Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 24 December 2022

21 DISEMBER 2003 PENGISYTIHARAN ALOR SETAR SEBAGAI SEBUAH BANDAR RAYA

 

Pada hari ini dalam tahun 2003, Alor Setar yang berusia 268 tahun, diisytiharkan sebagai sebuah Bandar Raya. Majlis pengisytiharan ini disempurnakan oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Dataran Tunku, Alor Setar, Kedah. Alor Setar yang diasaskan oleh Sultan Kedah Ke-19, Sultan Muhammad Jiwa Sultan Adilin Muadzam Shah II pada 1735, merupakan antara bandar yang tertua di dunia. Dari sebuah Badan Kebersihan Bandar atau "Sanitary Board", pentadbiran Bandar Alor Setar bertukar kepada "Lembaga Bandaran Alor Setar" pada tahun 1958 yang kemudiannya dinaikkan taraf sebagai "Majlis Daerah Kerajaan Tempatan" pada 1 Mac 1974.

Alor Setar dinaikkan taraf sebagai "Majlis Perbandaran Kota Setar" pada 1 Februari 1978 dan akhirnya diisytiharkan sebagai "Majlis Bandaraya Alor Setar" pada hari ini. Pengisytiharan ini menjadikan Alor Setar sebagai bandar raya kesembilan di negara ini selepas Kuala Lumpur, Ipoh, Kuching Utara dan Selatan, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Shah Alam dan Melaka.


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

22 NOVEMBER 2008 PENGISYTIHARAN MELAKA DAN GEORGETOWN SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...