Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 25 November 2022

GAME DAGING

 

Game Daging

Selain dari menjadikan D'impian Agro Farm sebagai ladang sunnah membela pelbagai kambing, lembu, ayam, itik dan biri-biri.  Aku jadikan tempat ni tempat melatih anak muda dan tempat research

Aku hairan bin ajaib kenapa malaysian ni terkenal satu dunia panjat gunung tertinggi lah, pergi ke bulan lah, buat bangunan setinggi KLCC, boleh buat jembatan, boleh cari minyak sedalam 10 km di dasar bumi. Tapi paling basic makanan haiwan macam dedak pun tak boleh selesai. 

Ya lah.. aku ingat tak ramai yang berminat berniaga bidang ternakan. Tak ramai anak muda yang masuk bidang pertanian. Tak glamor. Orang kampung ni miskin. Berpanas dan berhujan. Main kotor. Hello itu dululah.. sekarang tanam pokok pakai fertigasi lah. Baja pakai dron je. Zaman ni zaman kereta terbang. 

Kepincangan hari ni bermula 25 tahun lalu

Sebenarnya hari ni tak ada yang salah. Pemimpin hari ini tak salah sebab mereka baru je jadi pemimpin. Kalau kau jadi ketua pengarah kat jabatan. Bukan salah kau apa yang terjadi hari ni. Sebab bukan sebab kau yang semua ni terjadi. 

25 tahun lagi apa kesannya

Kita yang salah kalau kita tak berubah. Kita yang salah kalau kita masih ingat ada orang yang perduli dengan anak-anak kita masa depan. Kau yang salah kalau jadi KP tapi kau tak mengubah apa-apa dengan kuasa yang kau ada. 

Jangan cari salah siapa-siapa. Kita lakukan dari usaha kecil kita. Bila kita buat yang terbaik untuk perkara kecil-kecil kita adalah yng terhebat. 

Inilah Negara Ku, Tanah Tumpah Darah ku

Masa aku berada di UK 20 tahun lalu. Aku dapat offer kerja kat sana dengan bergaji 6 kali ganda dari gaji di Malaysia. Tapi aku tolak sedangkan ramai kawan-kawan mengambil peluang itu. Entah mengapa aku rasa perlu berkhidmat untuk negara. 

Kita kena berubah untuk masa depan. Mungkin kita sudah tiada tetapi anak cucu kita akan berkata, "nasib baik lah atok aku dulu fikir tentang kita semua". Macam Felda sekarang, kalau pemimpin dulu tak memperkasakan felda 40 tahun dulu, mungkin tak ada dah lagi tanah milik bangsa ku.


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

RAHSIA PETANI KAYA VS. PETANI MISKIN


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...