Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 18 October 2022

17 OKTOBER 1945 PENUBUHAN PARTI KEBANGSAAN MELAYU MALAYA (PKMM)

17 Oktober 1945 – Pada tahun 1945, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) telah ditubuhkan. Parti ini lahir dari ruangan Jabatan Pengarang dan pentadbiran akhbar Suara Rakyat menjadikan ia parti politik Melayu yang pertama ditubuhkan selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

PKMM diasaskan oleh Mokhtaruddin Lasso. Dalam pucuk pimpinan awal parti itu, beliau telah dilantik menjadi Yang Dipertua. Lain-lain anggota yang dilantik ialah :-
  • Naib Yang Dipertua – Dr. Burhanuddin Hilmy, 
  • Setiausaha – Dahari Ali
  • Bendahari – Arshad Ashaari 
  • Ahli Jawatankuasa – Ahmad Boestamam
Matlamat utama perjuangan PKMM ialah menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris. PKMM juga berusaha mengatasi masalah orang Melayu di segi pelajaran, sosial dan ekonomi serta kebebasan mencetak dan bersuara.

Sebulan selepas kelahirannya, PKMM telah menubuhkan cawangannya di beberapa buah negeri iaitu di Pulau Pinang, Perlis, Selangor, Perak, Melaka dan Singapura. PKMM menyebarkan pengaruhnya melalui akhbar-akhbar hariannya iaitu Suara Rakyat, Pelita Malaya dan Semboyan Baharu dan terbitan bulanan iaitu Majalah Berjuang dan “Voice of the People”.

Bagaimanapun pengaruh PKMM tidak kekal lama. Perjuangan PKMM di anggap oleh Inggeris sebagai ‘berbau’ komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan. Akhirnya PKMM telah diharamkan oleh pihak berkuasa dan dengan itu tamatlah riwayat parti politik Melayu yang pertama selepas pendudukan Jepun itu.

#arkibnegara


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

16 SEPTEMBER 1951 PENUBUHAN PARTI KEMERDEKAAN MALAYA

Independence Malaya Party (IMP)

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...