PERISTIWA 12 JUN 1898 : KEMERDEKAAN SELEPAS 300 TAHUN DIJAJAH SEPANYOL
*gambar adegan Aguinaldo mengibarkan bendera Filipina ketika mengisytiharkan kemerdekaan daripada Sepanyol.
Hari ini (12 Jun 2022) 124 tahun yang lalu, Filipina mengisytiharkan kemerdekaannya daripada Sepanyol.
Kepulauan itu dijajah Sepanyol sejak kurun ke-16 hingga lewat kurun ke-13 apabila intelektual & golongan pertengahan bangkit memanggil kemerdekaan. Pada 1892, sebuah kumpulan revolusi, Katipunan, ditubuhkan di pulau Luzon, Manila.
Keahlian Katipunan berkembang dengan dramatik & pada Ogos 1896, pelan mereka terbongkar lalu meletus pemberontakan di serata Luzon. Pada Mac tahun berikutnya, Emilio Aguinaldo menjadi pemimpin pemberontakan tersebut.
Di lewat 1897, kumpulan revolusioner itu ditekan & Aguinaldo berunding dengan Sepanyol, sebagai pertukaran pampasan kewangan & janji pembaharuan di Filipina, Aguinaldo & jeneralnya sanggup dibuang ke Hong Kong. Revolusi terhenti seketika.
Pada April 1898, meletus Perang Sepanyol-Amerika. Armada Pasifik Sepanyol ditumpaskan dalam Perang Teluk Manila pada Mei itu & Aguinaldo berpakat dengan A.S. untuk kembali ke Filipina & membantu mereka menyingkirkan Sepanyol.
Beliau mendarat pada 19 Mei, mengumpul angkatannya & mula membebaskan bandar-bandar di selatan Manila. Pada 12 Jun, Aguinaldo mengisytiharkan kemerdekaan Filipina selepas 300 tahun dijajah Sepanyol & membentuk kerajaan wilayah.
Namun ketika angkatan Aguinaldo mengepung Sepanyol di Manila, skuadron darat A.S. tiba pada Julai & mengambil alih kedudukan. Pada 8 Ogos, Sepanyol menyatakan kesediaan menyerah kepada A.S. dengan syarat angkatan Filipino tidak dibenar memasuki Manila.
Ketika itu, Aguinaldo merangka perlembagaan, yang pertama di Asia, membentuk kerajaan & menjadi Presiden pada Januari 1899. Apabila Sepanyol menyerahkan Filipina kepada A.S., Aguinaldo melancarkan penentangan baharu - kali ini ke atas A.S.
Pada 1902, A.S. mengambil alih pentadbiran Filipina & penentangan berlanjutan selama beberapa tahun. Hanya 44 tahun kemudian, pada 4 Julai 1946, Filipina memperoleh kemerdekaan penuh & membentuk kerajaan Republik.
Sumber: History
Pautan artikel lain yang berkaitan :-
No comments:
Post a Comment