Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday 29 October 2022

28 OKTOBER 1985 PENUBUHAN PERSATUAN NELAYAN KEBANGSAAN

Pada hari ini dalam tahun 1985, Menteri Pertanian, YB Encik Anwar Ibrahim telah melancarkan penubuhan sebuah Persatuan Nelayan di Peringkat Kebangsaan. Tujuan utama penubuhannya adalah untuk menyatupadukan seluruh tenaga nelayan di negara ini ke arah meningkatkan taraf hidup dan kemajuan semasa. Semasa berucap merasmikan penubuhan Persatuan Nelayan Kebangsaan ini, Encik Anwar telah menegaskan bahawa kerajaan memberi jaminan akan berusaha meningkatkan taraf hidup nelayan dan masa depan yang lebih terjamin.

Beliau menyeru supaya persatuan yang ditubuhkan ini bertindak sebagai saluran utama membela nasib kaum nelayan dan membenteras segala penyelewengan. Sebagai permulaan, Persatuan Nelayan akan diberi tanggugjawab mengendalikan projek menternak kerang oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Projek ini dijangka membawa keuntungan sebanyak RM2 juta setahun kepada persatuan. Persatuan ini juga akan diberi keutamaan dalam beberapa lagi projek penswastaan kerajaan. Beliau juga mengingatkan ahli persatuan dan nelayan-nelayan di seluruh negara supaya meneruskan usaha-usaha mereka demi meninggikan taraf hidup dan pendapatan masing-masing agar kadar kemiskinan dapat diturunkan.

Dengan penubuhan Persatuan Nelayan Kebangsaan ini diharapkan nasib para nelayan akan lebih terbela dan persatuan ini boleh dijadikan salurun utama kerajaan dan kaum nelayan berkomunikasi dengan lebih berkesan lagi.

https://www.facebook.com/701547676576843/posts/pfbid02ZwZS2c1y35eu8XCwjj5rZq9VwBdHSeN67Y7srUJS9c4RUcDq2E7eCpP7e9aGZiwul/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...