Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday 22 September 2022

21 SEPTEMBER 1960 ISTIADAT PERTABALAN RAJA PERLIS SEBAGAI YDPA KETIGA

Pada hari ini dalam tahun 1960, satu istiadat yang sederhana tetapi bersemarak telah berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur yang menyaksikan Raja negeri Perlis, Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-3 bagi Persekutuan Tanah Melayu. Sultan negeri Terengganu Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin pula mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Tuanku Syed Putra diputerakan di Arau, Perlis pada 25 November 1920. 

Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Arau dan meneruskan persekolahan baginda di Penang Free School. Baginda menaiki takhta kerajaan negeri Perlis pada 4 Disember 1945 tetapi disebabkan oleh Perang Dunia Kedua, Baginda tidak ditabalkan sehingga Mac 1949. Baginda ialah raja yang paling lama memerintah di Perlis dan pada Disember 1995, Baginda meraikan Jubli Emas selepas memerintah selama setengah abad di Perlis.

Gambar penuh di sini :-


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

18 SEPTEMBER 1989 ISTIADAT PERTABALAN SULTAN PERAK SEBAGAI YDPA KE 9


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...