Rang Undang-Undang Pencen (Pindaan) 2011,
- Rang Undang-Undang Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 2011,
- Rang Undang-Undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2011 dan
- Rang Undang-Undang Saraan Hakim (Pindaan) (no2) 2011 diluluskan tanpa dibahaskan.
Sumber : Arkib Negara Malaysia
Pautan artikel lain yang berkaitan :-
No comments:
Post a Comment