10 Ogos 1807 – Pada tahun 1807, Kota A Famosa yang terletak di Bandar Hilir, Melaka telah mula dihancurkan atas arahan Kerajaan Inggeris. Kota ini yang dibina oleh Portugis selepas tahun 1511, merupakan kubu pertahanan yang terkuat ketika itu.
Pemusnahan Kota A Famosa ini dilakukan sebagai langkah pertama Inggeris melemahkan Melaka, setelah menguasai Melaka dari Kerajaan Belanda pada 1795.
Sehingga 31 Disember 1807, kesemua kubu, tembok-tembok, Hospital Besar, 2 tempat menyimpan beras, tempat kediaman dan enam bilik simpanan telah di letup dan diratakan.
Cadangan pemusnahan kota ini telah dibuat oleh Robert Farquhar, Leftenan Gabenor Pulau Pinang kepada Kerajaan Inggeris di India. Beliau telah menyatakan bahawa penyelenggaraan dan pertahanan kubu tersebut hendaklah dikecilkan.
Beliau telah memberikan dua sebab utama, iaitu hasil yang diperolehi oleh Melaka tidak mampu membantu tentera ‘sepoy’ dan pengecilan ini akan membantu memajukan Pulau Pinang. Malah keadaan ini tidak akan menggalakkan kedatangan semula Belanda ke Melaka apabila tiba keamanan di Eropah.
Jadi pada awal 1804, beliau dengan tegas mencadangkan agar Kota A Famosa ini dimusnahkan dan semua penduduk Melaka dipindahkan ke Pulau Pinang. Semasa kerja-kerja pemusnahan sedang dilakukan, Sir Stamford Raffles telah datang ke Melaka atas jemputan William Farquhar.
Di sini, beliau telah menulis surat kepada Kerajaan Inggeris di Pulau Pinang dan India dengan menyatakan bahawa pemusnahan Kota Famosa tidak patut dilakukan.
Beliau telah memberi sebab-sebab tertentu, pertamanya jika Inggeris membiarkan Melaka, pihak lain akan mendudukinya dan ia akan merugikan Pulau Pinang.
Sebab yang kedua adalah kerana Melaka itu sendiri mempunyai nilai sejarah dan untuk mentadbirkannya tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak.
Manakala sebab ketiga pula penduduk-penduduk Melaka tidak perlu dipindahkan kerana sebelum Belanda meninggalkan Melaka, Inggeris telah pun memerintahkan penduduk Melaka supaya terus tinggal di sini.
Cadangan Raffles itu telah diterima dengan baik oleh Kerajaan Inggeris tetapi ia sudah terlambat kerana hampir seluruh kota tersebut telah musnah.
Pemusnahan Kota A Famosa pada hari ini dalam tahun 1807, hanya meninggalkan satu pintu kotanya yang dapat dilihat hingga hari ini.
#hariinidalamsejarah
-------------------------------------------------------------
KISAH SEJARAH KOTA A FAMOSA
KISAH SEJARAH KOTA A FAMOSA
- Menurut, Munsyi Abdullah (1849), Tembok Kota Melaka yang dibina daripada batu telah dihancurkan British sekitar tahun 1820an. Ia dihancurkan kerana British risau kekebalan tembok itu jika dikuasai musuh kelak.
- Sebahagian pakar sejarah memberikan pandangan bahawa kewujudan tembok kota Melaka sebenarnya dibina pada zaman kesultanan Melaka lagi. Pihak portugis hanya membina gerbang yang baharu dan gereja di atas bukit.
- Hal ini terbukti, terdapat kesan-kesan takik di jata yang berada di depan dan belakang gerbang mempunyai ukiran seakan-akan keris yang disilang tarakol (sejenis pistol Melayu). Sangat mustahil sebuah kota yang ampuh dan kebal mampu disiapkan kurang setahun walaupun dikerah seluruh orang Melaka membinanya. Melaka ditakhluk sekitar Ogos 1511 dan serangan balas dibuat sekitar awal 1513.
- Diceritakan orang-orang tua Melaka, ketika istana Melaka dibakar Portugis, api yang membakar istana mengambil masa satu minggu untuk menghanguskan istana dan cahaya apinya kelihatan sehingga ke seberang (Dumai).
- Dalam catatan Alfonso, mereka memang menggunakan runtuhan-runtuhan batu dari makam pembesar, raja, ulamak, dan istana sebagai bahan membina gerbang dan gereja.
- Namun, bukan gerbang itu yang dipersoalkan tetapi bekas gereja St Paul itu yang patut dirobohkan kerana itulah kawasan sebenar istana dan Masjid Agung Melaka.
- Lima orang Raja/Sultan pernah Syahid ketika peperangan merebut Kota Melaka iaitu :-
- Tengku Raja Ahmad Shah Ibni Sultan Mahmud Shah. Putera Mahkota Kerajaan Melaka (1511) - (Melayu)
- Raden Yunus menantu Sultan Ageng Raden Demak - Tengku Mahkota Kerajaan Demak (Jawa) berserta dua puteranya. - (1521)
- Raja Haji Fisabilillah - Tengku Mahkota kerajaan Riau Lingga (Bugis) - 1784.
#Azhafizah
-------------------------------------------------------------
Semua orang pernah dengar pasal kota A Famosa. Masakan tak pernah. Tinggalan bangunan tu dah jadi mercu kebudayaan. Ada macam-macam tarikan pelancong yang dibuat pada nama tu. Tapi seberapa tahu yang Kota A Famosa melambangkan air mata?
Apa perasaan korang kalau Masjid Negara misalnya dilanggar penjajah – dan batu-batanya buruh penjajah angkat untuk dibuat kubu? Ya. Itulah warisan yang patut semua kenang kalau nak bicara pasal A Famosa! Kerana A Famosa ni dibina menggunakan batu-bata daripada masjid lama di Kota Melaka. Apabila Melaka jatuh pada tahun 1511, ada seorang pedagang muda menyaksikan segala-galanya. Nama pedagang ni adalah Giovanni da Empoli yang menulis warkah kepada bapanya.
Dalam warkah tu, beliau berkata, “kami menyediakan satu kubu batu yang kami bina dengan merombak rumah-rumah orang Islam, masjid-masjid (mereka) dan bangunan-bangunan mereka yang lain.”
Kena faham satu benda. Zaman tu mereka menggelar orang Islam dengan definisi “Moor”, sempena penduduk Islam di Maghribi dan Iberia. Saya bukan nak berhujah dengan nada woke bagai. Tapi apa yang jelas takkan dapat dinafikan: mereka ni tak kepingin pun nak kenal kita sebagai “Malay” atau “Melayu”. Semua umat Islam dipukul rata sebagai “Moor”, hampir sama dengan perkataan-N untuk denote warga Afrika. The lack of need to need to know about the needless minority.
Kubu A Famosa (kini)
Berdasarkan warkah ni, memang sah KUBU A Famosa dibina dengan menggunakan sisa-sisa batu daripada masjid yang diratakan. Warkah ni sekarang disimpan di sebuah perpustakaan dalam bandar Florence, sebagai saksi suatu kezaliman yang dilakukan pada umat Melayu.
Oleh: Ahmad Faezal
--The Patriot--
-------------------------------------------------------------
KISAH MENGENAI BATU-BATU YANG MEMBINA A FAMOSA
-------------------------------------------------------------
𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 𝗡𝗢𝗦𝗧𝗔𝗟𝗚𝗜𝗔
Sisa Runtuhan Gereja St. Paul
Apabila lihat sahaja gambar yang 'rare' ini, mesti anda tahu dimana kan? Gambar lama runtuhan gereja St. Paul ini diambil pada tahun 1895. Runtuhan gereja St. Paul ini berdiri di puncak Bukit Melaka (Bukit St. Paul) berhampiran tinggalan kota A'Famosa. Menurut sejarah, di tapak gereja ini berdirinya Istana Mahligai Melaka yang telah dimusnahkan oleh Portugis sebaik sahaja mereka menawan Kota Melaka pada 1511.
Tapak ini pada asalnya diduduki oleh "Chapel of the Annunciation", yang dibina pada 1521 oleh Duarte Coelho sebagai tanda syukur dan berterima kasih kepada 'Virgin Mary' kerana telah menyelamatkan nyawanya dari badai di laut China Selatan.
Pada tahun 1548, Bishop Agung Goa di India menyerahkan gereja ini kepada Jesuit, yang mula mengubahsuainya pada tahun 1566. Runtuhan gereja yang kita dapat lihat sekarang telah siap dibina pada tahun 1590, dengan menara di sebelah kanan yang ditambah pada tahun 1593. Runtuhan gereja St. Paul ini merupakan bangunan gereja yang tertua di Malaysia dan juga Asia Tenggara.
Gereja ini terkenal sebagai tempat di mana jasad Francis Xavier (perintis Katolik di Asia Tenggara) dikebumikan sementara untuk tempoh lapan bulan selepas kematiannya di kepulauan China iaitu dari 22 Mac 1553 hingga 11 Disember 1553. Makam terbuka tersebut terletak di dalam gereja tersebut yang kini dipagari dengan jaringan besi. Ramai yang menyangka ianya 'wishing well' tapi sebenarnya ruang terbuka di lantai gereja itu adalah makam.
Jika diperhatikan, lantai gereja ini adalah sebenarnya tapak perkuburan bagi orang-orang penting Portugis dan Belanda. Ini memang kelazimannya pada waktu itu (sepertimana anda akan jumpa kubur tokoh agama atau sultan-sultan di masjid lama).
Runtuhan gereja ini dipulihara dan diselenggara sekitar tahun 1930-an. Batu-batu makam yang pada asalnya berselerak di lantai telah dialih dan disandarkan pada dinding gereja.
Selama ini tempat yang anda melompat dan bergambar sebenarnya adalah tapak perkuburan lama. Jika nanti berkunjung ke gereja ini jangan nak suka-suka sangat ya. Takut nanti ada yang ikut balik pula!
📷 Melaka Dulu-Dulu
-------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------
Pautan artikel lain yang berkaitan :-
10 OGOS 1807 : PEMUSNAHAN KOTA A FAMOSA
https://normanhafizi.blogspot.com/2022/08/10-ogos-1807-pemusnahan-kota-famosa.html
Pautan artikel lain yang berkaitan :-
08 OGOS 1511 CONQUISTA DE MALACA
https://normanhafizi.blogspot.com/2022/08/08-ogos-1511-conquista-de-malaca.html
29th January 1819 - Founding Of Modern Singapore
https://normanhafizi.blogspot.com/2022/01/29-januari-1819-founding-of-modern.html
No comments:
Post a Comment