Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday 11 August 2022

11 OGOS 1786 PRINCE OF WALES ISLAND

PERISTIWA PENDUDUKAN INGGERIS DI PULAU PINANG

11 Ogos 1786 – Pada tahun 1786, Francis Light, seorang pegawai Inggeris mengambil Pulau Pinang daripada Sultan Kedah iaitu Sultan Abdullah. Francis Light merupakan bekas pengawal tentera laut Inggeris yang kemudiannya bertugas dengan Syarikat Hindia Timur.

Pemilikan Pulau Pinang kepada Inggeris merupakan satu kelegaan kepada mereka. Lantaran memerlukan sebuah penempatan, pelabuhan perdagangan dan pangkalan perang yang sesuai di rantau ini dalam matlamatnya untuk mengawal jalan laut di Asia Tenggara.

Sultan Abdullah memberi keizinan kepada Francis Light dengan syarat tentera-tentera Syarikat Hindia Timur akan memberi bantuan senjata dan menentang kuasa lain yang hendak menyerang Kedah.

Tanpa mendapat persetujuan dari Ibu Pejabat Syarikat Hindia Timur di India, beliau telah berjanji akan memenuhi syarat tersebut. Namun Francis Light telah memungkiri janjinya apabila Kedah diserang.

Oleh itu pada 1791, tentera-tentera Sultan Kedah telah cuba menyerang tentera Syarikat Hindia Timur di Pulau Pinang untuk menghalau mereka keluar dari pulau itu. Malangnya, usaha itu telah gagal.

Dengan itu bermulalah pendudukan Inggeris dan pengesahan hakmilik Pulau Pinang menggunakan tipu helah Francis Light kepada pihak Inggeris melalui satu perjanjian tanpa kerelaan Sultan Abdullah.


Hari ini 236 tahun yang lalu, British dengan rasminya menakluk Pulau Pinang.

Asalnya dipanggil Pulau Ka-Satu, Pulau Pinang adalah sebahagian daripada wilayah Kesultanan Kedah. Pada kurun ke-18, Kedah berdepan ancaman daripada Siam & Burma, keadaan yang dilihat British sebagai peluang untuk bertapak di Tanah Melayu.

Lantas Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) mengarahkan Francis Light menjalin hubungan dengan Kedah. Dijanjikan bantuan ketenteraan & Sultan Muhammad Jiwa menawarkan Pulau Pinang kepada Light selepas beliau membantu mematahkan pemberontakan Bugis.

Sekitar 1770-an, Light menulis kepada pihak atasannya tentang tawaran itu & menjelaskan Pulau Pinang boleh menjadi pangkalan strategik British di Kepulauan Melayu untuk mengimbangi pengaruh kuasa Belanda & Perancis. Namun tiada apa yang berlaku hinggalah 1786.

Tanpa kelulusan daripada SHTI, Light berunding dengan Sultan Abdullah Mukarram Shah (yang menggantikan Sultan Muhammad Jiwa) untuk memberikan Kedah perlindungan ketenteraan & 6,000 dolar Sepanyol bagi melangsaikan hutang dengan Siam.

Termeterai perjanjian, lalu Light bersama angkatannya mendarat di Pulau Pinang pada 17 Julai 1786 & bendera Union Jack dinaikkan dalam satu upacara rasmi pada 11 Ogos itu di Padang Kota Lama, menandakan permulaan penjajahan British di Tanah Melayu.

Pulau Pinang diberi nama baharu - “Prince of Wales Island” - sempena ulang tahun kelahiran pewaris takhta British, George IV pada 12 Ogos & penempatan baharu yang ditubuhkan diberi nama Georgetown sebagai penghormatan kepada Raja George III.

Namun, Light memungkiri janjinya apabila tiada bantuan tiba tatkala Kedah berdepan dengan serangan Siam. Maka pada 1791, Sultan Kedah menghimpunkan bala tenteranya di Seberang Perai untuk mengambil semula Pulau Pinang. Malangnya, baginda gagal.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, Visit Penang

#PeristiwaHariIni #PulauPinang


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

10 OGOS 1807 : PEMUSNAHAN KOTA A FAMOSA



18 OGOS 1771 

PERISTIWA PENDUDUKAN INGGERIS DI PULAU PINANG


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...