Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 26 November 2022

19 NOVEMBER 1985 PERISTIWA TRAGEDI MEMALI

Arkib : 12 November 2019

RINGKASAN KISAH PERISTIWA MEMALI...

Untuk generasi baru yang tidak tahu apa-apa mengenai Tragedi Memali, meh sini aku cuba ringkaskan tentang apakah yang berlaku pada tarikh berdarah 19 November 1985 itu. 

  1. Ustaz Ibrahim bin Mahmud (Ibrahim Libya) adalah seorang pendakwah yang disegani pada masa itu. Pernah berkhidmat dengan Pusat Islam Malaysia sebelum berhenti kerja bagi menumpukan kepada kerja2 dakwah secara bebas dan gerakerja bersama PAS. 
  2. Beliau adalah orang yang amat lantang menentang dan membantah kerajaan yang pada ketika itu begitu sekular dan bejat serta melakukan kezaliman terutamanya dari aspek agama Islam. Kehebatan pidato beliau menarik minat beribu umat yang khusyuk mendengar taujihat dan ilmu yang disampaikan. Pusat kuliahnya adalah di Kampung Memali, Baling, Kedah. 
  3. Perkembangan ini amat tak disenangi kerajaan yang pada ketika itu diketuai oleh Tun M (PM masa tu) dan Tun Musa Hitam (TPM dan juga menteri dalam negeri).
  4. Dalam usaha untuk menghentikan pengaruh Ibrahim Libya, pelbagai tohmahan dan penipuan telah disebarkan oleh kerajaan melalui media-media seperti melabelkan Ibrahim Libya dan pengikutnya sebagai pengamal ajaran sesat dan seumpamanya. 
  5. Merasakan tak cukup dengan melabelkan Ibrahim Libya - semakin ramai yang menghadiri ceramahnya - maka alasan demi alasan mula direkacipta oleh kerajaan untuk menangkap Ibrahim Libya.
  6. Akhirnya kerajaan dengan kerjasama polis, FRU dan pasukan polis hutan mula mengepung kampung memali. sepanjang seminggu kepungan, bilangan pasukan keselamatan yang berkampung di situ mencecah 3,000 orang. Masing-masing lengkap bersenjata bersama-sama dengan pelbagai kelengkapan lain seperti kereta-kereta perisai, lori water cannon dan sebagainya. seolah-olah mereka sedang bersedia nak berperang dengan komunis.
  7. Itulah antara tohmahan yang disebarkan di kalangan anggota polis - ada di antara mereka yang diyakinkan bahawa operasi ini adalah untuk menggempur saki baki komunis. Tetapi dalam masa yang sama, ada juga yang mengetahui mereka bukanlah merempuh komunis sebaliknya hanya menentang penduduk sebuah kampung yang hanya dilengkapi senjata kampung - parang, pisau, bulu ayam - tapi dek kerana arahan, depa terpaksa ikut. 
  8. Rundingan demi rundingan cuba dilakukan oleh penduduk kampung - yang terdiri daripada orang tua, wanita dan kanak-kanak - tapi buntu. Bagi pasukan polis, arahan jelas daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah untuk menghapuskan Ibrahim Libya sama ada hidup ataupun mati.
  9. Akhirnya selepas Subuh, polis melancarkan serangan. Apalah sangat senjata parang dan pisau jika dibandingkan dengan pistol dan sub machine-gun. Apalah sangat kudrat makcik-makcik kampung berbanding dengan polis yang memang dilatih khas. 
  10. Pada mulanya, polis melepaskan gas pemedih mata. Seorang kanak-kanak yang terkena gas tersebut pengsan dengan mulutnya berbuih. Kejadian itu menaikkan kemarahan seorang penduduk kampung bernama Cikgu Shafie yang nekad membalas kezaliman polis namun dia ditembak sebelum sempat dia merapati polis. Bermula dari situ, serangan pun dilancarkan bertai arus. 
  11. Selepas Zohor, serangan pun dihentikan. 14 orang disahkan mati dengan ramai lagi cedera. Operasi pembersihan segera dilakukan agar kejadian itu terlindung dari pengetahuan orang ramai. Cerita sebenar terus dipastikan tidak sampai pada pengetahuan umum. 

Al-Fatihah (dibaca) untuk Para Syuhada Memali. 

https://www.facebook.com/100044326609489/posts/pfbid03YNoAouo8NkWW8Z8mn4bpT5hUKSZQVzfm9TKF7ZrM6Y9EAP5p1UarbFPzJKdRFiAl/?mibextid=Nif5oz

Sumber : http://al-hajari.blogspot.com/2013/01/memali-ringkasan-kisah.html

--------------------------------------------

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

https://my-tv.online/2022/11/05/kisah-tragedi-memali-akan-di-manipulasi-untuk-halang-ahli-pas-undi-bn/

Kenapa Musa Hitam buka semula cerita Memali?

https://normanhafizi.blogspot.com/2016/06/kenapa-musa-hitam-buka-semula-cerita.html

19 NOVEMBER 2022 SUARA MAJORITI SENYAP MELAYU

Suara Majoriti Senyap Melayu & Jiwa Memberontak

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/11/19-november-2022-suara-majoriti-senyap.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...