Tuanku Hajah Bahiyah ibni Almarhum Tunku Abdul Rahman adalah sultanah negeri Kedah dan pernah menjadi Raja Permaisuri Agong sewaktu pemerintahan suaminya Sultan Kedah. Ketika Tuanku Hajah Bahiyah menjadi Raja Permaisuri Aging, baginda telah dilantik menjadi Canselor Universiti Malaya yang ke 2 pada dalam bulan November 1972.
Lantikan ini amat bersejarah dalam negara Malaysia kerana lantikan ini mencatatkan baginda sebagai wanita pertama di dalam negara yang dilantik sebagai Canselor Universiti. Seri Paduka Baginda Tuanku Hajah Bahiyah telah diputerikan pada tarikh 24 Ogos 1930 di Seri Menanti dan baginda adalah merupakan puteri sulung kepada DYMM Yang di-Pertuan Besar dan DYMM Tunku Ampuan Negeri Sembilan yang kemudiannya dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Pertama.
Tuanku Hajah Bahiyah menerima pendidikan di Sekolah Melayu di Seri Menanti dan Sekolah Convent Seremban. Baginda kemudian melanjutkan pelajaran di United Kingdom dan memperoleh ijazah dan bidang Sains Sosial dari University of Nottingham. Canselor universiti wanita pertama ini berkahwin dengan Seri Paduka Baginda Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dalam bulan Mac 1956 dan pasangan Diraja ini dikurniakan tiga orang puteri iaitu YM Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Shafinaz, YM Dato’ Seri Tunku Soraya dan Y.M. Tunku Sarina.
Baginda telah ditabalkan sebagai Sultanah negeri Kedah pada tarikh 20 Februari 1959 kemudian pada tarukh 23 September 1970, Seri Paduka Baginda ditabalkan sebagai Raja Permaisuri Agong Malaysia apabila Seri Paduka Baginda Tuanku Abdul Halim menjadi Yang di-Pertuan Agong ke 5. Seri Paduka Baginda pernah dianugerahkan dengan pelbagai anugerah dari dalam dan luar negeri. Dalam tahun 1970, Maharaja Hirohito Jepun menganugerahi baginda The First Class Order of Sacred Treasure.
Dalam tahun yang sama, Presiden Soeharto Indonesia menganugerahkan Bintang Maha Putera Kelas Satu. Seri Paduka Baginda dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan oleh Universiti Malaya dan Baginda menjadi Canselor dari tahun 1972 hingga tahun 1986. Baginda terkenal atas sumbangan kurnia baginda kepada masyarakat, terutama kepada kebajikan mereka yang kurang bernasib baik, kanak-kanak dan orang-orang tua.
Tuanku Hajah Bahiyah telah pergi menghadap Illahi dalam tahun 2003. Semoga Almarhum Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kedah Darul Aman Sultanah Hajah Bahiyah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman sentiasa dirahmati oleh Allah SWT. Al-fatihah.
sumber: SejarahMY
29 SEPTEMBER 1972 PENGISYTIHARAN PELANTIKAN CANSELOR UNIVERSITI MALAYA
RAJA PERMAISURI AGONG KELIMA SEBAGAI CANSELOR UNIVERSITI MALAYA
Pada hari ini dalam tahun 1972, Raja Permaisuri Agong ke-5, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tunku Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman telah diisytiharkan sebagai Canselor Universiti Malaya yang baru. Pengisytiharan perlantikan tersebut telah diadakan dalam satu istiadat yang gilang gemilang di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Istiadat yang bersejarah itu telah disaksikan oleh 2000 jemputan dari dalam dan luar negeri.
Di antara yang hadir ialah Tuanku Puan Besar Khursiah, para Menteri Kabinet, Ketua-ketua Diplomat asing dan 80 orang wakil universiti-universiti dari seluruh dunia. Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Ungku Aziz iaitu bagi pihak jemaah Universiti telah membaca pengisytiharan perlantikan Tunku Bahiyah sebagai Canselor yang ke-2 bagi Universiti Malaya dan baginda akan memegang jawatan itu selama 7 tahun.
Di dalam titah ucapan sempena istiadat itu, Tunku Canselor telah menyentuh tiga perkara utama demi kemajuan wanita dalam bidang pelajaran tinggi :
- Menyeru pihak universiti mengatur sistem penerimaan mahasiswa supaya nisbah lelaki perempuan mencapai keseimbangan yang lebih adil.
- Menambahkan nisbah mahasiswi di fakulti-fakulti aliran sains.
- Membantu golongan yang diabaikan dari segi menerima pelajaran tinggi terutamanya golongan wanita di luar bandar.
Perlantikan Raja Permaisuri Agong ke-5 sebagai Canselor Universiti Malaya telah mencatatkan satu sejarah kerana baginda merupakan wanita pertama yang memegang jawatan seumpama itu.
Kelihatan dalam gambar DYMM Almarhumah Sultanah Hajjah Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman sedang bersantai di kawasan taman di Istana Anak Bukit setelah menjalani istiadat pemasyuran sebagai Sultanah Kedah pada tahun 1958. Baginda menduduki takhta Sultanah Kedah dari 1958-2003. Baginda juga pernah menjadi Raja Permaisuri Agung dari 1970-1975. Baginda memang memiliki paras yang jelita. Baginda merupakan wanita pertama dilantik sebagai canselor sesebuah universiti di Malaysia pada tahun 1972. Baginda telah mangkat pada tahun 2003 akibat penyakit kanser.
Sumber:Khairul Fahme Selamat
Pautan artikel menarik yang berkaitan :-
No comments:
Post a Comment