Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 18 October 2022

17 OKTOBER 2001 PELANCARAN AMANAH SAHAM NASIONAL 3

Pada hari ini dalam tahun 2001, YAB Perdana Tun Dr. Mahathir Mohamad telah melancarkan Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN3) - dana saham pertama yang diniagakan secara berubah-ubah berdasarkan sentimen pasaran saham terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Saham ini dilancarkan bertujuan untuk memberi peluang kepada pengurus-pengurus dana menggembeleng dana daripada para pelabur individu untuk melabur dalam sektor-sektor ekonomi yang berdaya maju. ASN3 menawarkan harga seunit sebanyak RM1 dengan pelaburan maksimum 100,000 unit dalam tempoh tawaran berkuat kuasa sehingga 5 November 2001.

Selepas tarikh tersebut, urus niaga adalah berdasarkan kepada prestasi portfolio pelaburannya yang akan ditentukan oleh pasaran. Sebelum ini, Permodalan Nasional Berhad (PNB) ini telah melancarkan Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW), Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Harta Tanah PNB, Amanah Saham Nasional 2 dan Amanah Saham Didik. Sesungguhnya saham amanah PNB ternyata telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada seluruh rakyat Malaysia untuk melabur dalam saham-saham amanah PNB dengan pelaburan bernilai lebih daripada RM36 bilion melalui usaha PNB ini juga ia dapat memberi peluang kepada rakyat untuk turut serta dalam urusniaga saham bagi membantu mereka meningkatkan pendapatan dan ekonomi negara.

#arkibnegara


Pautan artikel yang berkaitan :-

28 SEPTEMBER 1954 PENUBUHAN BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...