Pada hari ini dalam tahun 1952, Mesyuarat Majlis Perundangan Persekutuan yang bersidang di Kuala Lumpur telah mengumumkan Penubuhan Maktab Perguruan Kota Bharu. Keputusan mendirikan maktab ini dibuat untuk mengatasi masalah kekurangan guru terlatih di negara ini ketika itu. Tanah Melayu memerlukan seramai 11 ribu orang guru terlatih di sekolah-sekolah rendah dalam semua aliran bahasa. Latihan perguruan pada masa itu dijalankan di tiga buah maktab, iaitu Maktab Perguruan Sultan Idris bagi pelatih lelaki, Maktah Perguruan Perempuan Melayu di Melaka bagi guru pelatih perempuan dan Maktab Perguruan Persekutuan di Kirby, England.
Ketiga-tiga maktab ini mempunyai tempat yang terhad dan tidak mencukupi untuk menampung keperluan tenaga pengajar yang semakin serius. Selain Maktab Perguruan Kota Bharu, kerajaan juga mengurnumkan penubuhan Maktab-maktab Perguruan di Pulau Pinang dan Johor Bharu. Jawatankuasa Kewangan Majlis Undangan Persekutuan telah memberikan peruntukan kira-kira $3 juta bagi projek maktab perguruan tersebut. Maktab Perguruan Kota Bharu yang dicadangkan itu akan dilengkapi dengan asrama yang dapat menempatkan 300 orang guru petatih. Maktab ini dapat mengeluarkan 150 orang guru pelatih setahun.
Kerajaan Negeri Kelantan turut membantu menjayakan projek ini dengan menyediakan tapak yang sesuai bagi maktab. Maktab Perguruan Kota Bharu siap dibina dan dibuka dengan rasminya pada bulan Oktober 1954.
Pautan artikel lain yang berkaitan :-
No comments:
Post a Comment