Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday 18 August 2022

18 OGOS 1771 PERISTIWA PENDUDUKAN INGGERIS DI PULAU PINANG

 

Tugu Francis Light di Pulau Pinang

Pada hari ini dalam tahun 1771, suatu laporan mengenai tawaran dari Sultan Kedah iaitu Sultan Abdullah kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris telah dihantar oleh Francis Light ke ibu pejabatnya di Madras. Laporan tawaran itu meliputi kebenaran daripada Sultan Kedah kepada pihak Inggeris untuk mendirikan pusat perniagaan di sepanjang pantai negeri Kedah dengan syarat Inggeris memberikan perlindungan kepada baginda dalam menentang ancaman dari Siam (di utara) dan dari Bugis (di selatan). Pada mulanya Syarikat Hindia Timur Inggeris tidak begitu berminat terhadap tawaran Sultan Abdullah tersebut.

Sehinggalah beberapa tahun kemudiannya setelah tawaran itu dikaji dan diteliti, Syarikat Hindia Timur Inggeris meminta Francis Light menghubungi Sultan Abdullah untuk membuka sebuah pelabuhan di sekitar bahagian Utara Selat Melaka iaitu di pantai Negeri Kedah. Syarikat Hindia Timur Inggeris dan Sultan Abdullah akhirnya mencapai satu persetujuan, iaitu membenarkan syarikat tersebut mendirikan sebuah penempatan di Pulau Pinang.

Dalam persetujuan tersebut terdapat beberapa syarat yang dikemukakan oleh Sultan Abdullah iaitu :

  1. Syarikat hendaklah membayar sebanyak $30,000 kepada Sultan Abdullah setiap tahun sebagai gantirugi di atas kehilangan perniagaan negeri Kedah akibat pembukaan sebuah pelabuhan di pulau tersebut,
  2. Syarikat hendaklah memberi perlindungan kepada Kedah dari ancaman luar.
  3. Campur tangan Inggeris di Kedah telah membuka peluang baru kepada Inggeris untuk bertapak di Pulau Pinang dan seterusnya berjaya meluaskan jajahan perdagangan di kepulauan Melayu.

https://www.facebook.com/701547676576843/posts/pfbid02ojGNqYbSCgmX6a1xAiXCt6ZBYJy9VN7si5isQtPW8mi8jXPyQe1HmfcNHYwpyGJel/

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

11 OGOS 1786 PRINCE OF WALES ISLAND

PERISTIWA PENDUDUKAN INGGERIS DI PULAU PINANG

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/08/11-ogos-1786-prince-of-wales-island.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...