Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 26 November 2022

19 NOVEMBER 1973 PERASMIAN MESYUARAT PERTAMA LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG


Pada hari ini dalam tahun 1973, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein telah merasmikan Mesyuarat Pertama Lembaga Pertubuhan Peladang dan Majlis Penasihat Peladang. Turut hadir pada majlis yang telah diadakan di Bilik Gerakan Lembaga Pertubuhan Peladang, Kuala Lumpur ini ialah Menteri Pembangunan Ekonomi Luar Bandar, YB. Encik Abdul Ghafar Baba dan Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian dan Perikanan, YB Datuk Haji Mustafa Jabar yang juga Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang.

Dalam ucapan perasmian mesyuarat tersebut, Tun Abdul Razak mengarahkan Lembaga Pertubuhan Peladang agar menjalankan kempen besar-besaran bagi menggalakkan penyertaan para petani untuk memasuki pertubuhan-pertubuhan peladang atau pun syarikat-syarikat kerjasama berasaskan pertanian bagi menjayakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Beliau juga menyarankan agar kempen besar-besaran juga diadakan bagi menjayakan Dasar Pertanian bercorak perdagangan bagi memastikan bekalan makanan negara termasuk beras mencukupi.

Berikutan itu beliau telah mengumumkan peruntukan yang telah diluluskan oleh kerajaan sebanyak $10.97 juta ringgit kepada Lembaga Pertubuhan Peladang untuk memajukan kegiatan pertubuhan-pertubuhan peladang.


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

28 OKTOBER 1969 PERASMIAN INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...