Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 18 October 2022

17 OKTOBER 1947 PEMBUKAAN MAKTAB PEREMPUAN MELAYU

Pada hari ini dalam tahun 1947, Maktab Perempuan Melayu (Malay Girls College) telah dibuka di Jalan Damansara, Kuala Lumpur. Seramai 41 orang pelajar perempuan dari seluruh Tanah Melayu telah diterima untuk memasuki maktab ini. Kumpulan pertama  pelajar yang terpilih terdiri daripada pelbagai latar belakang ini merupakan perintis kepada sekolah berasrama penuh perempuan yang pertama di negara ini. 

Penubuhan maktab ini bertujuan untuk memberi kemudahan pelajaran Inggeris peringkat menengah kepada pelajar-pelajar perempuan Melayu yang ketinggalan dari segi pelajaran terutamanya di peringkat menengah. Pada bulan April 1963, Maktab ini telah berpindah ke kawasan seluas 22 ekar di Bukit Merbah, Seremban, Negeri Sembilan.  Berikutan perpindahan tersebut, Malay Girls College telah ditukar kepada Kolej Tunku Kurshiah bersempena dengan nama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang pertama, Tuanku Kurshiah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.

Perasmian  pembukaannya  telah  disempurnakan oleh Almarhum Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan pada 24 Mei 1963. Sesungguhnya dengan pembukaan Maktab Perempuan Melayu pada hari ini dalam tahun 1947, maka peluang untuk pelajar perempuan Melayu melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi terbuka luas. 



#hariinidalamsejarah #arkibnegara


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

22 SEPTEMBER 1953 PERASMIAN SEKOLAH PEREMPUAN SG. LEREH OLEH LADY TEMPLER


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...