Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 29 October 2022

28 OKTOBER 1969 PERASMIAN INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA

Pada hari ini dalam tahun 1969, Timbalan Perdana Menteri, YAB Tun Abdul Razak bin Hussein, merasmikan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Dalam ucapannya, Tun Abdul Razak menyatakan pembentukan MARDI bertujuan untuk menyelaras penyelidikan berkaitan dengan sektor ekonomi pertanian bagi menjamin kemajuan dalam rancangan pertanian di Malaysia. MARDI telah ditubuhkan melalui Akta MARDI yang dikuatkuasakan pada 17 Februari 1969.

Antara asas utama penubuhan MARDI adalah untuk menyatukan tanggungjawab penyelidikan bagi semua bidang pertanian kecuali kelapa sawit dan getah. MARDI juga ditubuhkan untuk membangunkan penyelidikan yang lebih kreatif serta mempromosikan teknologi baru yang lebih baik disamping menjadi pusat pengumpulan, penyebaran maklumat serta khidmat nasihat berkaitan dengan kajian saintifik, teknikal dan ekonomi secara menyeluruh dalam bidang pertanian.

Usaha-usaha yang akan dilaksanakan oleh MARDI ini, mampu meningkatkan produktiviti dan menambah pendapatan negara menerusi sektor pertanian.


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

24 OKTOBER 1960 PENGUMUMAN RANGKA RANCANGAN PEMBUKAAN TANAH NEGARA


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...