Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 29 September 2022

RAHSIA PETANI KAYA VS. PETANI MISKIN

Arkib : 26 Mei 2022

 

Kebun Pisang

Rahsia Petani kaya vs petani miskin

"Aku tanam pisang tapi aku tak jual pisang. Aku jual kerepek pisang. Baru boleh beli kebun berekar-ekar" Itu yang wak tu cerita dengan saya.

Saya tinggal di kampung 178 km dari bandar kota Kuala Lumpur. Kampung saya di Muar. Datang Muar pagi-pagi boleh makan satey dan mee rebus. Tengah hari boleh cuba asam pedas parit jawa atau belangkas masak lemak. Malam korang cari ikan bakar tepi sungai Muar.

Hari ni saya nak cerita sikit. Saya terinspirasi cerita seorang sahabat saya panggil Wak Reng. Masa mudanya dia kerja di Kuala Lumpur sebagai tukang rumah. Pada umur 40an dia balik ke kampung semula. Dia mulakan berkebun kecil-kecilan. Dia pajak dulu tanah orang tumpang tanam pisang dan setelah 5 tahun diserahkan balik pada tuannya bila anak sawit dah besar. 

Banyak saya belajar dengan wak. Walaupun orang kampung tapi ilmunya tinggi. Dia boleh beli kebun berekar-ekar kerana pisang tanduk sahaja.

"Tanam pisang lebih baik dari melabur ASB"

Itu Wak Reng yang cakap. Jangan marah dulu baca apa yang saya nak tulis. 

Formula tanam pisang tanduk :-

  • Satu ekar 43500 kakipersegi.
  • Pisang tanduk ditanam dengan jarak 7 kaki x 7 kaki
  • Satu ekar dapat 850 pokok. 
  • Pisang tanduk berbuah antara 9-12 bulan. Senang cerita setahunlah.

Satu tandan pisang bergantung pada penjagaan. Dapat antara 10kg-15kg. Kalau kurang penjagaannya dapat 5 kg je. Jangan amalkan 7T (Tanam, Tak Tengok-Tengok, Tinggal...Tunggu Tuai). Panjagaan kena serious

OK jom kita kira

  • 850 pokok x purata berat 10kg sepokok
  • 8.5 ton dijual secara borong kepada pembekal RM5 sekilo
  • Semusim RM42,500 / ekar

Kalau dibuat kerepek bagaimana kiranya ?

  • 1 kg kerepek pisang tanduk perlukan 3kg pisang.
  • 8500kg/3 = 2800kg kerepek
  • 1kg kerepek dijual borang dengan harga RM30 = RM84,990

Jadinya kalau tanam 5 ekar berapa 

RM424,950 !

Banyak sangat tu, tipulah.  Kalau dapat RM200K pun dah banyak kan.  

"Cukup ke tanam 5 ekar untuk order tiap-tiap hari? "

wak jawab "Aku sekarang ada 30 ekar. itu pun tak cukup. aku perlukan 5 ton seminggu. Itu pun akak ko je yang buat. kalau ada pekerja memang pisang tak cukup"

Kesimpulan

  1. Saya nasihatkan jangan tengok sangat kiraan kat atas kertas. Tapi perlu ada asas. Jika tidak bagaimana wak ni boleh beli kebun berekar-ekar. Relax je mengeteh tiap hari.
  2. Semua perkara ada masalahnya sendiri, ada risiko. Takut monyet, takut orang curi, takut penyakit pisang. Kita tawakal dan usaha sungguh-sungguh. 
  3. Nak jadi petani kaya kena maksimumkan pendapatan. Buat jadi produk. Belajar buat marketing. Selagi Malaysia ni ada manusia tak pindah plenet lain. Sumber makan pertanian ni mesti laku. 
  4. Percaya boleh tak percaya pun boleh. Ini semua cerita atas kertas. Belum kira banjir, ribut, orang curi, pokok mati layu atau sekarang nak goreng kerepek beli minyak pun tak dapat. Saya cuma ceritakan je. Duduk diam je pun masalah. 
  5. Saya juga penjual kerepek. Kalau ke Muar berhentilah beli kerepek saya di Dimpian Agro Farm.

Coach Bahar

#PetaniKampung #BertindakBeranganTakBawaAndaKemanaSila


Buah Pisang yang telah siap dipetik daripada kebun


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

Kekayaan Yang Harus Ditinggalkan

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...