Arkib : 30 April 2022
Penemuan kekayaan baru yang kini harus ditinggalkan
- Tahun 70an, Malaysia yang ketika itu baru menerima kemerdekaan telah menemui kekayaan baru. Kekayaan baru yang saya maksudkan adalah penemuan minyak yang memberi hasil utama kepada negara.
- Bukan sahaja di Malaysia tetapi terjadi di banyak negara termasuk di Afrika, yang menemui emas. Mereka ketawa terbahak-bahak.
- Kerajaan tidak perlu bersusah payah dan negara menjadi negara yang banyak duit dari hasil penemuan kekayaan baru itu. Apa tidaknya tak perlu buat apa-apa cuma sedut je minyak dari tanah, diproses dan dijual semula. Ketika itu kita bangga dengan kekayaan baru tersebut.
- Pertanian dan penternakan yang satu ketika dulu menjadi asas kepada negara disepikan sedikit demi sedikit. Negara tidak lagi fokus mengeluarkan hasil pertanian dan penternakan kerana alpa dengan kekayaan-kekayaan baru.
- Nikmat yang Allah beri di bumi Malaysia ini selama ini tidak dihargai sepenuhnya. Kekayaan negara tidak difokuskan dengan membangunkan asas makanan rakyat. Duit menjadi murah. Pemimpin berfikir, sayur, buah dan daging boleh beli dengan murah dari luar. Tak perlu dibangunkan. Lebih baik memikirkan dan menumpukan kepada negara industri. Buat kereta, buat kapal selam, nak jadi angkasawan pergi ke bulan. Kaji itu dan ini sedangkan apa yang depan mata tidak diuruskan dengan baik.
- Industri petanian menjadi industri yang terkebelakang dan tidak selari dengan kemajuan negara yang nak buka kilang kereta terbang. 90% sumber makanan di import dari luar negara. Anak-anak muda di kampung lari ke bandar malu berkebun di belakang rumah, kotor, kolot dan dipandang kelas rendah.
- Setiap kali raya korban, lembu tak cukup ambil dari Thailand. Sayur datang dari negara jiran. Sampai kita tak mampu nak bela kambing sendiri. Kambing akikah pun kita import dari Australia berkontena sampai sekarang.
- Bila dah senang, idea-idea cepat kaya timbul. Baik tanah di kampung ditanamkan sawit. Sekarang mereka tebang sawit dan tanam Musang King. Lepas ni tak tahu mereka tanam apa lagi cepat kaya, ganja kot boleh (wallahualam).
- Kajian demi kajian dari universiti dan agensi jadi kajian atas kertas yang tidak turun ke masyarakat. Jadi rahsia mereka dan berbangga dengan kertas kerja dan thesis setebal batu bata tetapi langsung tidak boleh digunakan dibawah.
- Yang lepas jangan dikenang. Jangan disalahkan sesiapa lagi. Kini kita sudah di zaman 'kebiasaan yang baru'. Kita perlu banyak bekerja dari banyak bercakap.
- Hasil pertanian dan penternakan negara penting. #WabakCovid19 memberi kita pengertian sebenar yang kini kita perlu menjaga diri kita. #KitaJagaKita. Kita perlu keluarkan hasil penternakan dan pertanian yang maksimum untuk negara kita dan rakyatnya. Kita perlu merancang dan melaksanakan sebaik mungkin. Kita perlu gunakan kajian yang tersimpan berpuluh tahun dalam peti besi. Dibongkar dan digunakan.
- Turun ke bawah, ajarkan petani kita bagaimana menghasilkan hasil pertanian yang tinggi. Tingkatkan mereka dengan ilmu. Beri mereka dron untuk pantau dan membaja. Hentikan peruntukan buat reban, beri baka lembu, beri anak pokok, beri baja sabsidi. Itu cara 100 tahun dulu.
- Galakan orang kampung buat pertanian berkelompok. Buat satu kampung satu pertanian atau satu penternakan. Aturkan orang ni buat makanan lembu, orang ni jaga anak lembu, orang ni gemukan lembu. Buat rantaian industri pertanian. Baru boleh jadi. Beri orang kampung teknologi dan dalam masa yang sama kawal harga kebun, harga pemborong. Jangan ada orang tengah yang jadi penyangak. Beli cili sekilo RM6 dari pekebun jual RM20 sekilo dipasar.
- Tamatkan penyelewengan. Ini bukan nasihat. Ini cuma luahan dari seorang anak kampung. Bukanlah pandai sangat tapi kerajaan perlu mengambil berat dengan masa depan. jadilah dan hiduplah dalam realiti. Jika kekayaan-kekayaan itu satu harinya nanti habis seperti bijih timah, bijih besi yang dulu menjadi hasil bumi utama kita. Tidak mustahil minyak yang kita gali ini lama-lamanya juga habis.
- Rakyat di suruh susah, kerajaan juga perlu berfikir 'kita di zaman susah'. Hentikan pembaziran yang mengarut. Nak import ini dan itu. Apa yang depan mata kita pun kita belum habis buat secara maksimum.
Pautan artikel lain yang berkaitan :-
No comments:
Post a Comment