Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 30 October 2022

30 OKTOBER 1965 PERASMIAN PEMBUKAAN MAKTAB PERGURUAN LEMBAH PANTAI DI KUALA LUMPUR

 

Pada hari ini dalam tahun 1965, Menteri Pelajaran Malaysia, YB. Encik Mohd. Khir Johari, merasmikan pembukaan Maktab Perguruan, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Maktab Perguruan ini dibuka bagi menggantikan Maktab Perguruan di Kirby, England yang telah ditutup. Maktab perguruan ini menjalankan dua jenis kursus selama dua tahun kepada bakal-bakal guru dan kursus selama satu tahun bagi guru-guru yang terlatih.

Dalam ucapannya, Encik Mohd. Khir menyatakan semua Maktab Perguruan di negara ini dikehendaki menyediakan pendidikan khas yang bersesuaian untuk sekolah menengah dan juga bertanggungjawab melahirkan guru-guru yang mahir dalam bahasa Inggeris, Cina dan bahasa-bahasa asing yang lain. Ini merupakan dasar jangka panjang kerajaan untuk menangani masalah bahasa dan kebudayaan semua bangsa di negara ini. Dengan perasmian maktab perguruan ini, guru-guru terlatih dan profesional dapat disediakan demi kemajuan bidang pendidikan di negara ini.

#hariinidalamsejarah


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

17 OKTOBER 1947 PEMBUKAAN MAKTAB PEREMPUAN MELAYU


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...